Sunday, 27 August 2017

'TELUR BUSUK' SUDAH PECAH - PKR PULA ADA ACARA BALING KERUSI?

BENARKAH DAKWAAN INI?

Tersebar dalam media sosial akan perkhabaran ini selepas kepulangan Azmin dari lawatan ke luar negara. Dipercayai perpecahan ini sudah lama berlaku cuma belum pecah tembelangnya namun isu seorang MP PKR telah mencetuskan letupan sengketa dalaman PKR.

Di petik dari garismasa Hanisya Hamid atau lebih dikenali sebagai Omakkau.

Team 1 terdiri dari Timbalan Presiden PKR Azmin naib-naib presiden Tian Chua, Shamdul Iskandar, Xavier Jeyakumar dan Dr Shaharuddin Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin Timbalan Ketua Wanita  Haniza Talha ahli-ahli Biro Politik  Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah (yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan), Datuk Kamaruddin Jaafar, Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi) dan N Surendren. Ahli MPP pula termasuklah Elizabeth Wong, Hee Loy Sian, Siti Aaishah Sheikh Ismail, Dr Mohamad Nur Manuty, Latheefa Koya  dan Timbalan Ketua AMK Pusat Afif Baharuddin.

Team 2 terdiri dari Rafizi Ramli,  Saifuddin Nasution Ismail, Nik Nazmi (Ketua AMK Pusat), Tan Yew Kew (Bendahari), Syed Ibrahim (Ketua penerangan), Johari Abdul (Ketua Whip Parlimen), Sim Tze Tzin (pengarah strategi), Fariz Musa (ketua setiausaha pengelola), William Leong, Jeneral (B) Datuk Hadi (Pengerusi Lembaga Disiplin) dan Christina Liew (pengerusi Sabah)., Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Wong Chen, Rodziah Ismail, Fuziah Salleh, Manivanan, Gooi Hsiao Loong, Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Hassan Karim dan Aminuddin Haron.

Kalau dalam PKR sendiri sudah kucar kacir, bagaimana mereka mahu menyelamatkan Malaysia? Adakah ini sebabnya kartel Azmin semakin mesra dengan Mahathir dan sanggup bergolok gadai bagi memastikan kerjasama mereka dan Mahathir tidak diganggu gugat mana mana pihak dalam Pakatan Harapan? Adakah kartel Azmin bersetuju menyokong idea Mahathir mengangkat Mukhriz sebagai PM sekaligus mengenepikan kedudukan DAP selaku 'Status Quo' yang menentukan semua kedudukan dalam Pakatan Harapan?