Wednesday, 2 November 2016
DAP JADI SUCI,MINTA KERAJAAN KURANGKAN 'LUCKY DRAW' - SUMBER DARI LUMBA KUDA TETAP ISI KANTUNG PARTI?
DAP BAKAL HAPUS LESEN JUDI BILA BERJAYA RAMPAS PUTRAJAYA?
Desakan dari Democratic Action Party (DAP) di Parlimen semalam supaya kerajaan mengurangkan cabutan bertuah (Lucky Draw) nombor ramalan seperti Magnum,Toto,Da Ma Cai sebenarnya hanya lakonan SUCI dari wakil mereka untuk dipertontonkan kepada rakyat seolah mereka tidak turut serta dalam kegiatan tersebut.
Anthony Loke Siew Fook dan Liew Chin Tong menyatakan demikian kepada wartawan dalam sidang media di Parlimen semalam. Mendakwa kegiatan nombor ramalan hanya membebankan golongan bawahan, DAP terlupa kaum Tiong Hua merupakan antara yang paling ramai terlibat dalam kegiatan tersebut hingga mewujudkan tauke tauke nombor ramalan tidak berlesen. Lakonan SUCI wakil DAP seperti mahu menidakkan sumber sebenar DAP sendiri dari kegiatan judi LUMBA KUDA yang menjadi antara penyumbang kepada dana parti tersebut selain dari RM1.2 billion dari pihak Israel seperti di dakwa bekas ahli DAP sendiri, Mohammad Razali yang pernah tersebar luas.
Walau lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan kepada syarikat tertentu, masyarakat Tiong Hua bukanlah asing kepada judi ini yang telah menjadi sebahagian dari budaya 'tidak baik' dalam kalangan mereka, malah DAP sendiri tidak berhasrat untuk menutup premis judi yang terdapat di Pulau Pinang tetapi mereka tetap mahu menjadikan isu ini sebagai 'bahan ujikaji' reaksi masyarakat Tiong Hua terhadap kerajaan dengan desakan mereka.
Baca SINI
Cuba mengaburi masyarakat kononnya DAP mahu membenteras judi di kalangan masyarakat, cadangan mereka hanyalah mahu syarikat perjudian berlesen mengurangkan cabutan nombor ramalan dan bukannya menghapuskan lesen judi tersebut. DAP seperti yang di ketahui sememangnya cuba menjadi juara kepada setiap isu walau tahu isu itu melibatkan kaum Tiong Hua namun demi kepentingan politik mereka sanggup "berlakon SUCI' dan membangkitkan kemarahan para PENJUDI kepada kerajaan.
Baca SINI
Hingga DAP tidak berani mengheret Razali berkaitan isu DANA RM1.2 billion dari Israel yang telah mereka terima sebagai dana untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Mengapa? Adakah mereka takut kebenaran akan terbongkar jika Razali di heret ke Mahkamah? Beranikah DAP menyenaraikan sumber dana mereka selain dari jamuan makan malam?
Benarkah DAP menerima dana tersebut? Adakah DAP akan menghapuskan lesen JUDI jika mereka berkuasa kelak? Beranikah DAP berbuat demikian jika mereka berkuasa?
No comments:
Post a Comment