Tuesday, 23 January 2018

MAHATHIR SOKONG LESBIAN, GAY, ARAK, ANJING BILA SEBUT NAMA TUHAN?

CUBA KIAS HAJI DENGAN BABI - MAHATHIR JADI SUARA SIAPA SEBENARNYA?

Penasihat dan Ketua Pakatan Harapan, Tun Mahathir kini semakin lantang bersuara tanpa batasan walau membabitkan agama demi mencari kuasa dalam PRU14.

Menyamakan kiasan sembelihan babi dengan menyebut nama Tuhan, Mahathir mengilas kisah tersebut untuk dijadikan modal mengutuk 1MDB yang telah menghantar ribuan ke Mekah bagi menunaikan Ibadah Haji dan Umrah. Beliau cuba mengaitkan hukum halal haram wang yang didakwanya sebagai hasil 'mencuri' oleh pihak 1MDB dan mempertikaikan ibadah tersebut di sisi Allah.

Malangnya sehingga hari ini Mahathir masih belum mempunyai sebarang bukti bagi mengaitkan 1MDB mencuri dan hanya bersandarkan kisah yang dikeluarkan oleh portal tertentu. Malah Mahathir yang kini dipercayai sudah 'GILA' seperti bercakap dengan cermin apabila tidak menoleh kepada keluarganya sendiri apabila berbicara mengenai halal haram. Keluarga beliau sendiri yang penuh kebejatan dari sulung hingga bongsu tidak pula beliau tegur malah turut menyokong apa sahaja walau jelas melanggar hukum halal haram dalam agama.

Adakah kini Mahathir sudah menjadi 'Kuli Batak' kepada DAP yang selama ini tidak berani menyentuh kisah halal haram kerana kekangan agama? Ternyata inilah yang dinantikan oleh parti yang bersandar kepada deklarasi bagi meletakkan hak samarata kepada semua rakyat Malaysia termasuk pegangan agama.


Mungkin bagi 'penyembah' Mahathir inilah klimaks bagi menyerang 1MDB yang selama ini tidak dapat dibuktikan oleh mereka dan berharap kata kata Mahathir akan dijadikan 'Azimat' untuk menyerang kerajaan dalam usaha menumbangkan BN dan melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri walau tahu beliau tidak akan bertahan lama di kerusi itu?