Wednesday 9 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - CALON DAP HINA ORANG ASLI, IBARATKAN PRIBUMI SEBAGAI KUIH

Manogaran Umpamakan Orang Asli Sebagai 'Kuih' Yang Tidak Akan DiBeli Orang Lain



Calon Pakatan Harapan mengumpamakan Orang Asli sebagai kuih yang tidak akan dipandang orang kalau dijadikan jualan. Beliau turut memperlekehkan kemampuan Orang Asli dalam pentadbiran kerajaan atau mana mana organisasi.


Manogaran secara jelas memperkecilkan kemampuan Orang Asli yang kini bukan lagi kaum yang dipinggirkan Barisan Nasional selama 61 tahun memerintah. Taraf pendidikan mereka (Orang Asli) kini lebih baik malah ada kalangan Orang Asli berada dalam kalangan profesional malah mereka diberikan peluang sebagai Senator yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan didalam Dewan Negara.


Inikah cara DAP memandang Orang Asli Cameron Highlands? Belum duduk sebagai Ahli Parlimen sudah menghina Orang Asli dan meremehkan kemampuan pengundi Orang Asli berjumlah 6964 mewakili 21.9% dari keseluruhan jumlah pengundi P078. Tahukah DAP kedudukan serta taraf kehidupan masyarakat Orang Asli kini semakin maju dan moden di bawah pentadbiran BN. Bukan sahaja penempatan selesa disediakan malah kehidupan mereka kini semakin selesa dengan pembangunan yang dibawakan secara langsung kepada mereka  oleh Barisan Nasional walau penempatan jauh di pedalaman.

DAP yang selama ini tidak mengambil pusing hal Orang Asli selama mereka wujud sebagai parti politik kini 'BERLAKON' seolah merekalah JUARA bagi isu isu berkaitan Orang Asli. Adakah Pakatan Harapan mahu menafikan segala bantuan dari BN kepada Kaum Pribumi selama ini? DAP seolah bertahun berada disamping kaum ini sedangkan hanya kerana PRK CH barulah mereka menunjukkan muka di kawasan penempatan Orang Asli. Dimanakah DAP selama ini? 

Pautan kenyataan Manogaran - https://www.malaysiakini.com/news/459559?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Jika beginilah pandangan DAP kepada Orang Asli maka wajarlah pengundi P078 memberi isyarat jelas kepada Pakatan Harapan bahawa mereka tidak layak menjadi wakil rakyat di Cameron Highlands pada hari pembuangan undi 26 Januari 2019.

No comments:

Post a Comment