Thursday, 14 April 2016
'Mahathr Rela Jadi Bodoh" - Pakatan Harapan Jadikan Bekas PM Sebagai Kuda Taruhan
Forum yang akan dianjurkan Democratic Action Party (DAP) pada 14 April 2016 bertempat di IDCC Shah Alam menampilkan Tun Mahathir sebagai salah seorang ahli panel yang akan membincangkan isu 1MDB setelah tidak berpuashati dengan laporan yang disediakan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC).
Tindakan ini jelas menunjukkan Mahathir yang kian terdesak mencari sokongan bersetuju dengan apa yang pembangkang lakukan terhadap kepimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Gerakan deklarasi rakyat yang di pelopori DAP mencapai persetujuan antara Lim Kit Siang dan Mahathir untuk saling membantu menjatuhkan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
Walau tajuk forum seperti mahu membincangkan mengenai keputusan PAC, rakyat sedia maklum keinginan Mahathir sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi lebih kepada soal peribadi beliau.
Mahathir tentunya akan menggunakan platform ini untuk membuat dakwaan memburukkan imej Najib setelah PAC mengesahkan Najib tidak terlibat dalam isu 1MDB manakala Kit Siang hampir pasti akan menggunakan forum berkenaan untuk berkempen bagi pihak DAP Pusat bagi pilihanraya negeri Sarawak. DAP yang kecewa dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak yang tidak membenarkan sebahagian daripada pemimpin DAP Pusat untuk memasuki negeri itu dan berkempen akan meminta simpati rakyat agar mendesak Adenan Satem membenarkan kemasukan mereka sepanjang tempoh berkempen.
DAP Sarawak yang kian goyah apabila rakyat mempersoalkan skandal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan sebuah unit banglo dan sebidang tanah di Taman Manggis Pulau Pinang kepada sebuah syarikat yang mahu memajukan kawasan tersebut dengan hotel mewah dan hospital golongan elit.
Bagi Rafizi, forum ini akan digunakan beliau bagi melakukan provokasi serta melemparkan tuduhan yang tidak relevan berkaitan penahanannya yang dikaitkan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) mengenai isu 1MDB. Beliau yang terkenal dengan cara kempen penuh fitnah terhadap kerajaan dijangka hanya akan mengulang skrip yang disediakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta menerangkan situasi krisis dalaman PKR.
Bekas PM, Mahathir yang kini kian giat melakukan siri jelajah menghasut rakyat untuk turut serta dalam gerakannya menjatuhkan Najib mahu menggunakan forum malam esok sebagai medan membuka kisah 'penglipurlara' mengenai keburukkan kerajaan. Tidak dapat dipastikan samada regu Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal akan turut hadir memberi sokongan kepada program tajaan DAP.
Terdapat dakwaan siri jelajah Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib telah mengadakan 'kutipan derma' dari penyokong tegar dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan diberikan tanggungjawap untuk mengumpul semua 'derma' dari seluruh pelusuk negara. Adakah DAP juga menggunakan kaedah sama seperti yang dilakukan Mahathir?
Forum yang dibiayai DAP ini tentunya menelan belanja yang bukan sedikit dan DAP pernah mendakwa tiada pihak membiayai kos urus tadbir parti itu namun penganjuran esok menimbulkan persoalan. Dari mana pula dana DAP untuk mengadakan forum percuma esok sedangkan venue yang di pilih mengenakan bayaran. Adakah pembiayaan program DAP datangnya daripada sebahagian dana Israel yang berjumlah RM1.2 billion?
Apa pula tuduhan Mahathir bersama pembangkang terhadap PAC dalam forum berkenaan nanti? Beliau kini seolah mencabar keputusan PAC dan Akta yang melindungi semua laporan berkaitan. Malah kerjasama Mahathir-Kit Siang yang kian serasi menunjukkan sifat sebenar Mahathir yang mahu semua pemimpin politik mengikut telunjuknya.
Dalam keadaan tidak sedar, DAP sebenarnya berjaya menjadikan Mahathir sebagai 'kuda' bagi mencapai hasrat merampas Putrajaya. Siapa yang lebih bijak menggunakan kesempatan?
DAP atau Mahathir? Kelihatan kerjasama mereka semakin serasi dan tidak mustahil Mahathir akan turun berkempen bagi memenangkan calon DAP di PRN Sarawak memandangkan ramai pemimpin DAP tidak akan dapat menyertai kempen kerana larangan kerajaan negeri terhadap kehadiran mereka di Bumi Kenyalang.
Semakin lama Mahathir bersama DAP dan pembangkang semakin rakyat membuka mata atas sikap Mahathir yang sebenarnya bersikap 'kuku besi' dan beliau sendiri pernah mengakui beliau adalah seorang 'Diktator' sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia.
Kini hanya kerana dendam, Mahathir sanggup menghancurkan kepercayaan ahli Umno dan rakyat yang pernah menyokongnya satu masa dahulu.
Mahathir kini hanyalah 'mumia hidup' buat Pakatan Harapan dan akan terus di'kuda'kan pembangkang selagi mahu hanya kerana mahu menjatuhkan Najib.
Sia sia perjuangan beliau selama 22 tahun apabila sanggup melutut dan merayu simpati pembangkang untuk kelangsungan politik anak kesayangannya, Mukhriz yang telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan kepercayaan hampir seluruh anggota Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN).
Pakatan Harapan kini sudah mampu senyum dan berkata "Bodoh punya Mahathir".
No comments:
Post a Comment