Thursday, 21 June 2018

UMNO PERLU TERUS BELA HAK ISTIMEWA ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA

UMNO SENTIASA LINDUNGI KEPENTINGAN ISLAM DI MALAYSIA MENGIKUT LUNAS PERLEMBAGAAN NEGARA - TAJUDDIN RAHMAN

Umno sebagai sebuah parti yang ditubuhkan di Istana Johor sudah pasti mempunyai sejarah panjang melalui perjuangan menggerakkan Kemerdekaan Tanah Melayu dan melindungi kepentingan Melayu serta Agama Islam. Klausa melindungi kepentingan Agama, Kaum Melayu dan Pribumi termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak 31 Ogos 1957 hingga sekarang.

Bagaimanapun selepas pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan dalam PRU14 seperti membuka lembaran baru. Kemenangan Pakatan Harapan tidak sahaja membawa era kebebasan bersuara tetapi turut membawa desakan kebebasan beragama secara total hingga budaya hidup songsang turut di tuntut pihak tertentu. Malah keberanian tersebut telah diterjemahkan secara lisan oleh beberapa individu yang mempertikaikan Jakim, kebebasan beragama dan peruntukan untuk kepentingan Islam di Malaysia.

Calon Naib Presiden Umno, Dato Sri Tajuddin Rahman meluahkan kebimbangan tersebut semasa di temui dalam satu majlis.

"Tuduhan Ibadah Haji tajaan 1MDB dari unsur tidak halal menimbulkan polemik apabila tiada bukti kukuh diberikan. Jika mereka (Pakatan Harapan) mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut maka kemukakanlah kerana ini melibatkan kepentingan Islam serta jemaah yang saban tahun di taja oleh 1MDB bagi mengerjakan fardu Islam ke-5" - Tajuddin Rahman

Beliau yang turut mengingatkan bahawa agenda yang di bawa oleh sebuah parti dalam sekutu Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan Ajaran Islam turut mempertikaikan tujuan peruntukan samarata kepada semua pergerakan Agama sedangkan Perlembagaan Negara menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan ini merupakan intipati perjuangan Umno itu sendiri.

" Adakah kita akan melihat rumah ibadat agama lain tumbuh bagai cendawan sedangkan tidak ramai penganut di tempat tersebut? Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka sengaja mahu mencemarkan kesucian Islam yang diletakkan di tempat tinggi dalam peelembagaan negara?" - Tajuddin.

Tajuddin Rahman yang bertanding sebagai Calon Naib Presiden Umno sememangnya dikenali sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu, malah beliau pernah di landa kontroversi apabila bertikam lidah semasa sidang parlimen semata mata mempertahankan Islam. Oleh kerana ketegasan Tajuddin dalam parlimen, beliau sering digambarkan sebagai 'Samseng' namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Menyatakan ketegasannya lagi - "Saya mempertahankan Islam dan Melayu dari terus di hina. Salahkah saya mempertahankan kepentingan tersebut? Umno sendiri meruoakan wadah bagi mengangkat martabat Islam dan Melayu dari terus dipandang serong pihak tertentu" 

"Umno akan sentiasa menjaga apa yang termaktub dalam perlembagaan termasuk kepentingan Islam, Raja dan Melayu agar tidak menjadi mangsa agenda pihak tertentu" 

Ketua Bahagian Pasir Salak itu menyeru semua pihak terutama Umno terus menentang sebarang desakan pihak luar yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.


Wednesday, 20 June 2018

PEMILIHAN UMNO 2018 - DEMOKRASI DIMATIKAN DEK 'TANGAN GHAIB' OLEH INDIVIDU TERTENTU?

PERLEMBAGAAN UMNO DIROSAKKAN 'TANGAN GHAIB' UNTUK SELAMATKAN KEDUDUKAN SIAPA?

Pemilihan Umno Sessi 2018 - 2021 penuh warna warni apabila semua jawatan dipertandingkan dan dibuka kepada semua ahli yang LAYAK BERTANDING.

Bagaimanapun apabila senarai nama pencalonan dikeluarkan, agak pelik apabila ada sesetengah nama yang digugurkan walau mempunyai kelayakan serta pengalaman yang mampu memberi kelebihan kepada Umno. Terdapat juga beberapa nama yang tidak dikenali mencuba nasib untuk jawatan tertentu, malah tidak mengejutkan jika ada individu 'ditaja' sebagai proksi bagi memecahkan undi perwakilan yang akan memilih.

Tidak dinafikan senarai calon Umno kelihatan seperti 'CacaMarba' apabila menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong mereka yang bertanding. Ada khabar telah bertiup, senarai nama telah ditentukan oleh 'Tangan Ghaib' yang tidak mahu beberapa nama yang dikatakan mampu menggegarkan kedudukan individu tertentu dalam Umno. Siapa 'Tangan Ghaib' masih tidak diketahui namun telah ada 'Muncung' kepada individu tertentu.

Adakah demokrasi Umno kali ini digunakan untuk menyelamatkan individu yang memainkan peranan dalam menyenaraikan nama yang disukai dan menggugurkan nama yang tidak digemarinya? Usah demi 'Empuk Kerusi' demokrasi Umno dijadikan Sarkis oleh individu tertentu. Seandainya demokrasi kali ini dimainkan sebegini hebat maka Umno perlu sedar hayat Umno tidak akan lama dalam arus politik perdana.

Dimanakah letaknya kredibiliti dan Integriti Jawatankuasa Pemilihan Umno yang telah menimbulkan kesangsian apabila nombor calon dikeluarkan terlebih dahulu sebelum calon calon dimuktamadkan kelayakan mereka. SIAPAKAH YANG MENENTUKAN INI SEMUA?

Sunday, 17 June 2018

PEMILIHAN UMNO 2018 - PERWAKILAN PERLU BIJAK MENILAI KEMAMPUAN CALON

JANGAN JADIKAN PAPAN 'CAI' ROSAKKAN PEMILIHAN UMNO 2018-2021

Selepas kewujudan Umno di Istana Johor, parti yang menjadi wadah Orang Melayu menerima tamparan paling hebat apabila Barisan Nasional yang diterajui Umno kalah buat pertama kali dalam sejarah politik negara. Siapa sangka pihak lawan hanya berbekalkan tohmahan dan fitnah yang di ulang ulang sepanjang tahun berjaya mempengaruhi pemikiran Anak Muda supaya menukar pentadbir Malaysia dalam PRU14.

Umno yang selama ini menjadi menjadi nadi Barisan Nasional berdepan dengan 'Sejarah Hitam' apabila ada calon yang diberikan kepercayaan mewakili BN telah bertindak mengkhianati kepercayaan pengundi apabila beralih arah dan menyertai pihak lawan selepas memenangi kerusi dengan mandat yang diberikan pengundi. Tanpa segan silu mereka yang mendapat kedudukan atas ehsan Umno berbangga apabila memilih membelakangkan parti yang selama ini mendukung mereka hingga mampu mencapai kedudukan yang agak selesa. Apabila terjadi perkara seperti ini, ada ahli Umno yang berpendapat inilah masa paling sesuai sessi pembersihan total dilakukan dalam Umno dan pemilihan dalam Umno akan menjadi medan terbaik mencari kepimpinan baru Umno yang lebih dinamik dan relevan. Maka bermulalah penawaran diri untuk semua jawatan dalam Umno sebagai bukti demokrasi wujud dalam Umno itu sendiri.

Bagaimanapun mereka yang menawarkan diri perlu sedar pemilihan kali ini bukanlah medan untuk memecahbelahkan Umno. Sebagai sebuah parti yang masih kuat dalam Parlimen dengan 54  kerusi sememangnya menggerunkan beberapa pihak yang mahu memastikan Umno tenggelam. Bagaimanapun kerakusan musuh tidak mampu menerobos benteng Umno yang masih kukuh dengan KESETIAAN Ahli Parlimen Umno yang masih mahu berjuang walau sedar kini mereka tidak lagi menerajui kerajaan.

Salah seorang Ahli Parlimen yang menawarkan diri dalam pemilihan kali ini ialah Dato Sri Tajuddin Rahman dari P073 Pasir Salak Perak. Beliau yang memenangi kerusi P073 dengan peningkatan majoriti 7,712 pada PRU14 mengatasi rekod PRU13 - 7,386 dan PRU12 - 2,688 boleh dikatakan sebagai 'Orang Lama Umno' tetapi masih berbisa. Selaku bekas Timbalan Menteri Pertanian sejak 2015 - 2018, pengalaman beliau dalam Parlimen amat diperlukan Umno bagi memastikan Kerajaan Pakatan Harapan menjalankan tugas mereka mengikut manifesto Pakatan Harapan. 'Anak Jantan' Pasir Salak yang agak vokal dalam memperkatakan soal kepentingan Melayu, perlu platform yang lebih memberi ruang untuk beliau bersuara dalam Umno dan jawatan Naib Presiden merupakan kedudukan yang mampu memberi beliau lebih 'Garang' sebagai 'Singa Umno' menggantikan Syed Jaafar Albar dan Harun Idris yang terkenal sebagai pembela Umno dan Melayu setiap kali diperlekehkan pihak lawan.

Meraikan demokrasi dalam Umno untuk pemilihan kali ini, Tajuddin Rahman berpendapat gandingan 'Lama dan Baru' dalam kepimpinan Umno amat penting bagi mewujudkan kerjasama yang lebih baik memacu Umno bagi PRU15 kelak. Tidak menafikan idea baru dari Anak Muda diperlukan dalam Umno, kehadiran Orang Lama diperlukan bagi mengimbangi kekuatan Umno khususnya suara Umno sebagai wadah Orang Melayu agar tidak berlaku sebarang penindasan secara halus oleh pihak yang tidak senang dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Monday, 4 June 2018

PIALA DUNIA 2018 - GOBIND PERLU DEDAH PENAJA RM30 JUTA.

PENAJAAN PIALA DUNIA - BERAPA KEUNTUNGAN DI JANA RTM?

Kehangatan Piala Dunia 2018 Russia sudah bermula di seluruh dunia termasuk Malaysia. Astro yang mendapat Hak Penyiaran hingga 64 perlawanan secara langsung kini sudah ada pesaing. Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berjaya mendapat penyiaran 24 perlawanan secara langsung dan baki merupakan siaran tertunda.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo menyatakan kos awal sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi membolehkan RTM membawa siaran Piala Dunia secara percuma kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun Menteri Kewangan menyatakan kos hanyalah RM30 juta dan sudah ada pihak penaja yang berjaya menyerap kos penajaan siaran tersebut.

Rujukan -
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/03/guan-eng-penaja-serap-kos-rm30-juta-siaran-langsung-piala-dunia/

Bagaimanapun Identiti Penaja masih tidak didedahkan oleh mana mana pihak dan berapa kos penajaan sebenar juga tidak didedahkan. Bukan itu sahaja pembelian slot slot dalam siaran juga tidak didedahkan oleh Kementerian.

Slot yang terdapat dalam siaran langsung mahupun siaran tertunda -

i - Penaja Utama
ii - Penaja Bersama
iii - Penaja Segmen
iv - 'Spotby'

Adakah wujud syarikat tertentu di sebalik penajaan akan mendapat Hak menjual segmen yang tertulis di atas? Jika wujud pihak Kementerian perlu telus menamakan syarikat tersebut selari dengan apa yang Menteri Kewangan  Lim Guan Eng sebut mahu mewujudkan kerajaan Cekap Amanah Telus (CAT). Selain menamakan syarikat (jika ada) pihak RTM juga perlu mewartakan berapa jumlah sebenar keuntungan yang akan di terima dari penjualan tersebut. Ini penting dibentangkan kepada Rakyat jika RTM benar benar telus dan Rakyat juga perlu tahu keuntungan yang di jana dengan penajaan tersebut.