Sunday, 22 December 2019

GOBALAKRISHNAN PERLU BUKTI TUDUHAN TERHADAP MB PAHANG, JANGAN CARI POPULARITI POLITIK

Gobalakrishnan Perlu Hormati Kuasa Kerajaan Negeri Pahang



Tindakan seorang bekas Ahli Parlimen, Gobalakrishnan yang cuba menjadi 'Hero' pekebun kecil di Kuala Terla amat keterlaluan apabila mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri berkaitan hal tanah yang diterokai oleh pekebun India. Dalam satu video di Youtube, Gobalakrishnan secara jelas membuat dakwaan berniat buruk terhadap Menteri Besar Pahang apabila menyatakan tanah kebun Kuala Terla mahu diambil dan diserahkan kepada pihak lain. Bagaimana beliau boleh membuat dakwaan demikian dan adakah Gobalakrishnan boleh berikan bukti kukuh dakwaan tersebut?

Petikan Kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang

Suka diingatkan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkaitan isu pencemaran sumber air di Cameron Highlands menjadi keutamaan kerajaan negeri dan Persekutuan. Adakah Gobalakrishnan mahu menentang Titah Tuanku dengan mempersoalkan tidakan kerajaan negeri?

Petikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang


Tindakan Gobalakrishnan yang membuat dakwaan melulu terhadap Menteri Besar Pahang amat tidak bertanggungjawab dan beliau sepatutnya memikirkan risiko ketika membuat sebelum membuat sebarang kenyataan. Adakah kenyataan beliau berkait rapat dengan kenyataan Pemuda MIC yang berura-ura mahu menuntut kembali kerusi Cameron Highlands selepas melihat kejayaan Muafakat Nasional diterjemahkan dalam Prk CH? Jika ada niat sebegitu sebaiknya Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Parlimen PKR satu ketika dahulu melihat demografi pengundi Cameron sebelum mahu menjadi 'Juara' isu tanah CH. Jangan disebabkan mahu memenangi hati Presiden MIC, beliau mengeruhkan keadaan di Kuala Terla. Seperkara lagi yang Gobalakrishnan perlu ingat, Cameron Highlands bukan kawasan bagi beliau cuba mencari pengaruh politik.
VIDEO GOBALAKRISNAN BIADAP

Nasihat pengundi kepada Gobalakrishnan usah cuba mengambil kesempatan bagi mempopularkan diri. Buktikan dakwaan seperti didakwanya dan kalau tiada bukti maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada MB Pahang. Belajar hormati Kerajaan Negeri Pahang serta pengundi Cameron Highlands.

Friday, 20 December 2019

KL SUMMIT 2019 - PEMIMPIN DIKAITKAN DENGAN VIDEO 'EHEM' MEMBERI UCAPTAMA, JATUH MORAL MALAYSIA

Umpama 'Tikus Membaiki Labu' - Azmin Mahu Kongsi Apa?



Agak melucukan apabila KL Summit 2019 menampilkan seorang yang GAGAL dalam mengembangkan ekonomi berucap di pentas besar yang menyaksikan hanya 3 -4 orang Ketua Negara hadir dari 56 jemputan. Kegagalan ini sesungguhnya telah menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia Islam terutama OIC. Lebih malang lagi apabila Menteri Ekonomi yang terpalit dengan isu 'Korup Moral' diberikan ruang berkongsi visi perkongsian kekayaan dan pengaliran kekayaan negara sedangkan umum mengetahui kesuraman ekonomi Malaysia sejak 10 Mei 2018 atau lebih tepat sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.



Sudah pasti seluruh mata negara yang dijemput akan tertumpu mengenai apa yang akan dicapai dalam KL SUMMIT 2019 namun satu isu 'panas' lebih menarik perhatian mereka. Dikhabarkan video 'PANAS' tersebut telah merebak ke seluruh dunia menerusi sebuah laman lucah, apalagi moral yang ada pada Malaysia untuk menampilkan Menteri Ekonomi selaku salah seorang panelis ucaptama KL Summit? Beliau yang juga bertanggungjawab untuk menguruskan Felda yang dikenali sebagai salah satu pengeluar terbesar komoditi negara ternyata GAGAL memberi gambaran ekonomi Peneroka Felda lebih baik di bawah pentadbirannya mahu bercakap hal ekonomi 2030? Baik dibetulkan dahulu ekonomi dalam negara sebelum mahu 'memukul gendang' atas pentas dunia. Dengan kekalutan dalaman yang beliau hadapi hingga adakah beliau cukup 'layak' untuk memberi ucaptama KL Summit?



Sepatutnya beliau mengambil peluang di KL Summit bagi membersihkan namanya dari kaitan skandal seks dan menumpukan bagaimana untuk menaiktaraf ekonomi bukan sahaja Felda malah apa sahaja yang berkaitan dibawah portfolio selaku Menteri Ekonomi. Jika Ketua Pemuda PKR mencabar Najib untuk bersumpah bagi membersihkan diri dari tuduhan maka sebaiknya Azmin juga melakukan perkara sama bagi mengekang dakwaan seperti yang dikatakan Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel ternama. Adakah Azmin berani berbuat demikian bagi membersihkan namanya?



Usah kelam kabut mahu tonjolkan 'kehebatan' sedangkan rakyat sendiri sedang meratap nasib dengan kelembapan ekonomi negara. Dengan kejatuhan saham serta penarikan diri pelabur luar negara, apa inisiatif Menteri Ekonomi bagi membaikpulih ekonomi rakyat sendiri? Bukan mahu membantu malah beberapa cukai baru diperkenalkan termasuk yang terbaru 'Cukai Durian Runtuh' yang diperkenalkan MPOB terhadap pengusaha sawit. Adakah ini model terbaik ekonomi untuk dikongsikan di pentas sebesar KL Summit walau kehadiran Ketua Negara yang dijemput tidak memberi gambaran baik untuk Malaysia? Terlalu banyak kegagalan Pakatan Harapan dan Azmin masih mahu bermegah kononnya mempunyai landasan pemikiran ekonomi dunia? Usah sampai ditertawakan dunia apabila bertindak seperti 'Tikus Membaiki Labu'.

Thursday, 19 December 2019

CUKAI 'DURIAN RUNTUH' - AZMIN AKAN CADANGKAN FELDA TANAM 'JAMBU' GANTI SAWIT?

Azmin Setuju Cadangan MPOB Kenakan Cukai 'Durian Runtuh' Kepada Peneroka Felda?


Pengenalan cukai 'Durian Runtuh' oleh MPOB merupakan satu cara mengenakan tekanan terhadap pekebun sawit dan Peneroka Felda yang mengusahakan tanaman komoditi tersebut. Apa tindakan Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR atas cadangan MPOB ini? Adakah beliau selaku Menteri bertanggungjawab untuk Felda akan meluluskan apa yang dicadangkan sekaligus mengaut wang peneroka secara halus? 

Cadangan ini hanya akan membebankan pekebun dan peneroka Felda yang mahu mengumpul 'duit baja' selepas kejatuhan teruk harga sawit bagi digunakan di masa depan. Mengapa perlu ada cukai sebegini ketika ekonomi negara tidak berkembang dan kemungkinan inflasi melanda? Adakah Azmin mahu mencadangkan agar Felda bertukar tanaman dari sawit kepada tanaman 'Jambu' macam Haziq? Selaku Menteri, Azmin sepatutnya membantu peneroka Felda dalam isu tekanan harga sawit yang rendah dan membawa ekonomi peneroka ke arah yang lebih baik tanpa perlu ada cukai seperti yang dicadangkan MPOB. Mengapa ketika harga sawit merudum tiada inisiatif dari pihak Felda dan Azmin bagi melegakan peneroka dan apabila harga 'melepasi paras' ada pula cukai mahu dikenakan? Ini adalah satu bentuk tekanan tidak langsung terhadap Peneroka Felda sekaligus menampakkan betapa 'rakus' Pakatan Harapan melahap duit rakyat ketika rakyat berada dalam kesusahan. Perlu diketahui samada Azmin bersetuju atau tidak dengan cukai kerana MPOB melibatkan semua pengusaha sawit seluruh negara dan peneroka juga tidak terlepas.

Jika Azmin bersetuju dengan cadangan MPOB maka jelas beliau 'TIDAK LAYAK' lagi berada dalam portfolio menjaga Felda. Adalah lebih baik Azmin memikirkan untuk berundur dari sebarang jawatan dan menumpukan kariernya dalam PKR. Perlu diingatkan ketika ini beliau tidak berada dalam kedudukan selesa selepas Kongres PKR yang menelanjangkan banyak kepincangan dirinya. Malah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin sendiri mendedahkan perbualan beliau dan Presiden PKR mengenai satu klip video dan bagaimana Anwar menyatakan kepada Zuraida bahawa Azmin sememangnya terlibat dalam video Seks Songsang bersama seorang individu. Masih layak lagikah Azmin menerajui Felda dengan terbongkarnya perbualan tersebut? Rasanya peneroka Felda pun GELI untuk terima seorang Menteri yang terlibat dalam seks songsang. Malah ada video pengakuan penglibatan Azmin bersama individu tersebut namun masih dalam siasatan pihak berkuasa. 

Sampai bila Azmin mahu bersembunyi dalam penafian? Lebih baik beliau mengambil langkah untuk berundur dari Felda dan minta portfolio lain dari Tun M. Sudahlah nasib peneroka Felda tidak mampu beliau jaga, kini beliau juga menghadapi serangan dari parti sendiri. Apa lagi moral yang tinggal sebagai modal Azmin dalam politik? Baik beliau usahakan tanaman Jambu di belakang rumah mana tahu boleh mendatangkan keuntungan. Lagipun Azmin suka 'Jambu' macam 'H'. 

Monday, 9 December 2019

ANWAR SAHKAN AZMIN KENA 'DOGGIE' DALAM VIDEO SKANDAL SANDAKAN - ZURAIDA DEDAHKAN KEBENARAN AKHIRNYA?

Azmin Pelaku Dalam Video Semburit Sandakan - Anwar Sahkan Tulen


Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin secara terbuka menyatakan video 'FOUR POINTS WITH LOVE' adalah tulen dan pelakunya ialah Azmin Ali. Beliau menyatakan demikian dalam satu majlis yang dibuat di sebuah hotel malam semalam. Majlis Makan Malam tersebut yang tidak diketahui siapa pembiayanya telah menelanjangkan banyak perkara dan pengakuan Zuraida merupakan antara paling 'fantastik'. 

Azmin sebelum ini berdiam diri apabila ditanya berkenaan perkara tersebut manakala Farhash Wafa Salvador selepas dibebaskan dari lokap telah melaungkan 'Azmin Semburit' dihadapan penyokongnya. Malah seorang lagi pelaku dalam video berkenaan bernama Haziq sendiri telah mengakui beliau dan Azmin merupakan individu dalam video seks songsang berkenaan. Tentu kita semua masih ingat bagaimana Dr Mahathir ketika menjadi PM Ke-4 secara total menolak individu berkelakuan songsang diangkat sebagai pemimpin. Pada 1998 Dr Mahathir mendedahkan perlakuan seks songsang Anwar Ibrahim kepada media dan mengambil tindakan memecat Anwar dari Umno serta kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Adakah Azmin juga akan menerima nasib sama seperti Anwar jika Tun M masih berpegang pada prinsip intergriti dan perilaku moral seseorang yang mahu diangkat sebagai pemimpin?


Setiausaha Agung PKR sendiri telah mengesahkan Anwar tidak fokus untuk menggantikan Mahatjir sebagai PM Ke-8 dan semestinya kenyataan ini dibuktikan oleh PKR sendiri. Ini merupakan peluang terbaik buat Tun M untuk memastikan penggantinya adalah seorang yang boleh mengikut 'Kehendak serta Perintah' jika diarahkan dari luar dan Anwar bukanlah individu yang mampu di'pegang' Mahathir. Ada desas desus menyatakan Azmin merupakan calon terbaik untuk Tun M fikirkan sebagai pengganti namun sokongan dari DAP lebih banyak tertumpu kepada Anwar yang lebih liberal sebagaimana aspirasi DAP mahukan. Ada kemungkinan apabila Tun memikirkan percaturan maka prinsip 'Kill Two Birds With One Stone' boleh digunapakai dan nampaknya ia semakin berjaya dilaksanakan. Rosakkan PKR dari dalam dan tunjuk isyarat kemampuan politik Mahathir kepada DAP agar kembali menyokong Tun M supaya mereka (DAP) tidak jadi seperti PKR.

Apa lagi sinetron yang bakal rakyat saksikan kelak? Pergaduhan dan percakaran merebut kuasa dalam kalangan Pakatan Harapan membuatkan Rakyat berfikir apa nasib mereka selagi Pakatan Harapan memerintah. 

Kesihatan Tun M turut menarik perhatian apabila dikatakan perlu menjalani prosedur kesihatan dan sebaiknya Tun memikirkan untuk pembubaran parlimen sebelum keadaan politik Malaysia menjadi lebih buruk apabila PKR bermasalah. Sejarah Reformasi sudah cukup untuk dijadikan teladan bagaimana kerosakan imej negara mampu dibuat Anwar bagi mencapai cita-citanya sejak 1998.

Saturday, 7 December 2019

PKR UMPAMA ORANG 'MATI PUCUK', NAFSU KUAT TENAGA TAK SAMPAI?

Kecoh Untuk Sorok 'Kemaluan' ?



Gempar semalam Kongres PKR dicemari insiden pergaduhan sesama mereka di MITC. Mengejutkan sekali kekecohan tersebut mengakibatkan kecederaan hingga ada foto yang di 'troll' netizen kerana kini PKR memperkenalkan 'Tanjak' versi baru.

Tanjak Versi PKR

Bagaimanapun Presiden PKR semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang insiden yang berlaku. ANWAR IBRAHIM ternyata kecewa kecewa dan mahu tindakan tegas diambil bagi memecat perancang insiden pergaduhan semalam. Angkatan Muda Keadilan menuding jari dan menuduh Umno terlibat merancang kekecohan namun tular pula satu pesanan 'Whatsapp' tawaran 'kerja' dari individu yang dipercayai ahli PKR sendiri. Mengapa perlu tuduh Umno yang sedang bersidang di Kuala Lumpur sedangkan PKR berkongres di Melaka? Spekulasi berlegar apa yang berlaku semalam adalah bagi 'menutup kemaluan' pemimpin tertinggi PKR yang didakwa melakukan 'sesuatu' terhadap seorang individu. Mengapa Anwar beria mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dalang pergaduhan PKR tetapi enggan bertindak tegas menyaman individu yang mendakwa 'perlakuan sumbang' yang dilakukan pemimpin tertinggi PKR? Seperti ada muslihat tertentu apabila perkara ini berlaku.

"YOU SUKA?"

Apa yang berlaku semalam di MITC mungkin dirancang oleh ahli PKR sendiri bagi mengaburi krisis dalaman yang hangat diperkatakan hingga timbul isu Kongres PKR diwar-warkan akan berlangsung di dua lokasi berbeza pada hari yang sama. Jalan mudah bagi mereka ialah menyalahkan Umno namun hakikat sebenar pada hari kejadian semua tahu Umno sedang berkumpul di PWTC meraikan Persidangan Agung Umno yang jauh lebih bertamadun daripada PKR. Modus operandi mereka semakin lapuk dan disedari rakyat kerana sudah hampir 21 tahun retorik reformasi dilaungkan Anwar dan hingga hari ini Anwar masih memegang gelaran 'Bakal PM' tanpa mengetahui tarikh sebenar peralihan kuasa yang dijanjikan Mahathir sebelum ini.

PKR perlu belajar terima hakikat mereka telah dipecahkan oleh kerakusan pemimpin mereka sendiri dan 'tangan ghaib' memudahkan perpecahan parti jalanan tersebut. Siapa 'Tangan Ghaib'? Hanya Jauhari Kenal Manikam dan Anwar sebagai pemimpin yang pernah 'merasai' pengalaman tentu sedia maklum apa permainan yang kini PKR hadapi.

Thursday, 5 December 2019

PECAH PANGGUNG DISEMBER - KISAH PEMBUAT KOPI, ZIP SELUAR DAN ALAT SULIT MENIINDIH JADI MODAL POLITIK?

Skrip Kembali Berulang, Kisah Persundalan Jadi Modal 


Heboh hari ini apabila seorang individu berjambang membuat pengakuan dalam bentuk video berkenaan gangguan seks yang dialaminya. Individu tersebut menggambarkan beliau cuba disemburit oleh seorang pemimpin politik yang pernah panas dengan kisah selera songsang sekitar 1998.

PEGANG KOT🤢🤢

Individu itu mengakui ada membuat pengakuan bersumpah namun pihak media tidak dapat mengesahkan kesahihan SD tersebut. Apa yang mengejutkan apabila individu itu skrip pengakuan serta cara beliau cuba disetubuhi saling tidak tumpah dengan skrip yang pernah didendangkan dahulu. Ini telah menimbulkan persoalan apakah 'Tuan Direktor' masih menggunakan cara 'lama' seperti iklan jual beli tilam dari atas lori.

'CAN I F*** YOU?'

Sampai bila kisah persundalan sesama jenis akan dimainkan? Yang paling menarik ialah pendedahan dilakukan serentak dengan Persidangan Agung Umno dan ini dipercayai akan dimanipulasi bagi mengaitkan Umno sebagai 'Tok Selampit' namun perlu diingatkan Umno tiada KEPENTINGAN berbuat demikian ketika perebutan kuasa dalam parti pihak lawan sedang berlangsung. 

Sudah pasti ada pihak tertentu yang menarik nafas lega apabila timbul sketsa 'Sundal' ini. Siapa yang menarik nafas lega dengan isu ini? Pembaca sendiri mampu menafsir dan membuat spekulasi berdasarkan skrip - Tilam, Kopi, Zip Seluar, Tangan Menjalar dan yang paling penting dialog "You Suka?".

Individu Yang Mendakwa DiCabul Ahli Politik

Cuma agak pelik dengan pilihan individu kali ini. Adakah beliau 'TERPILIH' kerana Jambang, Kumis Tebal, Hidung Mancung atau warna kulit yang agak berbeza dengan perwatakan yang sering digambarkan dalam skrip sebelum sebelum ini? Berubah-ubah selera nampaknya ahli politik itu, mungkin kerana peredaran usia maka yang 'Berbulu Lebih' jadi pilihan kali ini. 

Apapun rakyat sebenarnya sudah JELAK dengan cara skandal sundal menyundal sesama jenis kerana terlalu banyak isu yang jauh lebih penting daripada kisah 'Lawan Pedang'  untuk diberikan perhatian.

Wednesday, 4 December 2019

KONGRES PKR TIRU IKLAN CARI HOTEL MURAH - PERASMIAN DI DUA LOKASI WAKTU YANG SAMA?

Anwar vs Azmin, Siapa Akan Ucap Selamat Tinggal Politik?



Hujung minggu ini politik negara bakal menyaksikan pertempuran 'Epik' antara 2 kem dalam Parti Keadilan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini berpecah kepada 2 - Pro Anwar dan Pro Azmin seakan sudah 'berpatah arang, berkerat rotan' apabila masing-masing menganjurkan Kongres Sayap di 2 lokasi berbeza pada tarikh yang sama. Sudah pasti pertembungan ini akan menarik perhatian dimana Kesetiaan AMK kepada Presiden atau Timbalan Presiden akan teruji dan dikatakan mengundang risiko besar kepada PKR itu sendiri.

Berdasarkan kepada 2 poster yang beredar dalam media sosial, perasmian Kongres Sayap PKR yang akan dirasmikan oleh pimpinan PKR akan mengambil tempat di Melaka namun menurut satu lagi poster ia akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Yang mana satu akan diangkat sebagai acara rasmi PKR?





Ini memberi gambaran 'Bisul' yang selama ini bengkak akan meletus pada hari tersebut. Siapa yang akan meraih sokongan? Ada ura-ura AMK akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Presiden namun setakat ini ia dinafikan pihak PKR. Adakah ini menunjukkan Anwar sudah hilang pengaruh dalam PKR walau mengambil alih jawatan tersebut dari Wan Azizah selepas menang PRK Port Dickson? Perhatikan bahawa Anwar hari ini tiada jawatan dalam kabinet Tun M manakala Azmin merupakan Menteri Ekonomi selain Zuraida yang menjawat jawatan Menteri KPKT. Wan Azizah pula merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita jadi bagaimana Anwar masih percaya beliau ada pengaruh besar dalam PKR melainkan hanya kerana Nepotisme? Reformasi yang diilhamkan Anwar semakin hambar lantaran beliau 'Bertapa' dalam Sg.Buloh untuk tempoh tertentu dan kesempatan ini digunakan Azmin untuk membina kepercayaan ahli PKR secara diam-diam. Sudahnya apabila Azmin berasakan cukup sokongan maka siapa sahaja yang menghalang cita-cita karier politiknya maka individu tersebut akan dibenamkan tatkala nama Azmin disebut-sebut akan menggantikan Tun M sebagai PM. Adakah ini bermakna Anwar sudah terperangkap dalam percaturannya sendiri? Azmin pula dalam usaha menarik seberapa banyak sokongan terpalit pula dengan video seks songsang yang dikatakan mirip wajahnya. Sebenarnya antara Anwar dan Azmin siapa yang dipermainkan? Siapa pula pemegang 'kunci permainan'?



Ternyata hanya kerana perebutan populariti tanpa mereka (Anwar & Azmin) sedari mereka telah membuat AMK berpecah sekaligus menghadirkan senyuman buat 'Pencatur Permainan' yang memang mahu menghancurkan PKR. Siapakah individu itu? 'Tepuk dinding almari pun boleh bercakap'. Kini semua mata akan tertancap pada tarikh tersebut dan menantikan episod apa dan skrip apa pula akan dipersembahkan kepada rakyat. Samada Azmin atau Anwar mereka berdua sudah 'kena main' nampaknya. Jika Azmin kalah dalam pertempuran ini maka beliau boleh ucapkan selamat tinggal politik kecuali memilih haluan berbeza dari PKR tetapi kemana? Kalau mahu ke PPBM beliau perlu hadap heraki yang lebih beranggapan jawatan PM merupakan warisan PPBM sahaja dan parti lain perlu akur kepada kepimpinan PPBM. Kalau ke parti lain akan timbul juga masalah bila 'Orang Lama' dalam parti enggan memberi ruang jadi pilihan yang Azmin ada hanyalah tumbangkan Anwar untuk terus menjadi 'Dominan' dalam PKR. Mampukah Azmin laksanakan dan adakah akan hadir sokongan buat beliau? Perlu diingatkan Anwar lebih memahami seni politik dan kejayaan paling besar Anwar (semasa dalam Umno) ialah ketika menumbangkan Tun Ghafar Baba sebelum pertarungan bermula. Malah ketika itu Dr Mahathir sendiri tidak mampu menyekat ketumbukan Anwar. 

-bersambung-

Sunday, 1 December 2019

'PERIUK API' BAKAL MELETUP, AZMIN ADALAH 'TANGAN GHAIB' MAHATHIR DALAM PERCAKARAN PKR?

'Air Dalam Cawan' Sudah Tumpah, PKR Bakal Berpecah?



Suasana semakin keruh dalam PKR apabila serangan antara sesama mereka sudah tidak mampu diselindungkan lagi. Segalanya hanya kerana seorang individu bernama Azmin Ali. Dikatakan kini beliau sudah semakin jauh menumpahkan 'Taat Setia' kepada Parti Keadilan Rakyat, Azmin dilihat sebagai Pro- Mahathir dalam jangka panjang bagi mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Kabinet dan merasakan masa depan beliau bersama PKR sudah semakin kelam.



Ketegangan ini dihidu sejak tersebarnya klip video 'Semburit' dimana seorang individu mirip Menteri sedang 'menikmati' hubungan intim bersama seorang individu bernama Haziq. Siapa yang bertanggungjawab merakam dan menyebar video tersebut tidak dapat dipastikan dan hingga hari ini PDRM masih belum mengenalpasti siapa individu bersama Haziq di atas ranjang dalam klip tersebut. Disebabkan video itu, Setiausaha Politik Anwar Ibrahim telah ditahan polis dan proses soal siasat telah dilakukan terhadapnya. Sebaik dibebaskan Farhash telah melaungkan 'Azmin Semburit' dihadapan penyokongnya.

Apa yang selama ini cuba diselindungkan sudah menjadi bualan ramai. Pertelingkahan dalaman PKR bukan lagi rahsia dan AMK sendiri membuka pekung mereka kepada rakyat apabila memilih untuk 'berperang' apabila nama Azmin digugurkan dari senarai perasmi kongres AMK minggu depan. Terbahagi 2 kumpulan, AMK kini saling menyerang dan menegak benang basah. Bukan sahaja kalangan AMK, malah kalangan pemimpin tertinggi PKR juga sudah mula mengorek 'Jubur' sesama mereka. Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin antara nama besar PKR yang kini melempar 'najis' sekaligus memberi isyarat jelas perang PKR sudah berlangsung.



Jika percakaran ini berlanjutan adakah Tun M akan mempertimbangkan untuk melengahkan masa lagi bagi peralihan kuasa seperti sering dinyatakan Anwar? Bagi rakyat pula, pembubaran Parlimen merupakan satu-satunya cara menguji kekuatan sebenar Anwar dan Pakatan Harapan mendepani segala isu berkaitan rakyat. Sana sini suara rakyat mahu Pembubaran Parlimen berlaku dalam tempoh terdekat kerana sudah tidak mampu menahan kerosakan yang berlaku di bawah Pakatan Harapan dan perebutan kuasa antara mereka hingga terlalu banyak isu rakyat dilepas pandang. Bagaimanapun seperti sedia maklum, Mahathir TIDAK AKAN membubarkan Parlimen dalam jangka terdekat. Risiko memberi Anwar kuasa sudah tentu akan berbalik kepada Mahathir sendiri. Anwar sendiri tidak pernah memberi komitmen TIDAK AKAN BERTINDAK terhadap Mahathir sekiranya beliau memegang tampuk kuasa. Perlu diingatkan, segala keperitan dan apa yang dilalui Anwar merupakan sejarah hitam politiknya kerana menentang Mahathir selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Sudah pasti ada terselit sedikit amarah akibat perbuatan Mahathir kepadanya dan tidak dapat dijangkakan apa tindakan akan dilakukan Anwar sebaik bergelar Perdana Menteri Ke-8. Seperti 'Bom Jangka' apa sahaja boleh berlaku sekelip mata sekiranya Mahathir melepaskan kedudukannya kepada Anwar.

-bersambung-