Monday, 18 February 2019

PRK SEMENYIH - DAP GUNA JENTERA 'BUNIAN' BANTU KEMPEN PPBM, MANA JENTERA PKR?

Hebat! DAP Hantar Jentera 'Bunian' Manakala PKR Hantar Jentera 'Kacang Kuda' Bantu Kempen?



Krisis dalaman Pakatan Harapan dipercayai semakin buruk hingga menggugat kempen Pakatan Harapan di Prk Semenyih. Bermula dengan krisis pemilihan calon, kelayakan calon turut diperkatakan malah elemen 'Kroni, Nepotisme' calon PPBM diikuti kemarahan DAP Selangor terhadap tindakan Mahathir yang memungkiri janji apabila menerima 7 orang 'KATAK' ke PPBM.


Suasana kempen PPBM yang hanya tertumpu dikalangan ahli PPBM sahaja turut menimbulkan persoalan dimanakah jentera Pakatan Harapan yang lain? Walau strategi PH meletakkan jentera India PKR di kawasan pengundi India, suasana kempen tetap tidak memihak kepada PH. Pengundi yang kini semakin sedar dipermainkan Pakatan Harapan sudah mempunyai pilihan bagi mengajar PH mengenai KUASA RAKYAT. Anak Muda juga sudah menampakkan trend MENOLAK PH apabila kecewa dengan Manifesto PH. Jentera DAP pula masih belum kelihatan dan dipercayai DAP telah menghantar 'Jentera Bunian' kerana masih terkesan dengan kenyataan Pegawai Mahathir terhadap Ronnie Liu. Ada kemungkinan 'Jentera Bunian' DAP akan terus turun berkempen dengan teknik 'Tanpa Bayang' bagi menyakinkan Rakyat tiada krisis dalaman wujud di blok Pakatan Harapan.


Pengundi Semenyih pastinya akan mempersoalkan calon PPBM mengenai Manifesto Pakatan Harapan berkaitan Tol. Adakah Jentera PKR dan DAP akan membantu calon menjawap persoalan tersebut? Pastinya Jentera DAP dan PKR akan mengelak daripada menjawap dan menyerahkan segalanya kepada PPBM untuk menjawap jika diterjah oleh Pengundi Semenyih. Dari sini pengundi boleh melihat 'Retak Menanti Belah' Pakatan Harapan.


Sejauh mana mereka (Pakatan Harapan) mampu menyorokkan krisis mereka tanpa dihidu pengundi Semenyih? Apa nasib Rakyat Semenyih jika calon PPBM diberikan kemenangan? Masih mahu terus 'Kena Kencing' dengan Pakatan Harapan?





No comments:

Post a Comment