Wednesday, 30 November 2016
UMNO KULAI TIADA WANG BANTU AHLI SETIA - KETUA PEMUDA CAWANGAN HADAPI MASALAH BERSENDIRIAN
Tuesday, 29 November 2016
LIM KIT SIANG AKUI BERSIH TERIMA DANA SOROS - BERANIKAH DAP PULA DEDAH SUMBER DANA MEREKA?
Pengakuan Kit Siang mengenai dana BERSIH yang di terima dari OSF : SINI
Sumber bacaan berkaitan OSF boleh di baca di SINI
Monday, 28 November 2016
MESRA TERIMA KUCUPAN - WAN AZIZAH 'RELA' ATAU 'SUKA'?
Dua keping foto Presiden PKR Wan Azizah telah menerima kejutan istimewa apabila beliau di cium oleh peserta BERSIH 5. Foto tersebut jelas menunjukkan pelaku itu seorang lelaki yang tidak diketahui identiti serta bangsa.
Dipercayai lelaki tersebut berbuat demikian kerana 'obses' dengan Wan Azizah dan begitu teruja apabila berkesempatan bertemu dengan isteri Anwar Ibrahim yang masih meringkuk dalam penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.
Dalam satu lagi foto kelihatan seperti Nurul Izzah turut berada di lokasi sama apabila Wan Azizah menerima kucupan mesra dari individu yang dikatakan berbangsa cina. Namun beliau seolah merestui perbuatan tersebut atas dasar kebebasan sepertimana dilaungkan dalam kempen BERSIH sebelum ini.
Apakah tindakan individu tersebut direstui Anwar Ibrahim? Jika inilah kebebasan yang diimpikan BERSIH maka tidak hairan andai pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, perkahwinan sesama jenis pun akan diluluskan mereka atas nama kebebasan manusia.
Foto ini secara tidak sedar mencemar imej Wan Azizah yang selama ini digambarkan sebagai seorang yang Setia kepada suaminya walaupun didapati bersalah kerana meliwat. Apa yang berlaku dalam foto tersebut jelas sekali menunjukkan pembangkang sanggup menggadai apa sahaja asalkan matlamat dan nafsu mereka tercapai.
LAGI KLIP VIDEO KEKEJAMAN PESERTA BERSIH 5 - INIKAH NILAI BERSIH 5?
Satu rakaman video dari facebook didapati amat mengejutkan. Seorang individu berbangsa Cina sedang membelasah seorang individu lain dipercayai bangsa asing dalam sebuah bilik.
Seorang lagi individu yang memakai baju BERSIH 5 hanya memerhati manakala perakam video berkenaan tidak berbuat apa apa.
Baru baru ini negara telah digemparkan dengan satu klip video yang menjadi viral di laman sosial apabila sepasang suami isteri telah menghalang seorang penguatkuasa MBSA dari menjalankan tugas. Pasangan iti telah di tahan pihak berkuasa dan di heret ke Mahkamah serta dijatuhi hukuman penjara 14 hari serta denda RM3000.00.
Dalam rakaman video Friends Of Ahmad Maslan ini jelas sekali individu Cina tersebut tanpa belas kasihan memukul dengan menggunakan senjata dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Berdurasi selama 40 saat jelas sekali video ini menunjukkan sikap kejam pelaku terhadap mangsa. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara tersebut bagi mengelakkan ia memdatangkan kemarahan netizen.
Video berkenaan boleh di tonton di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=567889030075691&id=335432279988035
Saturday, 26 November 2016
BENARKAH MAHATHIR ARAH TAIKUN CINA BELI SENJATA API SEBAGAI BALAS JASA PEMBERIAN PROJEK KERAJAAN?
Seorang pemain media sosial telah membuat dakwaan bekas Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir telah mengarahkan 'taikun cina' agar membeli senjatapi berat untuk dibekalkan ke Bosnia Herzegovina semasa krisis berlaku di tempat itu.
Status menggunakan nama Azmi Othman mendakwa Mahathir waktu itu selaku PM telah meminta taikun cina yang pernah menerima projek dari kerajaan agar membeli sejumlah senjatapi berat untuk di hantar ke negara Balkan bagi membantu pejuang Bosnia mempertahankan diri dari serangan pihak lain.
Benarkah dakwaan ini berlaku dan secara tidak langsung Azmi mendakwa Mahathir sememangnya mengamalkan konsep 'kronisme' semasa pentadbirannya apabila secara jelas menyatakan taikun cina yang menerima projek kerajaan pada waktu itu?
Dakwaan ini mengelirukan kerana Kementerian Pertahanan mempunyai prosedur mereka dalam urusan pembelian senjatapi namun dakwaan ini menunjukkan Mahathir menyalahgunakan kuasa eksekutif sebagai Perdana Menteri. Turut menimbulkan persoalan adakah Mahathir juga telah memberi projek khas kepada taikun cina tertentu bagi 'membalas budi' mereka mengikut arahan beliau?
Dengan dakwaan Azmi Othman ini beliau secara sedar telah memalukan Mahathir dengan dakwaan beliau mengenai penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) yang mendakwa Najib menyalahguna kuasa sedangkan beliau melakukan lebih dari penyalahgunaan kuasa dengan dakwaan Azmi ini.
Benarkah Mahathir bela kroni? Benarkah dakwaan Azmi mengenai Mahathir? Siapakah taikun cina yang dimaksudkan Azmi dalam status beliau ini? Beranikah Azmi tampil menjelaskan perkara sebenar jika ianya berada dalam pengetahuannya selama ini? Mengapa beliau tidak berani membongkar perkara ini semasa Mahathir berkuasa?
Friday, 25 November 2016
'GERAKAN TAMBUN' TOLAK BN DINAUNGI SIAPA?
Satu gerakan menolak kepimpinan BN di Tambun sedang rancak berlangsung sekarang dan dipercayai didalangi oleh seseorang yang mempunyai pengaruh kuat di Parlimen tersebut.
Mula menggerakkan siri ceramah mengajak rakyat menolak kepimpinan BN dalam PRU14 akan datang, ia turut disertai seorang Ketua Penaja Pemuda Cawangan Umno Ulu Chemor yang kini dikatakan telah beralih sokongan ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM). Difahamkan beliau masih tidak berani mengisytiharkan diri keluar dari Umno bagi memastikan kedudukannya dalam Umno tidal tergugat dan akan menjadi 'agen talam dua muka' bagi menyalurkan apa juga maklumat mengenai Umno kepada PPBM dan individu yang menggerakkan ' Gerakan Tolak BN'.
Tidakkah Ketua Pemuda Umno Perak menyedari hal ini atau ada arahan tertentu bagi mengabaikan isu ini? Gerakan yang di taja oleh individu berpengaruh ini berbahaya untuk kedudukan DUN Perak yang hanya memperolehi majoriti tipis pada PRU13.
Beranikah KPC Penaja Ulu Chemor dedahkan siapakah dalang dibelakang gerakan ini?
Mohd Husni bin Md Haassan merupakan KPC Penaja Ulu Chemor masih tidak berani menyatakan pendiriannya terhadap Presiden Umno dan Umno Perak namun beliau dipercayai kini bergerak untuk PPBM dan penaja gerakan tersebut.
Umno Perak perlu tegas dalam mengambil tindakan segera menyekat gerakan dalang ini sebelum semuanya terlambat. Adakah mereka rela di perintah Pakatan Harapan sekali lagi dan bersedia kehilangan segalanya kerana terlalu selesa dalam politik Perak?
DAP TAWAR 'RASUAH' LINDUNGI 'PENGANUT' BERSIH - ARAH PENGUATKUASA MBSA TARIK BALIK LAPORAN POLIS?
Menurut laporan portal negarapakatanrakyat, ADUN Seri Kembangan dari DAP menawarkan sejumlah wang gantirugi kepada penguatkuasa MBSA yang telah dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan biadap. Dalam klip video yang viral dalam media sosial, pasangan tersebut jelas telah melakukan kesalahan serius terhadap penguatkuasa wanita MBSA serta mendatangkan trauma terhadapnya.
Adakah benar ADUN DAP itu menggunakan kuasa politik bagi mengenakan tekanan terhadap MBSA demi melindungi 'penganut' BERSIH yang dikenali sebagai William dan pasangannya? Jika dakwaan itu benar maka jelas sekali DAP sememangnya sebuah parti yang mengamalkan rasuah seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghadapi tuduhan rasuah dalam Mahkamah kerana pembelian sebuah banglo.
Menurut laporan negarapakatanrakyat Kerajaan negeri yang di ketuai PKR pula di dakwa mendesak MBSA supaya laporan polis terhadap dua individu tersebut di tarik balik atau penguatkuasa wanita itu akan menghadapi tindakan tatatertib kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan DAP serta BERSIH.
Adakah maruah seorang wanita yang secara jelas telah dicabuli semurah gantirugi yang ditawarkan DAP? Mengapa PKR tunduk dengan desakan tersebut? Netizen yang telah menonton video tersebut ternyata berang dengan tindakan pasangan yang juga merupakan penyokong kuat DAP. Mereka telah meluahlan kemarahan dalam laman sosial tanpa mengira bangsa kerana tidak dapat menerima tindakan biadap pasangan Cina terhadap wanita Melayu. Tidak kurang juga kaum Cina turut mengecam pasangan terbabit kerana tidak menghormati tugas seorang penguatkuasa yang hanya menjalankan tugasan yang diamanahkan.
Adakah ini sebenarnya yang rakyat Malaysia impikan? BERSIH ternyata mempengaruhi minda masyarakat agar tidak mempedulikan undang undang kerana berpendapat kebebasan adalah penting hingga membolehkan sesiapa sahaja melanggarnya atas nama 'hak kebebasan manusia'. Jelas sekali Ambiga, Maria Chin serta pemimpin pembangkang gagal mendidik pengikut mereka untuk menghormati sesama rakyat. Inilah ajaran BERSIH yang sebenarnya mahu diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pautan kepada laporan portal boleh di akses di : http://www.negarapakatanrakyat.com/2016/11/25/video-viral-mbsa-arah-kakitangannya-tarik-balik-laporan-polis-dakwa-hanya-salah-faham-berkaitan-uniform/
PASANGAN BIADAP RUPANYA 'PENGANUT' BERSIH - PEMIMPIN PEMBANGKANG HILANG "TELUR" TIDAK BERANI ULAS SIKAP KURANG AJAR PASANGAN
Thursday, 24 November 2016
NETIZEN BENGANG SIKAP BIADAP DUA INDIVIDU TERHADAP PENGUATKUASA WANITA
KELAKUAN BIADAP DUA INDIVIDU TERHADAP PENGUATKUASA WANITA TIMBULKAN KEMARAHAN NETIZEN
Satu rakaman video menunjukkan dua individu cuba menganggu tugas seorang penguatkuasa PBT dari melakukan tugas. Dalam rakaman tersebut individu wanita telah menghalang penguatkuasa dengan memegang pakaian seragam dan meminta nama penuh penguatkuasa tersebut manakala seorang lagi individu lelaki cuba mengambil foto.
Dalam rakaman tersebut jelas sekali penguatkuasa itu di halang dan individu lelaki seakan memeluk penguatkuasa wanita dari belakang dan hadapan bagi mengambil rakaman foto. Adakah individu itu kebal dari undang undang kerana menghalang tugas penjawat awam?
Tidak dapat dipastikan samada penguatkuasa tersebut melakukan laporan polis atau tidak kejadian yang menimpanya ketika menjalankan tugas. Jelas sekali segelintir masyarakat kini sudah hilang nilai nilai budi bahasa dan tidak menghormati tugas penjawat awam selain cuba berlagak seolah mereka 'bebas' melakukan apa sahaja atas nama 'kebebasan bersuara'.
Klik di SINI untuk menonton rakaman video tersebut.
Pautan kepada rakaman video juga boleh di akses di : https://www.facebook.com/richard.leeheng/videos/1808550922691856/
PRESIDEN MCA UGUT LETAK JAWATAN JIKA RUU355 LULUS - GAGAL FAHAMI PERLEMBAGAAN NEGARA?
Presiden MCA yang bertegas akan meletakkan jawatan dari kabinet sepatutnya merenung kembali 'ambang' kekalahan beliau semasa PRU13 di Parlimen Bentong sebelum mengambil keputusan sedemikian.
Pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau bukan datang dari satu kaum malah kawasan Felda Mempaga merupakan antara penyokong kuat beliau dan majoriti pengundi di situ beragama Islam. Perspektif lebih luas perlu digikirkan oleh Tiong Lai berkaitan isu RUU355 yang sama sekali tidak menyentuh kepentingan penganut agama lain selain Islam.
Memetik kenyataan beliau dalam Utusan Online, Tiong Lai jelas sekali tidak memahami konsep berkongsi kuasa dan Agama Rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. MCA merupakan komponen BN hampir 6 dekad dan sepatutnya mereka memahami konsep perkongsian kuasa tanpa melibatkan anutan agama lain lain kaum.
Sambil menegaskan sebarang rang undang-undang persendirian tidak harus diberikan sokongan, beliau berkata, usul rang undang-undang itu juga tidak seharusnya dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya tetap dengan pendirian seperti sebelum ini sekiranya rang undang-undang itu diluluskan maka saya akan letak jawatan. Apa yang lebih penting adalah saya akan tetap mendesak rang undang-undang itu tidak harus dibentangkan oleh Abdul Hadi.
Adakah Tiong Lai cuba mengenakan ugutan terhadap Perdana Menteri demi kepentingan politik beliau yang semakin kelam? Khabar angin bertiup kencang di Bentong reputasi Tiong Lai merudum dan beliau tidak disenangi golongan muda di Parlimennya sendiri. Adakah benar perkara ini yang membuatkan Tiong Lai cuba mencari populariti kembali dengan pembentangan RUU355 bagi mengembalikan keyakinan kaum Cina terhadapnya?
MCA seharusnya berasa malu kerana parti itu boleh dikatakan gagal dalam PRU13 apabila banyak kerusi yang ditandingi lepas ke pihak lain akibat intergriti parti yang semakin tidak diyakini kaum Cina sendiri. Mereka bergantung harap kepada pengundi dari kaum lain bagi mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam jemaah menteri kabinet dan mahu menjadi suara kaum Cina tetapi tindak tanduk MCA tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperjuangkan dalam satu kerajaan yang memberi ruang kepada kaum lain untuk sama sama mentadbir Malaysia.
Perbezaan pendapat dalam kabinet merupakan satu perkara yang sangat baik untuk kemajuan rakyat tetapi menyentuh kepentingan Agama adalah kesilapan jika dilakukan oleh mereka yang berada dalam kabinet dan Tiong Lai perlu berfikiran lebih terbuka dalam isu RUU355 bagi mengelakkan sebarang keretakan hubungan politik BN.
Adakah MCA terpengaruh dengan hasutan DAP yang menyarankan agar parti itu keluar dari BN jika Akta tersebut diluluskan di Parlimen? MCA perlu tegaskan pendirian parti dalam isu ini.
"FROM PASIR SALAK TO SHAH ALAM WITH LOVE" - KHALID SAMAD "BIRU" SEBAB SEBUT SIAL
Ahli Parlimen Shah Alam hari ini menerima kejutan 'istimewa' di Dewan Rakyat kerana kebiadapan beliau menyebut perkataan 'Sial' kepada seorang Ahli Parlimen BN.
Dikatakan beliau menerima kejutan tersebut dari rombongan yang hadir untuk menjadi pemerhati sidang dewan.
Dipercayai beliau mengeluarkan perkataan tersebut kepada Tajuddin Rahman kerana tidak berpuashati dengan Tajuddin yang menyebut perkataan 'Kok' semasa dalam sidang berlangsung.
Video tersebut boleh di tonton di : Video Khalid Samad Hampir Kena Pukul Luar Bangunan Parlimen
http://www.azmykelanajaya.com/2016/11/video-khalid-samad-hampir-kena-pukul.html
Beberapa keping foto menunjukkan keadaan kecoh di luar dewan.
Saturday, 19 November 2016
ARTIS AJAK RAKYAT TURUN PROTES DI JALANAN - SENTAP BILA DI TEGUR NETIZEN SUPAYA JANGAN JADI PENGHASUT
BILA ARTIS MAHU BERPOLITIK, PERANGAI JADI SEPERTI BERUK DAPAT BUNGA
Malaysia menjadi 'syurga' buat pendatang asing dari negara jiran terutama Indonesia bagi mereka mencari rezeki menampung keperluan keluarga di kampung. Tanpa mempedulikan faktor keselamatan, risiko tetap di redah bagi mereka yang mahu membina kehidupan selesa di bumi asing. Bukan sedikit dari kalangan mereka yang enggan pulang ke negara asal apabila sudah mulai selesa dengan kehidupan yang jauh lebih baik dari tanah kelahiran. Agak terkesan dengan pelbagai tragedi melibatkan alam sekitar, kebanyakan pendatang asing memilih Malaysia atas sebab keselamatan dari kemusnahan alam semulajadi dan insiden melibatkan banyak nyawa terkorban.
Bukan sahaja rakyat biasa mencari perlindungan dan rezeki di Malaysia, ada juga artis kelahiran Indonesia mencuba nasib di sini dalam bidang penyiaran dan menjadikan lakonan sebagai 'lubuk wang' buat mereka. Berbekalkan wajah 'kacukan' artis yang tidak dikenali di negara kelahiran sendiri berjaya mnumpang rezeki di Malaysia apabila diberikan peluang berbuat demikian. Bukan sahaja berteduh rezeki malah mereka juga bertemu jodoh apabila di lamar untuk menjadi suri kepada individu tertentu.
Fenomena ini hanya mampu bertahan seketika kerana beberapa faktor dan kini artis Indonesia tidak lagi mempunyai ruang luas dalam bidang seni di Malaysia. Berikutan itu ada kalangan mereka mengambil jalan untuk 'pencen' dari kegiatan seni dan menumpukan kehidupan harian sebagai suri rumahtangga dan menjaga anak yang kian membesar.
Kemajuan teknologi dunia tanpa sempadan turut mempengaruhi sesetengah 'mantan artis' Indonesia untuk bergiat aktif dalam dunia baru mereka di Malaysia - Facebook. Bagi mereka menghabiskan masa di hadapan telefon pintar atau gajet lain yang dirasakan mampu menjadi platform artis inio berhubung dengan peminat mereka maka wujudlah kumpulan kumpulan maya yang aktif dalam memberi sokongan kepada golongan 'pencen tidak tetap' ini.
Berikutan dengan satu himpunan haram yang bakal berlangsung pada 19 November 2016, terdapat 'bekas artis' yang bersusur galur dari Indonesia ini tidak mahu kelihatan ketinggalan dalam mengikuti perkembangan semasa dan memberi komen di laman media sosial kepunyaan mereka. Namun apa yang dikesali golongan artis ini seperti kehilangan 'kewarasan' apabila cuba menjadi sebahagian daripada golongan penghasut kepada rakyat agar membenci kerajaan dengan memberikan pelbagai 'patwa' bagi mengukuhkan dakwaan mereka. Apabila tindakan ini di tegur oleh netizen maya, artis tersebut menjadi berang kerana berpendapat hanya beliau sahaja layak untuk menentukan 'patwa' bagi peminatnya ikuti sebagai satu bentuk arahan 'wajib' seolah 'berdosa' jika engkari apa juga yang mereka muatnaik dalam laman facebook milik individu.
Artis adalah antara golongan paling berpengaruh ke atas 'makmum' dunia facebook yang sangat mudah diikuti anak muda, namun demikian ada artis tidak tahu menghalakan pengaruh mereka untuk membawa kebaikan kepada rakyat tetapi digunakan untuk menghasut suapaya ada yang terpesong pemikirannya. Terbukti walau ada artis yang nampak bijak tetapi sebenarnya berada dalam kategori 'bodoh' apabila hanya akan berkomentar dengan sesiapa yang bersetuju dengan apa yang difikirkannya sebagai perkara betul dan menolak pandangan netizen yang tidak sependapat dengannya. Lebih memburukkan keadaan ada pula yang beranggapan pengetahuannya dalam satu bidang sudah tinggi hingga tidak boleh di tegur.
Jika artis benar benar mahu berpolitik usah risau, cari sahaja pengaruh kemudian bertanding di PRU atas tiket parti yang beliau rasakan sesuai untuk mengetahui sejauh mana 'glamour' yang boleh di raih dari 'patwa patwa' yang sering digunakannya.
"TEMBAK NAJIB BAGI MATI" - SIAPA M.FAHMY M. NOR?
Sejak siri BERSIH bermula dari kempen BERSIH 1,2,3,4 dan yang terbaru BERSIH 5 ternyata hanya menjadi medan parti pembangkang menabur fitnah serta mewujudkan kebencian terhadap kerajaan serta peminpin Malaysia. Tuntutan yang BERSIH kemukakan saban kali hanyalah ulangan laungan persepsiyang sengaja diwujudkan.
Media sosial tidak terlepas daripada menjadi medan penghasut untuk menabur pelbagai caci nista dan menimbulkan keresahan kepada rakyat akan keadaan huru hara yang terjadi setiap kali berlaku demo haram di jalanan. Pelayar media sosial turut menjadikan laman facebook sebagai ruangan mereka meluahkan perasaan benci terhadap kerajan. Walau bagaimanapun kerajaan tetap bertolak ansur untuk tidak menutup pintu seperti China yang mengharamkan facebook dan digantikan dengan aplikasi yang dibangunkan mereka sendiri bagi mengawal sebarang kemungkinan pemberontakan.
Melayari facebook kini menjadi trend bagi netizen namun begitu penggunaannya tidak terhad kepada berkongsi cerita dan memburukkan keadaan ada terdapat ugutan yang dilemparkan terhadap pemimpin hasil kempen penghasut media maya.
Dalam satu status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna bernama M.Fahmy M.Nor terdapat unsur ugutan melampau dilakukan terhadap individu bernama 'Najib'.
"tembak najib bagi mati je selesai masalah..lepas tu ko nak ajak seluruh keturunan kau melantak sampai senak perut pun x kisah la..."
Status itu mendapat 131 'like' selain 60 komen balas serta di kongsi oleh 26 orang yang lain. Dipercayai status tersebut beliau tujukan kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak berikutan termakan hasutan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mungkin beliau lupa kini Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) telah mewujudkan sebuah Mahkamah Siber yang mempunyai kuasa untuk menghukum mereka yang didapati bersalah menaikmuat status yang melibatkan keselamatan nyawa individu lain. Malah pihak Polis DiRaja Malaysia(PDRM) turut mempunyai pakar dalam 'cyber crime' yang bertujuan memantau sebarang kemungkinan yang memudaratkan negara yang cuba dikongsi netizen maya.
Inilah akibatnya apabila pelayar media sosial mengambil mudah mengenai apa juga status yang mereka naik muat kononnya sebagai 'gurauan' yang akhirnya akan mengakibatkan tindakan dikenakan terhadap mereka sendiri.
Thursday, 17 November 2016
GEMPAR TRANSKRIP USTAZ ABU MENGENAI 'JUTAWAN' AMPANG - BERANIKAH ZURAIDA TAMPIL MENAFIKAN DAKWAAN?
TENDER AMPANG MILIK ZURAIDA DAN ADAM - KOMISEN JUTAAN RINGGIT MASUK KE KANTUNG SIAPA?
RAKYAT TERTEKAN DI BAWAH DAP PULAU PINANG - KETUA MENTERI UTAMAKAN GAYA HIDUP DARI BANTU RAKYAT
DAP UTAMAKAN 'GAYA' KETUA MENTERI DARI PENTINGKAN RAKYAT
Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP tidak pernah sunyi dari kontroversi demi kontroversi melibatkan pimpinan serta keputusan kerajaan negeri yang kebanyakannya memberi impak negatif terhadap pembangunan Pulau Mutiara. Bermula dengan 'skandal banglo' DAP P.Pinang terjebak dengan pembaziran wang rakyat hingga RM305 juta untuk projek terowong dasar laut dan yang terbaru kisah Pulau Jerjak yang dikatakan sudah 'berpindah milik'.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti sudah menjangkakan 'hayat' karier politik beliau tidak lama turut menimbulkan kontroversi apabila tidak menamakan Timbalan Ketua Menteri sebagai penggantinya jika beliau di heret ke Mahkamah atas dakwaan rasuah. Apatah lagi pembentangan Bajet Pulau Pinang baru baru ini turut menimbulkan persoalan kebolehan DAP mengurus WANG RAKYAT kerana perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri naik hingga 400% dari RM61.59 juta ke RM707.61 juta dan perbelanjaan mengurus naik hingga 500% dari RM280 juta pada tahun 2008 ke RM1.35 billion.
Kenaikan kos perbelanjaan ini amat mengejutkan RAKYAT Pulau Pinang kerana Guan Eng seperti tidak serius menangani masalah yang melanda negeri tersebut tetapi lebih mementingkan 'gaya mewah' kehidupan seorang Ketua Menteri yang negerinya sering di landa banjir kilat hingga menyusahkan rakyat. Apa solusi yang Guan Eng mampu berikan kepada rakyat P.Pinang selain meminta bantuan dari kerajaan pusat tetapi tetap menyalahkan Najib atas kejadian banjir?
Apa yang Guan Eng mampu lakukan hanyalah mencari populariti apabila cuba mengambil kesempatan atas tragedi penemuan mayat seorang peniaga 'rokok seludup' yang terjun dari jambatan Pulau Pinang di mana 'amanatnya' tersebar luas dalam media sosial baru baru ini. DAP menganjurkan satu program yang kononnya rakyat tertekan dan bertindak membunuh diri bagi mengelak tindakan yang bakal dikenakan atas kesalahan sendiri?
Inikah kerajaan yang boleh menjamin hidup RAKYAT P.Pinang? Beretorik dalam poltik tetapi tidak berusaha membantu kesukaran rakyat sewaktu di landa musibah selain dari menyalahkan kerajaan pusat dan Najib? Cukuplah 'drama' Guan Eng dan DAP yang tidak habis mengaburi mata rakyat Pulau Pinang selama ini, mereka tidak layak lagi untuk memerintah Pulau Mutiara itu.
SIAPA PIHAK SUMBER DANA LUAR BERSIH 5 - PENGANJUR PERLU DEDAHKAN IDENTITI DEMI KESELAMATAN NEGARA
BERSIH BERSEDIA DEDAH SUMBER DANA LUAR?
Himpunan BERSIH 5 dijadualkan akan berlangsung pada 19 November 2016 hanya akan memberi impak buruk terhadap imej Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi warga asing dalam kalendar pelancongan dunia. Apa yang di kesali adalah tindakan penganjur BERSIH 5 yang berdegil mahu meneruskan demonstrasi haram di jalanan serta mahu peserta demo 'menawan' Dataran Merdeka yang secara simbolik melambangkan mercu Negara ini.
Tuntutan BERSIH 5 yang disenaraikan untuk di bawa dalam himpunan kali ini hanyalah retorik yang didalangi parti pembangkang dan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana memang diketahui pembangkang merupakan antara 'tulang belakang' kepada pergerakan ini. Turut menerima 'dana zionis' serta di akui oleh penganjur BERSIH 5, tanpa rasa bersalah mereka terus menabur persepsi memburukkan kerajaan walau sebahagian besar kandungan tuntutan BERSIH telah kerajaan laksanakan terlebih dahulu.
BERSIH 5 menyenaraikan tuntutan seperti berikut
- pilihanraya bersih dan adil - Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran parti pembangkang sejak PRU12. Adakah ini masih belum adil dan bersih?
- kerajaan bersih - kerajaan BN sentiasa terbuka menerima kritikan serta pujian dari segenap pelusuk dunia serta mengakui kelemahan tetapi mengambil langkah memperbaiki kelemahan itu secara berperingkat berdasarkan kemampuan.
- memperkukuhkan Sabah dan Sarawak - kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Sabah dan Sarawak dari sebarang pembangunan serta tuntutan mereka di kaji semula oleh pusat demi kehendak rakyat kedua dua negeri itu. Malah segala bantuan kepada negeri tersebut diberikan samarata oleh kerajaan BN Pusat.
ANTARA DUA DARJAT - ADAM ROSLY MEWAH, ADAM ADLI REBAH, PKR SEDUT MADU BUANG BERSEPAH
ADAM DAN ADAM DUA DARJAT BERBEZA HIDUP - HABIS MADU SEPAH DI BUANG