Sunday, 17 July 2016
Gabungan Mahathir, Pakatan Haram - Penyokong Bakal Terima Dedak B?
Mahathir Sudah Hilang Arah, Sanggup Terima Dedak Bab*?
Bermula sejak hampir 2 tahun lalu, gerakan yang diterajui oleh Tun Mahathir bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak memasuki fasa baru apabila berlaku penggabungan mantan PM itu bersama bekas MB Kedah dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang di pecat bersama barisan pembangkang.
Seperti dijangkakan, Mahathir yang masih enggan melupakan 'kuasa' selaku orang yang terpenting dalam percaturan negara masih menyimpan hasrat untuk kembali bertakhta dan berhak menetukan corak pemerintahan kerajaan. Selepas keluar dari Umno, gerakan deklarasi bersama Pakatan Harapan menjadi platform bagi beliau melempiaskan 'nafsu serakah' dalam memperkecilkan usaha Najib membawa kemajuan kepada Malaysia. Mungkin beliau berpendapat tiada yang boleh menandinginya yang berkuasa selama 22 tahun dan mahu rekod itu terus kekal bagi menjaga kemasyhuran nama Mahathir yang kelak mahu diwariskan kepada anaknya Mukhriz Mahathir.
Dengan sokongan kuat dari DAP yang merupakan sebuah parti sekular sosialis yang mengamalkan sikap rasis sepanjang penubuhannya hingga kini, Mahathir terus menunjukkan ketamakannya apabila mengumumkan kewujudan satu gabungan baru bersama Pakatan Harapan dan berhasrat menubuhkan sebuah parti baru sebagai alternatif meraih sokongan rakyat. Malahan beliau sanggup merendahkan maruah dirinya yang selama ini di pandang tinggi rakyat Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa Mahathir kini berjuang kerana kepentingan peribadi dan bukannya untuk rakyat Malaysia seperti yang di dakwanya.
Tertubuhnya gabungan baru Mahathir bersama Pakatan Harapan turut menimbulkan persoalan dari mana datangnya dana bagi membiayai gabungan tersebut. Desas desusu bertiup menyatakan Mahathir memerlukan hingga RM 5 billion bagi melaksanakan impiannya menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU14. Siapa yang akan bermurah hati memberi derma dalam jumlah sebegitu banyak dan sudah tentu pembiayaan tersebut bukanlah percuma. Mahathir seperti biasa dengan sistem 'Barter' era pemerintahannya akan terus menawarkan kepada individu yang berminat MELABUR bagi melunaskan kesumatnya terhadap Najib.
Siapa pula yang akan makan DEDAK sekarang jika bukan Mahathir dan penyokongnya, malahan DAP turut dikatakan berminat melabur sejumlah wang dengan harapan akan mendapat laba dari keuntungan politik Mahathir. Adakah gabungan Mahathir ini akan mendapat 'Dedak Babi' untuk terus tuntas dalam menyingkirkan BN nanti?
Bersama bekas anggota kabinet Najib yang tersingkir kerana pengkhianatan terhadap parti dan bertentangan dengan perlembagaan parti, Pakatan Harapan dengan kadar segera mengambil peluang itu untuk menambah kekuatan mereka dari 'berkat' air liur Mahathir yang sentiasa menimbulkan tohmahan deni tohmahan tanpa berjaya memberikan bukti kukuh atas setiap dakwaannya. Tiada istilah kebencian terhadap Mahathir dari PH yang pernah menghina beliau dengan pelbagai caci nista asalkan impiannya meletakkan Mukhriz sebagai PM terapai walau menggadaikan prinsip yang pernah beliau laungkan.
Gerakan mengumpul tandatangan bagi menyokong deklarasi Mahathir bersama PH yang diragui ststus keasliannya sudah mula menjadi strategi memakan diri keatas mereka. Mungkin kerana ada habuan yang dijanjikan DAP bagi merealisasikan impian mereka selama ini dan menyedari kewujudan mereka dan hari ini. Kemampuan gerakan ini untuk mengumpul sejumlah tandatangan rakyat turut digemparkan dengan satu surat akuan bersumpah menyatakan terdapat pembelian maklumat rakyat di beli oleh pihak tertentu bagi melengkapkan jumlah sasaran gerakan deklarasi. Siapa penaja gerakan deklarasi dan jumlah perbelanjaan turut menjadi tandatanya kepada rakyat dan hingga kini Mahathir mahupun Kit Siang tidak berani mendedahkan kebenaran berkait perkara tersebut.
Jelas kini Mahathir sudah mula menyerupai watak dalam puisinya sendiri yang bertajuk ' Melayu Mudah Lupa' apabila tidak memperdulikan lagi apa sahaja natijah dari gabungannya bersama DAP serta sekutu lain dalam Pakatan Harapan. Rakyat sudah mampu menilai kemana pemikirannya yang pernah diangkat sebagai Negarawan namun tindak tanduknya tidak lagi menggambarkan keunggulan gelaran tersebut.
No comments:
Post a Comment