Saturday 22 February 2020

'THE LAST SEMURAI' AKAN 'MATI BERAGAN' JIKA MAHATHIR MUNGKIR JANJI - FAIL MERAH KEMBALI DI ATAS MEJA?

Bagaimana Jika APEC KL Tidak Diadakan, Mana 'Last Samurai' Mahu Sorok Muka?



Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun M selaku Perdana Menteri telah memutuskan bahawa peralihan kuasa hanya akan ditentukan beliau selepas Sidang APEC KL yang dijangkakan pada November ini. 



Kenyataan tersebut sekaligus memadam desas desus peralihan kuasa antara Mac ke Mei 2020 yang berlegar dan menjadi topik panas dalam 'Sidang Kedai Kopi Politik' negara. Bukan sahaja cakap-cakap terhenti malah pelawaan Anwar Ibrahim kepada Tun M sebagai Menteri dalam 'Kabinet' Anwar juga terus lenyap dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.



Tun M yang tidak memberi tarikh spesifik bagi peralihan kuasa tersebut dilihat sudah 'Menang' dalam gelombang krisis dalaman Pakatan Harapan. Justeru itu apa sahaja perkara berbangkit mengenai peralihan kuasa selepas ini bolehlah dianggap tidak lagi relevan walau wujud tentangan dari beberapa pihak terutama penyokong Reformasi. Apa lagi yang mampu dilakukan Anwar untuk mengambil alih tampuk Putrajaya selain bersabar dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tergelincir sekali lagi seperti 1998?

Baca - SEJARAH 'LIWAT' 1998 DAN PEMBONGKARANNYA


petikan dari pengakuan saksi kes Anwar Ibrahim 1998

Seperti mana pernah berlaku pada 1998, Anwar kini berada dalam tekanan dari penyokongnya yang mahukan beliau menuntut 'JANJI' Peralihan Kuasa selepas 2 tahun memberi laluan kepada Tun M. Beliau perlu berhati-hati dalam usahanya merealisasikan impian 20 tahun agar episod memalukan pada 1998 tidak dijadikan ulang-tayang bagi menghalang cita-citanya. Perlu diingatkan sehingga hari ini dakwaan Dr Mahathir terhadap moral Anwar tidak pernah ditarik balik atau dinafikan Tun M sendiri malah baru-baru ini muncul kisah seorang pemuda bernama Rawther yang mendakwa cuba di 'ehem' oleh Anwar Ibrahim. Walau awalnya Anwar seakan bersedia mengheret pemuda tersebut ke muka pengadilan namun akhirnya beliau sendiri tidak meneruskan prosiding telah menimbulkan kembali polemik serta persepsi dakwaan Dr Mahathir pada 98 itu adalah benar. Apakah politik Tanahair akan menyaksikan kembali episod 'Usung Tilam' jika Anwar terus menggasak Tun M? Moga tiada lagi kisah sebegitu dalam tahun 2020 kerana masing-masing (Anwar & Tun M) telah lanjut usia.

Baca - MAT KOTAK PERNAH KHIANAT ANWAR



Walau kenyataan Tun M telah diterima Anwar (Terpaksa atau Dipaksa) ada satu perkara agak menimbulkan persoalan. Secara tiba-tiba Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah menyambung mesyuarat selepas sidang media Majlis Presiden PH di sebuah hotel di Putrajaya. Sebuah portal berita telah menulis Azmin Ali dilihat bersama beberapa pemimpin berada di hotel dan dipercayai sedang bermesyuarat namun apa kandungan mesyuarat tidak diketahui langsung. Ini menimbulkan persoalan apakah dalam mesyuarat MPPH berlaku pertikaman lidah atau perbezaan pendapat yang agak kritikal. Adakah sesuatu dibelakang tabir sedang berlaku dan Tun M tidak menyedarinya atau ia memang dalam pengetahuan PM namun atas 'Restu' mesyuarat berlangsung bagi mengekang sebarang usaha dari pihak pendesak memaksa PM mengeluarkan kenyataan lain pula esoknya? 

Apa pula akan berlaku hari-hari seterusnya? Apakah 'Plan B' yang diuar-uarkan akan berlaku? Mungkinkah ada isyarat lain kepada satu pihak untuk terus 'Bermain Catur Politik' bagi mengekalkan kedudukan Tun selaku PM hingga habis penggal?  The Last Samurai kini jelas hanya wujud sebagai MITOS dan gambaran bahawa Anwar Ibrahim adalah The Last Samurai ternyata meleset jauh dari realiti apabila beliau sendiri mengakui menyerahkan segala keputusan ke tangan Tun M. Adakah sebab ada 'Ref File' atas meja sebagaimana yang pernah beliau lalui pada zaman PM Ke-4?

Thursday 20 February 2020

'KUDA TROJAN' GAGAL LAKSANA TUGAS - TUN M AKAN LETAK JAWATAN DAN SERAH KEPADA ANWAR IBRAHIM ESOK?

Tun M Letak Jawatan Esok, Serah Kuasa Kepada Anwar?


Tekanan peralihan kuasa semakin menghampiri apabila seorang pemimpin PKR Melaka mengeluarkan kenyataan mengelirukan serta berbeza dengan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai 'Pakatan Nasional'. Kecoh diperkatakan Tun M akan membuat kejutan pada 21/2/2020 samada merombak hampir 90% kabinet atau berundur secara mengejut dengan nasihat Majlis Presiden Pakatan Harapan namun segalanya masih menjadi tanda tanya.

Baca - TIADA PAKATAN NASIONAL - TUN M



kenyataan G.Rajendran

Baca - KETUA MENTERI MELAKA BERTUKAR?

Agak memeranjatkan kenyataan G.Rajendran turut menyentuh kedudukan Ketua Menteri Melaka dan seluruh struktur kerajaan negeri Melaka. Beliau memberi gambaran 'Pakatan Nasional' yang digembar-gemburkan akan benar-benar berlaku dan semestinya PKR akan berpecah kepada 2 kumpulan - Pro Anwar/ Pro Tun M. Desas desus dalam PKR menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengetuai kumpulan serpihan PKR dalam usaha menyokong Tun M sekiranya berlaku sebarang Undi Tidak Percaya terhadap PM manakala Amanah pula akan diketuai oleh Presiden AMANAH sendiri. Sementara itu DAP masih berdiam diri mengenai rancangan mereka namun sudah tersebar 'cakap cakap' ada pemimpin dalam DAP sendiri akan memberi sokongan kepada PM dan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan PM seperti dijanjikan sebelum PRU14.

kenyataan G.Rajendran


Benarkah dakwaan G.Rajendran ini sedangkan Tun M telah menafikan wujud sebarang cadangan bagi merealisasikan 'Pakatan Nasional.'? Bagaimana pula sekiranya perkara ini sememangnya dirancang namun disorokkan daripada pengetahuan Anwar Ibrahim? G.Rajendran selaku pemimpin PKR sudah tentu maklum apa yang berlaku dalam konflik dalaman PKR sendiri. Adalah beliau sendiri tidak menyokong Presiden PKR dalam usaha peralihan kuasa? 

Baca - PLAN AZMIN ALI MENENTANG ANWAR?

Bagaimana dengan DAP sekiranya berlaku juga Undi Tidak Percaya terhadap PM di Parlimen pada sessi Mac depan? Apakah DAP akan sokong Anwar Ibrahim atau Tun M? Apa yang bakal berlaku sekiranya Anwar kalah dalam usaha menjadi PM Ke-8 sepertimana impian 20 tahun beliau? Apakah akan berlaku Reformasi 2.0 sebagaimana cerita 'Plan B' dimainkan dalam media sosial? Apa itu 'Plan B'? Hanya mereka dalam PKR sahaja yang tahu. Jadi eloklah sekiranya pemimpin PKR tampil memberi penjelasan bagi merungkai kenyataan beliau sendiri. Dimana kedudukan Ketua Menteri Melaka sekarang sekiranya dakwaan G.Rajendran berlaku? Adakah akan kekal atau bertukar?

Apa akan berlaku pada 21/2/2020? Rombakan atau perpecahan? Apakah fokus Pakatan Harapan hanya kuasa memerintah sahaja dan kebajikan rakyat, ekonomi negara dan kemampuan negara hanya mainan pemimpin PH dan 'Gula-gula' akan ditaburkan bagi menutup mulut rakyat setiap kali mereka bertanya mengenai soal negara? Mana JANJI kepada Anak Muda?' Penjawat Awam? Rakyat pertengahan? Rakyat miskin?



Monday 17 February 2020

DAKWA AZMIN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA, BERANIKAH AZMIN SAMAN EZAM 'KOTAK'?

Azmin Sabotaj Ekonomi Negara - Ezam 'Kotak'



Timbalan Presiden PKR kini menghadapi tekanan dari Pro-Anwar yang mahukan pendirian Azmin mengenai peralihan kuasa. Agak pelik apabila Ezam Mohd Nor kini bertindak seolah menjadi jurucakap merangkap 'Pengurus Kempen' bagi proses peralihan kuasa Tun M kepada Anwar sedangkan semua tahu Ezam pernah mendakwa mempunyai berkotak fail mengenai kebejatan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika beliau juga akan mendakwa turut mempunyai berkotak fail mengenai Azmin Ali sekiranya Menteri Ekonomi itu tidak memberikan sokongan buat Presiden PKR jika berlaku Undi Percaya kepada PM di Parlimen.

Baca - EZAM BAKAL DEDAH 'KOTAK FAIL'?

Adakah Ezam juga mempunyai maklumat mengenai 'Percutian Mewah' Azmin ke Jepun? Mungkin Ezam ada akses bagi mendedahkan dari mana sumber kewangan Azmin Ali yang mampu menyediakan hampir RM500 ribu hanya untuk tiket penerbangan kelas bisnes bagi keluarga Azmin. Malah mengejutkan juga selepas Jepun, percutian keluarga tersebut bersambung pula ke London. Moga Ezam dapat mendedahkan segalanya mengenai Azmin Ali sekaligus menjawap segala persoalan mengenai KESETIAAN Azmin Ali kepada PKR dan khususnya kepada Anwar Ibrahim menjelang tarikh peralihan kuasa seperti dijanjikan dan tidak menunggu sehingga Sidang Apec berlangsung. Ezam sepatutnya mendedahkan lebih banyak kelemahan Azmin bagi terus memberi tekanan buat Timbalan Presiden PKR itu agar belajar erti SETIA kepada Presiden Parti dan tidak sesekali membelakangkan kepercayaan yang selama ini diberikan Anwar kepadanya.



Undi percaya yang dicadangkan Pas sebenarnya banyak merungkai teori konspirasi dalaman Pakatan Harapan hingga menimbulkan polemik parti mana yang akan mendapat majoriti 112 (majoriti mudah) bagi membentuk kerajaan baru seperti digembar-gemburkan. Malah satu siaran dalam sebuah akhbar turut memberikan angka angka yang agak menarik namun masih belum cukup bagi mencapai objektif majoriti mudah membentuk kerajaan.



Kini Azmin kelihatan dalam dilemma samada mahu terus berada dibelakang Tun M atau berdiri bersama PKR bagi mendesak proses peralihan atau sekurangnya membawa sebanyak boleh sokongan buat Mahathir agar kekal sehingga habis penggal mandat. Laporan menunjukkan ada 26 Ahli Parlimen PKR menandatangani Akuan Bersumpah tetapi tidak mendedahkan siapa 'Broker' bagi pihak PKR. Adakah Ezam akan berjaya menelanjangkan siapa dalang dalam PKR bagi membuktikan kini beliau diperlukan Anwar Ibrahim sebagai 'Pengurus Kempen'? Jika menurut laporan The Star sokongan kepada Tun M hanyalah sekitar 73 Ahli Parlimen (PH) bermakna masih jauh kurang dari majoriti yang diperlukan. Desas desus mengenai ketegangan hubungan Anwar-Azmin sentiasa panas apatah lagi 'Orang Kuat' Azmin sudahpun memohon untuk bercuti dari tugas selaku Naib Presiden PKR selepas memerima surat tunjuk sebab dari Badan Disiplin parti. Kini percaturan makin menarik namun ianya hanyalah berkisar mengenai kuasa dan akhirnya kebajikan Rakyat, Janji kepada Rakyat, Ekonomi Rakyat hanyalah Laungan RETORIK buat mereka dalam Pakatan Harapan untuk terus berkuasa.

Thursday 13 February 2020

TEKANAN SEMAKIN MEMUNCAK, APA PENCAK ANWAR BAGI REALISASI IMPIAN 20 TAHUN?

Azmin Ali Bersama Sebilangan PKR Dan DAP Akan Jatuhkan 'Talak'?



Tular pula dalam aplikasi whatsapp senarai nama Ahli PKR yang akan meninggalkan parti itu bagi menyertai 'Barisan Baru' bersama Tun M menjelang tamat tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.




Sebagaimana desas desus politik yang berlegar dan memanaskan suasana, sekumpulan peminpin tertinggi PKR seakan sudah lama 'menjeruk rasa' dengan cara dan amalan politik berpilih-pilih PKR selama ini. Bukan sahaja dari PKR yang sedang bergolak malah DAP turut dikatakan sedang berdepan dengan konflik dalaman dan berpecah kepada 2 kumpulan - Pro Tun M dan Pro Lim Guan Eng. Bagaimanapun senarai pemimpin DAP yang dikatakan akan menyebelahi Tun M masih belum didapati di mana mana aplikasi media.



Gelora yang melanda Pakatan Harapan dipercayai ada kaitan dengan perjanjian peralihan kuasa yang semakin menghampiri sehingga Timbalan Perdana Menteri sendiri mengingatkan dalam satu petikan kenyataan bahawa 'Janji Tetap Janji'. Tekanan yang diberikan kepada Tun M semakin memuncak walau cuba diselindungkan dengan pelbagai pengalihan isu. Minggu lepas Majlis Kerja Tertinggi Umno menolak dengan undian sebarang kerjasama membentuk kerajaan campuran seperti didedahkan dalam satu suntingan audio oleh Lokman Adam. Apa yang boleh dijangkakan di pihak Pakatan Harapan dengan penolakan ini? 

Sekiranya berlaku perpecahan dalam Pakatan Harapan dan cubaan membentuk kerajaan dengan serpihan daripada PH sendiri belum tentu membolehkan Tun M mendapat majoriti mudah 112 kerusi sekaligus boleh membentuk kerajaan baru. Berapa ramai kalangan sekutu PH akan bersama Tun M sekiranya berlaku perpecahan PH?  Secara ringkasnya hanya sekitar 64 kerusi akan diperolehi sekiranya maklumat yang berlegar betul. Dengan 64 kerusi - (Pro Tun M) masih kekurangan 48 kerusi - (Pro Anwar) bagi mencapai 112 majoriti mudah sekaligus akan memberi tekanan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan mandat baru diberikan rakyat membentuk kerajaan. Jadi tiada sebab Muafakat Nasional (Gabungan Umno Pas) perlu menanggung beban bagi pihak lain. Usah biar rakyat terus tertekan dengan pelbagai KEGAGALAN Pakatan Harapan.