Wednesday, 18 May 2016
Ugut Bom PM Najib - Facebookers Masih Tidak Insaf
Laman media sosial Facebook kian diminati oleh netizen untuk menaikmuat pelbagai status berkaitan diri,keluarga,aktiviti serta program yang bermanfaat. Namun bukan semua pelayar facebook bijak bila memuatnaik status mereka di laman media.
Ada yang telah menyalahgunakan teknologi dengan berkongsi cerita fitnah serta mengarut yang mempengaruhi rakyat. Mereka seolah olah kebal dari sebarang tindakan Polis DiRaja Malaysia apabila cuba menghasut rakyat serta mencerca pemimpin negara melalui status mereka.
Satu akaun facebook menggunakan nama Zaiful Nazril telah menaikmuat status yang berniat mengancam keselamatan Perdana Menteri, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila menyatakan mahu mengebom Najib.
Pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan Perdana Menteri Malaysia. Individu tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian keran jelas sekali ugutan itu merupakan satu bentuk ancaman dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Mutlimedia patut mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.
Berikut adalah salinan dari akaun facebook Zaiful Nazril.
No comments:
Post a Comment