Tuesday 27 February 2018

LIM KIT SIANG PILIH CAMERON HIGHLANDS SEBAGAI TEMPAT BERTANDING?

MAHU KEKALKAN PENGUASAAN DAP  LIM KIT SIANG HANTAR SOLDADU MERISIK KEKUATAN BN DI CAMERON HIGHLANDS?

Sejak memenangi kerusi N1 Tanah Rata, Leong Ngah Ngah dikatakan hanya muncul beberapa kali sahaja sepanjang 2013 - 2017 hingga membuatkan ramai pengundi tidak mengenali wakil rakyat itu.

Gusar dengan kemungkinan kalah di Dun Tanah Rata, soldadu DAP sudah kelihatan berkeliaran di sekitar Cameron Highlands sejak malam semalam. Kehadiran Ngeh Koo Ham mengejutkan penduduk Tanah Rata malam tadi kerana ini kali pertama beliau di lihat berada di pusat pelancongan tanah tinggi di Pahang. Kehadiran Ngeh bersama beberapa lagi 'Orang Kuat DAP' seperti memberi isyarat Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal turun padang di Cameron Highlands, apatah lagi mengetahui gerak kerja Presiden myPPP Tan Sri Kayveas yang telah berjaya menambat hati pengundi termasuk ahli DAP sendiri.

Adakah Lim Kit Siang akan lari dari Gelang Patah dan cuba mencari kerusi empuk di Cameron Highlands? Beliau yang tahu Leong Ngah Ngah telah 'Lari' dari tanggungjawap di Tanah Rata dan besar kemungkinan berhijrah ke Parlimen Raub dikatakan memulakan gerak kerja ala 'Mee Segera'. Kehadiran Ngeh telah menaikkan suhu kemungkinan Kit Siang memilih kerusi yang beliau anggap mudah dimenangi.

Bagaimanapun jika benar Kit Siang mahu bertanding di P078, beliau perlu menerima hakikat populariti Kayveas jauh mengatasi saingan pembangkang apabila beliau mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat terutama daripada Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Cameron Highlands yang berjanji memberikan undi kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14. Gerak kerja Kayveas yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kubu kuat DAP di Kg Raja telah berjaya memecahkan dominasi pembangkang yang selama ini dikatakan kuat namun akhirnya layu di tangan Kayveas. Fenomena ini menakutkan DAP kerana mereka bakal kehilangan pengaruh terhadap kaum Cina Cameron Highlands apabila terbukti Adun DAP yang di pilih pada PRU lepas tidak menunaikan tanggungjawab seperti sepatutnya.

Adakah Lim Kit Siang mampu menandingi gerak kerja Kayveas yang mewakili Barisan Nasional di Cameron Highlands dengan menghantar soldadu heraki tertinggi DAP? Sudah pasti dengan rekod buruk perkhidmatan DAP di Tanah Rata menjadi pengajaran buat DAP manakala peratusan pengundi yang di lihat tidak memihak kepada DAP perlu di ambil kira. Lim Kit Siang juga perlu berfikir panjang jika berminat melawan Kayveas yang mendominasi seluruh Cameron bermula dari Blue Valley hingga perkampungan Orang Asli di Lembah Bertam dan ini merupakan cabaran besar buat DAP itu sendiri bagi mengekalkan kerusi N1 Tanah Rata.

Kesimpulannya dalam PRU14 yang akan datang rakyat sewajarnya menolak DAP dan Pakatan Harapan seterusnya memberi isyarat bahawa politik pembangkang sudah tidak relevan dengan arus kemodenan politik yang semakin baik di bawah Barisan Nasional. Rakyat menilai dan memerhati pergerakan politik pihak mana yang membela mereka selama ini, terbukti hanya BN yang menunaikan janji kepada rakyat.

Tuesday 20 February 2018

"BIAR PM TENTUKAN CALON PALING SESUAI DI P078 CAMERON HIGHLANDS" - KAYVEAS


Kenyataan Rasmi Tan Sri Kayveas Berkaitan Dakwaan Dato S.Subramaniam Atas Kerusi P078 Cameron Highlands.

Saya telah menggerakkan gerak kerja bagi mendekati warga Cameron Highlands sejak September 2015 lagi. Semua gerak kerja yang saya lakukan adalah dengan menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari BN pusat semata-mata.

Semua ini dilakukan atas rasa kesetiaan saya kepada BN dan keinginan kuat saya untuk membantu di samping mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum, agama dan idealogi politik.

Bagi saya, Cameron Highlands amat dekat dihati saya kerana saya adalah anak jati Cameron Highlands dan boleh dikatakan, semua kaum dan bangsa termasuk kira-kira hampir 7,500 orang pengundi Orang Asal, turut tahu dan mengenali hasil kerja saya.

Bagi saya, kemenangan BN untuk kerusi ini harus dikekalkan dan saya berpendapat, terpulang kepada Yang Amat Berhormat, Pengerusi BN, Dato Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak menentukan siapa yang paling layak menjadi calon untuk kerusi P078 Cameron Highlands dalam PRU ke-14.

Seperti yang umum sedia maklum, Cameron Highlands merupakan satu kerusi yg cukup unik dari sudut sosio politik dan pendekatan yang telah saya lakukan boleh dinilai melalui sokongan terbuka yang telah dinyatakan oleh banyak pihak.

Bagi saya, saya yakin, seandainya saya dicalonkan untuk kerusi ini, dengan sokongan terbuka yg telah saya terima dan saya yakin mampu mempertahankan kerusi ini dan akan menambah jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU ke 13 yang lalu.

Dalam satu klip video Dato Subra menyatakan beliau akan memberitahu PM supaya mengikut keputusan beliau dan saya tidak mahu ulas selain menuggu keputusan PM sendiri. Samada PM akan ikut 'Arahan' Subra atau sebaliknya maka biarlah PM sendiri yang tentukan.

Tan Sri Datuk Seri M.Kayveas

Sunday 18 February 2018

"SAYA AKAN BERITAHU PM IKUT KEPUTUSAN SAYA" - PRESIDEN MIC

SUBRAMANIAM DAKWA PM KENA IKUT CAKAP MIC?

Pilihanraya 13 pada 2013 menyaksikan MIC selaku komponen Barisan Nasional telah bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di seluruh negara. Atas kapasiti komponen Barisan Nasional, Mic diberikan keistimewaan untuk bertanding di kerusi yang dirasakan boleh dimenangi.

Bagaimanapun dari 9 kerusi Parlimen, MIC hanya berjaya mendapatkan 4 kerusi sahaja dan daripada 18 kerusi DUN diperuntukkan hanya 5 sahaja yang berjaya MIC menangi. Senario kekalahan ini turut hampir meragut kedudukan Presiden MIC ketika itu G. Palanivel yang bertanding di kerusi Cameron Highlands. Memenangi hanya 462 undi, Palanivel secara tidak langsung menampakkan kelemahan MIC yang disorokkan selama ini. Krisis dalaman pada 2015  MIC pula menyaksikan Palanivel disingkirkan dari MIC sekaligus beliau kehilangan kerusi sebagai Presiden MIC dan hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas (Menyokong Barisan Nasional).

Kerusi 'panas' yang dikatakan sebagai kerusi tradisi sudah tidak lagi menjadi kubu kuat MIC sejak pemecatan Palanivel. Pengundi di P078 terutama kaum India kehilangan arah selepas itu dan mereka seperti sudah kepercayaan kepada parti komponen BN terbesar Kaum India.

Menjelang PRU14 kerusi P078 telah menarik perhatian pelbagai pihak terutama MIC yang mahu mempertahankan kerusi tersebut. Hanya pada Jun 2017, MIC telah menghantar seorang penyelaras bagi memantau perkembangan pengundi Cameron Highlands dan ura ura Palanivel masih berminat mengekalkan kerusi tersebut semakin kedengaran walau masih samar atas tiket mana beliau mahu bertanding.

Dalam satu temubual bersama Malaysiakini, Presiden MIC Datuk Subramaniam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerusi P078 milik MIC walau Perdana Menteri merupakan kuasa eksekutif yang menentukan calon. Jelas sekali Subramaniam seolah meninggi diri apabila menjawap persoalan wartawan apabila menyatakan PM MESTI mengikut kehendak beliau.

Pautan : https://youtu.be/rhPaZQGI0E8

"Its a Mic seat, i make the decision...i will tell him (PM) to make the same decision"

- Itu kerusi MIC, saya buat keputusan dan saya AKAN BERITAHU DIA (PM) buat keputusan yang sama - Subramaniam

Adakah ini bermakna Subramaniam berkuasa menentukan siapa yang akan jadi calon dan kerusi mana yang MIC akan peroleh? Sejak bila Presiden MIC boleh mengarahkan Perdana Menteri?

Perlu diingatkan senarai nama dan penentuan calon adalah di bawah kuasa Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Subramaniam sewajarnya tidak memberi komen demikian kepada soalan wartawan terutama melibatkan kerusi panas yang menjadi rebutan seolah hanya itu sahaja kerusi penentu kekuatan MIC.

Kemenangan setial kerusi bagi Barisan Nasional amat penting dalam PRU14 dan sewajarnya MIC bersama sama komponen lain bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN dan bukannya memikirkan percaturan kerusi. Biarlah PM menentukan pihak mana yang memenuhi kriteria membolehkan BN meraih kembali majoriti 2/3 dalam Parlimen. Sebagai sebuah parti yang berpengalaman, MIC perlu memandang usaha kerajaan membela nasib Kaum India sebagai kejayaan mereka bersama dan fokus kepada gerak kerja menarik pengundi agar kembali kepada BN.

Wednesday 14 February 2018

'KELDAI DAP' BIADAP - POLITIKKAN KEMATIAN AHLI PARLIMEN PAYA BESAR

ZAIDI  DILINDUNGI LIM GUAN ENG UNTUK MENCEMUH  KEMATIAN AHLI PARLIMEN PAYA BESAR?

Dunia politik pembangkang kian terdesak dan pelbagai kaedah digunakan bagi meraih simpati serta menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.

Seorang bekas anggota TUDM yang dikenali sebagai Zaidi semalam telah menunjukkan sikap BIADAP apabila mempolitikkan kematian Ahli Parlimen Paya Besar. Dalam mesej beliau di aplikasi Whattsapp, Zaidi telah menimbulkan persepsi bahawa kerajaan yang ada sekarang 'Merompak' wang rakyat dan kematian Ahli Parlimen tersebut dalam keadaan menyokong sebuah kerajaan korup.

Dalam mesej tersebut juga Zaidi mempersoalkan samada syurga atau neraka tempat kekal sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang. Sikap KURANG AJAR Zaidi telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana KEBODOHAN beliau selaku salah seorang pegawai Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng dari DAP. Adakah Zaidi kebal daripada tindakan undang undang kerana percaya beliau dilindungi Lim Guan Eng? Perlu diingatkan Zaidi menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan tanpa bukti tetapi beliau lupa bahawa Lim Guan Eng dan DAP sendiri bergelut dengan kisah skandal rasuah serta pembaziran wang rakyat P.Pinang dalam beberapa projek. Malah Setiausaha Agung DAP itu sendiri kini berdepan dengan tuduhan salahguna kedudukan dan kuasa dalam skandal Banglo Jalan Pin Horn Pulau Pinang.

Zaidi yang masih mahu dikenali sebagai Mejar sebenarnya tidak layak menggunakan panggilan tersebut kerana beliau di PECAT dari TUDM dan bukannya bersara wajib atau pilihan. Mula dikenali kerana kisah dakwat semasa PRU13, DAP tidak menunggu lama bagi mengumpan Zaidi untuk menjadi sebahagian dari 'Keldai' belaan untuk memecahbelahkan kaum Melayu. Sikap Zaidi yang BIADAP ini semakin jelas selepas berjaya dijinakkan DAP. Berapa agaknya jumlah bayaran bulanan yang di terima beliau untuk menjadi BARUA DAP?

Pautan tuduhan Zaidi terhadap kerajaan dan mengaitkan kematian Ahli Parlimen Paya Besar : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2096702630547118&id=1438654809685240

Monday 5 February 2018

PEMBANGKANG CAMERON HIGHLANDS SOKONG KAYVEAS CALON P078

BEKAS CALON DAP NYATAKAN SOKONGAN BUAT KAYVEAS JIKA JADI CALON DI PARLIMEN CAMERON HIGLANDS

Mengejutkan sekali apabila bekas calon 5 Pilihanraya mewakili DAP menyatakan akan memberi undi kepada Kayveas sekiranya beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen P078 dalam PRU14.

J.Appalasamy yang ditemui dalam program Bantuan Awal Persekolahan di SMK Kg Raja turut menyatakan mengapa beliau sanggup memberi undi kepada Tan Sri M Kayveas. Appalasamy yang pernah bertanding kerusi DUN sebanyak 3 kali dan kerusi Parlimen sebanyak 2 kali memberitahu penulis, Kayveas telah memenangi hati ramai apabila turun padang dan melakukan banyak kerja membantu rakyat selain menyelesaikan masalah berbangkit yang selama ini tidak dipedulikan oleh G. Palanivel yang mewakili MIC sebelum di pecat dari parti tersebut.

Dalam pertemuan itu, Appalasamy turut menyatakan mengapa beliau hadir dalam setiap program Kayveas dengan mengenakan pakaian rasmi DAP.

"Kayveas jemput saya, jadi saya berbesar hati menerima jemputan walau berlainan ideologi parti tetapi dia tak pandang itu semua..bagi dia (Kayveas) yang penting ialah penduduk Cameron Highlands."

"Dia (Kayveas) sering jemput saya duduk di sebelahnya dalam majlis, tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana saya tidak mahu di cop pengkhianat (DAP)".

"Saya hormat Kayveas dan saya telah berjanji akan undi dia(Kayveas) kalau dia jadi calon sini (Cameron Highlands".)

Appalasamy yang pernah menjadi orang nombor 2 DAP Pahang sebelum di cantas diktator DAP turut menyatakan Kayveas mampu menang besar dan jika MIC dicalonkan, beliau yakin BN akan kehilangan kerusi tersebut. Beliau menyatakan demikian berikutan rekod perkhidmatan MIC selepas Palanivel di pecat pada 2015, Cameron Highlands kehilangan tempat mengadu dan hanya sekitar Jun 2017 MIC telah menghantar seorang penyelaras mereka untuk Cameron Highlands. Perlu diingatkan Barisan Nasional tidak melantik sesiapa sebagai penyelaras Parlimen dan lantikan dilakukan oleh MIC sahaja.

Bagaimanapun tinjauan bebas yang dilakukan mendapati nama Kayveas menjadi sebutan hampir 60% penduduk Cameron Highlands berikutan kerja keras mendekati penduduk hampir setiap minggu. Tidak dilupakan Orang Asli turut didekati Kayveas menerusi pelbagai program dan bantuan yang diberikan. Malah mengejutkan sekali masyarakat Orang Asli Sg Ruil menyatakan mereka mahu Kayveas sebagai calon Parlimen dan akan memberi sokongan penuh kepadanya.

Klik :  http://watan-online.com/kaum-asli-cameron-highlands-tagih-kunjungan-pm/