Friday, 27 May 2016
#PRKSgBesar - PAN,PKR,DAP Masih Bercakaran Memilih Calon Sesuai Bagi Di Korbankan?
GUNA LAMBANG MASING MASING - MANA LAMBANG PAKATAN HARAPAN?
Malam ini calon bagi mewakili Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Sg Besar akan diumumkan berikutan tragedi yang menimpa Datuk Noriah Kasnon dalam pilihanraya Sarawak Mei lepas.
Individu yang akan menjadi wakil BN bakal memikul tugas berat bagi memastikan BN kekal menguasai kerusi tersebut sehingga PRU14 dan pastinya cabaran hebat dari pembangkang akan dinantikan. Siapa yang bakal menggantikan Noriah di Sg Besar? Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pastinya telah memilih bakal calon yang berpotensi untuk menjadi wakil BN dan beliau sudah tentu seorang yang telah dikenalpasti mampu meraih sokongan pengundi.
Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, perebutan antara parti dalam Pakatan Harapan masih lagi tidak mencapai kesepakatan. Sumber juga menyatakan, selaku parti dominan dalam Pakatan Harapan DAP telah mula menunjukkan belang apabila mahu wakil dari parti sekular sosialis itu sebagai calon manakala cadangan itu di tentang oleh PAN. PKR yang masih kabur mengenai percaturan Pakatan pula memilih untuk berdiam diri dan akan membuat kejutan di hari penamaan calon.
Sumber turut menyatakan keadaan Pakatan Harapan kini kian meruncing apabila perbalahan antara parti semakin memuncak dan ini diburukkan lagi masalah dalaman PKR sendiri yang terpecah kepada dua kem. DAP selaku Ketua Pembangkang dalam Parlimen bertegas mahu permintaan mereka di penuhi manakala PAN pula mahu menebus kekalahan teruk di PRN Sarawak dan yang paling utama mereka mahu memadamkan nama calon dari PAS yang turut berminat untuk bertanding di kerusi sama.
Percaturan ini semakin menarik pemerhati politik kerana mungkin pertembungan 4 penjuru bakal terjadi sekiranya masalah perebutan dalaman Pakatan Harapan tidak dapat diselesaikan sebelum 5 Jun 2016. Mampukah Pakatan merealisasikan harapan mereka di sebalik slogan parti yang tidak berdaftar ini?
Mereka bakal bertanding di bawah lambang masing masing manakala kesepakatan BN terserlah setiap kali ada pengundian apabla hanya menggunakan satu lambang bagi memudahkan pengundi memilih calon yang mampu memberi khidmat terbaik buat pengundi setempat.
Kegoyahan pembangkang yang terserlah setelah kekalahan teru mereka di Sarawak tidak mampu disorokkan lagi. Saling menuding jari atas kekalahan di Sarawak, DAP,PKR,PAN tidak lagi mampu duduk semeja untuk mencari kata putus bagi menetapkan siapakah antara mereka yang akan menetang BN kelak.
Rakyat pastinya akan dihidangkan dengan satu fenomena baru kehancuran Pakatan Harapan di PRK Sg Besar dan mereka sudah boleh berkira kira parti mana yang benar benar bersedia berkhidmat untuk rakyat.
Barisan Nasional kini bersedia untuk PRK Sg Besar dan akan memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Pengundi Sg Besar pasti tidak akan memberi undi kepada parti yang penuh retorik propaganda seperti Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment