Thursday 30 January 2020

GAGAL ISU PENGIKTIRAFAN UEC NGA KOR MING LABEL UMNO PAS SEBAGAI EKSTREMIS POLITIK

"Jika Kerajaan Tidak Iktiraf UEC, DAP Akan Keluar Kerajaan"



Dalam laporan sebuah portal, Timbalan Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP akan keluar daripada Pakatan Harapan jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC. Beliau berkata demikian semasa sessi temuramah. 

Baca - KONSENSUS DAP KELUAR PAKATAN HARAPAN

Menurut portal soalan yang ditanya wartawan agak tidak jelas manakala jawapan Nga konsisten menyatakan DAP akan keluar PH sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf UEC.




Petikan Malaysiakini

Nga secara tidak langsung menyatakan bahawa PH gagal membawa aspirasi perjuangan DAP menjadi realiti selepas membentuk kerajan pada 10 Mei 2018. Beliau turut menyatakan satu konsensus telah dicapai sekiranya UEC tidak diiktiraf maka DAP tidak teragak menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan. Ternyata ini merupakan 'Amaran' buat PH sendiri memandangkan DAP merupakan kuasa dominan selepas PKR dalam gabungan PH. 

Paling mengejutkan apabila Nga mengeluarkan nada berbaur rasis apabila melabelkan kerjasama Umno dan Pas akan membawa keganasan terhadap politik Malaysia. Beliau menggesa agar penyokong PH berusaha menghentikan atau sekurangnya mengagalkan usahasama Umno Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional sepatutnya perlu dikenakan tindakan tegas kerana kenyataan tersebut berbaur hasutan. Sekarang terbukti siapa yang selama ini menjadi penghasut namun apakan daya kuasa di tangan PH.


Tangkap Layar Malaysiakini

Apa maksud Nga membuat kenyataan sebegini? Adakah beliau melihat Pakatan Harapan akan jadi 'Kerajaan Sepenggal' lalu mahu membuat rakyat terutama Kaum Tionghua gelisah dengan persepakatan Umno Pas? Sama sekali tidak boleh diterima akal setelah 6 dekad BN mentadbir, masyarakat lain-lain kaum tidak pernah mengalami keganasan seperti apa yang Nga dakwa. Pas juga tidak mengamalkan birokrasi selama memerintah Kelantan sejak 1987 malah hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan (BN) berjalan dengan baik. Bagaimana seorang yang bergelar Peguam boleh berfikiran negatif dan bersikap rasis? 


Tangkap Layar Malaysiakini

Adakah kenyataan Nga Kor Ming tatkala Rakyat Malaysia sedang keresahan dengan penularan Virus NCorona merupakan satu bentuk tekanan kepada Tun M agar menyegerakan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim? Tidak mustahil akan ada desakan akan dilakukan terhadap Dr M jika beliau GAGAL menangani masalah NCorona dari merebak ke seluruh Malaysia. 


Tangkap Layar Malaysiakini

Tangkap Layar Malaysiakini

Tangkap Layar Malaysiakini

Apakah Umno dan Pas akan berdiam diri dengan kenyataan Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat? Bantahan keras perlu dinyatakan Umno dan Pas atas kenyataan rasis Nga Kor Ming namun siapa dalam Umno, Pas akan bertindak bagi membela MARUAH Umno Pas yang dilabelkan sebagai pengganas politik?

Tangkap Layar Dari Laman Malaysiakini Jam 1.56 pagi

Wednesday 29 January 2020

EJAKULASI KLIMAKS AWAL PKR - SIAPA LAGI AKAN TINGGALKAN PKR JIKA ZURAIDA DI PECAT?

Gelodak PKR Hampir Klimaks - Ejakulasi Atau Persepsi?



Demonstrasi oleh ahli PKR dihadapan bangunan Ibu Pejabat PKR Tropicana menyaksikan pertembungan 2 kumpulan yang telah lama menyimpan 'dendam' memilih antara setia Presiden atau Reformasi Parti.





Badan Disiplin PKR yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida dipercayai ada kaitan dengan ucapannya dalam satu majlis bersama Azmin Ali ketika Kongres PKR berlangsung di Melaka. Mereka (Azmin dan Zuraida) tidak hadir ke Kongres tersebut sekaligus menimbulkan pertanyaan adakah tindakan itu petunjuk mereka akan keluar parti selepas usai Kongres. Bagaimanapun kedua-duanya masih kekal dalam PKR hingga hari ini.

Dikejutkan pula dengan surat saman SUA PKR terhadap Zuraida menguatkan lagi desas desus perpecahan dalam PKR sudah sampai klimaks. Adakah ini akan menjadi punca pemimpin utama PKR bertindak keluar parti beramai-ramai sekaligus melumpuhkan PKR dan paling utama menyekat Anwar Ibrahim dari terus bercerita tentang peralihan kuasa? Azmin Ali merupakan antara yang mahu Tun M terus kekal sebagai PM hingga habis penggal dan ini bertentangan dengan perjanjian sebagaimana didedahkan SUA PKR. Adakah Azmin akan beralih arah memandangkan ada foto beliau kelihatan bersama pemimpin Parti Gerakan dan ada gossip menyatakan kesediaan Gerakan menerima Azmin dalam parti itu.

Segalanya akan terjawap apabila sampai masanya. PKR yang ditubuhkan bagi menentang Dr M pada 1998 kini sujud di kaki Tun M. Anwar KALAH lagi sekali. Azmin? Dia tetap MENANG.

Tuesday 28 January 2020

SIAPA 'TROJAN HORSE' 'EHEM - EHEM' YANG AKAN RUNTUHKAN PKR?

PKR Berantakan - Azmin Akan Bertindak Selesaikan Kemelut?


Kemelut dalaman PKR semakin membusung apabila Setiausaha Agung PKR bertindak menyaman Naib Presiden PKR sendiri. Dalam satu entri sebuah portal maya melaporkan Zuraida Kamaruddin disaman oleh Saifudin Nasution atas sebab peribadi.

PKR SAMAN PKR


Tindakan SUA PKR seperti memberi isyarat sesuatu sedang berlaku dalam PKR ibarat 'Retak Menanti Belah'. Apatah lagi apabila tular foto Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hadir ke rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan bersama Tun M menguatkan desas desus bakal berlaku kejutan dalam PKR. Sebagai rekod, Azmin pernah dikatakan akan berhijrah ke Gerakan (jika berlaku tsunami jawatan tertinggi PKR) namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dipastikan. 

Azmin dalam pada itu menaikmuat beberapa foto menunjukkan beliau menunggang kuda dan bersantai tatkala kisah percutian keluarganya ke Jepun diperkatakan ramai. Pendedahan percutian mewah keluarga Azmin dipenuhi persoalan mengenai kos perbelanjaan mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia ketika masyarakat Felda terkedu dengan tindakan India memberhentikan import hasil sawit Malaysia. Azmin masih mampu berkuda ketika peneroka Felda gusar memikirkan kewangan mereka kerana kerajaan 'Terlalu Bijak' dalam hubungan diplomatik dengan negara asing hingga menjejaskan hasil usaha peneroka Felda yang kebanyakan bergantung hasil pada sawit.


Sukan berkuda sering dikaitkan dengan kemewahan menjadi pilihan Azmin di saat Malaysia diselubungi kegusaran rakyat berikutan penularan virus NCorona dari China. Secara tiba-tiba beliau beralih alih ke sukan tersebut? Adakah kerana pengaruh Tun M yang diketahui suka sukan berkuda atau ada sebab lain? Sebagaimana diketahui umum, Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video 'berkuda' namun pihak berkuasa telah menyatakan pihaknya sukar mengenal pasti siapa individu yang bersama seorang lagi dikenali sebagai Haziq Aziz. Turut menjadi persoalan mengapa Azmin tidak mengambil tindakan Saman terhadap dakwaan Haziq yang secara terang menaikmuat video pengakuannya? 


Adakah Azmin sama seperti Anwar Ibrahim yang turut tidak mengambil tindakan saman terhadap Rawther seperti digembar-gemburkan sebelum ini? Banyak kemusykilan dan persoalan mengenai krisis dalaman PKR menjelang desakan peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini. Azmin merupakan salah seorang yang mahukan Tun M terus mentadbir hingga habis mandat dan pernah mencabar mana-mana pihak membuktikan kewujudan perjanjian peralihan kuasa tersebut.


Apa yang akan berlaku seterusnya dalam episod 'Drama' PKR? Adakah Azmin akan memihak kepada Zuraida yang dikatakan masih belum menjawap surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin PKR dan mengambil langkah drastik bagi memberitahu Anwar dia (Anwar) bukan siapa-siapa tanpa Azmin Ali? Siapa boleh ramal percaturan politik antara PKR yang berpecah dua? Jika 'Nujum Pak Belalang' masih ada mungkin beliau akan terlungkupkan saja mangkuk ajaib kerana politik dalaman Pakatan Harapan memeningkan akibat perebutan kuasa.

Wednesday 22 January 2020

DESAKAN PERALIHAN KUASA - 'TROJAN HORSE' DALAM PKR AKAN MUNCULKAN DIRI ATAU AKAN ADA MENTERI KENA PECAT?

Anwar PM Ke-8, Siapa Bakal Ganti TPM?





Sahih Atau Palsu?

Nampaknya semakin serius gerakan Reformis mahu peralihan kuasa berlaku pada 2020. Sekeping poster dijumpai berlegar dalam media sosial dengan tertera 'AMK SELANGOR'  mahu menunjukkan Tun M 'Jalan Keluar' sekiranya masih berdegil menjelang 9 Mei 2020.  Sejauh mana kesahihan poster berkenaan dikeluarkan oleh AMK SELANGOR sebagaimana tertera tidak dapat dipastikan. 

Bagaimanapun transmisi peralihan kuasa yang digembar-gemburkan ini menarik banyak persoalan samada netizen mahupun rakyat biasa. Ada atau tidak perkara dibawah terlintas dalam fikiran pembaca?


  • Apa impak peralihan kuasa terhadap ekonomi negara?
  • Berubahkah polisi pentadbiran apabila berlaku peralihan kuasa?
  • Siapa akan dilantik sebagai TPM sekiranya Anwar PM?
  • Akan tertunaikah manifesto PH pada PRU14?
  • Adakah Tun M bersara atau dilantik sebagai Menteri Kanan seperti Mendiang Lee Kuan Yew?

Paling menarik adakah Azmin akan kekal bersama PKR sekiranya beliau menerima surat tunjuk sebab dalam masa terdekat? Percaturan politik sering berubah mengikut keperluan kuasa dan tidak mustahil Tun M akan meminta bantuan Azmin memihak kepada beliau sekiranya ada usul undi tidak percaya dibawakan dalam Sidang Parlimen setelah semua jalan penyelesaian bagi mengekalkan kedudukan sebagai PM hingga habis mandat menemui jalan buntu. 


Kenyataan SUA PKR

AZMIN ALI sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Tun M dan mencabar mana mana pihak memberi bukti wujud perjanjian peralihan kuasa selepas PH berkuasa 2 tahun. Menghampiri tarikh 9 Mei 2020, genaplah 2 tahun Tun M memegang tampuk pemerintahan Pakatan Harapan sebagau Perdana Menteri. Masih ingat cadangan mereka (PH) yang mahu jawatan PM dipegang tidak lebih dari 2 penggal? Malangnya cadangan itu tidak terpakai dalam konsensus peralihan kuasa yang dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Baca - AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

Negara bakal mencipta sejarah sekiranya Anwar dilantik menjadi PM apabila TPM merupakan isteri beliau. Lakaran sejarah dunia akan berlaku pasangan suami isteri memegang tampuk tertinggi sistem demokrasi berparlimen Malaysia. Tetapi ia adalah mustahil sekali untuk direalisasikan seandainya Tun M menggunakan kuasa penuh beliau bagi menukar TPM dalam waktu terdekat memandangkan Wan Azizah bukan lagi Presiden PKR selepas Anwar mengambil alih teraju PKR daripadanya. Tiada yang mustahil boleh terjadi sekiranya Tun M mengambil langkah drastik menyekat semua desakan dan tekanan yang diberikan terhadapnya. Justeru itu Anwar atau Wan Azizah perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang sekiranya berlaku pembelotan dari dalam PKR itu sendiri. Jika Maszlee Malik selaku MP PPBM boleh 'Dinasihatkan' agar meletakkan jawatan, apalah sangat dengan Wan Azizah yang sudah tiada jawatan dalam parti sendiri.

Baca - DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN?

Masalah terbesar Anwar perlu fikirkan ialah menyingkirkan 'Trojan Horse' Tun M yang masih berada rapat dengan kedudukan beliau. Siapakah individu tersebut? Hanya Anwar ada jawapannya. Bak kata seorang pelawak tanahair "Lu Pikirla Sendiri".

Tuesday 21 January 2020

ZURAIDA SUDAH, AZMIN BILA PULA MAHU DIKENAKAN TINDAKAN SURAT TUNJUK SEBAB ATAU ADA 'EHEM EHEM' KAH?

Azmin 'Kebal' Dari Tindakan Tatatertib PKR Sebab Pegang Sesuatu?






Seperti ada 'Double Standard' dalam PKR apabila Zuraida Kamaruddin diminta menjawap surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari. Mengapa hanya Zuraida? Azmin Ali yang turut terlibat dalam konflik dalaman PKR seakan kebal dari tindakan tatatertib parti itu walau mengeluarkan perkataan "Kepala Bapak Engkau" yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR ketika sepentas dengan Zuraida di sebuah hotel.





Mungkinkah ini penyebab tersebar borang palsu Zuraida memohon menyertai PPBM semalam? Segalanya seakan tidak mustahil dalam zaman Pakatan Harapan apabila perebutan kuasa menjadi agenda paling penting dalam memastikan kelangsungan karier politik mereka. 

Azmin Ali yang kini boleh menarik nafas lega selepas siasatan PDRM tidak dapat mengenal pasti siapa pasangan Haziq dalam video kontroversi adegan seks luar tabi'e. 





Bagaimanapun selaku Menteri Ekonomi yang juga memegang portfolio menjaga kepentingan Felda dan Peneroka Felda, Azmin terlepas satu perkara besar yang kini menjadikan Malaysia dalam dilemma. 

Baca - INDIA KURANGKAN IMPORT HASIL SAWIT MALAYSIA

Satu tamparan besar terhadap Azmin jika rakan sejawat dalam kabinet GAGAL membuat rundingan dengan antara negara pengimport terbesar komoditi yang juga punca pendapatan Felda dan Peneroka Felda. Malah ada SURAT TERBUKA kepada Kerajaan khususnya Menteri Ekonomi berkaitan kekhuatiran berlaku BOIKOT oleh India. Secara jelas Azmin Ali GAGAL menjaga kebajikan serta kepentingan Felda dan Peneroka sekiranya perkara ini berlanjutan dalam tempoh panjang. Mungkinkah KEGAGALAN ini akan digunakan bagi menggugurkan nama Azmin dari Kabinet apabila Anwar mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun M dan dijadikan pembalasan 'Infiniti' oleh Presiden PKR kepada Azmin agar tahu meletak kepentingan, taat setia kepada Presiden dan parti ditempat sepatutnya? 

Azmin Ali boleh memilih 'Keluar Baris' dari PKR jika berasakan kedudukannya sudah tidak selamat lagi tetapi kemana beliau boleh pergi? Alternatifnya hanya PPBM yang ada untuk jadi dahan berpaut namun apa pula kata 'Supremo' PPBM yang lain? Sudahlah Presiden PPBM seperti tidak berkuasa langsung kerana segala keputusan parti perlu mendapat 'Perkenan' Dr M? 

Kini Azmin juga dalam keadaan tersepit membawa haluan sekiranya mahu terus kembangkan kerjaya dan laluan politiknya. Memang nampak tenang di permukaan namun di dasar siapa tahu? Bagai teratai di tasik akar tak jejak ke tanah jadinya Azmin Ali kini apabila Zuraida yang menerima tempias awal.

PAKATAN HARAPAN KENA 'PATUK' 2 KALI DENGAN ULAR SAMA, ANWAR KEKAL 'BAKAL PM KE-8' DALAM SEJARAH POLITIK?

Tekanan Dari Dalaman Semakin Meningkat, Tun M Guna Propaganda Tahap Berapa?


Selepas 5 kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil kini kredibiliti Tun M mengemudi PH mula dipandang sinis. 

Kenyataan Ram Karpal

Menjelang tempoh 'Matang' plan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti dipersetujui, tekanan terhadap Dr M semakin kuat. Terbaru apabila 'LAWMAKER DAP' yang merupakan sekutu paling kuat bagi PPBM bersuara ianya ibarat 'Bom Jangka' yang akan meletupkan PPBM pada bila-bila masa kerana dominasi antara DAP dan PKR begitu besar berbanding PPBM dalam Pakatan Harapan. 

Foto Propaganda

Dalam pada itu tersebar sekeping foto Presiden PAS bersama Tun M di meja makan dan spekulasi mula disebarkan oleh pihak tertentu untuk menggambarkan ada kerjasama yang bakal dilakukan antara PPBM dan PAS dalam masa yang tidak dapat dipastikan. Dipercayai foto berkenaan hanyalah 'propaganda' dan mahu memberi isyarat jika PPBM disingkirkan maka PAS ada untuk membentuk kerjasama baru politik. Bagaimanapun PKR terlebih dahulu berjaya mencium propaganda Tun M lantas SUA PKR mengeluarkan kenyataan PAS tidak diperlukan dalam PH. 

Baca - PAKATAN HARAPAN TIDAK PERLU PAS

Kenyataan SUA PKR

Kali ini ternyata Tun M terperangkap dalam konsensus persetujuan peralihan kuasa dan segala gerakan beliau untuk kekal sehingga habis mandat PRU14 seperti sudah sampai penghujung. Hanya tinggal 1 pilihan di tangan Mahathir - Bubar Parlimen - dan pulangkan kuasa kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru yang tidak lagi membebani mereka dengan pelbagai pembohongan serta penipuan manifesto seperti PRU14. Walau apa cara digunakan 'Team Propaganda' Tun M, sekutu dalam PH sudah hilang keyakinan terhadapnya dan mahu pengganti yang lebih 'Segar' dan mampu mengemudi PH menghadapi PRU15 sekaligus mengekalkan penguasaan mereka di Putrajaya. Sebagaimana dipersetujui Anwar Ibrahim hendaklah diangkat sebagai PM Ke-8 mengikut persetujuan yang dibuat sebelum PH membentuk kerajaan pada 10 Mei 2018. Mahukah Mahathir berbuat demikian selepas mendakwa Anwar merupakan seorang yang tidak bermoral pada 1998? Sehingga hari ini, Mahathir tidak pernah menafikan pendedahan yang dibuatnya dihadapan wartawan asing dan tempatan apa kebejatan moral Anwar Ibrahim ketika itu. 

Kenyataan SUA PKR

Apalagi yang akan Mahathir kompangkan bagi mengekalkan kedudukannya? Beliau sendiri menjelaskan boleh bekerjasama dengan pembangkang kecuali Najib Razak. Ada pandangan penganalisa politik memandang kenyataan Tun M itu adalah satu isyarat sinis kepada Anwar Ibrahim bahawa PPBM bersedia keluar dari Pakatan Harapan sekaligus 'Memusnahkan' PH dalam kadar segera. 

Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu Dr M dikekalkan hingga habis penggal pula dilihat tidak lebih daripada kenyataan populis dan drama bagu melindungi perancangan belakang tabir yang tiada siapa tahu apa kerjasama DAP dengan sekutu lain dalam PH. Jika tidak masakan Ram Karpal Singh boleh mengeluarkan kenyataan mempersoalkan keampuhan Tun M sebagai Perdana Menteri? 

Baca - MAHATHIR PERLU BERTANGGUNGJAWAB KALAH 5 PRK

Gendang Perang sudah bergema dalam PH, siapa akan menari mengikut irama dan siapa akan tersungkur dalam percaturan politik yang hanya fokus kepada perebutan kuasa ini. Rakyat memerhati dan bersedia menunjukkan JALAN KELUAR PUTRAJAYA kepada Pakatan Harapan jika Tun M mengambil langkah menyelamatkan diri dan bersara dari politik - BUBAR PARLIMEN.

Monday 20 January 2020

BORANG ZURAIDA MOHON MASUK PPBM TERSEBAR - BAU PEMBUBARAN PARLIMEN SEMAKIN KUAT?

Zuraida Keluar PKR Kerana Surat Tunjuk Sebab?


Foto Borang Yang Berlegar Di Media Sosial

Benarkah Ahli Parlimen Ampang akan menyeberang parti selepas menerima surat tunjuk sebab dari PKR?

Tular beberapa foto di media sosial borang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan nama Menteri KPKT itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjutt diperolehi mengenai perkara tersebut.



Jika benar perkara ini terjadi, tidak mustahil akan ada lagi Ahli Parlimen PKR mengikut jejak meninggalkan PKR dalam masa terdekat. Adakah mereka secara sukarela meninggalkan parti dan hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR atau ada 'Sesuatu' atas meja yang menyebabkan tindakan keluar parti dilakukan?



Apa reaksi Anwar Ibrahim jika beliau kehilangan sokongan PKR lebih-lebih lagi menjelang tempoh Peralihan Kuasa yang dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan?

Baca - PPBM NAFI ZURAIDA MOHON SERTAI PPBM

Bagaimanapun ada penafian telah dikeluarkan pihak tertentu dalam media sosial bagi menangkis kebenaran foto tersebut.


Penafian Dalam Media Sosia

Gayanya Anwar kena patuk dengan 'Ular' sama untuk kali kedua dan tidak mustahil akan kekal menjadi 'Bakal PM' paling lama memegang gelaran dalam sejarah politik Tanahair.

KERAJAAN SEPENGGAL - TUN M BERI ISYARAT BUBAR PARLIMEN JIKA TERUS DIDESAK PERALIHAN KUASA?

Desakan Peralihan Kuasa Makin Kuat, Tun M Hanya Ada 1 Pilihan



PAKATAN HARAPAN KERAJAAN SEPENGGAL

Apabila Naib Presiden PKR diminta menjawap surat tunjuk sebab tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR seakan memberi isyarat ada sesuatu perkara besar bakal berlaku samada dalam PKR sendiri atau dalam Pakatan Harapan. Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT diberikan tempoh 14 hari bagi menjawap surat tersebut. Berita tersebut seakan mengesahkan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sedia untuk berpecah dan PH pula akan menghadapi konflik terburuk namun hanya kepimpinan mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.

DESAKAN PERALIHAN KUASA



Dipercayai surat tunjuk sebab kepada Zuraida ada kena mengena dengan isu 'Peralihan Kuasa' dari Tun M kepada Anwar dalam tempoh terdekat. Setiausaha Agung PKR pula mengesahkan ada persetujuan dalam Pakatan Harapan pada 2018 dan Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8.



Kekalahan proksi Pakatan Harapan iaitu Warisan di Kimanis menguatkan lagi desas desus tempoh peralihan kuasa berlaku namun tarikh sebenar masih belum diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tekanan yang diberikan terhadap Tun M telah menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akan berundur seberapa segera jika itu yang Majlis Presiden Pakatan Harapan mahukan namun kumpulan Pro-Mahathir enggan beliau menurut desakan dari pihak tertentu dalam PH. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan sedang 'disintuk limau' sebagai pengganti Mahathir selaku PM terus mendiamkan diri selepas siasatan PDRM berkaitan satu video intim songsang tidak dapat membuktikan beliau adalah individu yang dinamakan Haziq sebagai pasangannya. Begitu menghairankan mengapa Zuraida dikenakan tindakan surat tunjuk sebab dan Azmin yang turut tidak hadir mesyuarat tertinggi PKR tidak pula dikenakan sebarang tindakan. Adakah Anwar ada perancangan tertentu bagi menyekat kemaraan Azmin Ali?

Tonton - PEMBONGKARAN MENGENAI AZMIN ALI OLEH REFORMIS

Tidak mustahil akan berlaku perpecahan besar dalam PKR sedikit masa lagi jika 'Tangan Ghaib' terus memainkan peranan dalam PKR sendiri. Adakah Anwar sedar beliau semakin hilang kepercayaan di kalangan ahli parti atau beliau juga berpandukan kepada sorakan apabila berjumpa ahli parti? 

Kekuatan Anwar telah diuji ketika turun kempen di Kimanis dan ternyata beliau sudah hilang 'Aura' sebagai pemimpin sekaligus merumitkan lagi cita-cita untuk menjadi PM. Azmin juga hilang punca apabila kempen beliau tidak mampu membawa kemenangan kepada Warisan di Kimanis jadi nama mereka berdua sudah tentu dikeluarkan dari senarai peralihan kuasa. Nama siapa sebenarnya yang berada paling atas dalam senarai Tun M? Hari ini Tun pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan perlu bersedia menjadi Kerajaan Sepenggal dan semestinya menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat Malaysia mengapa beliau berkata demikian sedangkan sebelum ini beliau amat yakin PH akan kekal menguasai Putrajaya selepas PRU15. Adakah ini isyarat bahawa Tun M bersedia membubarkan Parlimen bagi mengelakkan peralihan kuasa kepada Anwar berlaku? Siapa tahu permainan politik Tun M?

Sunday 19 January 2020

PENYOKONG SHAFIE APDAL BAWA BUDAYA SAMSENG DALAM WARISAN, SERANG EXCO PEMUDA DI KKIA

Kalah Kimanis, Penyokong Warisan Serang Exco Pemuda Umno Di KKIA


Sekumpulan penyokong  Parti Warisan dikhabarkan menyerang seorang Exco Pemuda Umno dikenali sebagai 'Papagomo' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi. Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuashati apabila 'Gomo' mengoyak kertas A4 yang dikatakan ada gambar 'Mirip Presiden Warisan' Shafie Apdal dalam satu 'flashmob' semasa kempen Prk Kimanis.

Video serangan boleh ditonton - SERANGAN TERHADAP EXCO PEMUDA UMNO

Presiden Warisan, Shafie Apdal perlu mengeluarkan kenyataan jika penyerang tersebut bukan ahli Warisan kerana imej Warisan kini tercalar dengan sikap SAMSENG mereka ini. Adakah ini cara politik Sabah? Amat memalukan sekiranya mereka ini mengamalkan budaya Samseng Politik kerana tidak dapat menerima kekalahan 2029 di Kimanis semalam. Apa tindakan pihak berkuasa apabila tular pula satu seruan berbaur ugutan terhadap 'Gomo'?


Adakah ini contoh budaya Sabah? Shafie Apdal dan Warisan perlu bertindak tegas terhadap penyokong mereka jika benar ini kenyataan ahli Warisan. Beranikah Shafie berbuat demikian bagi memulihkan imej Warisan?

Belum pun reda isu Pas Sementara Sabah (PSS) kini Warisan berdepan pula isu budaya samseng dalam Warisan sendiri. Bayangkan jika Pendatang Tanpa Izin (PTI) diberikan PSS, apa pula mereka mampu lalukan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara. Melarikan diri dari Sabah amat mudah buat PTI kerana masak dengan selok belok perairan Sabah.

Saturday 18 January 2020

PARLIMEN BAKAL BUBAR SELEPAS KALAH KIMANIS?

Mahu Tuding Siapa Pula Kalah Di Kimanis



Kekalahan Warisan dalam Pilihanraya Kecil P176 Kimanis dengan majoriti 2029 memihak kepada Datuk Mohamad Alamin dijangka akan memberi tekanan terhadap Presiden Pakatan Harapan, Tun M selepas kekalahan Tanjung Piai tahun lepas. Biarpun Warisan yang menerima sokongan padu Pakatan Harapan,  amarah Anak Muda Sabah terlalu kuat untuk PH bertahan walau ramai 'Big Gun' turun berkempen untuk Warisan. Selain sokongan padu tempatan, Ketua Menteri merangkap Presiden Warisan, Shafie Apdal telah GAGAL dalam ujian pertama menggepalai jentera Warisan selepas PRU14. 

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang cuba dijelaskan oleh sebahagian pemimpin Warisan tidak mampu menolak amarah Rakyat Sabah yang enggan negeri Sabah menerima kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) atau diistilahkan sebagai 'Pilak' oleh rakyat tempatan. Ternyata pelaksanaan PSS memang ditolak total Rakyat Sabah selain isu kos sara hidup selama PH memerintah selama 20 bulan turut menjadi sebahagian faktor penolakan terhadap kempen kerajaan.


Kehadiran Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa impak terhadap pengundi Kimanis malah kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut mengundang sinis kerana kisah video 'Mirip Menteri' di Sandakan. Kempen yang turut dihadiri barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) seakan tidak membawa apa makna malah jika diteliti sambutan diberikan pengundi hanyalah kerana rasa hormat mereka.  Tun M pula dilihat bersikap 'Play Safe' apabila langsung tidak turun ke Kimanis namun barisan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hadir dilihat sekadar 'Melepas Batuk Di Tangga'. Manakala DAP hanya diwakili pemimpin tempatan sama sekali tidak berfungsi dengan baik hingga isu PSS dilihat hanya dijuarai Warisan sepanjang tempoh kempen.

Kelalahan 2029 ini sebenarnya seperti memberi isyarat akan ada 'Kambing Hitam' bakal dijadikan korban. Sedia maklum berlaku 'Ribut' dalam PH apabila ada pihak mahu peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan sudah pasti ada yang mempertahankan kedudukan Tun M selaku PM hingga habis mandat Pru14. Adakah kekalahan Kimanis akan merubah struktur ikatan PH atau tindakan drastik akan dilakukan dan 'Kambing Hitam' akan dijadikan alasan mengekalkan kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri? Siapa tahu kemungkinan yang boleh berlaku jika Tun enggan menurut desakan peralihan kuasa walau ada kenyataan beliau untuk berbuat demikian sekiranya Majlis Presiden PH mahukan peralihan kuasa berlaku secepat Mei 2020?

Walau apa pun biarlah Warisan dan Pakatan Harapan bertenang dan mencari sebab musabab kekalahan berturut mereka selepas Tg Piai. Siapa mangsa untuk dituding dan memikul kekalahan juga akan diketahui kelak.

Friday 17 January 2020

PRK KIMANIS - WARISAN PERLU JAWAP PERTANYAAN JOHNNY MOSITUN BERKAITAN ISU PSS

Isu PSS - Kenyataan Timbalan Menteri Warisan Undang Persoalan Kepada Rakyat Sabah



Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Johnny Mositun mempersoalkan kenyataan Azis Jaman yang menyatakan pemegang Pas Sementara Sabah (PSS) dibolehkan masuk ke Semenanjung dengan syarat tidak melebihi tempoh sebulan.

Berikut adalah antara kandungan kenyataan Datuk Johnny Mositun - 


Kenyataan Datuk Johnny Mositun








Warisan perlu menjawap persoalan yang dikemukakan ini untuk kepentingan Rakyat Sabah keseluruhannya. Malah pelaksanaan PSS kini menjadi tanda tanya apabila Kerajaan Filipina telah membuka pintu bagi menerima kembali kehadiran rakyatnya dan apa relevannya PSS lagi? Beranikah Warisan menjawap Johnny Mositun? 


Sunday 12 January 2020

PRK KIMANIS - "WARISAN GAGAL TUNAI JANJI MANIFESTO" - BEKAS AHLI WARISAN BONGKAR REALITI SEBENAR POLITIK SABAH

"Dia Ketua Menteri Bukan Ketua Mony*t" - Bekas Ahli Warisan



Pengundi Kimanis semakin berani menyuarakan isi hati mereka atas KEGAGALAN Parti Warisan Sabah yang tidak membela nasib rakyat sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto PRU14 lepas. Dengan isu kehidupan yang semakin sukar selain kepayahan peluang pekerjaan, pengundi Kimanis semakin sedar sekiranya mereka tidak memberi isyarat jelas pada 18 Januari 2020 maka terpaksalah menanti hingga Parlimen dibubarkan baru akan ada pembelaan sewajarnya untuk mereka.


Dalam satu klip video Pemuda Umno Batu Sapi, tidak boleh dinafikan apa yang diluahkan oleh seorang pengundi adalah realiti sebenar keadaan Sabah di bawah pentadbiran Warisan. 



Apa yang disampaikan dalam video berkenaan dirakam tanpa sebarang dorongan atau skrip. Hakikat ini perlu direnung dan didalami oleh pengundi Kimanis sebelum mereka membuang undi bagi memilih siapa wakil rakyat Kimanis di Parlimen kelak. 



Beranikah Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan menangkis dakwaan pengundi tersebut? Beliau (pengundi) turut memperli Datuk Seri Shapie Apdal sebagai "Munyet" kerana GAGAL membela Rakyat Sabah malah lebih mengutamakan PTI dengan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS). Ini merupakan tamparan terhadap seluruh kepimpinan Warisan Sabah kerana tanpa menyorokkan identiti, veteran politik yang juga bekas ahli Warisan tersebut mempertikaikan segala tindakan Warisan selama berkuasa di Sabah.

Siapa pilihan Pengundi Kimanis nanti? Samada 'Radu Tatap Radu' atau 'Sabah Kita Punya' akan berjaya memenangi hati pengundi P176 Kimanis?