Meredah Perjalanan Dengan Motorsikal Demi Semangat #PAU2018
Siapa sangka di sebalik wajah serius yang disulami senyuman, seorang aktivis media sosial bernama Khairul Bin Anua atau dikenali sebagai Bambob meredah perjalanan dengan menunggang motorsikal dari Kota Bahru Kelantan ke Kuala Lumpur bersendirian.
Dengan berbekalkan semangat kecintaan kepada Umno, Bambob memulakan perjalanan solo beliau seawal jam 6 pagi 28 September 2018. Beliau sempat merakamkan perjalanan dan memuat naik foto setiap kali berhenti dalam perjalanan ke PWTC. Semangat tinggi yang ditunjukkan Bambob bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana perjalanan menaiki motor memang menjadi sebahagian daripada cara beliau menunjukkan semangat kesetiaannya kepada Umno walau kini bukan lagi menjadi tunjang pemerintahan negara.
Perjalanan yang agak mengujakan dikongsi beliau dalam laman media sosial facebook dan menjadi perhatian perwakilan yang peka dengan semangat yang ditunjukkan. Bukan mudah bagi beliau melalui perjalanan mengharungi panas dan hujan dalam perjalanan namun demi Umno, Bambob menempuh segala rintangan dan ada rintangan yang tidak beliau kongsikan kecuali bersama rakan rakan rapat terutama kewangan bagi melancarkan perjalanan beliau. Walau hanya sekadar pemerhati bebas, Bambob secara tidak langsung mengajar Umno bahawa masih ada ahli akar umbi yang sayangkan Umno tanpa syarat demi mempertahankan perjuangan pejuang pejuang Melayu terdahulu.