Azmin 'Sawan Buih' Serang Najib Hanya Sebab "Bossku"
Entah mengapa kini Pakatan Harapan semakin 'MEROYAN' bila berkempen di Prk Semenyih hanya kerana istilah "Bossku" menjadi mainan bibir semua golongan dan kaum. Bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib yang kini semakin mendapat sambutan hangat kalangan rakyat kelihatan seperti 'Sumpahan' terhadap PH. Terbaru Azmin Ali menyerang Najib yang turun berkempen di Semenyih dengan pertanyaan dimanakah isteri beliau semasa kempen dilakukan. Mungkin Azmin lupa kisah beliau pernah jadi fenomena satu ketika hingga adiknya sendiri mendedahkan kisah 'Dalam Kain' isteri Azmin.
Klik Pengakuan Umi Hafilda - https://goo.gl/images/ecGHhb
Mengapa PH begitu gentar dengan kehadiran Najib di Semenyih hingga begitu terdesak Azmin menyerang beliau dan cuba memomokkan pelbagai cerita? Azmin pernah mencabar Najib turun ke Semenyih dan cabaran itu di sahut dengan sambutan luarbiasa RAKYAT di sebuah pasaraya terkenal di Semenyih manakala Azmin terus bertukar menjadi 'Cakcibor'melihat sambutan terhadap Najib.
Terbaru Azmin telah mengeluarkan kenyataan yang agak biadap apabila mengaitkan Allahyarham Tun Razak dalam kempen PRK Semenyih. Apa kena mengena Allahyaram Tun Razak dengan pilihanraya kecil N24 hingga beliau (Azmin) mengeluarkan perkataan sebegitu BIADAP? Mungkin PH merasakan mereka sedang bertarung dengan Najib dan bukannya Zakaria Hanafi lantas serangan perlu difokuskan terhadap ahli parlimen Pekan sahaja. Tentu Pengundi Semenyih perasan serangan PH terlalu banyak menyerang Najib dan bukannya Zakaria keran mereka (PH) tidak mahu dipersoalkan Pengundi Semenyih mengenai KEGAGALAN Manifesto PH yang dijanjikan mereka pada PRU14 terutama soal TOL yang menjadi seakan 'Tembok Besar China' bagi orang ramai masuk ke Semenyih.
Azmin tahu jika mereka cuba menyakinkan pengundi dengan segala JANJI JANJI PRU14, maka rakyat akan bertanya mengapa Skim Bantuan Sara Hidup (BaSaH) tidak lagi menyenaraikan golongan bujang sebagai penerima seperti skim BR1M yang diperkenalkan Najib dahulu. Belum lagi sentuh soal berkaitan SEJUTA peluang pekerjaan yang dijanjikan mereka jadi bagi mengelakkan pengundi menekan Kerajaan Pakatan Harapan pengalihan isu perlu dilakukan. Apa lagi Pakatan Harapan mahu 'KENCING' Pengundi Semenyih?
No comments:
Post a Comment