Tuesday, 13 June 2017

PERLUKAH CAMPUR TANGAN ISTERI - SIAPA BERKUASA?

JANGAN SUKARKAN PM DENGAN 'FRIENDLY FIRE'

Sesuatu yang sangat tidak bijak bila membuat tindakan seperti pepatah Melayu 'Lebih lajak dari perahu'. Dalam ertikata lain apabila timbul perkara yang agak serius tidak perlulah individu lain cuba memberi komen yang hanya menyebabkan keadaan semakin buruk.

Isu Menteri Pelancongan yang dikatakan berkasar mengenai bantahan Sarawak berkaitan cukai pelancongan menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Pro dan kontra perbalahan tersebut menjadi tumpuan kerana 'Bahasa Keras' Nazri terhadap teguran dari Sarawak. Walau nampak seperti Nazri mahu mengajar agar tidak lagi berlaku sebarang 'Ugutan' terhadap Pusat, secara tidak langsung Nazri sebenarnya menimbulkan polemik baru terhadap sokongan Sarawak kepada Barisan Nasional.

Memburukkan keadaan dikatakan seorang individu yang mengakui sebagai isteri Nazri turut mencampuri hal 'friendly fire' antara Menteri Pusat dan Menteri Negeri. Terdapat beberapa sebaran berkaitan komen isteri Nazri yang agak tidak memberangsangkan apabila netizen meluahkan kemarahan mereka atas tindak tanduk Nazri. Netizen mempertikaikan 'Kejantanan' Nazri apabila hanya berani 'Berkeras' dengan parti komponen tetapi dalam masa sama 'Memeluk Erat' pembangkang terutama Lim Guan Eng.

Apakah Nazri mampu berfikir secara relevan tindakan beliau bakal menjejaskan sokongan Rakyat Borneo terhadap Pusat? Mengapa pula individu yang mengaku sebagai isteri beliau berlebihan dalam isu ini? Adakah Nazri sememangnya melantik individu tersebut sebagai jurucakap atau pegawai khas beliau? Pandang jauh walau sebagai Menteri 'Lama' dalam kabinet. Barisan Nasional bukan sahaja memerlukan sokongan dari Semenanjung untuk kekal berkuasa dalam PRU14 tetapi turut mengharapkan sokongan dari Parlimen di Sarawak dan Sabah.

Apa benar Nazri kini di kawal oleh individu yang mengakui sebagai isterinya? Sejak bila pula individu tersebut menceburi politik hingga dalam media sosial pun mahu di kawal? Sebagai 'Menteri Lama' atau ' Orang Lama' Nazri sememangnya bijak tetapi bukan dari semua aspek beliau bijak.

Saturday, 3 June 2017

SIVARASA BIADAP - PERANCANGAN AWAL MEROSAKKAN INSTITUSI DIRAJA?

RAJA RAJA SELURUH DUNIA DIJATUHKAN DENGAN LICIK - SIVARASA DAN PKR CUBA TAKTIK DI SELANGOR?

Sejak zaman reformasi lewat 1997 hingga kini, parti pimpinan Anwar Ibrahim memang terkenal dengan kebiadapan wakil rakyat mereka. Doktrin untuk semua ahli PKR bersikap agresif dan biadap memang ditanamkan dalam diri mereka bagi meng'halal'kan apa juga tindakan yang betul pada mata mereka sendiri.

Terbaru wakil PKR, Sivarasa telah menimbulkan polemik politik semasa di Selangor apabila dikatakan menyampaikan 'Tazkirah Ramadan' semasa menyampaikan sumbangan kepada kariah sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, Selangor. Beliau mendakwa mewakili Menteri Besar, Azmin Ali untuk menyampaikan sumbangan kerajaan negeri namun foto beliau berucap di saf paling hadapan tidak menyenangkan banyak pihak hingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan yang belum disahkan, dikatakan Sivarasa berhasrat mahu menyaman Sultan Selangor yang menegur perbuatan beliau di dalam masjid berkenaan. 'Drama' Sivarasa ini kemudiannya dinafikan beliau sendiri tetapi kemurkaan Duli Tuanku Sultan Selangor tidak dapat dibendung lagi apabila Baginda bertitah "you have crossed the line" dipercayai ditujukan kepada Sivarasa dan Azmin Ali dalam satu majlis berbuka puasa Sultan Selangor bersama rakyat.

Jelas sekali PKR memang sengaja memanjangkan isu Sivarasa bagi menarik perhatian negara bagi menutup kelemahan pentadbiran Azmin yang cuba mengecilkan kemampuan Kerajaan Pusat dengan pemberian bonus 2.5 bulan kepada semua penjawat awam Selangor. Bagi pemerhati politik, tindakan Sivarasa merupakan sebahagian dari perancangan 'teliti' parti pembangkang yang sememangnya mahu menyingkirkan Undang Undang tertentu dari dikenakan terhadap semua wakil rakyat dalam mengkritik sesiapa sahaja termasuk Institusi DiRaja. Atas apa yang kononnya sebagai 'Kebebasan Bersuara' pembangkang bijak memanipulasi isu Sivarasa bagi menunjukkan seolah mereka tidak bersalah menegur Raja Raja Melayu yang mereka fikirkan tidak menyokong mereka sedangkan dalam perlembagaan termaktub Sultan dan Raja Melayu tidak mencampuri urusan politik mana mana pihak politik.

Tindakan Sivarasa turut mengundang perdebatan netizen dalam media sosial. Rata rata netizen yang masih menyangjungi Institusi DiRaja mengecam tindakan Sivarasa yang dikatakan mahu menyaman Sultan Selangor kerana menghalang kebebasan bersuara beliau. Kalau di imbas kembali 'permainan' ini pernah digunakan dalam revolusi menjatuhkan Institusi Raja di banyak negara yang masih mengekalkan sistem DiRaja. Apakah ini tanda implementasi jalanan yang pernah dianjurkan PKR serta sekutu pembangkang sudah mahu mencari tanda aras baru bagi melaksanakan perancangan menjatuhkan Raja Raja Melayu?

Rakyat perlu menilai kembali apakah tindakan Sivarasa ini sememangnya terancang atau Azmin gunakan sebagai perisai menutup kepincangan PKR selama memerintah Selangor. Apa pun alasan mereka ternyata Sultan Selangor sudah menzahirkan Kemurkaan Baginda. Buka mata dan fikirkan kembali apakah pembangkang masih diperlukan di Selangor?