Monday, 15 February 2016
Pemuda,Puteri Umno Tidak Minat Cari Pengundi Baru
Pilihanraya Umum Ke14 bakal meyaksikan satu kuasa baru yang menetukan politik negara dan parti yang akan membentuk kerajaan. Kuasa yang dimaksudkan adalah golongan anak muda dan pengundi yang pertama kali mengundi dalam PRU. Kemana arah tuju yang bakal mereka pilih serta kerajaan yang menjadi impian anak muda masih lagi tidak dapat dipastikan.
Setiap parti yang bertanding tentunya akan meyakinkan pengundi untuk menyokong idealisme serta menampilkan pembaharuan untuk terus kekal menguasai Parlimen. Tidak kurang Barisan Nasional pastinya akan mempertahankan kemenangan selama 13 penggal memerintah Malaysia.
Pastinya rekod cemerlang selama 59 tahun memerintah akan menjadi taruhan BN buat meraih undi dan sokongan. Tidak lupa akan sejarah kemenangan tipis dalam PRU13, BN pastinya mahu membawa satu perubahan menghadapi PRU 14. Oleh demikian kerja keras dari setiap parti komponen BN perlu digembleng agar dapat memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Umno perlu memperkasakan kembali jentera dari ketiga tiga sayap dalam mengenalpasti pengundi muda dan memastikan mereka memberi sokongan kepada Umno dan BN. Malangnya hingga kini pergerakan ini sangat perlahan kerana krisis dalaman Umno yang di ketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir terhadap Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdal Razak. Ini menyebabkan perpecahan dalam koloni Umno yang berbelah bahagi menunjukkan kesetiaan samada kepada mantan atau Presiden.
Perbalahan ini menyaksikan satu episod yang menyakitkan buat Umno yang berdepan dengan fitnah dari pembangkang dan ada kalangan ahli Umno yang menyambut dakyah pembangkang dan menyerang kepimpinan Umno dari dalam. Tidak terhad kepada ahli biasa, terdapat juga dari kalangan kepimpinan tertinggi negeri dan bahagian Umno yang turut serta menentang Najib walau terpaksa berlakon seperti menyokongnya semasa PAU2015.
Sayap Umno perlu memandang perkara ini secara positif dan tidak terus berada dalam 'kenangan' untuk memastikan kemengan mutlak BN dan Umno dalam PRU akan datang. Namun agak dikesali, Sayap Umno kelihatan layu dan tidak bermaya walau diterajui oleh mereka yang dikatakan mempunyai 'Aura' untuk mempengaruhi anak muda menyokong kembali Umno dan BN. Ketua Sayap Pemuda dan Puteri Umno yang hanya mahu mengekalkan kedudukan tidak peduli akan nasib anak muda yang terkial kial mencari pedoman politik dan peluang ini dilihat pembangkang sebagai satu perkara yang menguntungkan mereka.
Tanpa menunggu pembangkang telah mengambil alih jiwa anak muda dengan pelbagai cara dan gaya. Dengan hanya berbekalkan meja,kerusi dan komputer riba mereka terus mendekati golongan anak muda dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi dan dalam masa sama ideologi parti telah ditanamkan dalam minda anak muda sebagai bekal PRU.
Kelemahan ketara Sayap Umno terus dinafikan oleh ketua yang dipilih namun hakikat sebenar tidak boleh disorokkan. Kemana perancangan Khairy dan Mas Emriyati untuk anak muda? Hanya mahu bergerak saat akhir dan kehilangan semua sokongan mudah dari anak muda atau hanya sekadar mahukan jawatan selesa dalam kabinet?
Hampi 9 juta anak muda akan menjadi pengundi baru dalam PRU akan datang namun hingga kini berapa peratus yang telah Sayap daftarkan sebagai pengundi dan berapa peratus yang komited menyokong Umno dan BN? Apakah mereka tidak bernilai di mata Ketua Ketua Sayap Umno? Presiden Umno wajar melihat ini sebagai satu kelemahan dan menegur kedua dua Pergerakan agar terus mendekati anak muda dan bukan hanya tahu bergaya.
Jika masih mahu leka dalam dunia khayalan maka sebaiknya mereka memikirkan untuk memberi laluan kepada yang lebih mampu menggalas tanggungjawab dan amanah dari parti agar dapat memastikan kemenagan Umno dan BN terjamin demi mengekalkan kestabilan politik Malaysia.
Tradisi Umno memerintah Malaysia perlu dikekalkan dan mereka yang tidak mampu bekerjasama dengan kepimpinan tertinggi parti wajar berundur demi kesejahteraan ahli Umno dan status quo Umno selaku parti dominan yang berjuang untuk rakyat demi rakyat.
No comments:
Post a Comment