Monday, 22 February 2016
Parti Harijadi Kit Siang, DAP Guna Wang Rakyat Atau Penderma?
Kegilaan Ketua Menteri P.Pinang membazir wang rakyat sudah tidak mampu dilindungi lagi. Terbaru pakaian isteri Lim Guan Eng menarik perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Pakaian yang diragakan Betty Chew ketika majlis meraikan 75 tahun umur bapa mertuanya Lim Kit Siang amat mengejutkan.
Dengan mendedahkan belakangnya, pakaian tersebut berhias dengan manik dan segala hiasan untuk pakaian itu dikatakan mencecah ribuan ringgit. Tidak kurang juga sebentuk cincin yang di pakai Betty menarik perhatian pelayar media sosial. Mereka mula mempertikaikan harga cincin yang dikatakan mencecah harga yang tinggi.
Adakah sambutan untuk Kit Siang di taja atau DAP yang mengeluarkan belanja? Jika DAP yang mengeluarkan belanja, dari mana pula sumbernya? Adakah Guan Eng menggunakan wang rakyat untuk parti tersebut? Atau jika di taja siapakah individu yang menaja majlis mewah itu?
Timbul persoalan adakah individu tersebut merupakan orang yang sama menjadi penderma untuk Gerbang Selangor yang masih misteri apabila Azmin enggan mendedahkan identiti penderma.
Majlis serba mewah di Hotel Equatorial P.Pinang tersebut hanya menunjukkan betapa kayanya 'Dinasti Lim' ketika meraikan hari lahir Kit Siang.
DAP yang lantang menyatakan negara akan bangkrap sebaliknya berpesta dengan mengadakan sambutan besar besaran hanya untuk meraikan Kit Siang. Ahli Parlimen Pagoh itu seperti tidak merasa bersalah kepada rakyat apabila tersenyum lebar dengan acara khas yang dilakukan buatnya. Kit Siang sering menyelar kerajaan akan muflis nyata tidak berkata apa apabila melibatkan dirinya.
Adakah Guan Eng menggunakan wang rakyat untuk menaja majlis mewah untuk bapanya? Masih dilanda kontroversi pembaziran wang rakyat untuk projek RM30juta mengecat laluan basikal, perlakuan Guan Eng hanya retorik apabila pernah mengeluarkan kenyataan DAP sebuah parti rakyat,zuhud dan sosialis apabila mengenakan sut beharga ribuan ringgit semasa majlis tersebut belum termasuk harga pakaian Betty Chew.
Kini DAP bolehlah dikenali sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme serta korup apabila sambutan besar besaran hanya dilakukan untuk Kit Siang dan tiada individu lain dalam DAP yang mendapat layanan sebegini hebat. Mungkin ahli DAP yang lain tidak layak mendapat semua ini kerana mereka bukan menggunakan nama 'Lim' sebagai nama keluarga.
Apa kata anak bekas presiden DAP, Gobind Deo mengenai pembaziran semasa majlis khas untuk Kit Siang? Malah, sekutu politik DAP tidak berani mempertikaikan sambutan luarbiasa yang dianjurkan untuk Kit Siang. Apatah lagi 'orang suruhan' DAP, Mat Sabu yang langsung tidak berani menegur pembaziran yang dilakukan Guan Eng.
"Mungkin ini sambutan terakhir Kit Siang" kata seorang netizen semasa memberi komen dalam media sosial mengenai sambutan hari jadi anjuran DAP.
"DAP guna wang siapa anjur parti untuk Kit Siang?" menurut seorang pelayar tegar facebook apabila melihat foto yang dimuatnaik di media sosial. "Berapa harga cincin Betty?, berapa pula harga baju Betty?" komen seorang individu lain mengenai pakaian isteri Lim Guan Eng.
"Bayangkan kalau yang menyarung pakaian itu isteri pemimpin Umno, pasti DAP akan meyerang dengan gigih" antara komen dalam media sosial apabila menyentuh berkenaan pakaian dan gelagat pemimpin DAP.
No comments:
Post a Comment