Sunday 21 April 2019

PEMERINTAHAN 'KUKU BESI' PAKATAN HARAPAN BERMULA, PENJAWAT AWAM MENJADI MANGSA KEPENTINGAN POLITIK

Hanya Kerana Kepentingan, Penjawat Awam Dimangsakan?



Kekalutan politik Pakatan Harapan yang bakal jejak setahun tidak lama lagi semakin mengelirukan rakyat. Selepas kegagalan manifesto PRU14 yang masih tidak memberi keyakinan kepada rakyat kini penjawat awam yang memberikan sokongan kepada PH sebelum ini bakal menjadi 'kambing hitam' untuk menggertak supaya kekal menyokong PH.

Baca - Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Terbaru seorang individu berpangkat dalam perjawatan awam akan ditukarkan berikutan kekalahan PH dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands diikuti Semenyih dan terbaru Rantau. Seorang pemimpin dalam sebuah parti dalam PH telah mengeluarkan kenyataan mendesak 'Pembersihan' dalam Perkhidmatan Awam dilakukan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kekalahan PH pada PRU15. Bukankah ini cara 'KUKU BESI' disebalik laungan amalan Demokrasi menjadi pegangan Pakatan Harapan?


Jika beginilah cara pemerintahan PH maka tidak hairanlah mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja daripada Penjawat Awam malah Rakyat akan memberi pengajaran kepada mereka (PH). Kerakusan parti politik menghukum sesiapa yang tidak menyokong atau memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan PH telah menyedarkan ramai pengundi termasuk Anak Muda bahawa mereka telah melakukan KESILAPAN BESAR dengan membuka peluang doktrin ala 'Gestapo' dilaksanakan. Rakyat dan penjawat awam kini seolah dipaksa menyokong ideologi politik walau sebelum ini merekalah (PH) yang terbukti menghasut agar elemen kebencian disebarkan seluasnya terhadap Barisan Nasional menerusi tohmahan yang diulang setiap kali berucap menerusi pelbagai medium.

Adakah kini Pakatan Harapan semakin gusar dengan gelombang penolakan rakyat terhadap mereka hingga membuat keputusan membabitkan masa depan penjawat awam? Ada juga kesalan Kakitangan Kontrak yang tular di media sosial berkaitan tindakan Kerajaan PH membuat tindakan menukarkan mereka tanpa mengambil kira kesukaran yang bakal dihadapi.

Kekalahan dalam 3 PRK Pakatan Harapan turut menjadi indeks ketidakpuasan rakyat terhadap PH. Rakyat semakin muak dengan gaya pemerintah dan ramai penjawat awam semakin nampak masa depan yang kelam dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Thursday 4 April 2019

PENEROKA FELDA KIAN TERPINGGIR, AZMIN 'MIMPI' GANTI SIAPA?

Azmin Gagal Bantu Peneroka Felda, Manifesto Hanyalah JANJI Bukan Kitab




Tempoh setahun selepas pengambil-alihan pentadbiran Putrajaya dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan masih gagal membela nasib peneroka Felda. Bermula dengan kejatuhan harga sawit diikuti dengan penamatan pembelian sawit Malaysia segalanya adalah kegagalan total PH. Kini Menteri Ekonomi (Azmin Ali) yang sepatutnya bertanggungjawab hal ehwal Felda seakan tidak melaksanakan amanah yang diberikan sebaliknya hanya menyalahkan pentadbiran kerajaan dahulu. Mana Hala Tuju Azmin untuk menjadi seorang Menteri yang efisien dalam menguruskan Felda?

Dalam manifesto mereka kata setuju dengan perjanjian sedia ada antara Felda dan peneroka maknanya mereka setuju kadar bayaran pinjaman sekarang malah berjanji akan tambah kadarnya. Tetapi kini lain yang terjadi apabila pengurusan tertinggi ambil keputusan untuk kurangkan.

”Kita tidak mahu dengan pekeliling ini sudahlah pendapatan peneroka semakin berkurang, dengan bantuan sara hidup bulanan bayarannya sering tertunggak, beban peneroka semakin berat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini
. - Mazlan Aliman

Memburukkan keadaan, janji dalam manifesto PH untuk menghapuskan hutang peneroka tidak tercapai malah kini peneroka terus ditindas oleh pihak bertanggungjawab. Elaun Sara Hidup sebanyak RM1,500 telah dikurangkan ke RM1,000 tanpa mengambil kira kos semasa pasti akan menyukarkan kehidupan peneroka Felda. Tentu peneroka masih ingat Mazlan Aliman yang bersungguh berkempen mahu menumbangkan kerajaan ketika itu menjanjikan hutang peneroka akan dihapuskan sebaik Pakatan Harapan menang Pru14. Bagaimanapun bukan hutang dihapuskan tetapi peneroka kini berdepan dengan bebanan hutang yang bertambah dengan kedangkalan Menteri yang dilantik. Apa tindakan Azmin dan Timbalan Menteri Ekonomi bagi memulihkan kewangan sekaligus menstabilkan harga sawit dipasaran dunia? Dengan penamatan pembelian oleh China, sekali lagi jualan sawit Malaysia diambang kajian semula apabila Mahathir melawat Pakistan baru baru ini. India yang merupakan antara pengimport besar minyak sawit Malaysia berseteru dengan Pakistan dan krisis antara dua negara ini boleh mengakibatkan import eksport Malaysia India tergugat terutama sawit.

Baca rungutan Mazlan Aliman - Sara Hidup Peneroka

Azmin selaku Menteri Ekonomi seperti tiada strategi dan kemampuan menguruskan hal ehwal Felda jika keputusan berkaitan Felda tidak berada ditangan sebaliknya ditangan MoF, jadi apa istimewa Menteri Ekonomi? 'Bermimpi' untuk menjadi Perdana Menteri atau mahu memberi khidmat untuk Rakyat terutama peneroka Felda? Manakah kebajikan peneroka Felda yang dijanjikan? Mengapa hutang masih tidak dihapuskan oleh Pakatan Harapan? Usah tuding jari merata alam jika tidak pandai menguruskan kewangan Felda. Sudah lupakah formula formula yang sering dibentangkan sebelum jadi kerajaan? Gegak gempita mengatakan Pakatan Harapan punyai formula mengatasi segalanya dan minta diberikan peluang serta kepercayaan. Sudah diberikan tidak pula selesai masalah malah menambah 'Kesakitan' Peneroka Felda!

Kalau di Jepun, Menteri yang GAGAL akan mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada rakyat. Azmin selaku Menteri Ekonomi dan Radzi selaku Timbalan Menteri Ekonomi tidak mahu berbuat demikian?

Tuesday 2 April 2019

PRK RANTAU - CALON PKR TIDAK DIKENALI PENGUNDI INDIA RANTAU

Jika Semenyih Ada 'Aiman Tak Kisah', Rantau Ada 'Streram Kolej, Hospital, Balai Bomba'


Calon PKR bagi Pilihanraya Kecil N27 Rantau, Dr Streram kini setaraf dengan bekas calon PPBM bagi Prk Semenyih. Beliau cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya yang dikatakan tidak dikenali pengundi khususnya pengundi kaum India. Selepas Balai Bomba, Streram cuba mengeksploitasi isu Hospital dan kemudian membuat jenaka mahu membina Kolej di Rantau SEKIRANYA MENANG. Bagaimana pula kalau beliau KALAH? 

Tonton video temuramah bersama seorang pengundi kaum India di Rantau.


Rupa-rupanya Streram merupakan 'Muka Baru' dan hanya timbul semula pada Prk Rantau. 

Veteran India dalam video menyatakan mengapa beliau dan pengundi India Rantau akan memilih Dato Seri Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Adun Rantau. Jika dihitung jasa Tok Mat adalah tidak adil untuk dibandingkan dengan Streram namun itu hakikat sebenar yang dinyatakan pengundi yang ditemui.

Kebangkitan Rakyat yang semakin 'MUAK' dengan Pakatan Harapan juga merupakan faktor sampingan yang membantu kempen BN pada Prk ini. Bagaimanapun segalanya terpulang kepada pengundi samada memilih untuk 'KENA KENCING' dengan Pakatan Harapan atau 'MEMBAWA TOK MAT' masuk ke Dewan Undangan Negeri sebagai Pembangkang yang kuat dan berjuang untuk Rakyat Negeri Sembilan.

Monday 1 April 2019

PRK RANTAU - "BAWA POLITIK MATANG YANG BERI KEBAIKAN UNTUK RAKYAT, BEST MAN WIN" - TOK MAT HASAN

Usah Susahkan Rakyat Dengan Politik 'Purba'

Sidang Media di Command Centre

Calon Barisan Nasional bagi Prk Rantau mahu semua pihak membawa dimensi baru dalam politik Malaysia dan melupakan gaya politik 'Algojo' semata untuk kepentingan parti. Dalam sidang media di Command Centre beliau turut menyentuh beberapa isu berkaitan kerajaan negeri dan nasional.

Ditebak soalan mengenai kenaikan tarif air yang bakal dikenakan kepada rakyat, Dato Seri Mohamad Hasan kesal kerana kerajaan tidak memikirkan kepentingan rakyat sebelum bertindak menaikkan kadar bayaran air.

"kenapa perlu bebankan rakyat lagi? sudahlah kini rakyat tidak senang..saya mohon kaji dulu kepentingan rakyat sebelum tarif air dinaikkan" - Tok Mat Hasan

Beliau sebelum itu menyatakan pembentukan blok pembangkang yang kuat amat perlu bagi memastikan Pakatan Harapan menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat sebelum membuat apa apa polisi negara. Kewujudan blok pembangkang yang efisien akan direalisasikan BN bersama komponen serta kerjasama PAS dan NGO bagi 'check & balance' dan memberi tekanan seandainya ada tindakan yang merugikan rakyat.

Ketika menjawap penguasaan bahan kempen BN yang mengatasi PH, Mohamad menjelaskan semua bahan adalah simpanan dari Pru14 yang tidak digunakan kerana beliau menang tanpa bertanding ketika itu dan tidak timbul perbelanjaan baru atau besar dikeluarkan BN bagi kempen Prk Rantau. Beliau juga menjawap persoalan mengenai kemusykilan yang cuba ditimbulkan calon PKR mengenai klinik kesihatan di Rantau. Tok Mat menjelaskan ketiadaan kawasan (tanah negeri) antara faktor mengapa klinik yang lebih besar diwujudkan di Rantau. Menurutnya lagi permohonan telah diluluskan ketika beliau masih Menteri Besar namun faktor tanah mengekang pembinaan klinik baru yang lebih selesa.

Prk Rantau yang disifatkan Tok Mat sebagai 'Ibu Segala Plihanraya Kecil'  bakal menjadi medan tempur yang terbaik bagi rakyat menilai kebaikan yang telah BN bawa selama ini. Pastinya PH mahu kemenangan namun kematangan pengundi yang menilai KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN akan menentukan siapa bakal menang.

"Best Man Win" - Mohamad Hasan