Monday, 7 March 2016
Muhyiddin - Kuda Kepang Terbaru Pembangkang
Penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam 'Deklarasi Menyelamatkan Malaysia' anjuran pembangkang pada 5 Mac 2016 telah mengejutkan penyokongnya kerana kini beliau berkerjasama dengan parti yang secara tradisi memusuhi Umno. Dalam deklarasi yang di sertai DAP, PKR dan PAN dan di ketuai Dr Mahathir bersama Lim Kit Siang serta golongan 'Anti - Najib' merupakan titik kehancuran karier politik Muhyiddin yang mengakui dirinya sebagai 'Totok Umno'.
Majlis Tertinggi Umno yang menggantung tugas Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno perlu meneliti semula hukuman tersebut memandangkan tindakan secara sengaja bekas Menteri Besar Johor itu duduk semeja dengan pembangkang dan memulakan gerakan menjatuhkan Presiden Umno dianggap serius oleh rakyat serta ahli Umno.
Muhyiddin yang bercadang membawa penggantungannya ke pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan di halang dari berbuat demikian. Pada dasarnya beliau telah diberikan masa yang cukup untuk membela diri namun demikian tindakannya tidak menghadiri mesyuarat MT Umno walau telah dimaklumkan merupakan provokasi meraih simpati rakyat. Namun demikian kejutan yang dilakukannya tidak berjaya mempengaruhi MT serta ahli Umno yang matang berfikir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Naib Presiden Umno menyatakan tindakan Muhyiddin yang mahu merujuk hukuman MT terhadapnya tidak akan menjejaskan parti. Malah menurut Zahid lagi, Muhyiddin yang mengaku 'totok' sepatutnya tahu bahawa Umno adalah sebuah parti yang telus dan demokrasi. Setiap ahli yang dirujuk ke Lembaga Displin Parti diberikan ruang untuk membela diri namun Muhyiddin menunjukkan 'Ego' apabila enggan menghadiri mesyuarat tersebut dan memberikan pelbagai alasan yang tidak logik.
Sebagai rekod, Zahid pernah berhadapan dengan hukuman di bawah ISA dan dipencilkan dari Umno namun beliau tidak pernah keluar dari Umno dan tidak pula menentang Mahathir walau punyai pengaruh untuk berbuat demikian selaku Ketua Pemuda Umno semasa itu. Kesetiaan terhadap parti dan ketua yang ditunujukkan Zahid adalah contoh terbaik seorang ahli Umno yang tidak sesekali membelakangkan parti demi cita cita politik.
Bekas Menteri Besar Johor itu yang mendakwa tindakan MT Umno sebagai tidak adil terhadapnya menjadikan kritikannya dalam isu 1MDB perlu menilai semula tindakannya yang membuat 'Road Tour' memburukkan Umno dan menyerang Najib. Beliau mendakwa tidak dimaklumkan mengenai Mesyuarat majlis Tertinggi Umno membabitkan beliau sekali lagi melakukan pembohongan terhadap rakyat dan ahli Umno.
Adakah selama ini beliau hanya sekadar 'Tunggul' dalam parti dan tidak terlibat bersama menjalankan amanah yang telah diberikan kepadanya? Jadi selama ini beliau 'menipu' penyokongnya dengan berpura pura menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri? Atau Muhyiddin tidak sabar untuk merampas kerusi Presiden daripada Najib?
Pembabitan Muhyiddin bersama Mahathir menandatangani deklarasi pembangkang untuk menjatuhkan Najib dianggap sebagai jalan akhir setelah 'menerima' arahan dari mantan PM untuk meneruskan survival politiknya. Mungkin ini jalan terakhir Muhyiddin untuk menamatkan karier politiknya dalam Umno.
Kini rakyat mula sedar kerakusan Muhyiddin bersama Mahathir hanyalah berpaksikan cita cita politik yang membunuh Umno secara perlahan-lahan. Bukannya berjuang untuk rakyat tetapi untuk impian menduduki kerusi tertinggi dalam karier politik dan menggunakan rakyat sebagai batu loncatan tanpa sedar hanya dipandang selaku hamba kepada pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment