Sunday, 29 April 2018

#PRU14 - ADAKAH KECEWA JADI ALASAN DR RASHID MENENTANG BN ATAU ADA TAWARAN LUMAYAN MENANTI?

BILA HATI BICARA BERTENTANGAN DENGAN JIWA -  KERANA TERASA DI CABAR MAKA BERALIH ARAH?

Sebagai seorang Ketua Umno Cawangan sudah tentu kisah perjuangan parti bermain di bibir setiapkali bertutur di hadapan ahli Umno. Bagaimanapun berbeza dengan mereka yang kononnya berjuang tetapi mempunyai cita cita melampaui kemampuan.

Itulah yang terjadi kepada seorang calon dari Pakatan Harapan yang dinamakan sebagai lawan di N02 Jelai menentang bekas Boss sendiri. Dato Sri Wan Rosdy Ismail akan di tentang oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kuala Medang.

Menentang Ketua Umno Bahagian Cameron Highalnds yang mempunyai rekod baik sepanjang 3 penggal perkhidmatan merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan kerana tiada jiwa pejuang dan perjuangan. Dr Rashid sepatutnya sedar BN mengemukakan calon yang berwibawa bagi membawa inspirasi BN untuk rakyat yang selama 6 dekad mendapat pembelaan sewajarnya di samping perancangan terbaik yang ditawarkan oleh Dato Sri Najib Razak kepada rakyat menerusi Manifesto PRU14.

Adakah Dr Rashid dipengaruhi unsur lain atau beliau ada ditawarkan sesuatu oleh Pakatan Harapan sebagai imbuhan? Beliau harus tampil menjelaskan tawaran Pakatan Harapan kepada beliau jika benar benar telus. Perbuatan beliau yang membelakangkan parti serta cawangan Kuala Medang amat mengecewakan hingga Ketua Pemuda Cawangan turut terheret seolah menyokong apa yang beliau lakukan. Bagaimanapun Ketua Pemuda Cawangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut semalam.

Menyusuri kejayaan BN di Jelai, sejak 2004 Wan Rosdy telah berjaya merubah lanskap Jelai mengikut peredaran masa dan peruntukan. Walau menerima kritikan pembangunan yang sering lewat dari tempat lain Wan Rosdy tetap membawa bukti pembelaan Barisan Nasional kepada rakyat. 3 penggal berkhidmat bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan dengan mudah oleh pihak lawan dan kawan. Membawa Manifsto yang dibentangakan PM, Wan Rosdy merupakan calon terbaik yang ditampilkan buat pengundi N02 Jelai.

Jangkaan penulis pada 9 Mei 2018, Wan Rosdy akan kekal sebagai pemenang di N02 sekaligus membuktikan BN tidak silap menilai calon.

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 - KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG

KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG N02 JELAI

Ahmad Daniar bin Ismail
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kuala Medang

Penamaan calon Pru14 P078 Cameron Highlands dan N01 Tanah Rata serta N02 Jelai hari ini penuh kejutan yang tidak dijangkakan. Ketua Umno Cawangan Kuala Medang hari ini telah beralih arah dan menjadi calon Pakatan Harapan bagi kerusi N02 Jelai kerana kecewa dan ini bertentangan dengan semangat Umno sendiri.

Maka saya selaku Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Medang -

Menetapkan perdirian utk terus kekal bersama BN walaupun Ketua UMNO Cawangan Kuala Medang telah menyertai Parti Bersatu sekali gus menjadi Calon PH bagi Dun Jelai N02.

Itu merupakan pilihan peribadi beliau kerana tidak berbincang dgn kepimpinan UMNO Cawangan.

Saya dengan ini  berikrar utk memastikan PDM Kuala Medang akan terus memberi majoriti tertinggi kepada calon BN Dato Sri Wan Rosdy Ismail sekaligus memberi mandat kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kerusi N02 Jelai.

Monday, 23 April 2018

SENTIMEN 'ANAK TEMPATAN' BAKAL BUAT MIC 'BUNGKUS BAJU' DI P078?

BERHADAPAN DENGAN CALON ANAK TEMPATAN BAKAL UNDANG MASALAH BUAT SIVARAJH?

Dengan prestasi yang tidak memberangsangkan ketika bertarung di Buntong pada Pru13, Sivarajh Chandran dari MIC dikatakan akan berdepan dengan krisis undi. Beliau yang dicalonkan oleh MIC sebagai calon 'Kerusi Tradisi' P078 boleh dikatakan tidak dikenali pengundi kerana kehadirannya pada Jun 2017 terlalu singkat buat pengundi kenal.

Menambah masalah Sivarajh, PAS yang belum pernah meletakkan calon di P078 kini mampu tersenyum lebar apabila mengetahui MIC akan bertanding di kerusi tersebut. Reputasi MIC yang sudah tercalar kerana sikap Presiden MIC (Palanivel) yang tidak turun padang malah ada yang tidak mengenali siapa Palanivel sama sekali menjadi tembok untuk MIC tembusi. Setelah Palanivel di pecat oleh MIC pada 2015, kebajikan pengundi India yang meletakkan harapan kepada MIC bagi membela nasib mereka terus pudar hingga memaksa Umno Cameron Highlands mengambil alih tugas tersebut sementara. Kemunculan myPPP pula banyak mengubati 'Luka' pengundi di Tanah Rata namun kerja mereka hanya dipandang sebelah mata malah MIC memandang enteng perkara tersebut dan hanya menghantar seorang penyelaras sekitar Jun 2017.

Prestasi MIC yang tidak bagus di P078 berserta kemelut 'Perang Saudara' antara MIC dan myPPP pula 'Membuka Mata' pembangkang terutama PAS. Opurtunis dalam menanti masa sesuai, PAS berjaya menghidu kemenangan 'Mudah' apabila nama Sivarajh diuar-uarkan sebagai calon P078 kerana prestasi buruk di Buntong. Dengan angka 8629 yang Sivarajh kalah, PAS melihat beliau sebagai satu karektor paling lemah yang boleh ditumbangkan dengan sentimen 'Anak Tempatan' apabila PAS meletakkan seorang anak Felda Sg Koyan sebagai lawan Sivarajh.

Melihat suasana dan 'Mood' pengundi P078 yang seperti serik dengan 'Report Card' MIC yang sangat mengecewakan, PAS memperkenalkan 'Cikgu Bulan' bagi meraih simpati bukan sahaja peneroka Felda malah Generasi Kedua Felda serta pengundi luar Dun Jelai. Belum lagi mengambilkira faktor kawan kawan yang pernah bersama Cikgu Bulan ketika masih berkhidmat sebagai guru sudah menampakkan Sivarajh bakal menghadapi masalah untuk menangkis sentimen 'Anak Tempatan'. Tinjauan penulis ke Dun Jelai menemui pengundi pula menerima kejutan apabila ada Peneroka sudah bermain sentimen berdasarkan Kaum. Terpana sebentar penulis apabila Peneroka mula menyatakan mengapa masih diberikan kepercayaan kepada MIC walau mereka terbukti hanya hadir 'Tunjuk Muka' bila mahu mengundi dan bila menang hilang begitu sahaja. Pengundi Cameron sudah serik dengan apa yang jadi pada penggal lepas dan mereka enggan 'Pisang Berbuah Dua Kali'.

Apakah Sivarajh dan MIC sudah bersedia bermain dalam 'Gelanggang' selepas penamaan calon? Semua yang terjadi di Dun Jelai adalah hasil daripada apa yang mereka tinggalkan selama 5 tahun dan MIC tidak boleh menuding jari kepada pengundi kerana kesilapan mereka sendiri. Bersediakah MIC 'Bungkus Baju' seandainya Sivarajh kalah? Dengan majoriti 462 yang dimenangi Palanivel mampukah MIC hasilkan keajaiban dengan meletakkan 'Orang Luar' menghadapi 'Anak Tempatan'?

Friday, 20 April 2018

MIC BAKAL SERAHKAN KERUSI P078 KEPADA PEMBANGKANG JIKA KEKALKAN SIVARAJH?

4 PENJURU BAKAL SAKSIKAN MIC SERAH KERUSI CAMERON KEPADA PEMBANGKANG?

Kali pertama dalam sejarah kewujudan Parlimen P078 Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dengan kehadiran PAS selaku pencabar selain DAP (Pakatan), PSM dan MIC selaku penyandang kerusi tradisi.

Hasil pemantauan penulis selama 7 bulan di Cameron Highlands menampakkan penolakan pengundi terhadap MIC yang telah mengabaikan pengundi sejak 2015 selain beberapa isu berkaitan Cameron yang tidak diselesaikan oleh MIC walau wakil mereka menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut selama 3penggal (2 setengah penggal - kiraan tepat). Bukan sahaja Ahli Parlimen MIC (Palanivel) tidak endahkan pengundi Tanah Rata, pengundi Jelai turut terasa diabaikan selama ini sekaligus mewujudkan isu menolak calon MIC dalam PRU14. Malah pada satu ketika wujud satu kempen dengan menggunakan 'HashTag' menolak bekas wakil MIC yang pernah menjadi Ahli Parlimen CH selama 2 penggal.

Pertemuan spontan antara penulis dan pengundi di P078 telah membawa satu perspektif baru dalam pola pengundian dalam PRU14. Mereka kini sudah tidak memandang pada lambang parti tetapi usaha kerja keras bakal calon dan sikap calon kepada rakyat sebelum dan selepas pengundian. Apabila di soal mengenai MIC, kebanyakan mereka secara jelas menolak calon MIC kerana SERIK dengan pengalaman wakil MIC yang langsung tidak 'nampak muka' selepas menang dengan majoriti 462 undi.

Apabila MIC mula menghantar seorang penyelaras parlimen MIC ke Cameron Highlands, pengundi boleh dikatakan tidak mengenali langsung siapa beliau walau kedudukannya sebagai Ketua Pemuda MIC Pusat. Pernah kalah dengan calon DAP ketika bertanding di Buntong dengan marjin 8629 undi, MIC dengan lantang mendakwa kerusi P078 sebagai kerusi tradisi MIC dan hanya MIC layak bertanding di tempat tersebut. Tanyalah kepada pengundi Jelai samada mereka kenal Sivarajh atau tidak dan pastinya jawapan mereka akan mengecewakan. Bagaimana mahu kekalkan kerusi tradisi bila pengundi tidak kenal anda?

Kehadiran PAS yang diwakili seorang Guru dikenali sebagai Cikgu Bulan menjadikan suasana kali ini lebih panas. MIC akan menghadapi seorang calon yang sememangnya Anak Tempatan dari Felda Sg Koyan dan mendapat sokongan kuat dari PAS Jelai malah ada pengundi luar telah menyampaikan sokongan buat Cikgu Bulan. Jangkaan pertarungan kali ini lebih menjadi medan 'Siapa Anak Tempatan' dan 'Anak Tempatan Lebih Tau', MIC perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal memandangakan PAS dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai jentera kuat. Bagaimana MIC mahu pertahankan Kerusi Tradisi mereka dengan penolakan pengundi di Jelai dan Cameron Highlands?

Cabaran daripada DAP (Pakatan) dan PSM tidaklah sekuat PAS kerana DAP mengemukakan 'Calon Luar' apabila DAP Cameron telah menghantar surat kepada Pusat bagi menukar calon di CH namun dipercayai tidak dilayan. PSM pula hanya berkisar sekitar kaum India dan tidak mampu mengatasi masalah Cameron Highlands malah mengejutkan mereka masih menyokong PKR walau mahu bertanding sebagai sebuah parti lain (tidak guna lambang PKR).

Pengundi Cameron Highalnds akan memilih wakil mereka pada 9 Mei 2018. Adakah KERUSI TRADISI MIC akan kekal atau mereka akan serahkan kepada pembangkang kerana faktor penolakan calon MIC itu sendiri?

Thursday, 19 April 2018

BELUM BERKUASA SUDAH HINA PENGUNDI SEBAGAI BODOH - SIVARAJH TUNJUK PERANGAI SEBENAR

MAMPUKAH MIC TAWAN P078 DENGAN CALON BUKAN 'ANAK TEMPATAN'? http://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2018/04/mampukah-mic-tawan-p078-dengan-calon.html

Ketua Pemuda MIC, Sivarajh telah menggelarkan penulis sebagai BODOH dalam satu perbualan di aplikasi whatsapp kerana tidak berpuashati dengan penulisan yang diterbitkan.

Apa yang Sivarajh tidak ketahui, penulis merupakan pemgundi di P078 selama 3penggal berturut dan pernah membantu calon MIC sebelum ini dalam 3 PRU lepas.

Memalukan apabila seorang Ketua Pemuda sebuah parti komponen tidak mempunyai daya tahan mental yang kuat apabila berdepan dengan penulisan berdasarkan pemerhatian penulis yang melakukan kerja belakang tabir setiap PRU selama 3 penggal berturut.

Jika beginilah perangai seorang individu yang cuba diangkat MIC sebagai calon P078, maka seeloknya difikirkan semula kerana ternyata Sivarajh tidak sensitif dengan perkataan terhadap pengundi P078 Cameron Highlands.

Penulis boleh menerima kutukan Sivarajh yang menggelarkan penulis sebagai BODOH dan Ambil Duit KVS tetapi apa pula kata pengundi lain yang membaca kutukan Sivarajh di garismasa media sosial penulis? Inikah kriteria bakal calon MIC? Belum berkuasa sudah memandang rendah serta menghina pengundi apatah lagi kalau berkuasa kelak?

Mungkin pengundi lain akan memberi reaksi terhadap kutukan Sivarajh terhadap penulis dan beliau perlu bersedia dengan kritikan daripada pengundi P078 jika benar benar mahu bermain ombak.

MAMPUKAH MIC TAWAN P078 DENGAN CALON BUKAN 'ANAK TEMPATAN'?

Majoriti 462 Jadi Taruhan MIC Bila Letak 'Orang Luar' Di Cameron Highlands.

Bukan sahaja tidak dikenali di Dun Jelai, ada pengundi di Tanah Rata juga tidak mengenali siapa Sivarajh. Malah mereka mencebik bila tahu Sivarajh mewakili MIC kerana serik ditinggalkan 'tidak bertali' sejak Palanivel di pecat dari MIC pada 2015.

Mula di hantar ke Cameron Highlands pada Jun 2017, Sivarajh seorang bekas calon Pru13 di Buntong (kalah tempat sendiri) terkapai mahu memulakan langkah hingga terbit kontroversi beliau merampas (hijack) satu program Dato SK Devamany di Pos Betau. Belum masuk kisah kontroversi beliau membekalkan barang lusuh kepada Orang Asli di Kg Gelnas Pos Menson konon atas sebab orang kampung mahu menggunakan peralatan (khemah, kerusi, meja) dengan segera hingga pihak lawan (pembangkang) mendapat perkhabaran tersebut.

Baca - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1513259768790272&id=792264390889817

Perkara ini memberi gambaran MIC tidak tahu adab apabila berdepan dengan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands. Malah Sivarajh sendiri yang menandatangani 'Buku Pelawat' serta memberi peralatan tersebut. Ini sangat memalukan Barisan Nasional kerana sebelum ini Presiden MIC (Palanivel) yang mewakili BN pernah membuat perbuatan yang agak menghina Orang Asli. Adakah mereka memandang rendah komuniti ini dan hanya akan mencari apabila mahu undi sahaja?

Baru baru ini negara dikejutkan dengan dakwaan bahawa Sivarajh masih ahli sebuah parti lain dan beliau telah tampil menafikannya namun apabila wartawan bertanya mengapa tiada tindakan di ambil jika perkara itu palsu, Sivarajh baru perasan myPPP adalah komponen BN apabila menyebut perkara ini boleh diselesaikan dalam Barisan Nasional.

Sebagai 'Orang Luar' dan KALAH, Sivarajh sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon Parlimen P078. Adakah kerana kedudukan beliau selaku Ketua Pemuda MIC maka diberikan keistimewaan dan laluan begitu mudah setelah MIC tidak mengambil peduli hal ehwal rakyat sejak 2015 hingga 2017? Kemanakah mereka ketika itu? Dalam gua mana mereka menyorok? MIC sendiri mengisytiharkan kerusi tersebut sebagai kerusi bebas selepas memecat Palanivel tetapi pada 2017 mereka dakwa itu kerusi tradisi? Lupakah mereka bahawa jika di ikut populasi pengundi, kaum Melayu menguasai pola undian dan Umno Cameron Highlands pernah mengusulkan menolak Devamany (MIC) dari mendapat kembali kerusi berkenaan.

Melihat situasi hari ini, PAS yang selama 3 penggal tidak pernah meletakkan calon di Parlimen Cameron Highlands sudah menamakan seorang calon bagi mewakili PAS dalam pertarungan merebut kerusi CH. Mengapa ini boleh terjadi? Jangan terkejut calon PAS merupakan Anak Jati Felda Sg Koyan dan Sivarajh bakal hadapi satu situasi berlainan ketika KALAH di Buntong. Sentimen 'Orang Luar' pasti memberi Sivarajh masalah malah Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga CH tidak pernah menyatakan sokongan buat MIC kerana kegagalan MIC menangani isu di CH selama 3 penggal.

Mengejutkan sekali mood pengundi di Jelai dan Cameron Highlands berkisar kepada 'Siapa Calon' dan bukan lagi parti. Pastinya Sivarajh akan mengarahkan jentera Pemuda MIC seluruh negara membantu beliau jika dicalonkan tetapi harus diingatkan, MIC tidak turun padang dan jangan terkejut jika mereka diboikot di sesetengah tempat apatah lagi calon lawan dari PAS merupakan Anak Koyan!

Tuesday, 17 April 2018

UNDUR DIRI ATAU KELUAR BN - KEPUTUSAN KAYVEAS DINANTIKAN DENGAN DEBARAN

FOTO  MENYENTUH JIWA BAKAL JADI KENANGAN TERAKHIR KAYVEAS DI CAMERON HIGHLANDS?

Kejutan semasa pelancaran Manifesto myPPP di Cameron Highlands oleh Tan Sri Kayveas menjadi berita paling panas sepanjang minggu. Melepaskan kekecewaan beliau, Kayveas berubah nada apabila memperkatakan mengenai kesetiaan beliau dan myPPP selama ini seperti 'Melukut Di Tepi Gantang'.

Meneliti komen netizen di laman rasmi Kayveas, ramai yang bersimpati dan tidak kurang yang cuba menyakinkan beliau dan myPPP akan lebih bersinar di luar Barisan Nasional. Namun segala keputusan hanya akan diketahui seusai Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi myPPP di Ibu Pejabat myPPP Jalan Kg Attap hari ini.

Lihat sahaja foto yang diambil tanpa Kayveas sedari sudah cukup memberi makna betapa eratnya hubungan beliau dengan rakyat Cameron Highlands. Adakah foto itu akan menjadi 'Kenangan Terakhir' Kayveas? Adakah Kayveas akan masih kekal bersama BN atau beliau akan bawa myPPP keluar BN?

Nantikan sidang media khas myPPP petang ini.

Sunday, 1 April 2018

SERANGAN 'CILOK' SIAPA - SABOTAJ DALAMAN TERHADAP BN BERMULA?

Tajaan Baju Sukan Sekolah Dijadikan Isu Serang Komponen BN - Siapa Sebenarnya Cuba Sabotaj ?

Tular dalam satu portal mengenai tajaan baju sukan sekolah yang kebetulan dirasmikan Presiden myPPP Tan Sri Kayveas dan ia diperkatakan tanpa mengetahui kisah sebenar perkara tersebut dan cuba dimanipulasi oleh pembangkang.

Pautan : https://www.mytimes.com.my/ppd-arah-murid-pakai-baju-terbalik/

Apa yang tidak diketahui umum serta penulis portal berkenaan ialah tajaan dari Kayveas bukan sahaja kepada sebuah sekolah tetapi merangkumi pelbagai sekolah di Cameron Highlands. Dari apa.yang portal berkenaan naikmuat seolah menuduh pihak myPPP mengarahkan logo parti diletakkan di baju sukan berkenaan namun hakikat sebenar itu adalah Tidak Benar sama sekali. Selaku Presiden sebuah parti politik dan orang lama dalam politik Kayveas cukup memahami etika.

Benar beliau menaja pakaian sukan tetapi beliau ataupun myPPP tidak mengarahkan supaya logo parti diletakkan di baju berkenaan. Tuduhan Kayveas mensyaratkan logo diletakkan di baju berkenaan juga tidak benar kerana peruntukan diberikan dan pihak myPPP tidak ada kena mengena dengan tempahan baju berkenaan.

Persoalannya mengapa portal tersebut seolah menuding Kayveas yang menempah baju tersebut seterusnya mahu murid murid mengenakan pakaian itu pada hari sukan dilangsungkan. Tindakan Pej Pendidikan Daerah (PPD) Cameron Highlands mengarahkan agar pakaian diterbalikkan tidak menimbulkan konflik antara Kayveas dan pihak sekolah namun portal berkenaan cuba membesarkan perkara ini demi kepentingan sebuah lagi parti dalam komponen Barisan Nasional.

Apa niat portal berkenaan? Adakah ini serangan yang disengajakan untuk menjatuhkan kredibiliti parti komponen Barisan Nasional? Serangan seumpama ini telah dijangkakan dan apa juga isu walau berkaitan 'Semut Kena Langgar' juga akan dikaitkan dengan Kayveas hanya untuk menjatuhkan kredibiliti beliau di mata rakyat. Adakah ini sesuatu yang wajar dalam penulisan portal berkenaan?