Tuesday 29 October 2019

#PrkTgPiai - BENARKAH WUJUD PERTUKARAN UNDI DENGAN PENGUNDURAN MAHATHIR?

Prk Tanjung Piai - Tekanan Peralihan Kuasa Memuncak



Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai (Prk Tg Piai)  dijangkakan bakal menjadi medan ujian sokongan PKR terhadap kepimpinan Mahathir. Berdasarkan 'Bahasa Tubuh Badan' yang ditonjolkan Mahathir dan Anwar, ada sesuatu yang berlaku di antara mereka namun bijak menutup kelompongan dari penglihatan rakyat, namun gossip tidak dapat dielakkan. 


Baca -  ISYARAT SUPAYA MAHATHIR BERUNDUR

Bersandarkan siri 'Road Tour' Anwar ternyata gerakan memastikan peralihan kuasa berlaku tahun hadapan adalah benar. Kontra dengan kenyataan Anwar, Mahathir juga melontarkan naratif peralihan kuasa hanya boleh berlaku selepas beliau 'membetulkan' keadaan dan sudah pasti ia akan mengambil masa yang agak lama dari PERJANJIAN Peralihan Kuasa seperti didakwa Anwar sebelum ini. Semalam Pakatan Harapan memperkenalkan calon mereka di Tanjung Piai namun dikatakan tiada seorang pun wakil dari kepimpinan tertinggi PKR hadir. Isyarat apakah ini? Sedia maklum kerusi Tanjung Piai sebelum ini milik PPBM namun perlu diakui mereka memenangi kerusi tersebut dengan menggunakan lambang PKR. Adakah PKR selaku antara dominan PH tidak merestui calon yang dinamakan Presiden PPBM lantas tidak ada wakil PKR dihantar untuk meraikan majlis tersebut atau ada arahan tertentu yang melarang pemimpin PKR hadir?



Ternyata ada sesuatu bakal berlaku di Prk Tanjung Piai. Desas desus khabar angin menyatakan Prk Tg Piai bakal jadi medan 'Barter' bagi PPBM dan PKR untuk memastikan undi memihak kepada calon PH. Benarkah antara syaratnya ialah proses peralihan kuasa perlu ditetapkan seberapa segera dan Presiden PPBM perlu nyatakan sokongan terhadap PKR secara terbuka sekaligus memaksa Tun M melepaskan jawatan sepertimana Perjanjian Bertulis menurut dakwaan Anwar Ibrahim? Bagaimanapun kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan kerana mereka (PH) cukup berahsia mengenai perkara ini.  PKR Sabah pula secara terbuka mengakui KELEMAHAN PH selama 17bulan memerintah dan ini bukanlah rahsia memandangkan rakyat sudah mula bersuara mempersoalkan kredibiliti Pakatan Harapan sendiri. Malah golongan atas pagar juga sudah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri dengan harapan 'Malaysia Baru' yang dilaungkan menjadi realiti namun segalanya ternyata hanyalah fantasi meraih undi semasa PRU14.



Bukankah ini menjurus kepada kelemahan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kini? Beranikah Christina mengeluarkan kenyataan sebegini sekiranya tiada siapa dibelakangnya? Pukulan tepat ini semestinya datang dengan strategi tertentu untuk menjatuhkan maruah Mahathir sekaligus meletakkan kesalahan pentadbiran PH diatas bahu beliau. Siapa yang mengizinkan Christina membuat kenyataan tersebut? Permainan ini membuka ruang persoalan buat rakyat menilai sejauh mana kekuatan PH dalam menghadapi Prk Tg Piai selepas kekalahan callon PPBM di Prk Semenyih. Seandainya calon PPBM kalah sekali lagi maka mudah bagi Anwar melakarkan sejarah menjadi PM Ke-8 selepas penantian hampir 22 tahun dengan syarat Presiden PPBM sendiri menyokong beliau dan perlu diingatkan kedudukan Mahathir dalam PPBM hanyalah Penasihat dan bukannya Presiden Parti. 


Wajah Seiras Calon PPBM

Calon PPBM kini dalam masalah besar dengan perbalahan tertutup PH. Adakah dengan imej 'Islamik' yang ditampilkan PPBM akan meraih restu DAP? Pandang kembali sejarah Prk Semenyih ketika kempen sedang hebat berlangsung. DAP berkempen sekadar 'melepas batuk di tangga' dan dengan penampilan calon PPBM di Tg Piai adakah DAP akan bersungguh membantu kempen? Video seorang Menteri dari DAP yang terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila dicaci oleh pengundi Cina di Tanjung Piai ternyata memberi kesan. Pengundi Tg Piai sudah menilai kerjasama PH selama ini dan mereka mendapati segalanya hanyalah kerana KUASA dan rakyat hanya jadi platform mereka.

Thursday 24 October 2019

'HUJAN LEBAT' BUAT PENADAH KOLE BUKTIKAN GOSIP KERAJAAN 'JUBOR' WUJUD?

'Hujan Turun' Bawa Sokongan Bukti Wujud 'Kayu Tiga'?


Sekonyong-konyong sokongan kepada Mahathir menderu ketika suhu dalam Pakatan Harapan semakin mencanak kepanasan. Sesuatu diluar jangkaan apabila permainan politik begini mampu menyungkurkan Ahli Parlimen Pembamgkang yang selama ini kononnya teguh bersama rakyat yang mahu Parlimen dibubarkan kerana kemelut PH.

Paling mengejutkan apabila gosip 'Main Jubo' bagi membentuk kerajaan baru semakin menampakkan bayangan setelah berkali dinafikan. 'Perang' dalam media sosial antara dua kelompok rupanya hanya drama bagi menutup kisah sebenar.

Jika begini perangai Ahli Parlimen yang berkiblatkan kiraan 'Hujan' yang turun untuk memberi sokongan maka seeloknya mereka memikirkan inilah penggal akhir mereka kerana sudah pasti pengundi rasa dikhianati kepercayaannya. Terlalu banyak gosip dan terlalu banyak drama bukan sahaja membuat rakyat sesak nafas dengan kerajaan PH malah pembangkang juga rupanya telah lulus 'Audition' menjadi pelakon Opera.

Agak agak berapa titik kosong 'Hujan' turun dari langit masuk ke dalam kole yang mereka (MP) tadah?

Wednesday 23 October 2019

DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN, ARMADA IBARAT 'ANJING SALAK BUKIT'?

'Drama' Tarik Rambut PH Hanya Umpan  PRK Tg Piai?



Kecoh semalam apabila beberapa kenyataan dikeluarkan oleh barisan ahli politik Pakatan Harapan mengenai kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri. Kontroversi dikatakan berpunca dari Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh beberapa buah Universiti tempatan dan ditunjangi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kehadiran Tun M ke Kongres tersebut menyebabkan rasa tidak puashati mula bangkit dikalangan ahli DAP yang selama ini berpegang pada prinsip 'Malaysian Malaysia' sebagaimana ketetapan dalam Deklarasi Setapak. 

Baca - AZMIN CABAR PERJANJIAN ALIH KUASA



Bagaimanapun Anwar Ibrahim tidak hadir ke Kongres tersebut sekaligus menimbulkan persoalan kalangan PH sedangkan Azmin hadir dan kelihatan 'terlalu mesra' dengan Mahathir. Memburukkan keadaan selepas program tersebut negara digemparkan dengan penangkapan beberapa ahli politik DAP di bawah Akta Sosma berkaitan LTTE. Walau desakan dibuat terhadap Mahathir, beliau menyerahkan proses perundangan kepada pihak berkuasa dan ini ibarat menyimbah 'memerah limau ke luka' terhadap DAP yang bermatian mengatakan mereka (ahli politik DAP) tidak bersalah. Klimaks percakaran dalaman PH kelihatan jelas apabila beberapa laporan media menyatakan ada gerak kerja dari dalam Pakatan sendiri untuk menyingkirkan DAP dan Amanah dari PH bagi membolehkan 'Kerajaan Baru' dibentuk. Memecah suasana maka adegan tuding menuding mula berlaku dan seperti biasa Umno dijadikan mangsa sebagai dalang dalam pembentukan 'Kerajaan Baru'. Hishamuddin Hussein (Sembrong) dipilih oleh mereka (PH) sebagai watak utama namun dinafikan H20 dan menyifatkan PH sebenarnya takut bayang bayang sendiri.

Baca - ANWAR KEKAL PM TEPI?



Kenyataan Ronnie Liu yang terkesan dengan kisah 'Kerajaan Baru' mewarnai arena kontroversi Pakatan Harapan. Selain kenyataan Azmin yang mencabar individu tertentu membuktikan kewujudan Perjanjian Peralihan Kuasa Mahathir - Anwar, Ronnie menyatakan tanpa PPBM dalam PH, mereka masih mampu menjadi kerajaan dan bersedia untuk menyingkirkan Mahathir (PPBM) dari kerjasama politik. Berang dengan kenyataan Adun Sg Pelek, Armada Bersatu Malaysia memberi amaran kepada Ronnie dan Setiausaha Politik Mahathir turut mengecam kenyataan (Ronnie) tersebut. Bagaimanapun kalangan netizen memberi reaksi yang ternyata berbeza apabila membaca 'Amaran' yang dikeluarkan PPBM kepada DAP. Rata-rata menyifatkan 'Amaran' itu ibarat 'Anjing Menyalak Bukit' kerana tahu kedudukan PPBM dalam PH tidaklah sekuat mana. Dengan hanya 13 kerusi (selepas PRU14) dan ditambah dengan 'mengutip' bekas ahi parlimen yang menang atas tiket BN, mereka Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding DAP dan PKR. Walau ada desas desus Azmin akan turut memberi sokongan dan membawa bersama sokongan AP PKR namun mutakhir ini dikatakan sokongan telah berubah arah dan Azmin bukan lagi memegang 'status quo' dalam PKR.



Bagaimanapun disebalik segala kontroversi PH, ada pendapat mengatakan ini semua adalah drama yang sedang disediakan untuk menghadapi PRK Tg Piai. Senario semasa yang tidak memihak kepada PH memerlukan skrip meraih sokongan kaum Melayu bagi memastikan kemenangan PH dan sesuatu perlu dilakukan bagi memberi gambaran PPBM adalah juara Melayu memandangkan kebarangkalian calon PRK datang dari PPBM. Jika Mahathir berjaya menundukkan DAP dalam melodrama ini maka kemenangan akan menjadi milik PH dan bagi menjayakan semua lakonan mereka memerlukan pembikinan shot shot terbaik untuk meyakinkan pengundi Melayu di Tg Piai. 



Tuesday 22 October 2019

'TSUNAMI' BAKAL BERLAKU DALAM PKR, AZMIN CABAR PERJANJIAN PERALIHAN KUASA WUJUD.

Azmin Beri Gambaran Tidak Lagi Sokong Anwar Sebagai PM Ke-8?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi gambaran beliau sudah bersedia meninggalkan PKR dan bersama kepimpinan Tun M apabila membuat kenyataan seperti ini? Azmin yang juga Menteri Ekonomi mengulas laporan 'panas' mengenai gerak kerja menubuhkan kerajaan tanpa penglibatan DAP dan Amanah sebagaimana dilaporkan media tempatan.

BUKTIKAN WUJUD PERJANJIAN ALIH KUASA -AZMIN

Adakah ini isyarat bahawa Azmin semakin menjauhi PKR dan sudah melengkapkan sokongan MP PKR untuk berdepan dengan desakan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar? Sebagaimana digossipkan ahli PKR sendiri, beliau (Azmin) dikatakan sudah mempunyai pasukan yang cukup kuat sekiranya tindakan tatatertib dilaksanakan kepadanya. Malah nama Zuraida (Ampang) antara yang disebut sebagai orang kuat Azmin dalam pasukan yang mendapat jolokan sebagai 'Team Kartel'. Bukan hanya Zuraida malah nama MB Selangor beserta Exco Selangor juga dikaitkan dengan 'Team Kartel' namun sejauh mana kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan.


Azmin turut mencabar mana mana individu yang menyatakan ada persetujuan peralihan kuasa Mahathir-Anwar. Cabaran ini seakan menempelak kenyataan Anwar bahawa ada persetujuan bertulis peralihan kuasa antara beliau (Anwar) dan Mahathir sebelum habis penggal pemerintahan Pakatan Harapan. Timbul persoalan mengapa Azmin beriya benar menentang peralihan kuasa tersebut sedangkan Anwar berkali-kali mengingatkan serta mengeluarkan kenyataan peralihan tersebut akan berlaku sepertimana dijanjikan. Adakah Azmin sebenarnya gusar dengan penyebaran klip video intim songsang yang dikatakan mirip wajahnya atau beliau sendiri menerima tekanan dari pihak tertentu bagi mengekalkan penguasaan Mahathir sebagai Presiden Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri? Sebagai rekod sehingga hari ini pihak berkuasa masih belum dapat mengenalpasti siapa pelaku dalam video walau seorang individu bernama Haziq telah membuat pengakuan dan telah dibebaskan selepas soal siasat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mengulas mengenai 'Kerajaan Pintu Belakang', Azmin ternyata terkesan dengan laporan media. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang buktu kukuh melibatkan pemimpin dari pembangkang terlibat. Malah Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang dikaitakn dengan kisah mitos 'Pintu Belakang' menggambarkan isu tersebut sebagai 'Bayang Bayang' yang menghantui PH sendiri kerana jalinan kuasa dalam PH tidaklah sekuat seperti digambarkan mereka selama ini.

Apa pula respon Anwar dengan kenyataan Azmin yang mahu Mahathir berkuasa sehingga habis penggal? Adakah akan berlaku 'Tsunami' dalam kepimpinan PKR dalam masa terdekat? Kuasa di tangan Presiden PKR dan beliau sewajarnya sedar bahawa 'Musuh Dalam Selimut' lebih berbahaya dari musuh depan mata. Beranikah Anwar mengambil tindakan tegas dan mengulang kenyataan berkaitan peralihan kuasa lagi selepas Azmin mencabar individu menampilkan bukti wujudnya perjanjian peralihan kuasa?

Friday 4 October 2019

TITIK PERPECAHAN PAKATAN HARAPAN SEMAKIN JELAS

Kongres Maruah Melayu - Terbelakah Maruah Melayu?


Kongres Maruah Melayu akan diadakan selepas pertukaran lokasi dari Stadium Axiata Bukit Jalil ke Stadium Malawati terus menimbulkan polemik persoalan. Dibalik jemputan kepada 2 parti iaitu Pas dan Umno dimana telah dipersetujui akan menghantar delegasi, amat mengejutkan apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menerima jemputan. 

Disebalik jawapan Professor Zainal Kling timbul persoalan mengapa ada jurang kepartian antara jemputan? Walau menurut penganjur program ini tiada kaitan dengan mana mana parti politik, jelas semasa mesyuarat pelarasan program ada penglibatan individu daripada PPBM (Pakatan Harapan). Benarkah program ini langsung tidak 'Berbau' Politik sepetti didakwa? Apa penjelasan mengenai individu yang terlibat dalam politik parti tertentu disebalik penganjuran? Prof Zainal Kling sebenarnya terperangkap dalam polemik yang dikatakan 'Bebas Politik' dan beliau kelihatan cuba memberi jawapan 'Politik' bagi menutup kelemahannya sendiri sekaligus kelemahan sebenar penganjuran program.


Timbul persoalan mengapa Anwar Ibrahim tidak dijemput sedangkan beliau seorang Melayu dan Presiden PKR sedangkan Pas dan Umno dijemput? Jawapan Zainal ternyata melucukan sekali apabila LUPA bahawa PAS sendiri ada ahli dari kaum bukan Melayu manakala PPBM ada ahli bersekutu yang jelas bukan Melayu, tidak seperti Umno yang ada kaum Bumiputera selain Melayu. Jadi logika apa yang digunakan Prof. Zainal Kling dalam memberi jawapan mengapa Anwar tidak dijemput? 


Dibalik persoalan membeza-bezakan jemputan, ternyata DAP sebagai sekutu kuat dalam Pakatan Harapan tidak senang dengan penganjuran Kongres ini. Lim Kit Siang menempelak penganjur apabila menggunakan Universiti sebagai penganjur dibalik dakwaan penganjuran Kongres ini hanyalah refleks dan cubaan meraih sokongan untuk Tun Mahathir selepas melihat kejayaan 'Himpunan Perpaduan Ummah' anjuran Umno dan Pas sekaligus bersama bersetuju dalam Piagam Muafakat. Dimanakah intergriti Universiti sekiranya benar mereka dipergunakan bagi kepentingan politik Tun M yang kian terhimpit dengan desakan peralihan kuasa? Sekali imbas program ini saling tidak tumpah sebagai Program 'Semarak' yang pernah diadakan bagi menguatkan sokongan politik dan rakyat kepada seorang Perdana Menteri pada tahun 80an dan 90an. 


Menghampiri 24 jam terakhir sebelum kemuncak program berlangsung, penganjur menerima tekanan bukan sahaja dari persoalan melibatkan Maruah Universiti malah persoalan samada Universiti yang sama sanggup atau tidak menganjurkan program untuk kaum lain. Jelas sekali matlamat penganjuran meletakkan dinding pemisah antara pemahaman diversiti pelbagai kaum dan politik. Jika benar pihak Unversiti mahu MARUAH sebagai pusat intelektual kekal maka lebih baik mereka (Unversiti) samada menarik diri atau membatalkan penganjuran.