Wednesday, 12 June 2019

"LOOKS LIKE ME,SOUNDS LIKE ME BUT ITS NOT ME" - KISAH 98 BERULANG?

Menteri Nafi Terlibat Klip Video Panas



Seorang Menteri yang dikaitkan dengan penularan klip video panas telah menafikan penglibatan serta mengecam perbuatan mana mana individu yang cuba mengaitkan nama beliau. Beliau juga telah mengarahkan pihak peguamnya mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan klip video panas tersebut.



Negara digemparkan pula dengan pengakuan oleh seorang individu yang juga merupakan Ahli Parti Keadilan Rakyat semalam.

Pautan video pengakuan - PENGAKUAN

Bagaimanapun dikatakan klip video episod ke-2 telah mula tersebar. Sejauh mana kebenaran penyebaran klip tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Situasi ini seakan mengimbau peristiwa yang pernah berlaku dalam politik Malaysia sekitar 20 tahun lepas. Ketika itu Timbalan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kesalahan moral telah dihujani dengan pelbagai kisah dari tilam ke buku dan ada foto pegun termasuk pengakuan saksi (mangsa) kepada Perdana Menteri. Adakah cara jijik ini akan berlaku sekali lagi?

Rakyat tidak berminat dengan cara pembunuhan karektor menggunakan salah laku seks kerana tidak memberi sebarang faedah untuk rakyat dan negara. Sebaliknya rakyat mahu Kerajaan Pakatan Harapan yang diberikan mandat memberi tumpuan kepada masalah ekonomi dan memberi faedah sebagaimana diJANJIkan dalam Manifesto PH pada Pru14.

Cukuplah berpolitik dengan cara memesongkan pemikiran rakyat dari permasalahan sebenar dan kembali ke landasan sebenar. Mungkin benar bagai dikatakan netizen akhir akhir ini Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan Sepenggal berikutan KEGAGALAN mereka mentadbir negara.

GEMPAR!!! PENGAKUAN PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM VIDEO MEMBABITKAN MENTERI PAKATAN HARAPAN

Perang Sudah Bermula, Ribut Taufan Melanda PKR?

Negara digemparkan dengan penularan klip video membabitkan seorang Menteri Kabinet dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tonton video pengakuan Haziq Aziz


Tidak sampai 24 jam kisah video tersebut tular, seorang individu bernama Haziq Aziz tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah individu didalam klip berkenaan bersama Menteri Kanan Kerajaan Pakatan Harapan.

Apakah tindakan Perdana Menteri dengan pengakuan tersebut? Dalam satu sidang media PM menyatakan beliau tidak tahu apa apa mengenai video tersebut dan meminta supaya ditunjukkan video yang tular.


Adakah ini 'Malaysia Baru' yang dibanggakan Pakatan Harapan? Bagi membunuh politik maka perlu ada kisah seks dalam bentuk video sepertimana pernah berlaku pada 1998? 

Tuesday, 11 June 2019

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PERLU TUNAI JANJI KONVENSYEN ORANG ASLI, JANGAN HANYA 'LIP SERVICES' SAHAJA - AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Ramli Gesa Kerajaan Pusat Bantu Orang Asli Selaras Janji Konvensyen


Negara dikejutkan dengan musibah yang menimpa 29 Orang Asli dari Suku Batek di Gua Musang Kelantan. Dari laporan awal Hospital Gua Musang mengesahkan 'Pneumonia' sebagai punca kematian 2 orang di Hospital berkenaan. 


Pecahan pesakit seperti berikut -

- 3 bayi
- 10 kanak kanak
- 16 dewasa

12 kes dirawat sebagai pesakit luar dan 17 kes dirujuk ke Hospital Gua Musang. Daripada 17 kes, 3 kes dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mereka telah disahkan mengalami jangkitan paru-paru selepas 'Post Mortem' dilakukan terhadap 2 mangsa yang meninggal dunia. Berita ini amat menyedihkan Ramli selaku Ahli Parlimen Orang Asli kerana ada persepsi yang bermain di media sosial mengatakan punca penyakit berlaku kerana pencemaran air sedangkan tiada pengesahan dikeluarkan oleh pihak berwajib.


Ramli yang juga merupakan Orang Asli Suku Semai berpendapat Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan perlu bertindak segera menyelesaikan bagi menangani masalah ini kerana melibatkan nyawa dan Kementerian Kesihatan perlu memandang serius agar langkah pencegahan dapat dilakukan segera sebelum melibatkan lebih ramai mangsa. 


Ahli Parlimen Cameron Highlands juga telah merangka beberapa soalan bagi di bawa ke sidang Parlimen pada Julai ini dan mahu Menteri Kesihatan dab Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli menjawap mengenai musibah penyakit yang menimpa Masyarakat Orang Asli Batek di Kelantan. Ramli juga mahu kerajaan melaksanakan JANJI 'Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional' yang disebut dalam Konvensyen Orang Asli di Putrajaya baru baru ini. Beliau tidak mahu kerajaan hanya memberi 'Lip Services' atau Janji Mulut sebaliknya Pakatan Harapan perlu membuktikan dengan pencapaian 'KPI'.


Ramli berkata demikian semasa ditemui dalam Program Jamuan Aidilfitri 'Mai Hik Sengoi' Dun Jelai di Pos Betau. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut bersama masyarakat Orang Asli Pos Betau bagi meraikan mereka sempena Aidilfitri tahun ini. Beliau turut mengingatkan masyarakat Orang Asli Pahang agar sentiasa memantau kesihatan keluarga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan mengelakkan musibah Kuala Koh dari berlaku di Pahang.

Sunday, 2 June 2019

MENTERI PERTAHANAN JADI PERHATIAN KERANA UCAPAN ANTARABANGSA

Mat Sabu Undang Persepsi Pertahanan Maritim Malaysia Lemah?



Menteri Pertahanan Malaysia YB Mohamad Sabu sekali lagi mengundang persepsi antarabangsa terhadap sistem pertahanan Malaysia dalam satu temubual peringkat dunia. Beliau yang menjawap soalan berkaitan 'Coast Guard' milik Republik China memberi gambaran Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tidak mampu mempertahankan perairan negara jika diserang pihak asing.

Tonton video -



Menteri Pertahanan yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pernah menggemparkan Malaysia apabila mendedahkan hanya beberapa pesawat pejuang yang berada dibawah Tentera Udara Malaysia mampu terbang. Kini beliau sekali lagi 'Mencuri' perhatian apabila mendedahkan kelemahan TLDM pula dan malangnya kali ini pada peringkat antarabangsa. Menerusi ciapan kenyataan Mat Sabu seolah menjadi bahan 'lawak' apabila diulang siar oleh diperingkat dunia.



Entah apa akan dilakukan lagi oleh Menhan. Beliau boleh sahaja gunakan Bahasa Melayu untuk bercakap dan penterjemah sudah tentu mampu menterjemahkan kepada audiens jika penguasaan Bahasa Inggeris beliau (Mat Sabu) tidak lancar. Mengapa perlu malu dengan Bahasa Rasmi Malaysia? Lihat sahaja Jepun yang tidak segan silu berbahasa Ibunda di mana mana sahaja kerana tahu penguasaan mereka tidak sebaik mana.

Apa lagi 'Malaysia Baru' akan lakukan?