Monday 6 March 2017

'LEMBU SIBER PKR' PULA FITNAH BR1M

Seorang pemain siber dari Parti Keadilan Rakyat dikenali sebagai 'Ratu Naga' telah menaik muat satu posting memfitnah penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

Dalam kenyataan tersebut, 'Lembu Siber Pkr' ini menyatakan penerima BR1M secara manual (baucar yang diagihkan) perlu bersumpah untuk menyokong Barisan Nasional serta mengundi BN dalam PRU akan datang.

'Lembu Siber PKR ' ini tidak berani menyatakan dengan tepat lokasi foto berkenaan dan hanya membuat kenyataan menghasut rakyat selain mengajak rakyat mengundi Pakatan Harapan.

Jika ini cara 'Lembu' tersebut berkempen bagi menarik perhatian 'PayMaster' serta mencari simpati maka tidak hairanlah taraf beliau hanyalah 'Binatang Politik' yang hidup atas fitnah serta tohmahan.

Beliau perlu dedahkan lokasi serta menamakan siapa pemberi baucer berkenaan ketika acara 'angkat sumpah' tersebut dijalankan bagi membuktikan tuduhan tersebut tetapi seperti biasa pemain media sosial memahami bahawa 'Lembu' ini tidak akan berbuat demikian.

Friday 3 March 2017

'LEMBU SIBER' FITNAH ATM BUNUH RAKYAT YAMAN - MENTERI TIDAK BERANI AMBIL TINDAKAN TEGAS?





HINA,FITNAH,TUDUH ATM BUNUH RAKYAT YAMAN - MENTERI PERTAHANAN HANYA KELUAR KENYATAAN PENAFIAN?

Kesekian kalinya maruah Angakatan Tentera Malaysia (ATM) dipersenda oleh pemain media sosial selepas kenyataan berbaur penghinaan dilakukan secara terbuka oleh Hanizam Yunus yang membawa kepada penafian oleh Menteri Pertahanan semalam.

'Selamatkan tentera kita dari dijadikan ASKAR PERIBADI dan GURKHA Najib. Hari ni di suruh berperang mengadaikan nyawa bagi pihak Saudi di Yaman sebab nak kan surat 'derma' RM2.6 billion dan pelaburan di Pengerang. Esok lusa mungkin di kerah jaga sempadan China pulak'

Hanizam atau dikenali sebagai 'Blue Ocean' mengeluarkan kenyataan terhadap ATM apabila mengetahui kenyataan awal beliau tidak meninggalkan impak terhadap ATM walau beberapa laporan polis telah dilakukan terhadapnya. Kementerian Pertahanan yang mengeluarkan kenyataan semalam menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai penglibatan ATM dalam mengebom rakyat Yaman sebagaimana di dakwa Hanizam.

Beliau yang dikenali sebagai sebahagian dari jentera siber berkaita rapat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ihat semakin terdesak dengan kehadiran Raja Salman ke Malaysia serta pelaburan bernilai USD7billion oleh kerajaan Arab Saudi dalam Projek Penggerang di Johor.


Serangan serangan bertali arus oleh pemain siber PPBM ini dikatakan lanjutan dari fitnah Penasihat PPBM sendiri yang menyatakan warga China akan dijadikan penduduk tetap di Johor melalui pelaburan di Forest City hingga mengundang kemurkaan Tuanku Sultan Johor yang menitahkan agar 'orang luar' tidak mencampuri urusan pelaburan di Johor.

Adakah ATM dan Menteri Pertahanan hanya mampu mengeluarkan kenyataan penafian tanpa ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang sevara jelas menjatuhkan INTERGRITI Pasukan ATM di mana Pemerintah Tertinggi ATM ialah Seri Paduka Yang DiPertuan Agung? Benarkah pandangan RAKYAT terhadap Menteri Pertahanan yang di lihat tidak mempunyai keberanian membela pasukan ATM selepas di hina sebegitu rupa?

Benarkah Menteri Pertahanan tidak berani mengambil tindakan tegas hingga membolehkan kenyataan penghinaan ini diteruskan tanpa ada rasa gentar? Dari komen komen netizen dalam media sosial mereka mendesak ATM mengambil langkah lebih 'keras' terhadap Hanizam yang memang secara sengaja menghina ATM dan seluruh warga Tentera baik Darat, Udara mahupun Laut.

Wednesday 1 March 2017

'LEMBU SIBER' TUDUH TUDM BOM RAKYAT YAMAN - SIAPA SALUR MAKLUMAT?


'LEMBU SIBER' MAHATHIR KIAN TERDESAK BURUKKAN NEGARA



Siri penceritaan berbaur pembohongan sering menjadi bahan yang akan dipercayai rakyat terutama mereka yang telah terpesong pemikirannya dari menilai kebenaran dan penipuan.

Dalam era fenomena media sosial menjadi sumber utama berita sebaran, terdapat segelintir individu cuba mewujudkan persepsi kerajaan sedia ada di bawah Najib Razak akan menjual 'maruah' negara demi mencukupkan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan mentadbir Malaysia.

Mohd Hanizam Yunus atau dikenali sebagai 'Blue Ocean'  merupakan sebahagian daripada jentera 'lembu siber' kepimpinan Bersatu cuba mengalih perhatian rakyat yang teruja dengan kehadiran Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia yang boleh di anggap sebagai kejayaan Najib menarik pelabur dari negara pengeluar minyak dunia. Dengan pelaburan sebanyak USD 7billion bersamaan hampir RM30 billion, pelaburan ini membuktikan kepercayaan negara Arab terhadap kepimpinan Najib Razak yang memacu ekonomi Malaysia seiring dengan kepesatan global.

Hanizam mendakwa tentera udara Malaysia terlibat mengebom rakyat di Yaman kerana telah khidmat mereka di bayar oleh pihak ketiga. Dari mana datangnya kebenaran dakwaan Hanizam Yunus ini? Mendakwa Najib menyerahkan lapangan terbang milik TUDM di Sungai Besi kepada pihak Komunis China juga amat berat jika di teliti kerana ini melibatkan maruah negara.

Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia wajar menyiasat dakwaan Hanizam kerana ini berkaitan soal Angkatan Tentera Malaysia dan keselamatan negara. Fenomena 'Lembu Siber' ini sering mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan dalam media sosial dan tidak menghairankan jika mereka akan berbuat apa sahaja bagi memburukkan Najib Razak selaras dengan arahan pihak tertentu dalam 'Bilik Perang Saraf Media Sosial' pembangkang. 

Mungkin tertekan dengan ketenangan Najib menangani semua pertuduhan yang pernah dilemparkan, kini mereka menggunakan cara agresif hingga sanggup meletakkan Malaysia sebagai sebahagian dari negara pengganas seperti di dakwa Hanizam. Rakyat akan memerhati dengan teliti dan mereka pasti tidak akan menggadaikan keamanan dan kemakmuran negara hanya untuk pihak yang sedang 'GILA KUASA'.

Pautan kepada dakwaan Hanizam Yunus Klik : SINI