Thursday 3 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 2 EKOR LEMBU DARI DAP UNTUK PANCING UNDI JELAI?

Harga Pengundi Jelai Hanya Kenduri 2 Ekor Lembu - DAP Cuba 'Lembukan' Pengundi?

Lim Kit Siang yang telah memulakan siri kempen Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands cuba menarik perhatian pengundi Dun Jelai dengan menyumbangkan 2 ekor lembu untuk kenduri kampung.

Dalam satu perbualan grup whatssapp, dipercayai lembu yang disediakan adalah sumbangan DAP namun sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. Bagaimanapun pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah Sg Koyan enggan menerima sebarang sumbangan bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Masjid yang merupakan tempat ibadah Orang Islam tidak sepatutnya dijadikan tempat berpolitik walaupun Pakatan Harapan kini memerintah kerana Sultan Pahang merupakan Ketua Agama Islam di Pahang dan sudah tentu Masjid tidak terlibat dalam sebarang 'Politiking'. Mengapa ada tindakan dari parti politik yang secara tiba tiba mahu menganjurkan kenduri dengan menumbangkan 2 ekor lembu jika tiada niat politik? Sudah tentu ada 'Udang Di Sebalik Batu' dan para pengikut parti tersebut hanya berselindung dengan alasan kenduri bagi mengaburi mata orang ramai khususnya Dun Jelai.

Agak janggal jika benar sumbangan tersebut datang dari DAP kerana sebelum ini tiada apa apa sumbangan yang diberikan oleh DAP kepada pengundi Dun Jelai. Ini mungkin cara 'Malaysia Baru' yang sedang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan demi memastikan undian pada PRK CH akan memihak kepada mereka.

Apapun pengundi Dun Jelai lebih memahami dan mengetahui siapa selama ini yang bersama mereka dan tidak putus membantu pengundi Jelai tanpa sempada politik.

No comments:

Post a Comment