Monday 29 July 2019

'LANGKAH SEMPUT' GANTI 'LANGKAH KAJANG'- MASIH INGAT BILLIYUN BILLIYUN?

'Langkah Kajang' Bakal Berulang di Selangor?



Senario politik Parti Keadilan Rakyat semakin menggamit pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati politik tempatan. Pergeseran antara Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang mewujudkan 2 kem dalam PKR kelihatan sudah tidak boleh disorokkan lagi. Semuanya kerana satu klip video intim melibatkan individu 'mirip' seorang Menteri Kanan dari PKR melibatkan seorang lagi individu bernama Haziq.



Pertembungan Anwar vs Azmin menghampiri klimaks apabila 'Team Azmin' tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR baru-baru ini. Zuraida Kamaruddin, Haniza Talha dan Menteri Besar Selangor antara yang dikatakan tidak hadir ke mesyuarat tersebut. Adakah ini protes selepas 'Surat Amaran' dikeluarkan kepada 'mereka' yang mengeluarkan kenyataan agak pedas selepas Anwar meminta Azmin meletakkan jawatan SEKIRANYA TERBUKTI terbabit dalam video intim yang tular? Seperti ada 'pakatan' lain dalam PKR bagi menumbangkan Anwar sekaligus melenyapkan legasi reformasi yang diwujudkan pada 1998?

Baca - PROTES DALAMAN PKR

Mungkinkah akan berlaku rombakan besar-besaran dalam PKR sekiranya Anwar tidak lagi mendapat sokongan penuh dari ahli parti? Bagaimana dengan impian beliau menjadi PM Ke-8 sekiranya Azmin dan beberapa lagi 'Anchor' PKR mengambil tindakan keluar parti? Selangor mungkin akan mengulang sejarah 'Langkah Kajang' sekiranya MB Selangor dikenakan tindakan tatatertib dan sebagai jalan selamat mungkinkah beliau juga akan meninggalkan parti?

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil PKR akan jadi sejarah paling epik dalam politik Malaysia. Ditubuhkan Anwar untuk melawan Mahathir yang memecatnya pada 1998 namun berkerjasama atas dasar kuasa pada 2018 namun akhirnya berkubur kerana 'permainan politik' Mahathir pada 2019? 

Apa agenda sebenar-benarnya Pakatan Harapan buat Rakyat Malaysia apabila mereka lebih sibuk mencatur kedudukan dan penguasaan parti dalam mengukuhkan cengkaman memerintah Malaysia? Rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai isu tetapi ahli politik gusar akan kuasa mereka yang semakin luntur lantaran 'PENIPUAN MANIFESTO' Pakatan Harapan.


Thursday 25 July 2019

ARMADA JOHOR 'BACUL' BILA KETUA KENA GANTUNG TUGAS?

Bukan Sahaja 'Tisu Koyak', Mentaliti Pun 'Tisu' Juga? 



Hanya kerana menegur Had Umur Belia, Ketua Armada Johor digantung dari jawatannya sehingga satu tempoh yang akan diberitahu. Norul Haszarul dimaklumkan dalam sepucuk surat pemberitahuan dan salinan surat tersebut turut diserahkan kepada Syed Saddiq selaku Ketua Armada Pusat PPBM.

Baca - KONTROVERSI SYED SADDIQ DAN ISTANA JOHOR

 Agak melucukan tindakan terhadap Ketua Armada Johor bukanlah disebabkan kaitan undang undang Malaysia tetapi kerana tidak sependapat dengan Syed Saddiq. Apa pula tindakan Armada Johor dalam hal ini? Hanya berdiam diri dan akur perintah atau BERANI MENENTANG KEPUTUSAN yang nampak tidak relevan ini?

Apa sudah jadi pada kebebasan bersuara yang dilaungkan PPBM selama ini? Had Usia Belia yang disarankan oleh Syed Saddiq menerima pelbagai reaksi belia seluruh negara yang rata rata terkejut dengan kriteria yang digariskan Menteri Belia dan Sukan di Parlimen. Nampaknya Syed bukan sahaja mudah 'Terkoyak Tisu' malah mudah 'Terguris Emosi' apabila ditegur dan cadangannya ditentang oleh ahli PPBM sendiri.

Mungkinkah 'Era Kuku Besi' sudah bermula dalam PPBM apabila ahli tidak boleh memberikan pendapat mahupun pandangan terhadap kepimpinan? Sikap begini terdapat dalam Democratic Action Party (DAP) dimana sesiapa sahaja ahli yang menegur atau mengkritik keputusan pimpinan tertinggi DAP terutama Setiausaha Agung DAP perlu berdepan dengan tindakan yang sama diambil oleh PPBM terhadap Norul. Evolusi DAP sudah mula menyerap dalam PPBM bukan sahaja bab kerjasama tetapi merangkum juga tindakan tatatertib sekiranya pemimpin tertinggi dikritik.

Sudah lama diperhatikan Presiden PPBM seperti tidak punyai apa apa kuasa dalam parti kerana peranan telah diambil alih Tun Mahathir. Apa sahaja keputusan berkaitan parti maka Tun akan menjadi orang pertama parti yang dirujuk. Mana hilang kuasa Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden PPBM? Kontroversi ini mungkin berlegar hanya dalam kalangan ahli PPBM dan mereka TIDAK BERANI memperkatakannya kerana TAKUT tindakan yang bakal dikenakan sekiranya bersuara.

Agak sadis melihat perkembangan tidak sihat dalam PPBM dengan pelbagai kontroversi dari bawahan hingga atasan. Inikah parti yang sering mendabik dada untuk membela Melayu? Suara PPBM sering dicantas oleh sekutu lain dalam Pakatan Harapan dan kini mereka sedang belajar bagaimana mahu menutup mulut ahli dari memperkatakan kelemahan parti dan kepimpinan.

Berapa lama PPBM mampu bertahan dalam tekanan yang datang dari Pakatan Harapan? Dengan bilangan kerusi yang tidak seberapa, 'nyawa' PPBM sebenarnya terletak ditangan sekutu dan jika tersilap langkah parti itu akan disingkirkan sekiranya tidak sehaluan dengan parti dominan dalam Pakatan Harapan.

MB SELANGOR TERIMA SURAT DISIPLIN - BERTUKAR LAGI MB PKR?

Selangor Bakal Bergegar Lagi?



Parti Keadilan Rakyat masih bergelumang dengan kontroversi video intim namun kali ini bukan sahaja tertumpu pada Azmin. 

Lembaga Disiplin Keadilan telah mengeluarkan surat kepada beberapa individu atas kenyataan mereka terhadap kepimpinan PKR. Turut menerima surat tersebut ialah Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan yang agak bertentangan dengan Presiden PKR sendiri. 

Baca - SURAT 'TUNJUK SEBAB'

Turut menerima surat tersebut ialah Farhash yang baru dibebaskan dari reman PDRM bagi siasatan video intim melibatkan Azmin Ali. Malah lebih mengejutkan rakyat ialah keberanian Farhash melaungkan "Azmin Semburit" selepas melaungkan "Reformasi" dan "Anwar for PM" dihadapan penyokongnya sejurus dibebaskan.

Bagi pemerhati politik, surat yang dikeluarkan kepada Amirudin Shari merupakan 'amaran' agar beringat jawatan beliau ditentukan oleh kepimpinan dan Presiden PKR. Mungkinkah akan berlaku pertukaran MB Selangor jika Amirudin masih bertegas mengeluarkan kenyataan 'keras' terhadap Parti dan Presiden? Sejarah PKR mentadbir Selangor sendiri telah menyaksikan MB Selangor boleh ditukarkan bila bila masa sekiranya sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi PKR. Masih ingat 'Langkah Kajang' yang menyaksikan Wan Azizah turut tersenarai sebagai calon MB Selangor satu ketika dahulu? Jika mengambilkira 'Langkah Kajang' maka Amirudin perlu berdiri atas pendirian politiknya bagi menegaskan siapa yang beliau sokong antara Anwar dan Azmin. Bersediakah beliau kehilangan jawatan sekiranya enggan 'bersama' Anwar dan memilih menyokong Azmin?

Azmin yang mengeluarkan kenyataan agak berbisa dalam Majlis Kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dan beliau masih terlepas dari menjelaskan apa maksud ucapannya? Anwar dan Badan Disiplin Keadilan 'TAKUT' kepada Azmin kerana tidak mengeluarkan apa apa surat kepada Azmin? Seperti nampak penguasaan Azmin dalam PKR melebihi Anwar dan jika benar perkara ini apa pilihan yang tinggal pada Anwar selain berdiam diri?


Antara komen penyokong PKR
Apa pula alasan Farhash bila menerima surat tersebut? Apakah akan ada pendedahan atau beliau hanya 'Berani Berkokok' laksana ayam jantan dalam sangkar? Jika beliau (Farhash) merasakan apa yang disebutnya dihadapan penyokong maka beliau perlu mendedahkan siapakah 'Jalang' dan 'Dalang' video intim tersebut. 

Cukup beranikah PKR mengambil tindakan lebih keras terhadap mereka yang terlibat mencemarkan imej parti tersebut atau semua ini sekadar 'Drama Bersiri' bagi menyedapkan hati penyokong PKR?

Tuesday 23 July 2019

FARHASH BAKAL DEDAHKAN SIAPA 'DALANG' DAN 'JALANG' VIDEO INTIM?

'Semburit, Reformasi Dan Anwar For PM' 


Pembebasan Farhash yang ditahan pihak berkuasa bagi menyiasat video intim agak 'Panas' dengan laungan 'Azmin Semburit'. Bukan itu sahaja malah laungan 'Reformasi' juga dilaungkan pegawai Anwar Ibrahim yang dibebaskan pada hari yang sama dengan Haziq.

Baca - 'AZMIN SEMBUR*T'

Tonton - AZMIN SEMBURIT

Farhash turut mencabar Ketua Polis Negara menahan Azmin Ali bagi siasatan video intim yang dikaitkan dengannya. Mempertikaikan tindakan PDRM yang menahan beliau selama 8 hari, Farhash berterimakasih kerana diberikan 'Cuti' dari menjalankan tugasnya.



Adakah pembebasan Farhash akan membuka satu lagi episod percakaran antara Anwar-Azmin? Baru baru ini Azmin membuat kenyataan dengan nada penuh persoalan apabila menyatakan 'Kesetiaannya ada batasan'. Beliau menyatakan demikian semasa majlis kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Baca - TAHAN AZMIN JIKA ADA INTERGRITI

Pergeseran Anwar-Azmin menjadi perbualan politik apabila mereka saling berbalas kenyataan dan ketidakhadiran Azmin bersama Zuraida serta Haniza Talha semasa program 'Retreat PKR' di Port Dickson memberi gambaran sememangnya berlaku perpecahan dalam PKR.

Adakah Reformasi akan kembali bergema jika Anwar dinafikan dari jawatan Perdana Menteri seandainya Azmin bertindak keluar parti dan turut mengheret sebahagian sokongan PKR? Jangan hanya kerana perebutan kuasa ini kelak rakyat jadi mangsa apabila politik negara tidak stabil. Percakaran ini diperhatikan negara asing malah Bloomberg turut berminat dengan kisah video intim yang dikatakan melibatkan seorang Menteri.



Perdana Menteri Tun M pula dilihat mengambil jalan selamat dalam hal ini. Beliau yang menyatakan video intim tersebut adalah masalah politik perlu memandang kembali sejarah apabila beliau memecat Anwar Ibrahim kerana salah laku moral. Lupakah Mahathir bagaimana beliau menemuramah 'Mangsa' Anwar Ibrahim dan kemudian mengambil tindakan memecat atas alasan MORAL?  Mengapa ada tindakan 'Double Standard' Mahathir dalam kes melibatkan Azmin? Beliau selaku PM sudah tentu dimaklumkan pihak berkuasa samada video tersebut tulen atau tidak dan apa tindakan yang perlu dilakukan. KPN sendiri telah mengesahkan ketulenan video berkenaan namun pelaku selain Haziq masih tidak dapat ditentukan. Rakyat di zaman sekarang tidak 'Bodoh' kerana maklumat serta aplikasi pengecaman wajah mudah dimuat turun dari internet, malah Facebook juga ada teknologi pengecaman wajah pemilik akaun facebook.

Kini terpulang kepada Anwar Ibrahim dan Mahathir bagi menentukan haluan politik negara dan rakyat Malaysia. Adakah mereka akan pentingkan soal Rakyat, Moral atau Kuasa? Hanya mereka yang ada jawapan.

FENOMENA 'BOSSKU' TAPAU PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN, RAKYAT MASIH INGAT JASA NAJIB DAN BN.

'Bossku' Mengganas Di Astro Awani


Astro Awani hari ini membuat kejutan apabila menzahirkan ucapan Hari Lahir buat Dato Sri Najib Razak. Netizen yang mengikuti siaran tersebut juga membuat kejutan apabila mendapat lebih 20,000 likes dalam masa beberapa jam.


Dengan 7,100 komen dan 1,400 kongsian dalam media sosial, gelombang 'Bossku' telah terbukti menjadi fenomena Rakyat Malaysia. Pelbagai komentar dari netizen dapat dibaca dalam ruangan komen dan 99% mendoakan agar Najib dengan doa yang baik. Terdapat juga komen yang negatif namun tidak setanding komen positif yang membandingkan zaman pemerintahan Najib dan Barisan Nasional sebelum ini.

Najib turut membalas diruangan komen Astro Awani dan mengucapkan terimakasih kepada Astro Awani serta netizen yang mendoakan kebaikan kepadanya.











Monday 22 July 2019

MAIN 'KIAS KIAS' AZMIN TIDAK BERANI SEBUT SIAPA YANG DIMAKSUDKAN?

Azmin Beri Gambaran Jangan Himpit 'Tel*r' Sampai Bucu?



Majlis kesyukuran yang diadakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor 'diserikan' lagi dengan kontroversi kenyataan Menteri Ekonomi tersebut.



Beliau tampil dengan kenyataan seolah memberi amaran kepada pihak tertentu mengenai kesetiaannya kepada PKR. Mengapa Azmin tidak berterus terang kepada siapa ucapannya ditujukan tetapi mengambil jalan selamat dengan berkias kata hingga menimbulkan persoalan adakah ucapan tersebut untuk Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim?


Tonton ucapan - KONTROVERSI

Ucapan Azmin jika diamati tepat menuju kearah individu yang meminta beliau berundur sekiranya terlibat dalam video intim 'Sandakan'. Adakah Azmin tidak cukup berani menyebut SIAPA INDIVIDU yang mempersoalkan kesetiaan beliau kepada parti selama ini?

Pergeseran antara dua pemimpin PKR bermula apabila klip video intim perlakuan seks songsang melibatkan seorang individu bernama Haziq tersebar dan menggemparkan negara. Memburukkan keadaan semasa 'Retreat' PKR, Azmin bersama Naib Presiden PKR dan Ketua Wanita PKR tidak muncul langsung dan ini mencetuskan tandatanya adakah PKR sedang bergolak dengan krisis sokongan yang terbahagi kepada 2 kem - satu penyokong Presiden dan satu lagi yang menyokong Timbalan Presiden PKR. Malah apabila 27 pemimpin tinggi dalam PKR mempersoalkan kenyataan Anwar yang dibuat dilobi Parlimen, ramai beranggapan pertembungan ini bakal meranapkan PKR sekaligus memadam impian Anwar daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.



Selama manakah perselisihan antara Anwar dan Azmin akan berlaku hanya mereka sahaja yang tahu. Tun M selaku Perdana Menteri pula memberi kebebasan kepada Azmin samada mahu bercuti atau terus menjalankan tugas selaku Menteri disebalik kontroversi video intim. Perlu diingat ketika Anwar dipecat oleh Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, tiada video yang tersebar sebaliknya 'Mangsa' telah ditemuramah sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu. Mengambil kira keterangan 'Mangsa' maka Anwar disingkirkan dan ini membawa kepada demonstrasi jalanan dan laungan Reformasi. Jika ditakdirkan individu pelaku seks songsang adalah seperti yang Haziq akui adakah kita akan melihat sekali lagi demonstrasi jalanan? Hanya PKR ada jawapan itu.


Sunday 21 July 2019

ANWAR TIDAK BERANI AMBIL RISIKO HILANG GELARAN 'BAKAL PM'?

Cuba Tutup 'Bangkai Gajah'?



Kelibat Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin tidak kelihatan dalam Majlis Penutup Retreat PKR menguatkan lagi desas desus berlaku pergolakan dalaman PKR. Walau cuba dinafikan Setiausaha Agung PKR, ramai pemerhati bebas politik melihat ini adalah isyarat sokongan terhadap Presiden PKR semakin merosot selepas isu video intim tersebar. Malah kenyataan Anwar terhadap Azmin sebelum ini merupakan 'Sokong Bawa Rebah' terhadap Azmin sudah cukup menggambarkan ketegangan hubungan dua pemimpin PKR itu apatah lagi bila Azmin membalas kenyataan Anwar.

Baca - MANA AZMIN?


Walau cuba meredakan keadaan dengan menyatakan beliau (Anwar) dan Azmin masih dalam satu pasukan, kenyataan berbaur politik sebegini lazim dikeluarkan bagi mengelak spekulasi kekeruhan selain terpaksa 'AKUR' dengan arahan pihak tertentu dalam Pakatan Harapan. Jelas sekali kini Anwar sudah 'Hilang Taring' apabila 'Terpaksa' mengikut telunjuk dalam mengeluarkan kenyataan disebalik kekuasaannya sebagai Presiden parti. 

Alasan - AZMIN ADA KOMITMEN LAIN





Jika SUA PKR menyatakan Azmin ada komitmen lain, mengapa beliau tidak turut menyebut dimanakah Naib Presiden dan Ketua Wanita PKR? Adakah komitmen mereka (Azmin, Zuraida  dan Haniza Talha) kebetulan sama atau ada cubaan menyorokkan sesuatu dari pengetahuan ramai? Mustahil komitmen Azmin dan Zuraida sama sehingga langsung tidak dapat 'Tunjuk Muka' walau seketika dalam Majlis Rapat Umum PKR? Usah perbodohkan ahli PKR dengan alasan retorik politik. Ini bukan zaman Reformasi atau 1998 dimana semua alasan diterima bulat-bulat oleh penyokong parti. Biarlah kenyataan menampakkan sedikit kecerdikan walau semua tahu berapa ramai 'Orang Bodoh' berada dalam PKR kerana percaya Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Tun M menyerahkan kedudukannya. 

Ramai beranggapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri berdasarkan isu yang hampir sama dengan video intim Haziq cuma dalam kes 'Skandal Sandakan' pelaku mengaku melakukan perkara terkutuk bersama pasangannya namun pasangan masih bebas berkeliaran manakala Haziq ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Serangan terhadap Anwar kelihatan di media sosial apabila beberapa keping foto 'menyerupai' Presiden PKR tersebar kembali. Malah ada desas desus mengatakan serangan terhadap Anwar akan diperhebatkan sekiranya beliau enggan 'Menutup Mulut' dari mengulas video intim Sandakan. Anwar sudah tahu takut sekarang? Kemana hilang semangat Reformasi yang beliau pernah laungkan dari Masjid Negara pada 1998? 

Karier Anwar sudah kelam dan beliau perlu bertindak sekiranya masih mahu jadi 'Jagoan' di mata Ahli PKR demi membuktikan kekuatan politiknya kecualilah beliau sudah mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kepada seni politik Tun M. Beranikah Anwar Ibrahim sebagaimana semangatnya ketika 1998?


MAJLIS PENASIHAT 'ORANG TUA' TUNJUK JALAN KELUAR KEPADA ANWAR?

Politik Anwar Menuju Hujung Nyawa?


Sengketa dalaman PKR cuba dinafikan oleh Anwar Ibrahim yang 'berlakon' seolah-olah tiada apa yang berlaku walau Timbalan Presiden PKR menempelak Anwar agar melihat cermin dan muhasabah diri ekoran kenyataan berkaitan video intim mengaitkan Azmin Ali. Masakan 'Bangkai Gajah Ditutup Dengan Nyiru' tidak berbau? Ramai yang memerhati pergolakan Anwar-Azmin sebagai 'Malapetaka' bagi PKR sendiri apabila Azmin tidak hadir semasa Rapat Umum PKR diadakan walau Pengerusi Pakatan Harapan hadir. Adakah rasional jika Timbalan Presiden tidak hadir tanpa sebarang alasan konkrit kalau bukan kerana perselisihan?


Melihat perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR, tidak mustahil rumusan awal yang boleh didapati ialah karier politik Anwar semakin menuju jalan penamat. Ditambah teguran 'keras' kepimpinan PKR sendiri terhadap Anwar dan penambahan sokongan kepada Azmin, apa lagi yang mampu Anwar buktikan walau menyatakan mempunyai sokongan kuat dikalangan ahli parlimen bagi mengambilalih tempat Tun M seperti dijanjikan. Pemerhati politik kini senang membuat konklusi kerana situasi tidak menyebelahi Anwar dan beliau akur untuk menutup mulut dari memperkatakan hal berkaitan video intim yang mengaitkan Azmin. Apatah lagi apabila Ketua Polis Negara telah mengesahkan imej selain Haziq tidak dapat dikenal pasti. 


Kenyataan Tun Daim yang menggesa Pakatan Harapan dan kepimpinan tidak membuang masa melayan Anwar Ibrahim yang masih berkeras mahu peralihan kuasa dilaksanakan sebagaimana dijanjikan sebelum ini agak kritis. Tanpa sedar kenyataan Daim adalah ingatan kepada Anwar untuk tidak menyimpan angan-angan lagi melainkan menang dalam PRU15 dan membuktikan kemampuan beliau selaku Presiden PKR. Perlu diingatkan pada PRU14, PKR masih diterajui Wan Azizah selaku Presiden dan Anwar hanya mengambil alih kedudukan selepas kemenangan Pakatan Harapan.

Majlis 'Bersih Nama'? Kenapa Tarikh Sama?



Menariknya pertembungan Anwar-Azmin dalam cara 'membersihkan' diri amat sinikal. Mereka sama sama membuat majlis kenduri pada tarikh dan waktu yang hampir sama bagi menyakinkan penyokong bahawa antara kedua-duanya, mereka tidak bersalah dalam apa jua masalah yang timbul ketika ini. Cara begini sudah lama dilakukan dalam PKR sejak zaman Reformasi dan terbawa hingga hari ini.

Apalagi Anwar mampu lakukan bagi merealisasikan impian 'Bakal PM' yang tertangguh hampir 21 tahun?

Thursday 18 July 2019

KPN SAHKAN VIDEO INTIM TULEN, SIAPA BAKAL TERSUNGKUR?

Anwar Bakal Hilang Kuasa Di Tangan Azmin?





Presiden Parti Keadilan Rakyat kini dilihat sudah tidak berkuasa dalam partinya sendiri berikutan isu video intim Sandakan. Percakaran antara Anwar dan Azmin bermula apabila Anwar mengeluarkan kenyataan secara terbuka terhadap Azmin. Enggan dilihat lemah Azmin bingkas membalas kenyataan Anwar dan mengingatkan Anwar supaya 'melihat cermin' dan muhasabah diri.



Hari ini Anwar menerima tamparan daripada Ahli PKR sendiri. Menyifatkan apa yang diungkapkan Anwar adalah tidak relevan menguatkan pandangan Presiden PKR itu sedang berada diambang krisis kuasa.

 Baca - ANWAR KENA TEMPELAK

Bagi membalas kritikan Ahli PKR, Anwar cuba bermain matematik sokongan Ahli Parlimen yang menyokong kedudukannya sebagai Perdana Menteri bagi mengingatkan kumpulan 'Pro-Azmin' supaya menutup mulut dan kembali menyokong beliau sebagai Presiden PKR. Krisis dalaman PKR menyaksikan sokongan kini terbahagi 2 dan Anwar sudah tidak lagi boleh bertindak sesuka hati dalam PKR.



Sudah tidak dapat disangkal lagi, krisis Anwar Azmin kian memuncak dan kemungkinan mereka yang tidak bersetuju dengan Presiden akan mengambil tindakan keluar parti sekaligus menyusutkan sokongan pengambilalihan kuasa Perdana Menteri oleh Anwar dari Tun M sebagai PM terjejas. Bersediakah Anwar dengan kemungkinan ini atau beliau ada perancangan tersendiri jika perkara itu benar-benar berlaku?

Serangan terhadap Anwar bukan sahaja dari dalam PKR sendiri malah ada laporan polis oleh seorang ahli Parti Amanah Negara yang mahu PDRM menyiasat ketulenan video intim melibatkan Anwar Ibrahim sendiri. Pemerhati politik melihat laporan polis ini sebagai satu cara menghalang Anwar daripada mengambil tindakan tatatertib parti keatas Azmin. Yang menimbulkan persoalan siapa yang mengarahkan ahli PAN tersebut untuk berbuat demikian sedangkan krisis yang berlaku adalah dalam PKR tanpa melibatkan mana mana parti dalam Pakatan Harapan. Adakah ini kebetulan atau ada 'Tangan Ghaib' yang akan mematikan langkah Anwar dari 'Menggapai Bintang' idaman beliau?



Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan siasatan terhadap video intim tersebut telah disahkan tulen. Bagaimanapun siapa individu terbabit belum disahkan oleh KPN.

Kenyataan KPN - VIDEO INTIM SAH TULEN

Apa tindakan seterusnya yang akan diambil Anwar? Hanya kerana video 'Sembu**t', rakyat semakin dipinggirkan dek perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan. Adakah rakyat sekadar penonton sinetron perbalahan pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan dan akan ditimang-timang apabila Parlimen dibubarkan? 

Kepentingan rakyat jauh lebih mustahak daripada krisis Pakatan Harapan dan rakyat sudah tidak sabar membenamkan Pakatan Harapan ekoran KEGAGALAN mereka mentadbir negara dengan pelbagai kontroversi yang menyelubungi pemikiran rakyat.






Wednesday 17 July 2019

"SILA CERMIN DIRI" - AZMIN PERLU DEDAH APA DIBELAKANG CERMIN ITU

Azmin Tempelak Anwar Bab Moral - Apa Yang Azmin Simpan Belakang Cermin?



Ekoran gesaan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mahu Azmin Ali 'bercuti' kalau benar beliau terbabit dalam skandal 'Sembu**t', Menteri Ekonomi itu tampil menempelak Anwar dalam satu kenyataan di lobi Parlimen.

"CERMIN DIRI SENDIRI

Dengan kenyataan balas Azmin adakah ianya akan membuka kembali 'Sejarah Tivolli Villa' semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998? Adakah Azmin selama ini memendam 'Rahsia' Anwar dan menggambarkan Anwar merupakan 'Mangsa Politik' Mahathir selama berada dalam penjara walau tahu apa sebenarnya yang berlaku? Hebatlah Azmin menyimpan 'Rahsia' selama 31 tahun sehinggalah Haziq berjaya membongkar skandal seks terulung sebelum 2020.



Dalam pada itu seorang lagi Ahli Parlimen PKR turut menggesa Azmin supaya bercuti. Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar membuat kenyataan tersebut di lobi Parlimen.

“Kalau diberitahu kepada saya, itu jalan yang baik walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan dia patut teruskan. Namun begitu, pada saya ia lebih sempurna bahawa dia perlu lihat dirinya sebagai orang yang disiasat,” - Abdullah Sani

Ternyata apa yang selama ini disorokkan bawah nyiru sudah tidak dapat ditutup lagi oleh PKR. Pekung mereka kini sudah merebak ke seluruh negara. Mana maruah Anwar sebagai Presiden PKR sekiranya Azmin berdegil dan enggan mengikut arahan beliau selaku Presiden? Apakah tindakan Anwar kepada Azmin sekiranya siasatan pihak berkuasa mendapati beliau merupakan pasangan Haziq dalam klip video tersebut? Apakah Azmin akan 'Membuka' segala pekung Anwar sekiranya beliau dipecat dari PKR? 

Gendang Perang pimpinan PKR telah bergema dan kini Anwar akan melihat siapakah yang setia dengan PKR dan dirinya. Kesetiaan setiap ahli PKR dan kepimpinan PKR akan teruji seandainya apa yang Azmin katakan sebagai "Sila Cermin Diri" terbongkar. Apa pula tindakan Perdana Menteri sekiranya Azmin disingkirkan dari PKR?  Adakah konsensus perjanjian 'Serah Kuasa' akan diteruskan atau untuk memastikan Anwar tidak mara dan mengancam kestabilan politik maka Parlimen dibubarkan?

Rakyat menanti apa jalan cerita dan pengakhiran Drama 'Sembu**t' ini dan bolehlah pihak Pakatan Harapan berasa lega sedikit kerana isu ini berjaya mengalihkan tekanan tuntutan rakyat terhadap Janji Manifesto PH pada Pru14.

'SELAMAT JALAN ROMEO SEMBUR*T' - PAKATAN HARAPAN BAKAL HANCUR?

PKR Berantakan - Siapa Paling Untung Apabila PM Serah Pada Azmin Tentukan Nasib Sendiri



Siri berantakan dalaman Parti Keadilan Rakyat semakin buruk apabila Presiden PKR menyarankan agar Timbalan Presiden meletakkan jawatan sekiranya beliau adalah individu yang dikaitkan dalam video 'Semburit' Sandakan. Penahanan 6 individu termasuk seorang Pegawai kepada Anwar memburukkan kekeruhan PKR dimana Azmin yang dipercayai sebagai individu terbabit dalam video berkenaan tidak pula menerima nasib sama sekaligus menimbulkan persoalan mengapa beliau masih 'bebas' sedangkan Haziq (antara ditahan) telah membuat pengakuan terbuka siapa pasangannya dalam satu klip video.


AZMIN PERLU BERHENTI - ANWAR



Dalam pada itu Perdana Menteri, Tun Mahathir pula memberi kebebasan kepada Azmin samada mahu 'Bercuti' atau teruskan tugas sebagai Menteri sehingga beliau (Azmin) didapati bersalah oleh Mahkamah. Kenyataan 'Double Standard' oleh Mahathir sangat memusykilkan kerana ketika beliau memegang jawatan PM Ke-4, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan walau Mahkamah belum membuktikan kesalahannya seperti yang Mahathir dakwa (Terlibat seks songsang). Mahathir mendakwa telah menemuramah saksi serta mangsa Anwar lantas membuat keputusan bahawa Anwar bersalah dan mengambil tindakan memecat Anwar dari jawatan(Timbalan Perdana Menteri). Apabila Mahathir seakan menyebelahi Azmin dalam kekalutan PKR ianya menimbulkan persoalan mengapakah kali ini Mahathir tidak bertindak sepertimana beliau bertindak keatas Anwar pada 1998? Adakah ia kebetulan atau sememangnya ada perancangan tertentu untuk menghalang cita cita 'Bakal PM Ke-8' dari menjadi realiti?



Terdapat juga pimpinan PKR memberi gambaran mereka 'Tahu' siapa sebenarnya yang terbabit dalam video 'Semburit' namun terpaksa 'Berlakon' menyebelahi Azmin atas faktor mengekalkan kedudukan politik dalam kabinet Pakatan Harapan. Adakah ada 'Tangan Ghaib' yang memang tidak mahu Anwar merealisasikan impian untuk menggantikan Mahathir selaras dengan konsensus perjanjian 2 tahun pengambilahan kuasa oleh PKR? Siapa lagi pemimpin dalam PKR yang terpaksa korbankan agenda 'Reformasi' dan beralih sokongan dari menyokong Presiden PKR kepada pemimpin parti lain demi survival politik mereka?

Rakyat sudah mula jelak dengan kisah perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan. Mereka mahu tahu apa sebenarnya Hala Tuju Pakatan Harapan untuk rakyat. Dari harga sawit hinggalah harga barangan keperluan yang tidak seindah dijanjikan PH, Rakyat mula nampak tembelang Pakatan Harapan yang sekadar menggunakan rakyat demi kepentingan mereka sendiri. Intergriti Manifesto Pru14 semakin tercemar dan segala JANJI TINGGAL JANJI membuat rakyat sedar mereka telah TERSALAH PILIH.

Tuesday 16 July 2019

'VIDEO SEMBURIT' JADI IGAUAN NGERI PKR - KIFARAH SEDANG MENIMPA 'KABALAH KABALAH' PKR?

Siapa Dalam PKR Bakal 'Pencen Politik' Awal?



Kemelut dalaman PKR semakin terburai ekoran video perlakuan seks songsang melibatkan ahli PKR bersama seorang lagi individu yang tular dalam pelbagai media. Dalam ertikata lain telah berlaku pergolakan yang tidak lagi boleh di'nyiru'kan apabila pemimpin PKR berbalas kenyataan.

Baca - Isu 'Semburit'

Pergeseran 'Kabalah' dalam PKR dikatakan telah lama wujud namun sentiasa berjaya di'tudung'kan pemimpin atasan mereka. Namun selama mana mereka mampu menutup mulut ahli parti sendiri apabila pelaku seks songsang telah menggemparkan negara apabila mengakui perlakuan tersebut dilakukan dalam sebuah hotel. Akibatnya istilah 'Semburit' menjadi bahan bualan samada realiti ataupun maya.

Klik - Dalang 'Semburit'?



Menambah umpama luka disimbah limau sepucuk surat meminta seorang lagi individu yang berada dalam video Semburit telah diminta untuk bercuti. Berang dengan surat tersebut, pemimpin PKR terpaksa menunjukkan 'Kejantanan' beliau dengan membalas kenyataan seorang lagi pemimpin PKR. Apa sudah jadi kepada
agenda Rakyat yang selama ini di'perjuangkan' oleh Presiden PKR atau lebih dikenali sebagai 'Bakal PM Ke-8'?



Eloklah perbalahan ini diselesaikan oleh Presiden PKR secepatnya kerana sebarang perselisihan hanya akan menyebabkan gelaran 'Bakal PM' akan dicatitkan dalam sejarah politik negara sebagai pemegang gelaran paling lama. Adakah Presiden PKR cukup berani bertindak menghentikan perebutan 'Kabalah Kabalah' yang sekian lama mengidamkan kuasa selepas merampas Putrajaya pada 2018?




Tuesday 9 July 2019

"SURUH ANAK CUCU MAHATHIR DUDUK ESTET, BARU KAMI DENGAR CAKAP DIA' - PENEROKA SG KOYAN 2

Mahathir Mahu Kami Jadi Buruh Balik? - Peneroka Felda Sg Koyan



Kalangan Peneroka Felda Sg Koyan yang ditemui agak tersinggung dengan kenyataan Perdana Menteri semasa berucap di Hari Peneroka Felda baru-baru ini. Mereka menyifatkan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan yang mahu mencantumkan tanah ladang untuk diusahakan seperti Estet secara besar-besaran tidak masuk akal.

"Kami kena ke pejabat pos untuk tukar alamat dari Felda jadi Estet pulak? Nak suruh kami jadi buruh balik kerja di Estet Felda?"  - peneroka Felda Sg Koyan.

"Apa punya cadangan yang Mahathir buat ni? Tanah ladang kami ada geran bukan senang untuk cantum cantum, ingat pokok ke main cantum?" 

"Felda ni peninggalan Arwah Tun Razak, apa Mahathir mahu hapuskan semua legasi Tun Razak ke?"

Itu antara komen peneroka semasa ditemui dan ditanyakan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan yang mahu melaksanakan ladang peneroka Felda secara besar-besaran dengan kaedah pencantuman tanah ladang. Mereka tidak bersetuju dengan apa yang dibentangkan Menteri Ekonomi Azmin Ali.



Apabila ditanya pula pandangan mereka terhadap kenyataan Chef Wan, Ikon Anak Felda yang baru dinobatkan para peneroka agak emosi bercampur marah. 

"Apa ingat kami ni Bapak Kucing yang hanya tahu buat anak? Bodoh betul PH memilih dia (Chef Wan) jadi Ikon walhal ramai lagi lebih layak dan tidak biadap macam dia" 

"Kami banyak merasa nikmat zaman BN, tengok apa kemudahan yang diberikan kepada kami dulu...tengok rumah kami sekarang, jauh berbeza dengan masa mula mula masuk...apa sebab Chef Wan kata kami pemalas?"


Tinjauan ke Felda Sg Koyan 2 pula mendapati rata rata kediaman peneroka sudah kelihatan seperti Damansara Heights, Oasis Damansara dengan rumah yang besar dan mewah. 












Apa pula penilaian pembaca terhadap kenyataan Ikon Anak Felda yang dipilih oleh Pakatan Harapan? Malah Majlis Belia Felda turut kesal dengan kenyataan Ikon tersebut dan mendesak gelaran ditarik balik.