Monday, 30 September 2019

HINA LAGU NEGARAKU SEBAGAI LAGU 'PEROMPAK' - RAKYAT MAHU PIHAK BERKUASA BERTEGAS

Lagu 'Negaraku' Dihina Sebagai Lagu Perompak - Apa Tindakan Undang Undang?


Tular satu klip video sekumpulan orang tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah majlis. Dalam video tersebut sangat jelas mereka (pelaku) seolah tidak mempunyai perasaan langsung ketika Negaraku berkumandang. Apa yang mengejutkan apabila ada satu hantaran dalam media sosial daripada seorang individu bernama Shaow Tung Leong membuat kenyataan yang agak biadap apabila menggelar lagu Negaraku sebagai Lagu 'Perompak'.

TIDAK HORMATI LAGU NEGARAKU - LIPUTAN BERITA NTV7





Carian dalam sumber berkaitan Undang Undanh Malaysia menemukan Akta 390 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100 atau penjara tidak lebih sebulan jika terbukti pelaku tidak menghormati Lagu Negaraku. Pihak berkuasa (PDRM) juga diberikan kuasa menahan pelaku tanpa waran jika melanggar Undang Undang tersebut. 

Persoalannya kini adakah pelaku dalam klip video bebas dari sebarang tindakan Undang Undang Malaysia? Walau ada komen yang menyatakan mereka (Pelaku) dari Sarawak tidak bermakna mereka boleh terlepas dari tindakan kerana Sarawak berada dalam Malaysia dan tertakluk kepada Undang Undang yang ditetapkan. Harap PDRM segera mengambil tindakan tegas bagi menjaga Intergriti PDRM dari dipandang serong jika tidak tegas dengan pelaksanaan Undang Undang. Jelas sekali pelaku telah melakukan kesalahan dan ditambah lagi dengan komen yang menggelarakan Negaraku sebagai Lagu Perompak. Ini merupakan dakwaan serius dan perlu ditangani segera.

Adakah kejadian ini berlaku kerana ada doktrinisasi pihak tertentu atau lebih kepada kepentingan parti politik tertentu? Netizen dan rakyat memerhati setiap perlakuan yang agak 'Biadap' dan berharap agar tindakan dapat dikenakan kepada pelaku. 


Hantaran terbaru oleh Shaow lebih 'keras' apabila menyatakan Lagu Negaraku bukanlah Lagu Rasmi bagi Sarawak dan beliau turut menyatakan Negaraku adalah hasil plagiat dari lagu 'Mamula Moon'. Adakah kerana beliau aktivis yang memperjuangkan  Sarawak keluar dari Malaysia maka beliau bebas membuat kenyataan berunsur provokasi terhadap Undang Undang Malaysia?


Tuesday, 24 September 2019

MENTERI BAKAL DIRUJUK PAKAR SAKIT JIWA? - 'RATIB' NAMA BN, NAJIB DALAM ISU KG BARU

Khalid Samad Terus Dilanda Penyakit 'Misteri' - Takut Najib





Nampaknya Menteri Wilayah masih 'beratib' nama Najib Razak dalam ciapan twitter beliau. Selepas seharian 'Berzikir' nama Najib semalam, hari ini beliau masih melakukan perkara sama dan dikhuatiri akhirnya beliau (Khalid) terpaksa dirujuk ke Pakar Sakit Jiwa.

Beliau yang agak 'terganggu' kerana teguran Najib Razak berkaitan isu pembelian tanah Kg Baru turut mengeluarkan kenyataan biadap terhadap waris Kg Baru. Walau cuba bergurau kenyataan Khalid sebenarnya merupakan penghinaan terhadap waris Kg Baru. Adakah Menteri Pakatan Harapan hanya bertaraf 'Pak Lawak' dan di'lesen'kan membuat kenyataan mengguris hati rakyat kemudiannya memohon maaf?



Jika beginilah cara seorang Menteri menangani isu Kg Baru, percayalah Pakatan Harapan sedang menuju kehancurannya pada PRU15.

KHALID PERLU BUKTIKAN DAKWAAN - NAJIB RAZAK

Nampaknya dalam isu Kg Baru, tiada penyelesaian mampu dilakukan oleh Menteri dalam masa terdekat. Apa kata waris Kg Baru kepada harga yang ditawarkan PH bagi pembangunan Kg Baru?


Sunday, 22 September 2019

PRK P165 - FORMULA 'AIMAN TAK KISAH' JADI KEMPEN PAKATAN HARAPAN?






Prk P165 Tanjung Piai - Apa Pula Manifesto Pakatan Harapan?


Salam takziah buat waris serta keluarga Allahyarham YB Md Farid Bin Md Rafik yang meninggal dunia kelmarin. Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Menteri di Putrajaya selepas memenangi kerusi Tg Piai dengan 21,225 undi pada Pru14 dan menewaskan calon BN yang menerima 20,731 undi.

Kekosongan ini akan membawa satu lagi Pilihanraya Kecil dalam tempoh 60 hari atau sehingga pihak SPR mengumumkannya. Dalam media sosial sudah bermula adegan 'perang-perang' kalangan netizen yang memberi cadangan parti politik mana yang perlu diberikan peluang bertanding. Tidak ketinggalan ada nama tertentu disebut mampu menjadi calon yang terbaik bagi mewakili BN/Pas. Malah nama Ketua Pemuda MCA turut berlegar di media sosial dan disebut sebagai calon paling berwibawa bagi membawa impak Muafakat Nasional. Namun seperti biasa apa sahaja keputusan pucuk pimpinan BN dan PAS akan tetap diterima oleh akar umbi.

Jika sebelum ini BN bertanding dengan sokongan komponen BN dan kerjasama Jentera PAS  namun kali ini situasi agak unik selepas 14 September 2019. Termeterai Piagam Muafakat Nasional membawa lembaran baru kerjasama politik dalam 2 buah parti Melayu (Islam) terbesar negara. Prk Tanjung Piai akan jadi tapak permulaan Muafakat Nasional digerakkan menuntut komitmen setiap parti samada BN atau Pas bekerjasama dan memberi mesej jelas buat Rakyat sekaligus menepis kritikan picisan Pakatan Harapan.


Pakatan Harapan dijangkakan akan memberi tentangan terhadap BN/Pas di P165 bagi mempertahankan majoriti 524 yang diraih dahulu. Namun kini cabaran berbeza menanti PH apabila rakyat semakin sedar kebobrokan yang dilakukan PH selepas setahun memerintah. Fasa demi fasa kegagalan Pakatan Harapan tidak memberi kelebihan buat PH menjanjikan 'Bulan Bintang Matahari' buat pengundi P165. Sorakan 'Kena Kencing' pasti bergema apabila pemimpin PH mula menabur janji dalam kempen Prk ini. Apa tidaknya, lihat sendiri KEGAGALAN PH menepati manifesto mereka sendiri. Malah golongan Nelayan dan Pekebun Kecil antara yang menerima tempias paling teruk selepas era BN. Itu baru 2 kategori belum ditambah dengan kategori lain lain yang merupakan pengundi P165. Apa solusi Pakatan Harapan berdepan kempen kali ini? Mahu membawa kisah 1MDB? Kisah Najib? Kisah Zahid? Kisah TG Hj Hadi? Yang terbaru dijangkakan kisah pembangunan Kg Baru turut akan dimasukkan dalam siri kempen PH kononnya mereka menjaga kepentingan Orang Melayu?

Kita sama sama tunggu selepas penamaan calon kelak. 




Friday, 20 September 2019

KONGRES MARUAH MELAYU - SIAPA AKAN JADI "BALACI" DAP?

Lim Kit Siang Serang Umno-Pas Bagi Gagalkan Kongres Maruah Melayu?



Serangan demi serangan mula dihalakan terhadap Umno dan Pas sejak usai Majlis Piagam Muafakat Nasional ditandatangan kedua-dua Presiden Parti. Disebalik kenyataan berbau ego Pakatan Harapan, ternyata mereka terutama DAP semakin tertekan dengan kerjasama Umno-Pas. Terbaru veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dilaman blog beliau mengenai perkara tersebut dan menggambarkan kerjasama tersebut hanyalah helah politik. 



Membaca tulisan Kit Siang, ada beberapa persoalan yang boleh dipertikaikan mengenainya. Apa maksud LKS dengan ayat yang diterjemahkan - "bagi mencapai matlamat tersebut Umno-Pas perlu mewujudkan unsur ketakutan tanpa asas dikalangan Melayu dan Muslim mewakili Senanjung Malaysia bahawa buat pertama kali mereka (Melayu&Muslim) berdepan dengan ancaman yang tidak wujud"? Kenyataan LKS ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana beliau tidak melihat konteks Muafakat Nasional secara keseluruhan. Mari memahami apa yang terkandung dalam Piagam Muafakat Nasional.

Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.

Jelas amat bertentangan sekali kandungan PMN dengan kenyataan LKS yang cuba memanipulasi isu untuk kepentingan politikal DAP itu sendiri. Malah dalam tulisan LKS beliau turut menggariskan mengenai serangan terhadap DAP yang menggunakan unsur ucapan kebencian, berita palsu dan sebagainya namun LKS terlupa bahawa selama ini DAP adalah pelopor kepada kebencian terhadap kaum lain. Mungkin LKS juga dijangkiti penyakit 'Skizo' kerana terlalu banyak rakaman ucapan DAP yang menerapkan unsur kebencian dan berita tidak benar selama ini. 

Tidak percaya? 

Klik dipautan berikut bagi mengesahkan KEJAHILAN DAP 

PROPAGANDA DAP
HASUTAN DAP
DAP SKREW MELAYU

Cadangan yang dijangkakan dalam Kongres Maruah Melayu

Timbul pula persoalan mengapa LKS berdiam diri mengenai Kongres Maruah Melayu yang bakal diadakan pada 6 Oktober 2019? Adakah beliau bersetuju dengan cadangan yang akan dibentangkan Tun M dalam Kongres tersebut? Secara sinis kita dapat melihat cadangan kandungan yang akan dibentangkan dalam KONGRES MARUAH MELAYU bertentangan dengan 'Kitab Deklarasi Setapak' yang masih jadi pegangan DAP selama ini. Beranikah LKS mempersoalkan hal tersebut dihadapan Tun M? Jelas sekali serangan LKS terhadap PMN adalah satu sikap 'Double Standard' yang sering digunapakai DAP bagi 'Menghalalkan Matlamat Politik' yang boleh memberi 'Politic Mileage' buat mereka.


Deklarasi Setapak DAP

Mengapa LKS perlu risau akan kerjasama Umno-Pas jika mereka benar yakin mampu kekal berkuasa di Putrajaya walau tanpa Mahathir? Tanpa sedar LKS sendiri mendedahkan ketakutan PH yang kini masih GAGAL memenangi Rakyat dengan pelbagai isu yang belum ditangani malah bertambah melarat apabila segalanya tidak menjadi seperti diharapkan walau meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua. Mungkin ada kebenaran mereka (DAP) akan beralih sokongan dari Mahathir kepada Anwar sekiranya Tun bertegas mahu meletakkan asas Kongres Maruah Melayu sebagai penanda aras menarik kembali sokongan orang Melayu dan Muslim. Hingga hari ini LKS masih tidak membuka mulut dan dipercayai akan berlaku penentangan saat akhir terhadap Tun M. Kit Siang nampak impak sebenar PMN dan mahu menggagalkan matlamat tersebut namun kini TERPAKSA berdepan dengan sekutu sendiri dan cara paling mudah mengalih sambil menyerang Tun M ialah memindahkan serangan terhadap Umno-Pas.

Bagaimanapun disebalik segalanya hanya satu persoalan bermain - Beranikah Lim Kit Siang mendesak Mahathir membubarkan Parlimen bagi menguji kekuatan sebenar Pakatan Harapan TANPA Mahathir. Ini cabaran sebenar buat Lks dan DAP sekiranya mereka yakin Amanah dan PKR akan bersama membentuk kerajaan tanpa PPBM yang kini "Bertudungkan Hak Melayu".

Thursday, 19 September 2019

KONGRES MARUAH MELAYU BAGI MENYAINGI MUAFAKAT NASIONAL - AGENDA POLITIK 'KUDAKAN' AHLI AKADEMIK?

Kongres Maruah Melayu - Parti Politik Guna Ahli Akademik Pengaruhi Melayu?



Gegaran Piagam Muafakat Nasional terus dirasakan rakyat seluruh negara apabila 2 buah parti terbesar Melayu bersefahaman dalam menongkah arus politik Malaysia. Pakatan Harapan yang menggabungkan pelbagai fahaman amat terkesan dengannya dan sudah merasakan hayat politik mereka bakal ditamatkan pada PRU15. Juteru itu langkah segera bagi 'Menawan Hati' Orang Melayu perlu diadakan mereka untuk memastikan PH terus 'Bernyawa' dan bagi memastikan tidak 'dikuburkan tanpa nisan', sesuatu perlu dilakukan mereka. 



Antara parti yang menerima tamparan hebat agenda Muafakat Nasional adalah Parti Pribumi Melayu Malaysia (PPBM) yang kononnya memperjuangkan nasib Orang Melayu. Bagaimanapun Rakyat melihat segala kebejatan yang berlaku kini adalah kerana kelemahan PPBM itu sendiri hingga menyaksikan Orang Melayu kini umpama 'Melukut Di Tepi Gantang' dibawah pemerintahan Pakatan Harapan. Segalanya yang berkaitan 'MELAYU' semakin dikikis keistumewaan dan ini amat mengguris hati Orang Melayu itu sendiri. Bermula dari ICERD kepada pembahagian peruntukan Sekolah hinggalah kenaikan yuran IPTA segala yang berkaitan dengan Melayu terus digodak oleh sekutu dalam PH sendiri. Belum lagi menyentuh beberapa konglomerat berkaitan Melayu dan Islam yang sudah dirobek, penjualan aset aset syarikat serta kemasukan individu bukan Melayu kedalam syarikat berkepentingan Melayu turut menarik perhatian Rakyat. Sikap menunduk PPBM kepada pihak lain terus jadi perhatian dan kini rakyat sudah nampak parti (PPBM) yang mendabik dada mengatakan mereka akan membela nasib Melayu sebenarnya BACUL. Merujuk kepada foto mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan mengenai Kongres ini dilalukan di Gerbang Perdana dan dihadiri oleh ahli Parlimen yang melompat parti selepas menang kerusi Parlimen atas tiket Umno dan Gerbang Perdana adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pembuatan Jambatan Bengkok Malaysia - Singapura. Umum tahu projek jambatan bengkok dilihamkan oleh PM Ke-4 dimana kemudiannya dibatalkan kerana tidak memberi kesan baik dari ekonomi atau kos. Pembatalan projek berkenaan bukan percuma kerana difahamkan Kerajaan terpaksa membayar sejumlah gantirugi apabila projek tersebut dibatalkan.

Tidakkah ini semua menampakkan penglibatan parti politik namun dikaburkan dengan menggunakan nama satu Pusat Kajian IPTA semata untuk mencari pengaruh Orang Melayu? Perlu juga ditanya kepada Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu UM, ada atau tidak mereka kaji kesan kenaikan yuran IPTA terhadap pelajar Melayu diseluruh negara? Jika tiada kajian kesan tersebut mengapa secara tiba tiba berminat bekerjasama untuk melaksanakan Kongres Melayu? Apa pula kajian mereka (UM) kepada kesan Meritokrasi dan dasar yang meminggirkan Melayu? Agak pelik bagi sebuah Pusat Kajian IPTA yang berprestij begitu mudah dipergunakan jika benar parti politik terlibat sebagai 'Back Bone' program tersebut. Adakah ini satu bentuk doktrinisasi yang sedang dilakukan oleh parti politik dengan menggunakan ahli  akademik bagi 'Menghalalkan Matlamat' untuk mengimbangi Piagam Muafakat Nasional?

Mengapa perlu ada penglibatan politik jika ia benar-bemar bebas dari sebarang pengaruh pihak tertentu? Adakah ini bagi memastikan sokongan Melayu kekal kepada parti politik tersebut sekaligus menampilkan imej bahawa mereka (Parti Politik) merupakan 'Juara' bagi Orang Melayu? Memahami percaturan, berselindung disebalik nama akademik adalah cara paling mudah bagi mengelakkan kecaman sekutu politik Pakatan Harapan. Mendepani label Rasisme yang digunapakai terhadap Muafakat Nasional, PPBM menampakkan seolah mereka tidak terlibat dalam isu Melayu tetapi dalam masa sama 'Mengkudakan' Pusat Kajian IPTA dan seperti biasa seandainya 'Kantoi' mereka akan 'Cuci Tangan' dan menyalahkan pihak lain.

Timbul juga persoalan mengapa hanya selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangan Umno-Pas pada 14 September 2019, barulah mahu diadakan Kongres Maruah Melayu sedangkan sudah hampir 16 bulan PH berkuasa dan PPBM menggepalai pemerintahan. Masih mahu menafikan kegusaran PH terhadap PMN atau mahu menutup kelemahan PPBM dalam hal kepentingan Melayu dan Islam? Menyedari sokongan terhadap PH semakin merudum lantaran terlalu banyak kebejatan berlaku, maka langkah terdesak memulihkan imej Tun M perlu dibuat dan tidak mustahil Kongres Maruah Melayu akan dijadikan medan mengagungkan Tun M sebagai pejuang Melayu. Inilah cara politik kuno yang digunapakai semasa zaman PM Ke-4. Segalanya drama airmata dan skrip meletakkan kisah 'Melayu Mudah Lupa' akan didendangkan bagi mengangkat kembali apa yang dikatakan sebagai Maruah Melayu. Memalukan nama Pusat Kajian IPTA jika perkara ini berlaku.



Tuesday, 17 September 2019

FOTO 'INTIM' TIMBUL PERSOALAN HALUAN POLITIK AMIN MULIA DAN SALLEH KERUAK

'Terburai Di Tepi Pantai' - Mana Perjuangan Amin Dan Salleh Keruak?



Menggelikan hati apabila Anwar Ibrahim disifatkan sebagai 'Last Samurai' oleh Pandikar Amin Mulia semasa pertemuan mereka di Sabah. Gelaran tersebut menimbulkan persoalan kalangan warga net adakah ia berupa sindiran terhadap Tun M yang telah beberapa kali mengunjungi Jepun dan mendapat Bon Samurai atau isyarat supaya Tun M segera menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim?



Baca - 'THE LAST TERBURAI'?

Mengapa secara tiba-tiba Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak menyokong Anwar sebagai PM Ke-8 jika tiada keuntungan politik sebagai imbalan? Perlu diingatkan Salleh Keruak merupakan bekas Bendahari Umno dan Pandikar Amin pula merupakan bekas Speaker Dewan Rakyat yang masih 'Suci' dari sebarang siasatan oleh pihak berkuasa. Rakyat memerhati bagaimana Bung Mokhtar Raden yang berkeras enggan melompat kemana-mana parti selain Umno diheret ke Mahkamah atas dakwaan tertentu. Sehingga hari ini mereka berdua (Amin & Salleh) masih tiada sebarang tuduhan dan kini secara terbuka mereka berdua menyokong Anwar? Benarkah tiada 'Udang Sebalik Batu'?

Masih kekar bagaimana mereka berdua ketika berada dalam Umno begitu jelas menghentam Anwar dan Tun M sebelum PRU14 , namun segalanya berubah apabila BN tumbang pada 9 Mei 2018. Jelas sekali pendirian politik yang mudah berubah dan hanya menumpukan keuntungan imej politikus merupakan perjuangan mereka. Segalanya umpama mimpi apabila membaca kenyataan kedua-dua ahli politik ini. Adakah ini namanya 'Panglima'? Jika dikutkan langsung tidak layak menyandang gelaran tersebut kerana 'Lari dari medan pertempuran' dan bersikap bacul lantas memilih untuk mencari keuntungan tersendiri.


Kenyataan Salleh Keruak

The Last Samurai?

Adakah kedua-dua bekas pemimpin Umno Sabah ini menggunakan Anwar Ibrahim sebagai 'Perisai' bagi melindungi diri dari sebarang tindakan sekiranya ada dakwaan dibuat terhadap mereka? Umum tahu Presiden PKR telah bertegas menyatakan beliau yakin akan mengambil alih kuasa daripada Tun M mengikut perjanjian asal namun gelora dalaman PH seperti menidakkan peralihan kuasa berlaku. PKR diketahui sedang berada dalam konflik dalaman antara Anwar dan Azmin dan ini amat mencemaskan kedudukan Anwar. Memburukkan keadaan Tun M ada mengeluarkan kenyataan sekiranya ada permohonan dari Azmin untuk menyertai PPBM akan dipertimbangkan. Paling digusarkan Anwar sekiranya Azmin keluar PKR berapa ramai Ahli Parlimen akan turut serta bertukar parti dan untuk 'mematikan langkah' Anwar perlu mendapat sokongan Sabah sebagai taruhan untuk menampakkan beliau mempunyai 'Angka' sepertimana sering didakwanya. Adakah ini peranan Pandikar Amin Mulia dan Salleh Keruak seandainya mereka turut serta dalam PKR bagi membawa seberapa ramai sokongan buat Anwar Ibrahim?




Baca - SEDIA TERIMA AZMIN JIKA ADA PERMOHONAN

Ini persepsi berdasarkan foto 'Mesra' Anwar-Amin-Salleh dan mereka perlu tampil menafikan sekiranya tiada agenda kepentingan politik berlaku samada semasa atau selepas pertemuan tersebut. Bagaimanapun mengapa pilih gelaran 'The Last Samurai' untuk Anwar sedangkan beliau tidak pernah belajar menjadi Samurai? Ingat lagi apa dakwaan Tun M semasa memecat Anwar pada 1998?

DUN PERAK BUBAR JIKA ADA YANG LOMPAT, KESAN MUAFAKAT NASIONAL BERBAHANG DI PERAK

Bakal Lompat Parti - Perak Bertukar Pentadbiran?



Sudah terdengar desas desus pergeseran dalaman Pakatan Harapan Perak semakin meruncing. Walau permukaan nampak tenang tetapi siapa tahu 'ada buaya' dibawah teratai melintas air?

Segalanya bermula dengan kes seorang Exco DAP Perak yang diheret ke Mahkamah atas dakwaan merogol pembantu rumahnya sendiri dari Indonesia. Kes ini menarik perhatian kerajaan Indonesia dan mahukan kes berjalan dengan adil mengikut lunas Undang Undang Malaysia. Malah rakyat Indonesia juga memberi perhatian khusus kes ini kerana melibatkan hubungan diplomatik dan kerjasama pekerjaan sektor bagi mereka.

Baca - BERANIKAH DAP DEDAH RAHSIA?

Melihat kedudukan penguasaan DAP di Perak amat tidak mustahil mereka mampu berbuat sesuatu sekiranya Exco Tronoh didapati bersalah oleh Mahkamah. Dengan sokongan Amanah (PAN) yang dilabelkan sebagai 'Khadam' DAP berserta sokongan 'Serpihan' PKR, jawatan MB Perak boleh menjadi milik DAP sekiranya tuntutan mereka (DAP) tidak dipenuhi.



Sebelum keluarnya ugutan ini, 2 orang ahli DAP Perak telah meletakkan jawatan dalam parti dipercayai ada kaitan dengan isu Adun Tronoh juga. Adakah mereka dalam rangka usaha merombak Kerajaan Negeri dan meletakkan 'Proksi' sebagai Menteri Besar Perak yang baru agar segala perancangan berjaya? Ketara sekali penguasaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak tidak lebih dari melepas batuk di tangga. Dengan hanya 2 kerusi mereka (PPBM) mendapat keistimewaan dipilih sebagai Menteri Besar malah Tun M yang menggepalai PH juga mendapat keistimewaan sama walau hanya menang 13 kerusi Parlimen (semasa 9/5/2018) dan kini Tun M terikat dengan janji peralihan kuasa antara beliau dan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil perkara sama ada di Perak kerana bersandarkan kepada 1 kerusi (9/5/2018) mereka (PPBM) tidak mempunyai asas yang kuat sebagai teraju Kerajaan Negeri.



Suhu politik Perak sekali lagi 'PANAS' apabila Umno dan Pas mengambil langkah berkerjasama apabila menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 sekaligus membuka mata rakyat Perak bagu menilai semula adakah berbaloi mereka memberi peluang kepada PH mentadbir negeri itu lagi. Walau cuba dinafikan kegusaran oleh YB Asmuni dari Amanah (PAN), ternyata kerjasama ini memberi kesan ketara terutama terhadap DAP. Imbau kembali kedudukan kerusi DUN Perak sekiranya berlaku kejutan.





Apa yang ditakuti PH kini ialah 'Muafakat Nasional' yang mampu merubah kedudukan penguasaan mereka dan sudah pasti DAP selaku dominan dalam Dun Perak enggan perkara ini berlaku. Bagi mengelak terjadi peralihan kuasa maka Exco DAP perlu dibuktikan 'Tidak Bersalah' dan ini berada diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri yang dikepalai PPBM. Apa perancangan seterusnya oleh DAP sekiranya Adun Bebas menyatakan sokongan kepada 'Muafakat Nasional' hasil kerjasama Umno-Pas ini? Pembaca boleh mengira bilangan kerusi dan kemungkinan yang bakal berlaku jika MB Perak terus ditekan dengan kes Exco. Tidak mustahil apa sahaja boleh berlaku dan kisah Sidang Dun 'Ketapang' boleh terjadi sekali lagi. Persoalannya sekarang SIAPA yang akan melompat parti di Perak maka individu itulah penentu kuasa Kerajaan Perak. 

Baca - SIAPA BAKAL LOMPAT PARTI?


Monday, 16 September 2019

ANWAR 'KENA LIWAT' BILA MAHATHIR TERIMA AZMIN, DAP BAKAL TARIK SOKONGAN?

Konflik Makin Hampiri Klimaks - Siapa Bakal Tertipu?



Sengketa dalaman Pakatan Harapan semakin jelas dimata rakyat dan pemerhati politik tanahair. Sebagai parti tersebar dalam ikatan PH, PKR kini menghadapi dilemma paling epik sepanjang penubuhan parti tersebut yang diasaskan Anwar Ibrahim selepas dipecat Mahathir pada 1998 atas dakwaan 'Rendah Moral' dan Liwat.


Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR yang terpalit dengan kontroversi video intim pula mengambil pendekatan agak kontra apabila tidak hadir dalam mesyuarat tertinggi PKR sekaligus menimbulkan persoalan adakah beliau mahu memberi isyarat kepada Anwar bahawa sedang berlaku 'pemberontakan dalaman' PKR? Bukan Azmin sahaja tidak hadir malah Naib Ketua dan segelintir yang berjawatan dalam PKR juga tidak hadir sehingga menarik perhatian ahli bawahan PKR. Malah ada kalangan 'Cybertrupers' PKR juga mengkritik Anwar Ibrahim secara terbuka dalam media sosial atas arahan pihak tertentu yang membekalkan 'peluru' bagi menembak Presiden PKR sendiri. Anwar yang diketahui mahu perjanjian peralihan kuasa Mahathir - Anwar tidak disenangi sekutu mereka PPBM sehingga menimbulkan konflik sesama mereka. 

Bagaimanapun kejutan paling menikam Anwar tentulah kenyataan Mahathir yang  secara terbuka memberitahu akan menerima Azmin masuk ke PPBM sekiranya ada permohonan dari beliau. Ini paling menggemparka  kerana hampir pasti Azmin tidak akan bersendirian seandainya memilih 'Lompat Parti'. Berapa ramai kalangan Ahli Parlimen dan Adun PKR akan turut serta sekiranya Azmin bertukar parti? Inilah yang menggerunkan Anwar kerana Azmin sudah kena 'Pegang Telur' akibat video intim 'Sandakan'. Mengenali Mahathir dan cara penggendalian politik lawan Mahathir amat mudah. Kumpul segala bukti, simpan dalam fail dan gunakan apabila perlu menundukkan seseorang. Sekiranya enggan menurut kehendak maka fail akan dibuka kepada semua rakyat dan bermulalah paluan gendang sepertimana Anwar lalui.

Baca - SEDIA TERIMA AZMIN JIKA ADA PERMOHONAN

Sebagaimana maklum dalam PH, PPBM merupakan antara parti minoriti dalam penguasaan kerusi Parlimen. Bagi mengimbangi kekuatan PKR dan DAP, Mahathir perlu memikirkan kuasa parti tersebut untuk mendominasi Parlimen. DAP pula yang masih berpegang kepada Deklarasi Setapak sentiasa memberi tekanan politik untuk memenuhi impian ahli DAP sendiri untuk melihat 'Malaysian Malaysia' direalisasikan selepas DAP berada dalam kerajaan dan memegang portfolio penting Kabinet Malaysia. Tekanan ini bermula di peringkat negeri dan diteruskan ke peringkat nasional. Meneliti konflik dan kontroversi DAP, ritma politik mereka seiring dengan menimbulkan pelbagai polemik sebagai bahan ujian sokongan ahli bawahan. Corak tekanan dari DAP menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar dan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar perlu dipercepatkan agar lebih pantas impian DAP tercapai. Oleh demikian, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan kenyataan akan menerima Azmin ke PPBM sekiranya beliau ( Azmin) memohon. Dari situ sudah pasti penambahan kerusi PPBM akan memadam majoriti DAP sekaligus melumpuhkan Peralihan Kuasa yang dijanjikan. Bagaimana sekiranya DAP, PKR dan AMANAH menarik balik sokongan terhadap Mahathir? Siapa akan jadi 'King Maker' bagi membentuk kerajaan? Inilah permainan politik angka yang dimanipulasi Mahathir.

Baca - DAP MULA GELISAH

DAP UGUT BUKA RAHSIA

PENYATUAN UMNO PAS GEGARKAN DAP

Kemanakah hala tujuan politik Pakatan Harapan jika hanya pergelutan mengenai kuasa sahaja berlegar dikalangan mereka? Terlalu banyak kebejatan terbentang selepas PH mengambilalih tampuk Putrajaya lantas kepentingan rakyat bukan lagi nombor 'wahid' sebagaimana dijanjikan pada PRU14. Tiada lagi pakar-pakar 'Pembelit' PH membentangkan polisi yang menguntungkan rakyat sebaliknya mereka hanya memburukkan suasana ekonomi rakyat. Ingat lagi laungan penghapusan tol? Penurunan harga bahan bakar (petrol)? Penghapusan pinjaman PTPTN? Skim BR1M diteruskan dengan nama baru BaSaH tetapi menolak permohonan golongan bujang? Masih ingat satu ketika mereka menyatakan BN menjual maruah negara kepada negara asing tetapi kini siapa yang ternyata 'MENJUAL NEGARA'? 

Semua itu hanya sebahagian daripada KEGAGALAN PH dan banyak lagi akan terjadi sekiranya mereka terus berkuasa. Malah ketika PM ke Jepun apa pelaburan yang beliau bawa balik selain Pinjaman Bon Samurai diikuti Bon Samurai Kedua? Rakyat menilai setiap kelakuan PH dan kini para Belia sudah mulai mengeluh melihat dasar dasar Pakatan Harapan yang memberi 'Harapan Palsu' kepada mereka. 




Thursday, 12 September 2019

PAKATAN HARAPAN PERAK 'NAZAK', DAP PERAK TUNJUK 'SIAPA BOSS'

Dun Perak 'Gabra', Siapa Akan Jadi Majoriti Kerusi Perak?



Politik Pakatan Harapan bergegar lagi apabila 2 Adun DAP meletakkan jawatan mereka dalam parti. Alasan yang diberikan kerana tersinggung dengan cara Nga Kor Ming berkaitan kes seorang Adun DAP yang didakwa di Mahkamah atas tuduhan merogol orang gajinya.



Baca - BENGANG DENGAN NGA KOR MING

Betulkan jika fakta ini salah. Matematik mudah perkiraan jumlah kerusi Dun Perak berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi PH.

Melihat situasi ini hampir pasti akan berlaku pergolakan dalam Pakatan Harapan Perak yang didominasi DAP dengan 18 kerusi. Seandainya Adun DAP didapati bersalah dan dijatuhi hukuman yang boleh melucutkan kelayakan beliau sebagai Adun maka kerusi PH akan tinggal 29. 

Untuk jawatan Speaker mereka (PH) perlu memilih dari kalangan Adun yang mewakili PH maka jumlah kerusi majoriti akan menjadi 28. Jika BN dan PAS bergabung maka kekuatan akan jadi seimbang dengan jumlah 28-28.

Apakah solusi Menteri Besar Perak jika DAP menarik balik sokongan terhadap beliau? Adakah ini akan membuka satu lagi lembaran sejarah politik Perak? Enggan mengulas lanjut maka biarlah PH Perak menyelesaikan masalah mereka dengan kekuatan 2 kerusi PPBM dalam Dun Perak.

Bagaimanapun suasana Perak masih tenang dengan satu klip video mirip wajah MB Perak bernyanyi diatas pentas. Adakah itu nyanyian sebagai 'bekalan' seandainya tersungkur akibat hilang sokongan DAP Perak? Biarlah rakyat Perak yang nilaikan.


Sejarah Ketapang Bakal Berulang?

Thursday, 5 September 2019

PANAS!!! VIDEO SEMBUR.....TERSEBAR LAGI

Panas!!! Video Sembur.....






Heboh diperkatakan dalam media sosial mengenai penularan klip video intim songsang melibatkan individu mirip seorang menteri dari Parti Keadilan Rakyat. Presiden PKR tampil menafikan keteribatan beliau dalam penularan video tersebut. Difahamkan modus operandi video tersebut hampir sama ketika kali pertama ia diedarkan melalui apikasi Whatsapp.

ANWAR NAFI TERLIBAT



Penularan kali ini dikatakan lebih menarik kerana versi penuh diedarkan. Sejauh mana kebenarannya tidak diketahui namun mengapa ia diedarkan disaat pelbagai isu melibatkan rakyat sedang berlaku? Memerhati senario ini, dapat dilihat ianya lebih kepada tekanan politik kepada pihak tertentu sebelum menjelang Oktober. Siapakah pihak yang menekan dan siapa pula yang tertekan?






Desas desus 'Coffee House' menyifatkan penularan kali ini adalah bagi memastikan individu yang mirip seorang Menteri dipecat sekaligus menafikan penguasaan dan mematikan langkah 'Peralihan Kuasa' sepertimana dijanjikan sebelum ini. Malah percaturan siapa akan membentangkan 'Bajet 2020' juga dikatakan terjejas dengan pengedaran klip video tersebut. Ramai pemerhati politik yakin akan berlaku perubahan struktur Kabinet Pakatan Harapan menjelang Oktober dan sudah pasti tekanan bagi merealisasikan 'Perjanjian Kuasa' akan ditimbulkan bagi mengembalikan keyakinan penyokong Pakatan Harapan. Pelik bukan apabila Anwar Ibrahim segera tampil menafikan beliau antara yang terlibat. Mengapa mengelabah? Masih ingat bagaimana seorang Setpol melaungkan #Semburit dan meminta PDRM menahan individu yang dikatakan terlibat dalam video itu? Adakah ini ada kaitan sekaligus menampakkan sesuatu berlaku dalam 'Secawan Air'?

Rakyat memerhati perebutan dan kini sudah bosan dengan cerita skandal seks songsang seperti pernah didendangkan pada zaman PM Ke-4.