Saturday 5 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - MANOGARAN KELIRUKAN PENGUNDI ISU PERMOHONAN TANAH NEGERI PAHANG

Calon Pakatan Harapan Cuba Kelirukan Rakyat Hal Tanah Negeri Pahang



Calon Pakatan Harapan, M.Manogaran semasa membuat kenyataan kepada pemberita jelas sekali cuba mengelirukan pengundi P078 Cameron Highlands dengan JANJI bahawa hanya PH mampu selesaikan masalah di Cameron Highlands berkaitan isu tanah negeri.

Kenyataan Manogaran merupakan cerminan jelas beliau tidak memahami kuasa Kerajaan Negeri dalam hal berkaitan pemberian serta kelulusan tanah negeri. Adakah beliau selaku seorang peguam memahami akta atau sengaja mengeluarkan kenyataan sebegini untuk memancing undi 90% pengusaha kebun sayur yang mengusahakan tanah negeri dengan kelulusan kerajaan negeri?

Klik - https://www.jkptg.gov.my/ms/content/pemilik-tanah

DAP yang terkenal dengan janji manis sebegini sering menggunakan pendekatan berkaitan hak milik tanah bagi meraih sokongan dari pengundi. Malah pernah seorang Ahli Parlimen DAP BERJANJI AKAN MEMASTIKAN SETIAP PENGUNDI KAUM CINA MENDAPAT SEBIDANG TANAH BERGERAN DALAM SIRI JELAJAH CERAMAHNYA dan Pengundi Cameron Highlands juga tidak terkecuali.

Apa yang dikesalkan ialah cara Manogaran dan DAP membuat kenyataan sebegini bagi kepentingan politik mereka dalam PRK hanya akan memudaratkan Pengundi Cameron Highlands dan seandainya JANJI itu tidak dipenuhi maka sudah tentu DAP akan menuding jari kepada Kerajaan BN Pahang sedangkan pihak mereka tahu kuasa kelulusan tanah negeri adalah tertakluk di bawah kerajaan semasa negeri tersebut. Manogaran sebenarnya kehabisan modal kempen kerana tahu beliau tidak mampu menjadi Ahli Parlimen berikutan 2 kekalahan beliau di tangan calon BN dalam PRU. 

Penulis percaya pengundi P078 lebih bijak daripada Manogaran dalam membuat pertimbangan pada 26 Januari 2019. Perlu juga diingatkan Pakatan Harapan hingga hari ini belum melunaskan Manifesto PH Pru14 tetapi lebih banyak bermain 'POLITIK' untuk survival Pakatan. Rakyat sudah semakin nampak kelemahan Pakatan Harapan selepas 8 bulan memerintah dan sudah ada keluhan mengenai kelembapan ekonomi di bawah Pakatan Harapan.

Tonton video janji DAP - .https://youtu.be/i1rV7j2cut4





No comments:

Post a Comment