Monday, 26 September 2016

Shafie Apdal Terlibat Skandal Jatuhkan PM?

Pendedahan yang mengejutkan berkaitan skandal yang melibatkan seorang bekas Menteri dari Sabah.

Bekas Menteri itu perlu tampil untuk menafikan perkara ini jika beliau berasakan semua dakwaan ini palsu.

PETER ANTHONY KRONI SHAFIE APDAL SEDIAKAN DANA HASIL RASUAH RM200 JUTA UNTUK KEMPEN SHAFIE & TUBUH PARTI BARU?

[ 3 mantan pegawai kerajaan sedang berdrama di Kuala Lumpur menjadi pengkhianat, 1 mantan menteri di Sabah tengah pula kumpul duit untuk mencapai misi peribadi].

1. Sumber rapat Shafie Apdal dan kumpulan yang bakal meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua pembangkang menyatakan Datuk Peter Anthony Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn. Bhd bakal menyediakan dana besar RM 200 juta untuk kempen dan penubuhan parti baru Shafie Apdal. Dengan dana hasil rasuah projek yang diberikan Shafie ketika Menteri KKLW selain #Taikun besar Wilfred Yong punyai kekayaan ratusan juta menjadi proksi besar Shfiee ,tinggal di banglow mewah D'Banyan dan memiliki 2 unit rumah bernilai 10-13 juta.

2. Desas desus pertemuan Shafie dengan Pembangkang Sabah bukan lagi rahsia apabila siri perjumpaan Shafie Apdal di Semporna dan terbaru turut dibantu PKR Sabah.

3. Umum mengetahui Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia merupakan proksi dan kroni tegar Shafie Apdal. Shafie pernah menganugerahkan beliau kontrak Projek Bekalan Air Bandar ( BALB) dan beberapa projek Bekalan Elektrik luar bandar. Peter menjadi perantara bagi kontraktor yang ingin mendapat projek dari KKLW. Antara yang terkenal menjadi isu ialah ( setahun 2 kali) syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd miliknya

i.)  KKLW/BALB/133/2011 :
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00

ii.) KKLW/BALB/173/2011:
Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00

4. Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd #dimiliki oleh

i.) Datuk Peter Anthony (710224-12-5037) beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham

ii.) Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham.

5. Peter Anthony didapati turut bersama dlm siri jelajah Datuk Shafie termasuk di Kota Belud baru-baru ini. Anthony akan menggunakan segala hubungan dan rangkaiannya mengumpul dana RM200 juta sebelum PRU 14 ini. Dari manakah lagi sumber  lain kewangan Datuk Peter Anthony?

UMS ANTARA PENYUMBANG DANA DATUK PETER ANTHONY. SATU LAGI SUMBER DANA PETER!

6. Sejak 2002 di bawah Mantan Naib Canselornya Prof Datuk Seri Panglima Dr Mohd Noh Dalimin Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd telah mendapat kontrak Di UMS iaitu;

i.) Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid Dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada 15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00 [UMS BEN 11/2002]

ii.) Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00

iii.)Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00. [UMS BEN 25/2004]

7.  Paling menggemparkan dan menjadi isu kes SPRM ialah 3 Februari 2012 apabila akhbar tempatan melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat beberapa pegawai Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di UMS. Datuk Peter Anthony didapati membuat tuntutan palsu.  Elok kes ini dibuka semula sekarang.

8.  Kes Asli Jati Engineering Sdn Bhd tidak pernah pudar, 9 September 2015 Datuk Peter Anthony menghadapi pula kes saman dari rakan perniagaannya Datuk John Ambrose Ketua UMNO Bahagian Penampang menuntut 10% komisyen dari projek bernilai lebih kurang RM70 juta untuk penyelengaraan Mekanikal dan Elektrikal di Universiti Malaysia Sabah Cawangan Labuan. Surat-surat kes mereka  16 Jun 2010, 3 Jan 2011 dan 10 Mei 2011 didedahkan di mahkamah. [http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=103035]

9.  Kes pukul warga tua pada tahun 2013 menyebabkan Peter Anthony ditahan polis dan dibebaskan dengan jaminan polis." dan pistolnya dirampas. Mangsa mengalami kecederaan ringan kepada hidung dan lebam dibahagian tangan dan kaki dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Sabah ketika itu Datuk Hamza mengesahkan kejadian. Bagaimanapun kerana Peter ni banyak duit maka kes diselesaikan apabila pelapor menarik balik laporan.

10. Peter Anthony Presiden KDM yang jutawan ini akan sanggup melakukan apa sahaja demi politiknya. Sebagai kuda Shafie Apdal, Peter akan sanggup berkorban untuk Shafie memandangkan semua rahsia Peter dipegang oleh Shafie. Kerajaan sepatutnya juga menamatkan semua kontraknya termasuk di Universiti Malaysia Sabah yang dikatakan masih sehingga sekarang. Sumber-sumber yang dia inilah digunakan untuk menyerang kerajaan kembali.

11. Kerajaan juga harus memeriksa maklumat mengenai penglibatan beberapa pihak kedutaan China di Malaysia yang terlibat membantu gerakan pembangkang di Sabah dan di negara ini. Pengkhianat negara akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat berkuasa mereka tertunai.

12. Sejak Jabatan Kehakiman AS diperalatkan menyerang institusi PM di Malaysia terdedah konspirasi pegawai kerajaan seperti SPRM, Mantan Peguam Negara dan Bank Negara. Percanggahan maklumat SPRM dan FBI jelas ada agenda tersembunyi pihak-pihak yang mahu kerajaan digulingkan secara tidak demokrasi.

13. Semoga mesej ini diambil perhatian oleh kerajaan pusat dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah. Selagi berkuasa gunalah kuasa itu. Arahkan semua agensi negeri serta UMS agar tolak syarikat yang jelas terlibat dalam memberi dana menggulingkan kerajaan.

Sunday, 25 September 2016

PKR Gentar Dengan 'Mat Bunga' - Rafizi Cuba Tuding Umno

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli cuba menidakkan kekuatan Umno dihadapan ahli DAP semasa majlis makan malam anjuran DAP.

Beliau yang sebenarnya gusar dengan pengaruh Umno dalam politik Malaysia menafikan sokongan terhadap Najib walau tahu kerja keras yang sedang dilakukan Najib banyak merubah landskap politik serta pandangan rakyat terhadap Barisan Nasional. Kegusaran Rafizi sememangnya telah di jangka kerana kehadiran sekutu baru Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pasti akan menjadi saingan buat PKR memoertahankan kerusi mereka di Parlimen.

'Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata binasa' merupakan ungkapan paling sesuai dengan situasi yang melanda pucuk pimpinan PH sekarang. Mereka yang bersetuju untuk bertarung satu lawan satu dengan BN di PRU14 sedang memikirkan strategi pembahagian kerusi agar seimbang dalam Parlimen dan ini sesuatu yang akan menyukarkan PKR sendiri yang sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada sekutu lain mengangkat calon mereka sebagai Perdana Menteri jika memenangi PRU14.

Walau dengan persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), PKR tidak yakin akan memenangi beberapa kerusi di tambah dengan pembahagian kerusi dalam kalangan PH sendiri tidak akan jadi seimbang. Bagaimana mereka mahu mencapai kemenangan majoriti mudah jika satu parti berpaling dari Pakatan Harapan?

Inilah sebenarnya kegusaran Rafizi dalam menghadapi PRU14 dengan kehadiran PPBM, malah dalam satu klip video yang viral di media sosial jelas sekali Rafizi akan memper'kuda'kan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk membolehkan mereka menebusi tembok kukuh Umno di sesetengah tempat. Mungkin PPBM tidak sedar mereka sedang di 'keldai'kan bagi mencapai maksud sebenar PH selain menggunakan pengaruh AMANAH bagi menerobos pengundi PAS.

Kini hanya DAP dan PKR sahaja yang akan mencatur keseluruhan kedudukan kerusi yang akan PH tandingi dan sekutu lain perlu patuh dengan arahan mereka. Manakala AMANAH yang dilihat semakin dipinggirkan dari perhatian PH sudah mula nampak persaingan mereka dengan PPBM dan tidal mustahil wakil AMANAH akan bersendirian menghadapi pilihanraya kelak. Malahan mereka telah pun diberikan tugas bagi menawan Kelantan dan tidak bertanding di lain lain tempat bagi memberi laluan kepada sekutu lain menguasai kerusi pilihan mereka.

Rafizi yang kini dikatakan berhadapan krisis dalaman PKR juga perlu menghadapi lawan dari dalam parti yang tidak gemar dengan tindakannya mempertikaikan beberapa keputusan Azmin Ali dalam pentadbiran Selangor dan PKR sendiri. Perpecahan kem dalam PKR semakin diperkatakan ahli mereka sendiri dan ini menimbulkan masalah kepada Rafizi berkaitan intergriti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR.

Perlu diingatkan, Anwar masih lagi menjadi status quo dalam PKR dan Rafizi tidak boleh pertikaikan apa juga perintah Anwar serta perlu mendapat restu Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Link : http://m.malaysiakini.com/news/356886

Saturday, 24 September 2016

Suami 'Naga' Muncul - Beranikah Pasangan Melakukan Ujian DNA Buktikan Kesahihan Anak?

Akhirnya persoalan siapa sebenar suami kepada 'Ratu Naga' telah terjawap. Seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Ezad Zainal tampil dan membuat pengakuan berkenaan.

Siri pengakuan beliau tercatat dalam status yang dinaikmuat oleh Ezad sendiri. Pengakuan ini pastinya menimbulkan persoalan hangat dalam media sosial kerana Ratu Naga sebelum ini menyorokkan identiti suaminya dan telah mengaku berkahwin dengan 'Maharaja Naga'. Beliau juga mengaku memperolehi seorang cahayamata dari perkahwinan tersebut dan kini dalam proses 'berpantang'.

Apa yang dimusykilkan ialah pengakuan berani Ezad berkenaan perkahwinannya dengan Ratu Naga atau Syarul Ema Rina Abu Samah. Dikatakan sebelum berkahwin dengan Ratu Naga, Ezad pernah mempunyai isteri dari Singapura dan beberapa orang lagi yang tidak di ketahui. Status perkahwinan Ezad dan isteri isterinya menjadi persoalan adakah mereka telah diceraikan Ezad kerana mahu mengahwini Ratu Naga?

Ezad yang dikatakan agak popular di Kuantan pernah mempunyai hubungan baik dengan seorang individu dikenali sebagai Awang Suffian namun tidak kekal kerana dikatakan Awang tidak tahan dengan sikap Ezad.

Mengapa baru kini Ezad berani mengaku beliau suami kepada Ratu Naga? Malah Ezad juga mengaku beroleh seorang anak tetapi dalam masa sama tidak berani menaikmuat gambar anak mereka seolah tidak beroleh kegembiraan sebagaimana ibubapa lain. Benar gambar anak merupakan hak ibubapa namun persoalan demi persoalan timbul membuatkan teka teki semakin panas. Malah ada suara suara dalam laman sosial mengatakan Ratu Naga tidak bersalin pun dan hanya berhelah untuk meraih simpati rakyat. Beranikah mereka membuat ujian DNA bagi membuktikan kesahihan anak itu? Ratu Naga yang dikenali sebagai 'cybertrooper sosial' giat memperlekehkan dasar kerajaan serta lantang meminta bukti dan kali ini beliau pula perlu membuktikan 'kelantangan' memberi bukti kepada pelayar media sosial.

Perlu diingatkan Ratu Naga sedang menanti perbicaraan di Mahkamah atas satu kes dan langkah Ezad ini seperti 'drama' bagi mencari simpati netizen dan membolehkan Ratu Naga terus memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri serta kabinetnya. Banyak persoalan timbul apabila pendedahan ino dilakukan menjelang tarikh perbicaraan Ratu Naga dan Ezad sendiri merupakan seorang pemain media yang anti-dasar kerajaan serta PM selama ini.

Populariti sememangnya sesuatu yang di buru Syarul Ema dan pengakuan Ezad merupakan publisiti yang beliau mahukan. Beranikah kedua duanya mengemukakan gambar 'anak' serta bukti DNA bagi menepis persoalan mengenai skrip 'drama' keluarga 'Naga' ini? Latar belakang Ezad dan Ratu Naga tidak banyak memihak kepada mereka berikutan banyak kisah 'hitam' mereka sepanjang bergelar 'cybertooper'. Malah Syarul Ema yang kini giat melakukan provokasi terhadap MO1 serta barisan kabinet PM tidak berani memberi sebarang bukti kukuh kepada setiap persoalan yang beliau timbulkan malah untuk melaporkan kepada pihak berkuasa pun Ratu Naga tidak berani.

Inikah manusia yang kononnya menjadi pejuang rakyat tetapi dalam masa sama tidak berkutik apabila diminta kemukakan bukti berkaitan dirinya? Memalukan sungguh apabila pejuang rakyat sendiri menyorokkan kebenaran hingga terpaksa menunggu Ezad membuat pengakuan bagi menyelamatkan imej 'isteri'nya yang akan berhadapan dengan kes Mahkamah. Perlu juga diingatkan Ratu Naga juga telah mengundang kemarahan rakyat Pahang apabila provokasi beliau melibatkan beberapa keping foto Sultan Pahang.

Jika Ezad dan Syarul merasakan mereka di pihak yang benar maka mereka perlu tampil membuktikan kesahihan dakwaan mereka dan kesahihan DNA anak mereka bagi meleyapkan semua persoalan. Beranikah pasangan ' Naga' ini?

Husam Dan Mathias Gugur Saman - Fail Saman Di Mahkamah Mana?

Menurut FreeMalaysiaToday Husam Musa dan Mathias Chang telah menggugurkan tuntutan saman mewakili 'Rakyat' terhadap Red Granite dan Reza Aziz.

Tiada alasan konkrit disebalik pengguguran tuntutan saman tersebut diperolehi dari laporan FMT. Husam yang telah melompat parti cuba mencari kembali populariti setelah dikecam hebat oleh ahli PAS kerana berselisih pendapat dengan kepimpinan PAS. Mathias merupakan bekas setiausaha sulit Tun Mahathir pula pernah di tahan polis kerana disyaki menjual maklumat ' rahsia' melibatkan 1MDB di luar negara.

Tanpa sebab Husam dan Mathias telah menggugurkan tuntutan saman sekaligus menimbulkan persoalan intergriti 'saman' dan imej mereka yabg mendakwa mewakili 'rakyat'.

Benarkah khabar angin menyatakan mereka tidak pernah memfailkan langsung saman tersebut dan hanya membuat cerita bagi menggembirakan penyokong serta pengikut Mahathir. Khabar angin itu juga menyebut dua individu yang menyerupai mereka kelihatan di sebuah kelab malam mewah terkemuka di New York sama waktu dengan kehadiran mereka untuk memfailkan saman tersebut.

Kelab Malam A Flash Dancer merupakan sebuah kelab malam yang menyajikan hiburan tanpa batas kepada pengunjungnya. Benarkah kelibat yang menyerupai dua individu tersebut berada di dalam kelab malam itu?

Mungkinkah saman hanya difailkan dari kelab malam dan bukan dari saluran yang sepatutnya?

Hingga kini ' Rakyat' tidak pernah didedahkan dengan tuntutan saman dari Husam dan Mathias hinggalah berita pengguguran tuntutan saman dikeluarkan oleh FMT.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/24/matthias-husam-drop-suit-against-red-granite-riza-aziz/

Wednesday, 21 September 2016

Halang Rampas Telefon Untuk Siasatan - Polis Takut Dengan 'Ratu Naga'?

Kelmarin seorang pemain media sosial dikenali sebagai 'Ratu Naga' dipercayai telah ditahan sepasukan polis di rumahnya berikutan laporan polis ke atas beliau.

Dalam laporan Malaysiakini, Syarul Ema Rena Abu Samah menyatakan pihak polis menyerbu ke rumahnya jam 12.30 malam dan meminta beliau mengikut mereka bagi membantu siasatan. Dalam dakwaan Syarul kepada portal tersebut menyatakan pihak berkuasa mahu membawanya ke balai polis Klang Selatan namun tidak memberitahu atas tujuan apa.

'Ratu Naga' mendakwa pihak polis telah masuk ke dalam rumahnya untuk melihat anak yang baru sebulan dilahirkan namun suaminya tiada di rumah sewaktu serbuan dilakukan atas alasan bekerja di negeri lain.
'Ratu Naga' sekali lagi dikunjungi anggota polis pada tengah malam semalam, kira-kira sebulan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

Syarul memberitahu kepada Malaysiakini, pihak polis mahu merampas telefon beliau bagi membantu siasatan namun perkara tersebut telah dibantah kerana ini akan menjadi kali ketiga gajetnya di rampas setelah dua kali menyerahkan telefon bimbitnya bagi kes yang di siasat dan beliau berjaya untuk tidak menyerahkan telefon bimbitnya.

Bagi setiap kes yang disiasat, kebiasaannya gajet orang yang di siasat akan diambil untuk tujuan forensik namun perkara tersebut tidak berlaku dalam kes 'Ratu Naga' walaupun kes berdasarkan laporan polis mengenai posting beliau menghina Sultan Pahang dan Datin Sri Rosmah Mansur ketika majlis sambutam Aidilfitri di Pekan. Mengapa dalam kes ini telefon orang yang di siasat tidak boleh di ambil untuk membantu siasatan? Adakah nama 'Ratu Naga' terlalu besar bagi PDRM hingga boleh menidakkan rampasan di buat?

Posting 'Ratu Naga' telah menimbulkan kemarahan rakyat Pahang berikutan beberapa foto Sultan Pahang dan Rosmah yang beliaukatakan 'sangat mesra'. Foto berkenaan menjadi viral dilaman sosial dan apabila diteliti kesemua foto berkenaan merupakan teknik fotografi yang di ambil dari pelbagai sudut.

Bagi rekod 'Ratu Naga' masih mempunyai kes di Mahkamah dan masih belum selesai.

Link : http://www.malaysiakini.com/news/356358

Tuesday, 20 September 2016

DAP Tidak Pernah Hormati Rakyat - Jeff Ooi Dakwa Rakyat 'Bodoh'

Selepas di kecam hebat netizen di laman sosial serta laporan polis di buat ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi atas kenyataan 'Adios Harun Din' di laman Twitter beliau secara jelas memperlihatkan betapa ahli Dap sememangnya tidak pernah menghormati sensitiviti kaum Malaysia.

Jeff yang di temubual oleh sebuah stesen tv mendakwa rakyat tidak faham dengan kenyataan yang telah dinaikmuat sendiri dan menyifatkan kenyataan itu telah di salah erti.

Bagaimanapun Jeff Ooi lupa beliau sudah menafikan mengenai kenyataan tersebut serta mendakwa akaun Twitter beliau telah di godam. Tersentak dengan kritikan beliau mengubah kenyataannya semula dan menyatakan akaun tersebut tidak di godam. Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa apa yang telah di tulis Jeff itu tidak mewakili DAP pula semakin menyerlahkan penipuan Jeff Ooi kepada media pro pembangkang.

Walau telah menyerah diri di balai atas arahan Ketua Polis Negara, Jeff tetap berkeras beliau tidak akan meminta maaf atas kenyataannya yang mengundang kemarahan pelbagai lapisan masyarakat. Malah, Pemuda MCA Pahang yang mengecam tindakan Jeff itu turut menyifatkan beliau tidak langsung menghormati perpaduan kaum di Malaysia.

Rakyat kini sudah boleh menilai sikap sebenar pemimpin DAP yang kononnya mahu menjadi sebuah parti yang tidak mengamalkan rasisme kepada semua kaum di Malaysia. Jelas sekali sikal Jeff Ooi sangat kontra dengan mana mana slogan DAP yang digunakan bagi memikat pengundi.

Sunday, 18 September 2016

Hargai Usaha PM Najib Dan TPM Zahid Bawa Balik Jenazah - Catatan Hiba Huda Haron



CATATAN HUDA HARON MENGENAI KEPUTUSAN KELUARGA KEBUMIKAN ALLAHYARHAM DI AMERIKA




HUDA HARON

Maafi kami ahli keluarga di Malaysia.
Maafi kami anak2 murid baba seluruh Malaysia dan serata dunia..
Maafi kami sahabat handai taulan yang akrab yang jauh mahupun yang dekat..
Maafi kami seluruh kepimpinan di tanah air..
Kami maklum yang baba disayangi ramai..Kami sedar, kami berkongsi baba dengan seluruh masyarakat yang turut sayangkan baba.

Sesungguhnya...
Kami tidak akan izinkan sesiapa pun menyakiti jasad baba..
Tidak masa hayatnya
Dan tidak juga masa baba telah dijemput menemuiNya.

Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing bagi kami ini.Ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

Tiga perkara yang sentiasa Allah jadikan teka teki penuh hikmah dalam bab kematian kita… 1) Bila 2) Dimana 3) Bagaimana

Bila masa dan ketikanya..
Mana tempat Allah pilih untuk menjemput kita kembali..
Bagaimana caranya...

Cuba kita tarik nafas sejenak dan bayangkan, jika tubuh badan itu milik kita.. Tika hidup ni, setakat...nak cucuk amik darah secoet pun pikir dua kali, apalagi jika perlu ditoreh ,tebuk sana sini hidup2 tanpa bius....takut sakit….penakut pahitt..Maka ,masa kita sudah tidak mampu mewakili kita sendiri,tiada suara untuk menyampaikan hasrat kita..agak2 kita nak izin ka, jika ada yang nak meremuk redamkan batang tubuh kita.Ada sesiapa yang berani jamin ka, tika itu kita dah tidak merasai sakit?

Semasa hayat baba..teringat suatu ketika.., nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin.. Ini kan pulak berejam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui 'embalm' yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf....Tak sakit? Siapa kata tak sakit? Siapa berani jamin kita tak merasa sakit tika tu? Tiada siapa yang melalui ajal maut dan kembali menceritakan bahawa jenazah tidak merasai sakit.

(Apa2 pun kami menghargai usaha pihak kerajaan terutama Dato' Seri Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendirian.. Terima Kasih.. Sangat2 kami hargai dan tersentuh.Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keperihatinan Dato' Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama . Juga berkali2 bercakap sendiri dengan Balin jarak jauh melalui telefon.)

Kami 5 beradik termasuk mama sepakat, bulat dan tekad untuk menyemadikan baba disini.Banyak kali kuliah dan pesanan baba…Perlu disimpan dimana tempat Malaikat datang menjemputnya..Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang , tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.

Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita..Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari..Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali..Biar ada depan mata.Itu kehendak kita..dan saya rasa..juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.Tapii…adakah keputusan itu tepat untuk baba?..Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara’.Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah !!!..Pantaskah kita melanggar perintah Allah atas alasan darurat dan menyiksa baba semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu kita?.

Maafi kami seluruh rakyat Malaysia..

Kesemua ini pun milik Allah.. Seluruh isi bumi hatta langit galaksi ni milik Allah..Bumi Amerika ni pun milik Allah...
Kalau pun kita ditakdirkan sampa ajal di Mekah atau mana2 bumi bertuah pada perkiraan kita, tapi... hidup kita..Nauuzubilahhh.. Apa lagi yang jenis mulut tak da insuran tuh.. Jangan nak harap sangat mana2 tempat yg kita pilih untuk tanam kita, bole bagi ekspress tiket atau special treatment VIP. Kemuliaan dan maqam kita dalam barzakh akan tergantung kepada amalan bekalan semasa masih hidup.Itulah yang bakal mencorak alam barzakh kita menjadi taman-taman syurga ataupun lohong sempit siksaan neraka.

(Saya mengambil kesempatan ini berpesan pada anak-anak sendiri…Dimana pun Allah pilih untuk ambil mama kembali..Disitulah juga pastikan jasad mama disemadi.Jangan siksa jenazah mama.. Pesanan ini juga untuk semua anak2 sedara kami berlima beradik yang masih di Malaysia.)

Kami sentiasa saksikan baba tidak pernah lupa ziarah Makam Tokwan dan Tok Teh di Bohor Mali. Setiap kali pulang Perlis (SETIAP KALI !!..tidak pernah berkecuali)..Hati merintih membayangkan usaha kami untuk kerap ziarah pusara baba. Kami lihat dan kami diajar sebegitu oleh Baba.Kami tak pernah lupa Tokwan TokTeh hingga sekarang..Juga masjlis2 tahlil dan khatam Quran saban tahun dan masa , juga amalan2 lain untuk dihantar pahala kepada yang telah tiada. Tapi..kami juga percaya dan yakin ..Ini telah tertulis dan tersurat.Mungkin masih sukar kita menghayati segala yang tersirat di sebalik yang tersurat.Inshaallah..suatu hari nanti jika kita berlapang dada membuka fikiran dan minda dan menjadikan agama di hadapan segala..maka ..tika itu Allah buka segala hikmah yang tidak terjangkau dek akal pendek kita.

Maafi kami sekali lagii…

Baaa… kami akan usaha..ziarah baba disini..walaupun jarak seakan memisahkan kita..tapi percayalah Baa…Baba tetap bertakhta dihati …takkan padam ingatan ini….Selamanya…

Al-Fatihah untuk Baba tersayanggg.....

Kokde 17/9/2016
Campbell
CA.

Saturday, 17 September 2016

Kantoi - Lim Guan Eng Atau Jeff Ooi Yang Menipu Rakyat?



SIAPA SEBENARNYA MENIPU?




MalaysiaKini menaikmuat satu kenyataan Setiausaha Agung DAP berkaitan komen Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengenai Mursydul Am PAS, Allahyarham Dato Harun Din di laman Twitternya.

Kenyataan Guan Eng di petik dari Roketkini : http://www.roketkini.com/2016/09/17/dap-kesal-sifatkan-kenyataan-jeff-ooi-tidak-sensitif/


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga yang tersinggung dengan kenyatan Jeff di laman sosial Twitter lewat petang semalam.
“Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit.
Bagaimanapun Jeff Ooi menafikan beliau menaikmuat komen dan menyatakan laman Twitter beliau telah digodam. Penafian Jeff tidak selari dengan kenyataan Guan Eng yang kesal dengan komen tersebut dan menyifatkan komen tersebut sangat membahayakan hubungan DAP dengan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Netizen pasti akan mempersoalkan mengapa penjelasan dari Guan Eng berbeza dengan penafian Jeff Ooi.

Siapa yang menipu rakyat sekarang ini sebenarnya? Jika benar komen penghinaan Jeff Ooi itu dinaikmuat oleh beliau sendiri maka sepatutnya beliau tampil dan memohon maaf kepada waris keluarga Allahyarham.

Jelas sekali DAP sememangnya menanam doktrin "penafian" setaip kali terjerat bila melakukan kesalahan dan berharap akan dilupakan segalanya dengan 'gula gula permohonan maaf. 

Rakyat perlu membuka mata mengenai sikap sebenar DAP yang tidak konsisten dalam menghormati sensitiviti agama kaum lain.


Akaun Twitter Kena Godam - Alasan Lapuk Jeff Ooi 'Sucikan Diri'




ALASAN LAPUK JADI MODAL LEPAS TENGKUK



Ahli Parlimen Jelutong dari Democratic Action Party (DAP) yang dikecam netizen kerana menghina kematian Allahyarham Dato Harun Din cuba membuat helah apabila menyatakan kenyaatn rasmi beliau hanya akan dinaikmuat dari Facebook dan bukan dari laman Twitter.

Dalam penafiannya di Free Malaysia Today jelas sekali Jeff Ooi cuba membuat helah bagi mengelakkan parti yang terkenal dengan pemerintahan 'kuku besi' itu dari terus dikecam dan mahu menjaga hubungan mereka dengan sekutu lain dalam Pakatan Harapan. Jeff yang mengatakan akaun Twitter beliau digodam hanya menimbulkan 'kelucuan' kerana mungkin beliau beranggapan rakyat Malaysia 'buta dunia maya' seperti beliau.

Tinauan akaun Facebook Jeff Ooi pula mendapati hampir tiada kenyataan rasmi berkaitan DAP yang tertera di lamannya. Beliau yang mendakwa hanya membuat kenyataan rasmi di laman Facebook seperti cuba 'menipu' netizen media sosial agar mempercayai yang Twitter beliau telah di godam.

Jeff Ooi yang enggan meminta maaf atas 'kebiadapan' beliau semalam cuba mengaburi mata rakyat dan mahu membersihkan imej DAP. 'Adios Harun Din' telah menimbulkan kemarahan netizen yang rata rata bersimpati dengan pemergian Dato Harun Din di California.

Kenyataan Jeff Ooi kepada FMT

  • “I do not see any issues regarding the statement. Take a look at my Twitter and Facebook. Anything other than these two sites are Photoshop work created by others,” he told FMT today. “I only upload statuses through my official Facebook page.”
Semalam Malaysia dikejutkan dengan komen dalam Twitter Jeff Ooi yang jelas menghina Mursyidul Am Pas yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Hari ini beliau cuba menegakkan 'benang basah' dan menyalahkan pihak lain yang di dakwanya telah menyamar dan membuat 'kenyataan tersebut' bagi memburukkan imej beliau.


Komen tersebut yang tersebar luas turut mengundang rasa marah dan kurang senang kaum Cina lain yang menyifatkan kenyataan itu sebagai 'Biadap' dan 'Tidak Bertamadun' serta merosakkan hubungan antara kaum dalam Malaysia.

Jeff Ooi perlu tampil dan membuat sidang media serta berjumpa dengan waris Allahyarham Dato Harun Din untuk menjelaskan perkara sebenar serta meminta maaf 'Jika Benar' beliau sendiri yang membuat kenyataan itu. Dan beliau perlu membuktikan bahawa akaun Twitter beliau telah digodam seperti yang didakwanya.

Cara Jeff Ooi menjawap isu ini sudah boleh dijangkakan masyarakat bila sesuatu isu mencapai kemuncak. Penafian dan tuding jari kepada pihak lain merupakan amalan klise DAP setiap kali mereka terpalit dengan kontroversi. Sekutu politik DAP pula seperti mempertahankan tindakan komen menghina 'Jeff Ooi' apabila cuba menyalahkan pihak media Umno serta pemain media sosial 'pro-Umno'.

Amanah,PKR serta PPBM seolah terkunci mulut dengan tindakan 'Jeff Ooi' yang menyentuh sensitiviti Masyarakat Islam Malaysia. Mengapa mereka tidak berani menegur DAP dalam isu ini? Adakah sekutu DAP lain telah diberikan amaran untuk tidak campur tangan bila berlaku penghinaan oleh DAP terhadap Umat Islam Malaysia? MCA sendiri mengecam tindakan 'Jeff Ooi' mengeluarkan kata kata yang tersebut mengapa sekutu Pakatan Harapan tidak berani?

Mana intergriti PAN, PKR dan PPBM yang konon berjuang tanpa sempadan dan tidak mengamalkan rasisme?

Friday, 16 September 2016

Jeff Ooi Biadap - Jelas Sikap DAP Kurang Ajar

Jeff Ooi selaku seorang ahli DAP menunjukkan kebencian terhadap umat Islam apabila menaikmuat komen berbaur penghinaan terhadap Musyidul Am PAS, Dato Harun Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat subuh tadi (waktu Malaysia).

Sikap kurang ajar pemimpin DAP terhadap Allahyarham menunjukkan dengan jelas sikap sebenar parti sekular sosialis itu yang menentang sebarang penyatuan Umat Islam dalam politik Malaysia.

Adakah sikap biadap ini memang ditanamkan dalam pemikiran pemimpin DAP setelah mereka menyingkirkan PAS dari gabungan Pakatan Rakyat?

Jeff Ooi perlu tampil untuk meminta maaf kepada waris Allahyarham atas penghinaan beliau khususnya dan kepada seluruh umat Islam amnya yang rata rata merasai kehilangan seorang tokoh Ilmuan Islam yang dihormati lawan dan kawan.

Thursday, 15 September 2016

Panas - Rafizi Mengaku Pembangkang Berbohong?






Pengakuan Ahli Parlimen Pandan mengenai strategi pembangkang menghasut rakyat terbongkar.

Dalam satu rakaman video pendek yang di terima dalam aplikasi Whatssapp, penulis agak terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Rafizi berkaitan cara sebenar pembangkang mendoktrinkan rakyat dengan penipuan berulang agar rakyat mempercayai apa sahaja yang mereka dakwa sebagai benar.

Untuk menonton video berkenaan sila klik : https://www.facebook.com/richard.leeheng/videos/1779089205638028/


Pengakuan ini merupakan satu kejutan bagi rakyat Malaysia yang selama ini mempercayai akan segala dakwaan pembangkang yang kini sedang berkerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammed dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan pada PRU14 kelak.









Thursday, 8 September 2016

'Mat Bunga' Ambil Alih Pemerintahan Dalam Pakatan Harapan?

Suasana Pilihanraya Umum Ke-14 pasti akan menjadi lebih menarik berikutan kelulusan ROS kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru diumumkan. Dengan kehadiran PPBM ini Pakatan Harapan kini beroleh satu lagi parti untuk bersama mereka dalam mencapai visi merampas Putrajaya dari Barisan Nasional.

Pakatan Harapan dalam nafas baru selepas membubarkan Pakatan Rakyat setelah menyingkirkan PAS dari gabungan melihat kehadiran PPBM merupakan satu kelebihan buat mereka dalam usaha mempengaruhi pengundi. Berbekalkan isu semasa (telah terjawap kebanyakannya), PH akan menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk berkempen dan meyakinkan rakyat untuk memberi peluang kepada mereka mentadbir Malaysia walau hanya sepenggal.

Slogan 'IniKaliLah' yang sinonim dengan DAP akan digunakan bagi kempen mereka setiap kali bertemu pengundi. Melihat potensi sokongan penyokong Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz, PH tidak ragu ragu untuk memberi ruang kepada PPBM bertanding di bawah satu bendera bersama mereka (walau tiada bendera rasmi PH).

Menariknya kali ini percaturan pembahagian kerusi antara mereka akan menimbulkan persoalan. Parti mana dari kalangan PH akan memperolehi kerusi majoriti dan bertindak sebagai 'anchor' pembangkang dalam PRU14? Seperti diketahui, Mahathir hanyalah Penasihat PPBM manakala Muhyiddin adalah Presiden sementara PPBM sebelum Mesyuarat Agung parti tersebut berlangsung. Tidak mustahil DAP akan tampil sebagai pemacu kepada PH dalam pembahagian kerusi agar tidak bertembung sesama mereka. Dari 222 kerusi di Parlimen pembahagian secara matematik mudah agak sukar mereka laksanakan kerana ini akan menimbulkan konflik siapa yang akan menerajui PH jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

Jika pembahagian kerusi Parlimen sebanyak 222 dibahagikan samarata dalam PH termasuk PAS bermakna mereka hanya ada sekitar 44 kerusi untuk ditandingi dan ini bukanlah sesuatu yang akan memberi kelebihan kepada mana mana parti pembangkang dalam Malaysia untuk membentuk sebuah kerajaan stabil. Majoriti mudah dalam PRU juga dilihat sukar untuk di capai PH dengan pembahagian kerusi sesama mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang menampilkan gabungan parti dari kaum terbesar mengikut turutan dalam Malaysia, setiap kerusi akan ditandingi kerana ini amat penting bagi mengekalkan kestabilan sekaligus menghalang ekonomi dari mengalami kejatuhan akibat kehilangan kepercayaan pelabur asing. Kestabilan politik yang BN selama hampir 6 dekad membuat pelabur asing yakin untuk melabur dan menjana ekonomi rakyat Malaysia malah membawa dimensi baru terhadap keyakinan pelabur yang mengintai peluang mengembangkan perniagaan mereka.

Mampukah PH menjamin kestabilan politik dengan perebutan kerusi antara mereka yang belum diputuskan lagi? Walau dengan kehadiran PPBM sekalipun belum tentu pelabur yakin dengan kemampuan pembangkang menjamin kestabilan ekonomi dan keselamatan mereka. Ini antara faktor sampingan mengapa PH perlu di tolak untuk menjadi kerajaan walau mereka bekerjasama dengan Mahathir sekalipun.

Bukti PH tidak mampu menjadi kerajaan stabil telah terbukti dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) Mei lepas. Perebutan sesama mereka mengakibatkan pertembungan lebih dari 3 penjuru dan ini menguntungkan BN yang kekal dengan konsep 1 lawan 1. Malah keberanian BN Sarawak menghadapi cabaran banyak penjuru dari PH memberi kesan positif dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar dengan pertambahan majoriti di luar jangkaan.

Sesuatu yang PH tidak mampu sangkal ialah konsep BN yang bertanding dalam konteks muhibbah tidak ada dalam Pakatan Harapan. Calon BN yang bertanding akan menerima sokongan padu dari pelbagai kaum atas dasar kebersamaan dalam Barisan Nasional dan ini sesuatu yang sukar bagi PH lakukan walau bersama dengan parti yang turut mewakili kaum lain di Malaysia.

Harapan Pakatan kini bergantung kepada PPBM bagi menerobos kawasan yang sukar mereka tembusi dan ini akan menimbulkan sati polemik kepada PPBM kerana mereka akan mendakwa tanpa parti mereka PH tidak akan berjaya sekaligus akan meminta kelebihan untuk PPBM menjadi suara penentu dalam Pakatan. Adakah DAP yang memegang 'status quo' akan tunduk dengan parti 'orang kecewa' ini? Atau PKR akan bersatu suara dengan PPBM untuk menyingkirkan DAP dari Pakatan demi kepentingan parti politik mereka? Dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda DAP dan PKR tidak mustahil akan berlaku ' tikam belakang' dalam Pakatan.

Tuesday, 6 September 2016

PKR Bakal Terima 'KETUM' Baru Ganti Anwar?

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menuju klimaks pergeseran  apabila Tun Mahathir hadir memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR (KETUM) di mahkamah semalam. Umum mengetahui Presiden PKR, Wan Azizah serta ahli keluarga Anwar Ibrahim masih terkesan dengan kisah pemecatan dan perlucutan jawatannya pada 1998. Trauma dengan segala cacian masyarakat terhadap kenyataan Mahathir yang menyatakan Anwar tidak layak menggantikan tempat beliau sebagai PM kerana mengamalkan tabiat seks luar tabi'e, Azizah masih tidak memaafkan perbuatan itu walau Mahathir bersama Pakatan Harapan membentuk gerakan kerjasama menumbangkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui gerakan Deklarasi Rakyat.

Walau bagaimanapun, Azmin Ali selaku 'orang kuat' PKR cuba mendamaikan perseteruan selama hampir 18tahun antara Mahathir-Azizah. Cubaan ini dilihat sebagai jalan Azmin 'mengambil hati' Azizah bagi mengekalkan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor hingga tarikh PRU14 dan menjamin pengaruhnya dalam PKR tidak terhakis dengan kewujudan pelbagai skandal melibatkan kewangan Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang masih 'bingung' dengan tandatangannya dalam pemecatan ahli seumur hidup PKR Chegu Bard pula dikatakan mempunyai 'masalah' dengan Azmin yang di lihat berpotensi untuk menentang Azizah. Beliau yang merupakan 'orang kepercayaan' Anwar tidak dapat menerima isu skandal Selangor di mana Azmin dikatakan telah menghabiskan wang rakyat bagi projek 'gila' dan tidak mendatangkan keuntungan kepada PKR. Tambahan lagi dengan 'surat amaran' Anwar terhadap kepimpinan PKR mengenai kelicikan Mahathir menjadi antara penyebab Rafizi tidak senang dengan Azmin yang dikatakan 'terlalu' baik dengan Mahathir.

Skandal Selangor melibatkan jutaan ringgit wang rakyat Selangor yang masih belum di jawap MB turut mempengaruhi krisis dalaman PKR apabila tindakan memecat Bard dikatakan untuk menutup 'bangkai' dari hasil buruan Azmin. Rafizi memandang serius perkara ini kerana berlaku konflik apabila tandatangannya dimanipulasi oleh 'tangan ghaib' dalam kes pemecatan Bard. Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, seperti tidak berkuasa dalam PKR dan segalanya hanya ditentukan Azmin seorang. Pasti timbul rasa iri hati dari kalangan pemimpin tertinggi PKR apabila Azmin cuba menjadi 'Diktator' dan mengurangkan kebergantungan parti itu kepada Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Berbalik kepada pertemuan Anwar-Mahathir di Mahkamah, ramai reformis menyatakan kemarahan mereka terhadap usaha Azmin menjumpakan orang yang memenjarakan Anwar selepas pemecatannya. Segala usaha reformis yang bersungguh sungguh pertahankan Anwar hingga mereka turut meringkuk dalam penjara menjadi sia sia apabila Mahathir mengenggam erat jabat salam Anwar dalam usaha terdesak Penasihat Parti Pribumi Bersatu ( BERSATU) mencari pengaruh dari PKR.

Ternyata Mahathir memerlukan pengaruh Anwar berbanding Muhyiddin Yassin dan ini tidak disenangi ahli PKR sendiri. Bagi mereka 'Dalang' pertemuan itu perlu di hukum kerana merosakkan matlamat  sebenar PKR yang memperjuangkan Anwar dan mahu mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri. Maka bagi mereka, Azmin merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pertemuan semalam dan kebetulan PKR Selangor mempunyai masalah dalaman. Ini merupakan antara faktor yang akan menjadikan kerusi MB Selangor kembali jadi rebutan dan Azizah selaku Presiden PKR berhak menentukan siapa yang akan menjawat jawatan tersebut seandainya Azmin diturunkan berikutan isu skandal wang rakyat dan isu 'dalang' pertemuan Anwar-Mahathir.

Bagi mereka Azizah perlu bertegas kerana ini melibatkan maruah keluarga dan parti mereka. Beranikah Azizah mengambil tindakan drastik terhadap Azmin atau sekadar menjadi 'Kuda Kayu' PKR?

Monday, 5 September 2016

'Perogol Belakang' Bakal Jadi Sebahagian Dari BERSATU?

Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya menerima kunjungan 'istimewa' apabila Perdana Menteri yang memecatnya atas alasan salah laku menemui beliau di sebuah Mahkamah.

Pertemuan mesra dalam foto yang di ambil menunjukkan Penasihat Parti Pribumi Bersatu,Tun Mahathir seperti menidakkan 'salah laku' yang dikemukakan beliau ketika memecat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pada September 1998 yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Mungkinkah Mahathir hadir memberi sokongan kepada Anwar di Mahkamah adalah sebagai langkah awal mencari pengaruh dari PKR bagi membolehkan BERSATU bernaung di bawah Pakatan Harapan menghadapi PRU14? Apakah imej Muhyiddin Yassin tidak cukup pada Mahathir hingga sanggup bekerjasama pula dengan peliwat bagi memastikan impiannya menjatuhkan Barisan Nasional tercapai?

Perlu diingatkan Anwar merupakan seorang peliwat dan telah didapati melakukan perbuatan tersebut menerusi penghakiman dan ini tidak boleh dinafikan kerana Mahathir sendiri pernah mengakui kegiatan luar tabie bekas timbalannya.

Adakah ahli BERSATU menyokong tindakan terdesak Mahathir yang seperti mahu menjalinkan semula kerjasama dengan seorang 'perogol sesama jenis'? Jika mereka setuju dengan tindakan ini maka tidak hairanlah jika BERSATU akan menggunakan apa juga platform demi menggapai apa yang Mahathir mahukan demi kelangsungan politik beberapa individu yang percaya hanya Mahathir akan menjadi penyelamat Malaysia.(Logik pemikiran mereka).

Jelas sekali, tindakan terdesak Mahatjir bertemu dengan Anwar merupakan 'lontaran dadu' terakhir setelah pelbagai helah menjatuhkan Najib tidak mendatangkan kesan.

Dalam foto berkenaan sikap mesra antara seteru politik ini amat berlainan.Adakah Anwar akan 'meludah' semula kahak Mahathir pula terpaksa menelannya demi kuasa politik? Pemerhati politik nasional tentu terkesima dengan tindakan ini yang bertentangan dengan prinsip Mahathir sendiri sewaktu beliau masih Perdana Menteri.

Adakah tuduhan Mahathir terhadap Anwar dahulu hanya satu cara mematikan langkahnya yang dilihat semakin menolak kepimpinan Mahathir yang penuh dengan isu kronisme dan nepotisme?

Mungkinkah ahli Bersatu meraikan kejayaan Mahathir berbaik semula dengan Anwar untuk kepentingan politik mereka?

Friday, 2 September 2016

Kastam Kena 'Lelong' Naikkan Kadar GST?

Penggunaan aplikasi whatsapp amat diperlukan dalam arus moden dunia perbualan maya dan menjadi perhubungan penting sesama individu. Nun demikian penggunaannya juga sering disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan khabar angin yang tidak sahih bagi menimbulkan keresahan rakyat.

Terbaru Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) turut diheret sebagai sumber 'sahih' dalam menghasut rakyat. Satu 'screenshot' memberi amaran kepada rakyat bahawa kadar GST akan dinaikkan sekitar bulan Oktober dan pengirim tersebut menamakan ' sumber sahih' datang dari KDRM.

Benarkah dakwaan ini? Pihak KDRM perlu membersihkan nama agensi tersebut kerana 'screenshot' itu jelas telah memburukkan reputasi KDRM sendiri di mata rakyat selain menimbulkan persoalan kepada mereka yang menerima kiriman 'whatsapp' tersebut.

Pengajaran perlu diberikan kepada penyebar serta pencetus khabar palsu apabila menuduh kerajaan akan menaikkan tarif GST tanpa persetujuan dari kabinet.