Saturday 5 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - SELEPAS 8 BULAN BARU PAKATAN HARAPAN SEDAR RUPANYA 'MENGANDUNG', TAKTIK CARI UNDI ORANG CAMERON?

Selepas 8 Bulan Baru Harga Minyak Turun Sempena PRK Cameron Highlands?

Antara kandungan Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 ialah penawaran penurunan harga bahan bakar (petrol dan diesel) dan ini merupakan intipati yang menggamit kepercayaan pengundi.

Namun begitu penawaran ini tidak berjaya dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dengan memberi pelbagai alasan yang adakala melucukan hingga mengaitkan ciri ciri Ibu Mengandung (baru kahwin takkan terus mengandung). Inilah antara lelucon yang menjadi antara bahan jawapan PH untuk mengelak desakan demi desakan dari rakyat yang mahu mereka menunaikan JANJI MANIFESTO. Amatlah malang sekali apabila simptom 'Morning Sickness' atau MABUK kelihatan pada JANJI MANIFESTO Pakatan Harapan hanya ketika 'Kandungan' mencecah 8 bulan! Ini sesuatu yang amat luarbiasa kerana biasanya hanya kalangan 'Dinasor' sahaja yang akan mengalami simptom MABUK pada bulan ke 8.

Menoleh kembali kebelakang sebentar, bekas Ahli Parlimen Pandan pernah menyatakan beliau mempunyai mekanisme bagi memastikan harga petrol berada sekitar RM1.50 per liter. Naib Presiden PKR (dilantik) itu juga pernah menunjukkan formula 'Rahsia' bagaimana Pakatan Harapan boleh 'MENGANDUNG' pada hari pertama mengambil alih Putrajaya namun kerana faktor usia (Putus Haid) pemimpin PH maka persenyawaan tidak berjaya berlaku dan yang menjadi mangsa mainan tidur selama hampir 8 bulan ialah Rakyat.

Berbalik kisah penurunan harga minyak yang mengalami penyakit 'U Turn' di bawah memanda Menteri 'Ringgek' yang mengeluarkan kenyataan Rakyat akan menikmati harga petrol yang rendah pada 1/1/2019, ramai yang KECEWA kerana sikap 'U TURN' beliau. Bagi menutup kesipuan tersebut maka seorang lagi Memanda Menteri 'Telur' telah diberikan mandat mengeluarkan kenyataan yakni 'Test Kit' mengandung positif dan hari ini Pakatan Harapan dengan bangganya memberitahu seluruh antero dunia - MEREKA TELAH MENGANDUNG 8 BULAN - (penurunan harga petrol dan diesel dan akan di kaji secara mingguan).

Bagaimanapun adalah dipercayai penurunan ini ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Bagi menarik 'Empati' Pengundi, penurunan harga ini akan dijadikan bahan kempen PRK ini dengan pelbagai ceritera 1001 malam atas kejayaan PH yang mengandung 'Anak Sulung'. Adakah trend penurunan harga ini akan KEKAL atau bersifat sementara bagi menyakinkan pengundi bahawa 'Kandungan' akan dilahirkan pada 26 Januari 2019 mengikut kalendar 'Dinasor'.

No comments:

Post a Comment