Wednesday 30 January 2019

PRK SEMENYIH - KENYATAAN 'ROUNDABOUT' PERDANA MENTERI MENAMPAKKAN KELEMAHAN PENTADBIRAN PAKATAN HARAPAN

ECRL Punca Kenyataan Tidak Stabil Pemimpin Pakatan Harapan


Kecoh kenyataan berbelit para pemimpin Pakatan Harapan apabila bercakap mengenai pembatalan ECRL. Bermula dengan kenyataan Menteri Ekonomi disusuli kenyataan Menteri Kewangan kemudiannya digarap Perdana Menteri di mana semua kenyataan dilihat tidak stabil dan menampakkan kelemahan komunikasi antara mereka sebagai sebuah kerajaan.


Adakah ini isyarat berlaku perbalahan dalaman Pakatan Harapan sedang berlaku? Cuba kita lihat kembali natijah pembatalan ECRL yang secara langsung telah menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China selaku Blok Kuasa Ekonomi Dunia. 



  • eksport sawit Malaysia ke China terjejas teruk 
  • China berubah kepada sawit Indonesia
  • Malaysia terpaksa membayar denda kepada China apabila membatalkan projek ECRL
  • nilai dagangan antara kedua dua negara bakal terjejas 
Paling mengejutkan ialah tularnya sepucuk surat yang bertandatangan mengesahkan pembatalan projek berkenaan namun Tun M selaku Perdana Menteri mengarahkan Lim Guan Eng menutup mulut. Jadi antara 3 pemimpin Pakatan Harapan siapakah yang benar? Adakah untuk mencari kebenaran perlu di campak dadu? Atau seperti dialog filem 'Nasib Do Re Mi' dalam adegan pertikaman lidah siapa mati dulu antara Do dengan Minah?

Inikah sebuah kerajaan yang kununnya akan membela rakyat dan melaungkan mereka sahajalah yang mampu menjaga kebajikan rakyat sedangkan disebabkan 'Kepala Batu' pemimpin PH, pengusaha serta peneroka sawit yang jadi mangsa?


Jika inilah cara mereka (PH) yang sentiasa tidak konsisten dalam membuat keputusan, apa pula nasib Pengundi Semenyih jika memberi kepercayaan kepada PH? Jawapnya pengundi Semenyih akan terus 'Kena Kencing' dek PH yang kini sepatutnya sudah 'Melahirkan Anak' selepas mengandung 9 bulan 10 hari!

Thursday 24 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN HARAPAN SEMAKIN TERDESAK, SOLAT JUMAAT PUN JADI MODAL 'DRAMA' SEBABAK?

Bawa Mahathir Turun Kempen PRK, Mahu Cerita Tentang Hikayat Apa Depan Peneroka Felda?

Page PH cuba membodohkan pengundi kononnya ini kerja Umno.

Pakatan Harapan semakin terdesak bagi memenangkan calon DAP, Manogaran pada Prk CH 26 Januari ini. Berikutan KEGAGALAN JENTERA PAKATAN menembusi kawasan pengundi Melayu di Jelai, mereka bertindak membawa Tun M turun untuk program Solat Jumaat pada jam 11 pagi esok (25/1/2019).


Amat mengejutkan walau dengan kekuatan jentera pilihanraya dari seluruh negara dihadirkan ternyata PH masih jauh ketinggalan dalam usaha mendapat kepercayaan pengundi. Dipercayai KEGAGALAN ini berkait rapat dengan Manifesto PH pada PRU14 yang ternyata GAGAL DILAKSANAKAN walau sebelum ini mereka (PH) mengatakan mereka ada FORMULA bagi menyelesaikan semua masalah yang dihadapi rakyat Malaysia. Ada bidalan Melayu menyebut "Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Cakap Padah Menanti" maka bertepatanlah bidalan itu dengan PH. Sering mendabik dada seolah merekalah pihak yang akan memberikan kesenangan kepada rakyat ternyata kini semua itu hanyalah 'MIMPI BASAH'.


Rakyat menilai prestasi Pakatan sejak hari pertama mengambil alih Putrajaya dan sehingga hari ini mereka (PH) masih dalam sindrom 'Tuding Jari' bila GAGAL melunaskan JANJI yang telah dibuat sebelum ini. Jika ikut TUDING JARI, dari PM ke Menteri Kabinet hinggalah kepada 'Pegawai Khas kepada Pegawai Khas kepada Pegawai Khas' akan menyalahkan BN waima kenaikan harga telur pun dipersalahkan BN sedangkan ternyata Menteri yang mengeluarkan kenyataan serupa 'Badut'. Terlalu banyak 'U Turn' dilakukan oleh Pakatan dan ini menyebabkan rakyat tertanya samada PH Pandai atau Bodoh dalam mengurustadbir negara.

Berbalik kisah Tun M, pernahkah atau beranikah penyokong PH tanya kepada beliau selama 22 tahun menjadi PM Ke-4 berapa kali beliau jejakkan kakinya ke Felda Sg Koyan?  Sudah tentu Tun sendiri akan kesipuan jika ditebak soalan tersebut kerana sejak Felda Sg Koyan di buka pada 1975 hinggalah 2019, Tun M TIDAK PERNAH DATANG KE FELDA SG KOYAN LANGSUNG! Hanya kerana PRK maka program Solat Jumaat akan dilakukan dan Tun akan merasai pengalaman bersolat dalam Masjid yang peruntukan bagi pembinaannya DILULUSKAN OLEH DATO SRI NAJIB RAZAK melalui permohonan Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku ADUN JELAI. 



Untuk apa PH mengheret Tun M ke Sg Koyan? Mahu bentangkan 1 lagi Manifesto? Atau mahu bermain emosi merayu undi KUNUNNYA hanya Pakatan Harapan mampu membela nasib Orang Melayu?  Suka diingatkan lihat sahaja pihak mana yang memegang majoriti kerusi dalam Parlimen kerana itulah pihak yang sebenarnya berkuasa sebalik tabir!


Beranikah Tun M bercakap depan Peneroka bahawa HUTANG PENEROKA AKAN DIHAPUSKAN SEGERA?  Beranikah Tun M nyatakan depan Peneroka bahawa mereka akan menikmati BONUS dan Segala Insentif seperti sebelum ini? Beranikah Tun M ucapkan depan Peneroka Felda bahawa Pakatan Harapan akan berikan atau binakan perumahan generasi kedua Felda secara percuma? Kalau Tun M tidak BERANI adalah lebih baik lupakan kemenangan PH dan BERSEDIA UNTUK TERIMA KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN DI TANGAN CALON BN yang merupakan ANAK TEMPATAN dari Kaum Orang Asli.

PRK CAMERON HIGHLANDS - 43 TAHUN SG KOYAN WUJUD, HANYA SEBAB PRK BARU TUN M MAHU DATANG?

22 Tahun Jadi PM, Tun M Tahu Atau Tidak Felda Sg Koyan Wujud


Kempen Pilihanraya Kecil Cameron Highlands semakin menuju klimaks kempen 14 hari yang ditetapkan SPR. Sepanjang hampir 13 hari kempen pelbagai kontroversi melanda telah mengundang pandangan berbeza dari pengundi CH. Sekonyong-konyong pemimpin DAP dan Pakatan Harapan melaungkan mahu menjadi juara kepada Orang Asli dan menuduh Barisan Nasional telah mengabaikan Kaum Pribumi itu selama 6 dekad memerintah.

Berdedailah pemimpin PH terutama DAP mendekati dan memeluk Orang Asli kononnya merekalah sebenarnya pihak yang prihatin kepada masyarakat ini. Semua kerana PRK! Sebenarnya dimanakah mereka (DAP & PH) sebelum ini? Merekakah yang selama ini menghulurkan bantuan setiap kali Orang Asli datang meminta diberikan bantuan?  Terlalu banyak kelompangan PH yang boleh dicatitkan jika mereka mendabik dada bahawa Pakatan Harapanlah selama ini memperjuangkan kaum ini. 


Paling menarik perhatian ialah jadual Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir yang dijangkakan akan turun berkempen di sebuah penempatan Felda buat PERTAMA KALI DALAM SEJARAH POLITIKNYA.  Felda Sungai Koyan yang terdiri dari 3 rancangan adalah antara yang paling unik di Malaysia. Menghimpunkan bekas tentera zaman darurat (Tentera British kemudian diserapkan dalam ATM)  di Felda Sg Koyan 2 & 3 selain penduduk asal Pahang di Sg Koyan 1, kewujudan Felda ini adalah satu-satunya Felda yang menyediakan tanah ladang seluas 14 ekar bagi setiap peneroka. Allahyarham Tun Razak menghargai jasa Tentera yang bermati-matian mempertahankan Malaysia dari perosak negara (komunis) lantas memberi keistimewaan kepada mereka. Selepas 43 tahun Felda Sg Koyan wujud hanya kerana PRK CH, Tun M akan menjejakkan kakinya ke Legasi Tun Abdul Razak! Sebelum ini adakah beliau sedar Sg Koyan itu wujud? 

  • adakah Tun M akan umumkan 'Durian Runtuh' buat peneroka?
  • adakah Pakatan Harapan akan hapuskan HUTANG Peneroka Sg Koyan?
  • adakah Pakatan akan menawarkan kediaman dengan kadar rendah buat generasi kedua Felda?
  • adakah Pakatan Harapan akan bentangkan Manifesto Khas Prk CH buat peneroka Felda, generasi kedua dan pemgundi Jelai?


Menariknya apabila Mahathir yang akan turun buat kali pertama ke Sg Koyan telah mengundang persepsi penduduk tempatan. Beliau yang sering turun ke suatu tempat berkempen seperti memberi isyarat Pakatan Harapan agak goyah di Cameron Highlands dan beliau perlu turun bagi meraih undi Pengundi Melayu. Lazimnya sewaktu Mahathir masih PM Ke-4, beliau hanya menyerahkan tugas meraih undi pada Timbalan dan Pengarah Pilihanraya yang telah di lantik namun jika kawasan tersebut sukar ditembusi oleh kepercayaannya barulah dia turun sendiri. Maka akan bermulalah episod 'Sendu Berlagu Pilu' mengalahkan Seniwati Air Mata Negara Allahyarhamah Neng Yatimah. Sudah pasti Tun M akan 'berdrama' bagi meruntun hati Orang Melayu yang terkenal lembut hati dengan 'Melodrama' Sinetron Tv4 suku. Adakah Pengundi Jelai akan 'Membeli' apa yang Mahathir bakal bentangkan?


Adakah 'Lakonan' akan berjaya mempengaruhi pengundi? Mengapa hanya program bertemu rakyat dan bukan siri ceramah seperti selalu dilakukan beliau? Adakah beliau sudah menyedari bahawa Pakatan Harapan semakin di tolak rakyat selepas KEGAGALAN Pakatan menunaikan JANJI dan kini PENEROKA FELDA menjadi mangsa kerana keegoan urusniaga dengan pengimport minyak sawit terbesar negara? Masih terbayang Manifesto PH semasa PRU14 yang menggariskan akan menghapuskan Hutang Peneroka namun hingga hari ini LANGSUNG TIADA KHABAR dan 'Tukang Canang' ceritera tersebut sudahpun selesa di kerusi empuk sebuah agensi milik kerajaan. 

Persoalan yang lebih menarik, BERANIKAH Tun M berceramah di Tanah Rata di mana kebanyakan pengundi kaum Cina adalah 'Penganut Tegar' DAP yang pernah beliau labelkan sebagai Parti Rasis? Di Tanah Rata kebanyakan pengundi 'otai' merupakan antara ahli parti DAP yang sekian lama menentang pemerintahan Mahathir dan ada desas desus menyalahkan beliau yang GAGAL mengurus hubungan baik pengimport hasil tanaman Cameron Highlands menyebabkan mereka (pekebun dan pengusaha sayur) kehilangan pelanggan terutama dari Singapura. Janji SST akan menurunkan kos kepada pekebun juga tidak nampak keberkesanan kerana harga barangan tetap mencanak naik manakala cukai barangan tetap dikenakan untuk pembelian keperluan kebun sayur. Manifesto apa pula akan beliau (Tun M) bentangkan kepada pengundi kaum Cina Cameron Highlands? 


Pemerhatian yang dilakukan selama hampir 2 minggu mendapat reaksi berbeza daripada pengundi. Mereka mahukan perubahan namun dalam masa sama perubahan dari Manifesto PRU14 masih jauh dari pencapaian dan ini menyebabkan mereka berfikir 2 kali sebelum memberikan undi kepada Pakatan Harapan. Pengusaha kebun yang menjadi pengguna setia Diesel amat terasa dengan 'PENURUNAN HARGA' bahan bakar yang dijanjikan Pakatan Harapan pada 9 Mei lepas. Pada mereka Pakatan Harapan tidak membawa apa apa perubahan langsung kepada ekosistem ekonomi mereka kerana bagi mereka (pekebun) yang penting kos dikurangkan sekaligus menjana keuntungan yang lebih sedikit tetapi HARAPAN TINGGAL HARAPAN!


Bagi pengundi P078 siapa juga yang bakal menang perlu sensitif dengan keperluan dan kehendak sebenar pengundi CH dan bukan hanya berpolitik 24 jam seperti yang berlaku dalam Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Masa untuk pandang kedepan dan mencari laba dari usaha keras mereka perlu diutamakan. Pengundi dari kedua-dua DUN samada Tanah Rata mahupun Jelai memerhati dan menilai pihak mana yang membantu mereka sejak dahulu dan bukan yang hanya TUNJUK MUKA bila ada PRK.


Dijangkakan pilihanraya kali ini sengit dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, biarlah Rakyat tentukan pada 26 Januari 2019 SIAPA YANG MENIPU MEREKA SELAMA 9 BULAN pertukaran Kerajaan di Putrajaya.

Tuesday 22 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - EDISI VIDEO KANTOI!! SIAPA SEBENARNYA CUBA ALIH ISU SALAHGUNA ASET KERAJAAN?

Satu Jari Tuding, 4 Jari Patah Balik, Terbukti PH Kantoi Salahguna Aset Kerajaan Negeri 



Gempar kisah Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands apabila tersebar klip video kenderaan milik Kerajaan Negeri Pahang digunakan oleh Pakatan Harapan untuk berkempen bagi pihak mereka.



Lebih memilukan lagi tersebar pula beberapa klip video aksi 'desperado' seorang Timbalan Menteri bersama kumpulan cuba 'Menegak Benang Basah'. Difahamkan laporan polis telah dilakukan pihak yang di serang seperti dalam klip video tersebut.


Wajarkah seorang Timbalan Menteri bertindak seperti itu? Beliau tidak memcerminkan ciri ciri kepimpinan yang baik apabila terjerit jerit seolah 'kerasukan' bila bercakap. Difahamkan calon BN dan rombongan kempen telah membuat laporan polis atas insiden tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes.

Agak pelik apabila terbukti kantoi namun ada yang masih mahu menuntut pihak lain memohon maaf. Adakah klip klip video yang tersebar tidak cukup sebagai bukti bahawa sememangnya ada penyalahgunaan kuasa terhadap aset kerajaan negeri?

Nampaknya PRK CH ini tidak menjadi medan bagi PH membentangkan cadangan penambahbaikan ekonomi pengundi tetapi hanyalah sebagai pusat kitar semula bahan bahan PRU14. Adakah rakyat Cameron Highlands mahu TERTIPU lagi?



Sunday 20 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - FUZIAH SALEH 'BERCAKAP DEPAN CERMIN' , TERBUKTI PAKATAN HARAPAN SALAHGUNA ASET KERAJAAN NEGERI PAHANG

'Kuat Salak' Tuding Jari, Akhirnya Fuziah 'Kesipuan'



Semalam tersebar sekeping foto sebuah kenderaan milik Pejabat Hutan Daerah Raub bertampal lambang 'HARAPAN' digunakan oleh seorang Ahli Parlimen PH bagi berkempen dalam PRK CH.

Carian yang dilakukan mendapat pengesahan kenderaan tersebut merupakan aset kerajaan dan dipinjamkan kepada YB dari Pakatan Harapan bagi kegunaan selaku Timbalan Menteri namun ia telah disalahgunakan menjadi kenderaan mempromosi parti politik. 

Pengesahan oleh SUK - 



Terbukti individu tersebut selaku Timbalan Menteri Pakatan Harapan menggunakan kedudukannya untuk kepentingan parti dan mencemar nama baik Kerajaan Pahang yang 'bermurah hati' meminjamkan kenderaan tersebut bagi kegunaan rasmi. Apa yang menariknya apabila Fuziah menuduh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy menggunakan aset kerajaan bagi kempen namun ternyata (Timbalan Menteri dan Pakatan Harapan) yang sebenarnya bertindak demikian. Inilah cara pemikiran Pakatan Harapan apabila mahu 'MENGHALALKAN' apa sahaja tindakan dan kemahuan mereka selagi memberi 'Politic Mileage' kepada pihak PH.

Suka untuk memberitahu kepada Fuziah usah 'Kuat Bentak' kalau wajah sendiri bercoreng arang bontot kawah. Lihat kelemahan PH dahulu dan lihat apa tindakan PH menyalahgunakan segala agensi di bawah kerajaan baru bercakap soal Intergriti Pakatan Harapan.

Bak kata bidalan "Cakap Siang Pandang Pandang, Cakap Malam Dengar Dengar". Sekarang siapa yang 'KESIPUAN' sendiri?

Saturday 19 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - TOK BATIN DI BAWA OLEH KENDERAAN JAKOA, BENARKAH DISIMPAN DI SEBUAH HOTEL CAMERON HIGHLANDS UNTUK PROGRAM PARTI POLITIK?

Panik Dengan Sokongan Orang Asli, Tok Batin 'Dilarikan' Dengan Kenderaan JAKOA-Arahan Siapa,Untuk Apa,Program Apa?


Foto kenderaan JAKOA mengambil Tok Batin -  sumber netizen di Pos Sinderut

Foto kiriman seorang netizen yang kebetulan berada dalam Pos Sinderut menunjukkan beberapa kenderaan milik Jabatan Kemajuan Orang Asli sedang mengambil Tok Batin. Dipercayai mereka 'Diarahkan' pihak tertentu supaya mengikuti rombongan ke Cameron Highlands bagi menghadiri program sebuah parti politik yang dijangkakan akan mengadakan ceramah umum sempena Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands.

Difahamkan juga terdapat khabar menyatakan penginapan  sebanyak 30 bilik bagi 27 orang Tok Batin disediakan di salah sebuah hotel di Brinchang namun pihak mana yang menempah tidak diketahui. Sejak dari pagi kenderaan JAKOA sudah kelihatan datang dari Dun Jelai melalui Lembah Bertam dan dipercayai turut membawa Tok Batin dari beberapa buah perkampungan Orang Asli.



Benarkah perkara ini berlaku? JAKOA perlu tampil menjawap kesangsian Rakyat apabila dipersoalkan mengenai penglibatan agensi Kerajaan kerana ada parti sebelum ini menyatakan mereka TIDAK AKAN MENGGUNAKAN AGENSI KERAJAAN ATAU APA APA ASET BERKAITAN bagi kempen pilihanraya.

Apa yang difahamkan kini tindakan agensi terlibat seolah 'DIARAHAKAN' pihak tertentu untuk terlibat secara langsung dalam kempen dan semua aset agensi dikerahkan bagi memudahkan 'Arahan' tersebut. Tidakkah ini melanggar apa yang digariskan SPR? Tidakkan tindakan membawa dan menyediakan penginapan serta beberapa kemudahan lain itu berniat 'MEMBELI UNDI'?  Mahu diletakkan bawah kategori apa pula jika tindakan sedemikian adalah 'HALAL'?  Pasukan yang menilai perjalanan kempen PRK CH perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti kerana dikhuatiri ada 'UNSUR UNSUR RASUAH' terjadi apabila Tok Batin 'DIARAHKAN' pihak tertentu bagi kepentingan politik dan secara kebetulan JAKOA akan di'Kambing Hitam'kan untuk menutup kesalahan parti politik.

PRK CAMERON HIGHLANDS - "KALAU KALAH PILIHANRAYA INI, SIAPLAH JAKOA", TEKANAN DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PARTI POLITIK?

Pegawai Ditukarkan 24 Jam, JAKOA Dikenakan Tekanan Sebab Orang Kampung Tidak Hadir Program?


Desas desus telah berlegar di media sosial mengenai tindakan bertukar tempat kerja dalam tempoh 24jam dikenakan terhadap seorang pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) gara gara orang kampung tidak sambut kehadiran pemimpin kerajaan dalam program yang diaturkan.

Sebagaimana yang diketahui umum, Orang Asli kini bukan lagi kaum yang boleh diperbodohkan dengan pelbagai JANJI MANIS dan mereka bukan lagi masyarakat yang ketinggalan trend terkini dalam penggunaan gajet melibatkan carian internet. Mereka juga tahu MANIFESTO PRU yang dibentangkan oleh satu parti adalah PALSU DAN HINGGA KINI TIDAK DILAKSANAKAN!


" Kalau kalah siaplah JAKOA" - pemimpin X

Lebih teruk lagi ada juga kedengaran AMARAN TERHADAP JAKOA dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik. Dikatakan ayat berbaur ugutan terhadap agensi yang selama ini bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kemajuan Orang Asli. Adakah benar perkara ini? Semakin mendekati hari pengundian semakin hebat segala usaha menakutkan Orang Asli dilakukan. Adakah ini cara sihat bersaing dalam Pilihanraya? 

Apa semua ini? Adakah ini cara Malaysia Baru? Rakyat akan menghukum sesiapa yang MENGGUGUT RAKYAT!!!

Thursday 17 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - ADA PIHAK MAHU BAWA 'PENGUNDI HANTU' UNTUK BANTU KEMENANGAN PIHAK TERTENTU?

Kertas Undi Tular Di Media Sosial, Siapa Punya Angkara?



Seorang pelayar media sosial dikenali sebagai Ramesh Rao mendakwa kertas undi yang sepatutnya hanya dikeluarkan pada hari pengundian telah dikeluarkan lebih awal. Beliau menaikmuat foto kertas undi tersebut di Facebook miliknya.

Pautan Facebook - https://www.facebook.com/1339233629/posts/10218249438450923/

Timbul persoalan adakah ini perancangan pihak yang sering mendakwa wujudnya 'Pengundi Hantu' setiap kali parti mereka mengalami kekalahan dalam Pilihanraya. Tentu ramai ingat insiden yang mendebarkan hingga Bas yang membawa penumpang turut jadi mangsa kononnya membawa pengundi hantu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional namun sehingga kini dakwaan tersebut langsung tidak mampu mereka (Pakatan) buktikan.


Benarkah kewujudan kertas undi PRK P078 Cameron Highlands ini akan digunakan bagi pihak tertentu untuk memastikan mereka menang? Seorang pemimpin dari PH pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan PRK CH "We must win this by-election by hook or by crook". Apakah ungkapan ini hanya sekadar ungkapan atau memberi isyarat apa sahaja cara akan digunakan bagi merampas kerusi CH untuk menambah dominasi kerusi di Parlimen?

Banyak perkara pelik berlaku sepanjang 6 hari kempen berlangsung. Walau ada pihak yang berkempen awal namun dinafikan dengan alasan 'Prihatin Rakyat' malah foto pemberian 'Wang Minyak' turut di'HALAL'kan dan PENGAKUAN dilakukan seolah tidak mendatangkan kesan apa apa walau dikatakan bercanggah dengan akta SPR. 

Inikah cara 'Malaysia Baru' yang diberikan platform baru untuk diimplementasikan di PRU15 kelak? Jika inilah cara 'Malaysia Baru' maka bolehlah Rakyat ucapkan Selamat Tinggal Demokrasi Berparlimen kerana apa sahaja SUARA RAKYAT AKAN DIPATAHKAN OLEH PEMERINTAH DENGAN KUASA MEREKA SEBAGAI KERAJAAN.

Wednesday 16 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP KUAT MENIPU PENGUNDI DAN RAKYAT, ORANG ASLI SANGKAL DAKWAAN DIPINGGIRKAN BN

Menyangkal Dakwaan Dipinggirkan BN, Orang Asli Menjawap Manogaran dan Lim Kit Siang


Apabila Calon DAP, M.Manogaran bersama Lim Kit Siang mendakwa Orang Asli dipinggirkan ia menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan mereka. 

Seorang individu dari masyarakat Orang Asli tampil membalas kenyataan Manogaran dan Kit Siang mengenai perkara tersebut.

Jelas sekali dakwaan Manogaran dan Kit Siang dari DAP hanyalah sekadar mencari populariti kerana selama ini nasib Kaum Orang Asli terbela di bawah Barisan Nasional.

Tuesday 15 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - SAKSI KES MANOGARAN DAPAT 'DUIT MINYAK HELIKOPTER'?

Saksi Manogaran Turut Kelihatan Dalam Majlis 'Duit Minyak' Anjuran Pakatan Harapan?





Bekas Ahli Parlimen CH, Sivaraj Chandran mendakwa salah seorang saksi bagi pihak Manogaran turut hadir dalam majlis pemberian 'Duit Minyak' Pakatan Harapan semasa kempen pilihanraya tersebut.

Pautan - http://m.utusan.com.my/berita/politik/saksi-kes-sivarraajh-hadir-di-program-ph-1.822681

Individu tersebut dikesan mengenakan baju Pakatan Harapan semasa majlis tersebut. Jika perkara ini benar maka timbul pula persoalan adakah individu tersebut menerima 'DUIT MINYAK HELIKOPTER' sebagai imbuhan menjadi saksi kes yang diheret oleh Manogaran ke Mahkamah SPR? 



Pihak Berwajib perlu menyiasat perkara pemberian 'Duit Minyak' yang turut diakui oleh Lim Kit Siang kerana ada percanggahan dalam peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Hakim bagi kes Manogaran lawan Sivaraj juga menjatuhkan hukum bersandarkan kepada pelanggaran peraturan tetapi apabila pihak Pakatan berbuat demikian pelbagai alasan tercipta bagi 'MENYUCIKAN' perbuatan mereka. Adakah ini keadilan peraturan SPR apabila kena pada pihak lain maka jatuh hukum bersalah tetapi jika kena kepada PH ianya terus dilabelkan sebagai 'Halalan Toiyiba'?



Adakah ada standard berlainan dalam perlanggaran peraturan Pilihanraya CH ini? Rakyat memerhati dengan penuh minat akan isu ini dan mahukan pihak berwajib melaksanakan JANJI untuk BERINTERGRITI dan TELUS dalam Pilihanraya ini? Adakah Ketua Pengarah SPR yang baru dilantik akan mengotakan JANJI beliau atau hanya sekadar menjadi umpama 'MANIFESTO PAKATAN HARAPAN'?

PRK CAMERON HIGHLANDS - MENGAKU BAGI 'DUIT MINYAK', PIHAK BERWAJIB TENGOK SAHAJA ATAU MATA KENA TUTUP?

Hebat Sungguh Siap Tayang 'Duit Minyak'


Kehebatan penyokong Pakatan Harapan menayangkan 'Duit Minyak' yang disediakan menjadi topik menarik dalam kempen PRK CH kali ini.


Lim Kit Siang sendiri mengakui Pakatan Harapan membayar sebanyak RM20 sebagai 'Duit Minyak' kepada 60 individu dan cuba berhelah menyatakan pemberian itu akan dimasukkan sebagai perbelanjaan Pilihanraya. Persoalan yang timbul, adakah penerima menandatangani baucer pembayaran? Jika tiada maka perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai 'Tumbuk Rusuk'.


Mengapa pihak berwajib yang sepatutnya menegakkan undang undang Pilihanraya seperti endah tidak endah mengenai perkara tersebut? Bekas Ahli Parlimen CH, Sivaraj hari ini telah membuat laporan kepada pihak SPRM mengenai perkara ini. Adakah tindakan akan di ambil apabila foto dan pengakuan mereka (PH) disertakan sekali? Jika tiada tindakan dari pihak berwajib dikhuatiri rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Intergriti pihak tersebut.

PRK CAMERON HIGHLANDS - BERI DUIT KEPADA SUKARELAWAN BERBAYAR KINI 'HALAL', SPR DAN SPRM KENA 'NASI KANGKANG'?

SPR & SPRM Sudah Kena 'Mandrem', Tutup 'Punggung' DAP?



Mengelirukan sekali bila menyentuh isu pemberian 'Duit Minyak' yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dalam kempen Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Calon DAP Manogaran yang menyifatkan foto pemberian 'Duit Minyak' kepada individu adalah perkara kecil. Perlu diingatkan kerana isu 'Duit Minyak' bekas Ahli Parlimen CH, Dato Sivaraj hilang kerusi beliau apabila Mahkamah SPR menjatuhkan hukuman dengan alasan pemberian 'Duit Minyak'.


Pelik sekali apabila puak PH melakukan perkara tersebut, ianya seolah telah 'HALAL' selagi yang menerima 'Duit Minyak' menyokong Manogaran pada hari pemgundian 26 Januari ini.



Lebih menarik apabila perbuatan tersebut (Duit Minyak' dikatakan akan dimasukkan dalam penyata perbelanjaan Pilihanraya. Penyata perbelanjaan pilihanraya biasanya hanya ada pada Calon dan setiap penerima dari perbelanjaan perlu menandatangani serta meletakkan nama selain nombor kad pengenalan sebagai BUKTI SAH perbelanjaan dilakukan. Bagaimana Manogaran boleh menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai PEMBERIAN 'DUIT MINYAK' tersebut?  Adakah ada pihak lain yang membayar dan perbelanjaan tidak dicatitkan secara individual tetapi langsam? Sudah tentu besar perbelanjaan 'DUIT MINYAK' yang dikeluarkan oleh pembayar tersebut. Siapa 'PAYMASTER' itu?



Siapa yang mahu dibodohkan dek PH? Mana SPR? Mana SPRM? Adakah mereka telah kena 'Mandrem' sebab kini kuasa di tangan Pakatan Harapan?

Monday 14 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG 'GABRA' BILA KANTOI BAYAR RM20 BELI "KUIH"

Cuba Tuding Orang Lain Bila Kantoi Kesipuan



Sah! Pakatan Harapan bayar RM20 kepada 60 orang kalangan Orang Asli Cameron Highlands kononnya 'duit minyak' dan akan dimasukkan dalam perbelanjaan pilihanraya. Lim Kit Siang mengakui perkara tersebut namun beliau cuba menjadikan isu tersebut sebagai 'suci' apabila mendesak BN mendedahkan perbelanjaan PRK CH yang telah dikeluarkan Barisan Nasional.



Seolah baru kali pertama bertanding, Kit Siang menjadi BODOH apabila mahu pihak lawan mengisytiharkan laporan perbelanjaan sedangkan beliau tahu SETIAP WANG YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA PERLULAH DISERTAKAN DENGAN KETERANGAN PENERIMA, NO KP DAN TANDATANGAN HENDAKLAH DITURUNKAN DALAM BAUCER PENYATA PERBELANJAAN YANG SAH.



Foto yang tular di media sosial telah menimbulkan persoalan adakah DAP kini menggunakan ILMU KEBAL 'Lambung Tak Pecah, Baling Tak Berderai'? Persoalan turut membawa kepada pemahaman kenyataan Calon DAP yang sebelum ini menyifatkan Orang Asli sebagai KUIH dan tidak akan dibeli Orang Melayu sebaliknya merekalah (DAP) yang akan membelinya dengan harga RM20? Sekali lagi PENGHINAAN dilakukan secara halus oleh DAP terhadap Pribumi. Semurah RM20 sahaja harga mereka (Orang Asli) di mata DAP? Jelas sekali DAP hanya mahukan undi dan akan mengucapkan 'CIP ABORR' kepada Orang Asli selepas mendapat apa yang mereka mahukan.



Paling mengejutkan bilamana pihak SPR menerusi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya secara terang menyatakan mereka tidak mampu berbuat apa mengenai 'Pemberian Wang' kepada pengundi kalangan Orang Asli. Adakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut memberi kenyataan senada dengan SPR  walau foto berkaitan menjadi bahan bualan netizen serta pemerhati politik tanahair?



Kejutan yang sungguh menyentuh perasaan pula datangnya dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang mengeluarkan kenyataan akan 'Memburu' individu yang menyebarkan foto tersebut. Sejak bila SKMM bertukar portfolio tugas dan mengambil alih tugas pihak lain? Semakin hari semakin 'Rasa Oren' dengan kekalutan serta pertindihan kuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia. 

Apa pula 'Lawak' yang akan dihidangkan DAP dan Pakatan Harapan sepanjang kempen PRK berbaki 11 hari? Semoga tiada lagi 'Pertindihan dan Perebutan Kuasa' dikalangan Agensi Kerajaan apabila timbul isu mengaitkan DAP dan perlakuan PH sepanjang kempen. Rakyat jelak apabila mereka cuba diDUNGUkan dengan alasan alasan 'Bodoh Piang' apabila pihak DAP dan PH melakukan kesalahan semasa berkempen dan segera bertindak jika ada salahlaku dari pihak lawan mereka dalam PRK P078 CH.

Sunday 13 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG MAHU TUTUP KEGAGALAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN, MULA 'SERANG' CALON BN

Apa Manifesto DAP Dalam PRK CH Selepas Manifesto PH GAGAL?



Selepas GAGAL menepati manifesto utama Pakatan Harapan, Lim Kit Siang cuba mengalih perhatian rakyat Cameron Highlands kepada calon Barisan Nasional dengan isu 1MDB. Status twitter Kit Siang jelas menampakkan kegusaran beliau bagi Manogaran (DAP) berdepan Ramli (BN) lantas cuba menimbulkan prejudis kes yang masih belum dibicarakan Mahkamah.



Lim Kit Siang seperti kehabisan idea dalam PRK CH apabila tidak membawa manifesto PH untuk dibentangkan kepada pengundi sebaliknya membawa isu yang tidak relevan dengan kehendak tempatan. Apa manifesto sebenar DAP kepada CH? Jika hanya berjanji akan menyelesaikan isu pemilikan tanah, isu lesen pertanian tanah TOL, isu perlesenan kononnya hanya boleh diselesaikan oleh PH, ketahuilah itu semua hanyalah PENIPUAN DAP untuk mengaburi pengundi.



Berikut adalah petikan isu tanah yang dijawap sendiri Menteri Besar Pahang - 

"Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri." - Wan Rosdy




Jelas sekali Manogaran dan DAP tidak memahami klausa kuasa kerajaan negeri tetapi masih mahu MENIPU PENGUNDI apabila mendakwa hanya Pakatan mampu selesaikan isu berkaitan tanah di CH. Amat memalukan bagi mana mana pihak yang berkempen tetapi tidak bersandarkan fakta sebenar sebaliknya hanya meletakkan retorik sebagai modal kempen. 



Apa jawapan Kit Siang sekiranya di tebak dengan persoalan berkaitan Manifesto PH yang turut dibentangkannya dalam PRU14? Mana janji PH kepada peneroka Felda? Mana pembatalan Tol? Mana janji kepada peminjam PTPTN? Jika 3 soalan ini pun DAP tidak boleh jawap, masih adakah maruah Kit Siang mahu menekan calon BN? Pembangunan kepada kaum Pribumi (Orang Asli) CH yang disediakan BN selama ini ditunaikan mengikut jadual kemajuan masa ke semasa. Najib sendiri ketika masih Perdana Menteri telah meluluskan bajet yang agak besar untuk Parlimen CH namun segalanya dihentikan apabila PH mengambil alih Putrajaya. Bayangkan 'KEKEJAMAN REGIM PAKATAN' apabila mereka menafikan HAK Parlimen Cameron Highlands dengan membatalkan/ menghentikan projek kemajuan pengundi Dun Tanah Rata dan Dun Jelai. Apakah Kit Siang mampu jelaskan mengapa sikap 'Double Standard' diamalkan PH sedangkan BN tidak membataskan politik dalam membangunkan sesebuah tempat?


Saturday 12 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PERTEMBUNGAN 4 PENJURU AKAN MUSNAHKAN IMPIAN DAP KUASAI JAJARAN PEMISAH TIMUR DAN BARAT?

DAP Bakal Dimalukan Oleh Pengundi P078 Atas KeGAGALan Manifesto Pakatan Harapan


Dengan kehadiran Gelombang Biru (BN) menguasai suasana semasa penamaan calon, ada sesuatu yang lebih menarik melihat kepada pertarungan 4 penjuru yang bakal berlangsung pada 26 Januari kelak. Walau di saat akhir seorang calon 'Heavyweight' yang berjaya menggoyahkan populariti menarik diri dari bertanding ini tidak bermakna DAP mampu menang mudah dengan jentera yang dibawakan dari seluruh negara dengan menyandarkan Manogaran sebagai calon.


Bak kata pepatah 'Kerana Santan Pulut Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa', DAP menghadapi dilemma kerana kecabulan calon mereka sendiri selain 'Pakar Kencing Berdiri' dari Pakatan Harapan yang cuba merendahkan taraf Orang Asli memakan diri. Mungkin pada pandangan mereka (PH) Orang Asli amat mudah diberikan tekanan terutama melibatkan 'Perut dan Keperluan' dan mudah diperkotak-katik dengan menunjukkan keprihatinan kerajaan sepertinya selama ini merekalah (DAP & PH) menjaga segala yang berkaitan dengan masyarakat Pribumi CH. 'Wayang Pacak' yang sedang dilakukan oleh PH hanyalah sekadar mahukan 6964 undi Orang Asli memihak kepada mereka dan tidak mustahil selepas memeras 21.69% pengundi mereka akan dilupakan seperti Manifesto PH Pru14 yang semakin 'TAWAR' selepas madu disedut mereka pada 9 Mei 2018.


Perlu diingatkan Cameron Highlands yang terletak betul betul di Banjaran Titiwangsa merupakan garis pemisah antara Timur dan Barat Semenanjung Malaysia. Secara kebetulan CH merupakan garis sejajar dengan Bentong dan Raub yang telah mereka tawan, malangnya Manogaran yang cuba merampas kerusi tersebut TERSUNGKUR buat kali kedua dalam percubaannya. 

Hari ini secara rasminya perebutan 4 penjuru kerusi Cameron Highlands bermula. Melibatkan calon PH, Barisan Nasional dan 2 calon bebas sudah pastinya siri kempen akan lebih menarik bagi menarik perhatian pengundi sekaligus menawarkan sesuatu yang menguntungkan pengundi. Bagaimanapun ketika DAP sedang ghairah melatam pengundi Tanah Rata dengan pelbagai JANJI mereka terlupa BANYAK JANJI PRU14 masih belum diTUNAIkan sebaliknya 1001 alasan dijadikan 'Kambing Putih Dicelup Hitam'. Pengundi yang bijak dan punya pemikiran waras sudah tentu meletakkan 'Politik Praktikal' sebagai benteng undi mereka kerana belajar apa itu erti PENIPUAN Pilihanraya oleh Pakatan Harapan sebaliknya melihat konsep Barisan Nasional yang mereka remehkan dahulu adalah yang terbaik untuk RAKYAT.

Calon yang diperkenalkan Barisan Nasional melakar sejarah baru arena politik negara apabila seorang individu dari Kaum Semai Cameron Highlands diberikan PENGHORMATAN bagi membawa suara Pribumi ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen buat pertama kali. Pemilihan Ramli Mohd Noor dilakukan setelah perincian terbaik diletakkan dalam kriteria calon yang mampu membawa inspirasi dan dimensi baru kematangan politik BN. Malah keterbukaan MIC memberikan laluan selepas mengambilkira pelbagai faktor turut menyumbang kepada pemilihan Ramli sebagai calon paling tepat mewakili suara pengundi Cameron Highlands. Bagi Kaum Semai inilah peluang bagi mereka menonjolkan kemampuan kaum Pribumi yang selama ini menikmati kemajuan di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 6 dekad. Inilah masa dan ketikanya mereka (Orang Asli) membalas budi baik BN yang telah menjaga kebajikan serta kepentingan mereka selama ini sekaligus memberi isyarat jelas kepada PH usah 'Menuai Hasil Yang Ditanam Orang'.

Menyentuh mengapa PH begitu terdesak mahu memenangi kerusi ini pelbagai sudut perlu dilihat sebagai faktor. Selain menambah kekuatan DAP dalam Parlimen sekaligus memastikan dominasi mereka mengatasi sekutu lain dalam Pakatan Harapan sudah tentu menjadi kuasa penentu dasar pemerintahan ada dalam perancangan jangka panjang parti tersebut.

Bagi memahami teori KUASA pengundi perlu menimbangkan beberapa fakta. Berikut adalah antara faktor yang boleh difikirkan pengundi sebelum mereka melunaskan HAK sebagai pengundi sah pada hari pembuangan undi kelak.

Ini adalah pandangan penulis dan tidak menggambarkan mana mana pihak - 

- Memahami konsep pecah dan perintah yang menjadi amalan komunisme adalah teras kepada pemahaman pembahagian dua tempat bagi menguasai kekuatan ekonomi dan memaksa pihak yang mereka tidak suka terus ketinggalan berbanding kawasan yang berkepentingan buat mereka. 

- Membangunkan satu kawasan bersama isinya dan meminggir satu lagi kawasan bagi kelangsungan pihak berkuasa amat penting dalam pembahagian 'Pecah dan Perintah'. Ini akan memastikan ada pihak yang akan akur dan tunduk dengan apa sahaja yang satu pihak lain mahu lakukan termasuk membawa ajaran baru untuk dipraktikkan pihak yang telah dilemahkan mental dan fizikal menerusi penderaan tidak langsung. 

- Bayangkan secara teorinya Cameron Highlands merupakan titik pemisah tersebut. 


PRK CAMERON HIGHLANDS - "BORR TIBAK RAMLI', JIK AKAN UNDI KEK" PENGUNDI ORANG ASLI NYATAKAN SOKONGAN BUAT CALON BN

Orang Asli Diyakini Akan Bantu Kemenangan Ramli (BN) Di PRK Cameron Highlands


Calon Barisan Nasional yang akan menghadapi pertembungan 4 penjuru memulakan kempen PRK CH dengan menyeru pengundi Orang Asli mengundi BN. Beliau yang menggunakan dialek Semai kelihatan ceria dan yakin akan menewaskan 3 calon lain.

Sebelum itu, Ramli ditemani Pemangku Presiden Umno Dato Seri Mohammad Hasan bersama Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy bersama hampir 2 ribu penyokong berkumpul di Padang Majlis Daerah CH sebelum masuk ke pusat penamaan.

Pertembungan sengit dijangkakan akan berlaku antara BN dan Pakatan Harapan yang meletakkan calon kalah (2 kali) dari DAP, M.Manogaran. Manogaran yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan MENGHINA Orang Asli apabila menyifatkan mereka sebagai 'Kuih' yang tidak akan di beli pengundi Melayu kelihatan GELABAH apabila BN menamakan Ramli Mohd Nor yang berasal dari Suku Semai.

Berikutan PENGHINAAN tersebut, masyarakat Orang Asli bertekad 'MENGAJAR' Manogaran dan DAP apa maksud HORMAT MENGHORMATI antara kaum. Mereka telah mengeluarkan perkataan 'Cip Aborr'Manogaran' yang bermaksud Selamat Jalan sebagai membalas kenyataan Manogaran.

Pengundi Kaum Asli berjumlah 6964 orang atau 21.69% dari jumlah keseluruhan pengundi P078 Cameron Highlands dan dijangkakan undi mereka akan menentukan keputusan PRK CH ini selain undi kaum Melayu, Cina dan India di kedua-dua DUN Tanah Rata dan Jelai.

Sebagai rekod jumlah pengundi mengikut peratusan pecahan kaum adalah seperti berikut -

Melayu - 33.70%
Cina - 29.66%
India - 14.94%
Orang Asli - 21.69%

Jelas DAP merupakan pihak yang terdesak dalam menarik undi Orang Asli kerana KEBIADAPAN calon mereka sendiri. Manogaran yang merupakan 'Bahan Buangan' dari Teluk Intan bukanlah individu yang memahami geografi politik CH sendiri malah beliau hanya akan tampil jika ada isu berkepentingan bagi dirinya dan DAP sendiri. 

PRK CAMERON HIGHLANDS - "CIP ABORR MANOGARAN" PENGUNDI ORANG ASLI TERSINGGUNG PENGHINAAN CALON DAP DAN UGUTAN PAKATAN HARAPAN

Orang Asli Cameron Highlands Luah Kekecewaan Terhadap Penghinaan Manogaran Dan Ugutan Bob Manolan



Berikutan penghinaan calon DAP M.Manogaran terhadap Orang Asli dan Ugutan oleh Senator Bob Manolan terhadap Tok Batin, Bah Long Siang bersama sekumpulan rakan rakan dari Sg Ruil telah meluahkan kekecewaan beliau.

Bah Long Siang yang ditemui kelihatan menahan terlalu kecewa apabila di tanya mengenai perkara tersebut. Bagi beliau kenyataan yang di buat oleh Calon DAP dan Senator telah menyinggung perasaan seluruh Kaum Semai Cameron Highlands. 


"Sebagai Senator, Bob patut menjaga kepentingan kami (Orang Asli) dan bukan buat kenyataan sebegitu." - Bah Long Siang

"Manogaran pula seperti mahu melagakan kami dengan Orang Melayu sedangkan kita seperti adik beradik, jelas sekali Manogaran membawa imej DAP yang rasis kepada kami dan Orang Melayu" - Bah Long Siang

Bagi sekumpulan Orang Asli yang turut ditemui pula ada pesanan khas buat Manogaran.

"Cip Aborr Manogaran, Mohd Ramli bor diterima pengundi hek mai srak.Jik akan mengundi kek" - Selamat Jalan Manogaran..Mohd Ramli diterima pengundi Semai...kami akan mengundi beliau (Ramli).

Friday 11 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - SELEPAS CALON DAP HINA ORANG ASLI DAN MELAYU KINI PAKATAN HARAPAN UGUT TOK BATIN PULA

Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu, Kini Taktik Ugut Digunakan PH.







Calon DAP M.Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai 'Kuih' yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Batin agar memberikan undi kepada PH pada 26 Januari ini.

Baca juga -https://www.facebook.com/31373189944/posts/10151625273019945/

Pautan - https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F459807&h=AT3MQ5OkbWtl3OEVf06nC83qFp0OJXGgmv5Nh9kwCXykIqXB8XdPzocn0Nl0eWNdQp0z531Ji1XYj8yiM52HyzJ-1XK8Up0cc_WdVgjQ-5aayelEi3uurXnodtB4eHVI_DM&s=1




Senator Bob Manolan Mohd telah mengeluarkan kenyataan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan teragak-agak memotong elaun Tok Batin seluruh Parlimen Cameron Highlands sekiranya kaum Pribumi tidak memberikan undi kepada calon DAP.




Adakah ini satu lagi PENGHINAAN TERHADAP KAUM ORANG ASLI apabila calon BN dipilih dari kalangan Suku Semai? Tidakkah ini melanggar akta SPR kerana unsur ugutan digunakan terhadap pengundi? Inikah ketelusan PH yang dilaungkan dan mereka mendakwa tidak akan menggunakan apa juga bentuk penindasan terhadap pengundi? Dimanakah BERSIH yang telah berdemonstrasi di jalanan apabila sesuatu yang menjengkelkan melibatkan PH?




Sewajarnya ugutan ini dilihat sebagai satu unsur SALAHGUNA KUASA oleh Pakatan Harapan dalam PRK CH. Apakah respon Suruhanjaya Pilihanraya terhadap isu ini? Perlu diingatkan undi dari Orang Asli dikatakan akan menjadi penentu kalah menang PH dan mereka menekan Tok Batin dengan menggunakan pelbagai helah. Ini sesuatu yang tidak pernah terjadi semasa Barisan Nasional memerintah dan sudah nampak PH kini menjadi KERAJAAN 'KUKU BESI' dan kelihatan sudah membentuk REGIM 'Pol Pot' era baru!