Tuesday 19 September 2017

PANAS!!! DAP DAN KILANG SG LEMBU ADA 'BELAKANG KIRA'?

Kewujudan sebuah kilang di Sungai Lembu menarik perhatian rakyat mengenai kemungkinan wujud 'konspirasi' antara Kerajaan DAP P.Pinang dan pemilik kilang tersebut. Kilang yang terletak dalam DUN Penanti itu dikatakan menjadi penyebab kanser yang menyerang penduduk berdekatan.

Bagaimanapun Kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng masih berteka teki mengenai syarikat berkenaan dan hingga hari ini isu kanser masih 'tersimpan rapi' walau pernah didedahkan sebelum ini di media tempatan.

Pendedahan ADUN Penanti, Dr Norlela mengenai perkara tersebut pernah membawa perkara inj ke pengetahuan Sidang Dun pada 30 April 2015, sekali lagi pada 2016 dan sekali lagi pada Mei 2017. Beliau juga difahamkan telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah Seberang Prai Timur bagi maksud siasatan Pejabat Alam Sekitar bagi maksud samada syarikat berkenaan (kilang) mematuhi syarat dan akreditasi yang ditetapkan. Pejabat Kesihatan juga telah menyiasat aduan kanser oleh penduduk Sg Lembu dan beliau turut mahu siasatan dilakukan dalam kejadian kebakaran maut seorang pemandu lori yang jatuh dalam 'Pit Pembakaran'. Semua itu tercatit dalam Minit Mesyuarat Tindakan Daerah Seberang Prai Timur.

Malangnya apabila JKKK Sg Lembu menghubungi pemilik syarikat kilang mereka telah menerima kejutan apabila di ancam akan di saman oleh peguam syarikat berkenaan jika terus menerus bertanyakan mengenai masalah kesihatan penduduk serta pekerja.

Menarik sekali pemilik kilang tersebut sangat berani bertindak 'ala samseng' apabila enggan bekerjasama dengan JKKK yang mengambil berat hal kesihatan penduduk Sg Lembu dan pekerja syarikat berkenaan. Adakah pemilik syarikat tersebut mempunyai kekebalan kerana ada 'Hubungan Baik' dengan pimpinan DAP Pulau Pinang hingga mahu menyaman JKKK?

Mengapa Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak berani bertindak tegas kepada pemilik syarikat apabila kesihatan rakyat terancam dengan operasi kilang di Sungai Lembu? Persoalan ini akan menjadi soalan ngeri kepada DAP P.Pinang jika mereka selama ini melindungi aktiviti kilang yang mampu mengancam nyawa penduduk dan mengakibatkan kanser kepada rakyat berhampiran.

Terbukti DAP hanya pandai menabur janji serta memberi 'Gula gula' kepada rakyat demi meraih undi tetapi dalam masa sama mengabaikan nyawa rakyat kerana bagi mereka keuntungan syarikat berkenaan lebih utama dari segalanya. Mungkinkah wujud sistem 'Ufti' oleh syarikat berkenaan kepada DAP P.Pinang dan sebagai balasan operasi mereka akan dilindungi dari segala bentuk Undang Undang? Ketua Menteri perlu lebih jelas dan telus dalam hal membabitkan nyawa RAKYAT dan bukan hanya memikirkan keuntungan 'Poket DAP' dengan sumbangan tertentu dari pemilik syarikat tertentu.