Tuesday, 1 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - HUJAN HALANG LIM KIT SIANG BERPESTA TAHUN BARU - TUDUH BN TIDAK PEDULIKAN ORANG ASLI, DAP HANYA CARI PUBLISITI MURAH.

Bila Lim Kit Siang Bertukar Jadi Lim Kit 'Malam', Faktor Cuaca Digunakan Burukkan BN.

Orang Asli terkenal dengan kehidupan berpindah randah dan tidak menetap kekal dalam hutan. Mereka biasanya akan memindahkan seluruh kampung apabila merasakan tiada lagi keperluan berada di kawasan tertentu kecuali semua orang dalam suku tersebut mencapai kata setuju menetap kekal di tempat yang difikirkan Tok Batin sebagai kawasan selamat dan sesuai bagi kegiatan harian dan ekonomi orang kampung.

Memahami naratif dan tatacara kehidupan Orang Asli, Barisan Nasional selaku kerajaan selama ini menghormati mereka selaku kaum pribumi dan tidak memaksa mereka menerima kejutan perkembangan kemajuan. Walaupun begitu kemajuan tetap dibawakan kepada mereka walau penempatan jauh di pedalaman.  Penempatan baru yang jauh lebih selesa dan moden turut disediakan buat mereka semasa zaman pemerintahan BN.

Baca - http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_08.htm

Kempen Pilihanraya Kecil P078 yang hangat sekarang telah memberi peluang kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang masuk jauh ke pedalaman untuk berkempen sedangkan tempoh berkempen hanya akan bermula pada 12 Januari 2019. Beliau bersama rombongan DAP masuk ke penempatan Orang Asli dan dipercayai untuk mempengaruhi undi Orang Asli selain memburukkan Barisan Nasional di mata masyarakat Pribumi itu. Malang sekali ketika ini musim hujan melanda dan sudah tentu untuk keluar masuk ke kawasan pedalaman akan mengalami kesukaran jika pemandu 4x4 tidak biasa dengan keadaan hujan dalam hutan. Rombongan DAP yang mengiringi Kit Siang merupakan mereka yang hanya duduk di Bandar dan tidak mengetahui selok belok pemanduan dalam hutan dan jalan tanah licin.

Lim Kit Siang telah menaikmuat status dalam ciapan (twitter) beliau mengenai pengalamannya terkandas dalam perjalanan keluar dari perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands. Beliau menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional kononnya tidak membawa kemajuan kepada Orang Asli selama 6 dekad memerintah. Tindakan beliau menuding BN hanyalah untuk memburukkan kerajaan terdahulu bagi meraih undi dan populariti seolah DAP prihatin dengan masalah Orang Asli dan mahu memperjuangkan nasib Pribumi.

Lim Kit Siang sebenarnya melakukan kesilapan apabila sekadar menyalahkan pihak lain dalam perkara ini. Mungkin semasa dalam perjalanan masuk ke perkampungan Orang Asli, Kit Siang samada tidur atau BUTA MATA kerana tidak melihat kemajuan yang dibawakan kepada masyarakat Orang Asli. Penempatan Leryar hinggalah Kg Tiat antara penempatan selesa dan moden yang disediakan untuk masyarakat Orang Asli malah kemudahan asas buat mereka setaraf dengan Bandar. Ini yang Kit Siang sengaja BUTAKAN MATA demi mencari publisiti murahan DAP.

Menyentuh kemajuan kepada Masyarakat Orang Asli, peruntukan besar diberikan untuk membawa dunia moden kepada mereka selain memberikan pembelajaran terbaik buat anak anak Orang Asli menerusi pelbagai kaedah. Malah Asrama Khas turut disediakan bagi memastikan anak anak Orang Asli tidak keciciran dari sekolah dan segala bantuan disediakan JAKOA untuk mereka. DAP yang selama ini tidak pernah menjenguk atau membantu tiba tiba mahu menjadi JUARA. Bila di lihat secara politikal, tindakan Kit Siang tidak lebih dari tindakan 'AYAM TUA CUBA BERKOKOK DI PAGI HARI'. Mungkin Lim Kit Siang perlu membaca apa kemajuan serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang di bawah Barisan Nasional kepada Orang Asli Pahang.

Baca -
http://www.jakoa.gov.my/projek-naik-taraf-jalan-kampung-orang-asli-simpai-sejauh-4-2-kilometer-ini-akan-ditar-bagi-memberi-keselesaan-kepada-leb/

No comments:

Post a Comment