Saturday, 31 August 2019

'ANWAR KENA TALKIN' BILA MAHATHIR KATA PH MENANG JIKA ESOK PRU15?

Beranikah Mahathir Bubarkan Parlimen?



Tun M semalam menyatakan seandainya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, Pakatan Harapan akan terus kekal berkuasa. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Pakatan Harapan yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Bagaimanapun rata rata netizen menemplak keyakinan Mahathir dan mencabar agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Kerajaan. Sepanjang 15 bulan memerintah pelbagai retorik dihidangkan kepada rakyat oleh PH dan KEGAGALAN MANIFESTO antara yang jadi bahan perbualan hangat kalangan marhein.



Dengan pelbagai kontroversi melanda Pakatan Harapan, keyakinan Tun bahawa gabungan mereka akan kekal berkuasa dilihat sebagai isyarat kepada individu yang menuntut peralihan kuasa seperti dijanjikan sebelum ini.  Sebelum kenyataan mengenai PRU15, Tun ada mengeluarkan kenyataan TIADA JAWATAN KOSONG dalam kabinet beliau buat masa ini dan kenyataan tersebut disambut pula oleh Timbalan Perdana Menteri dengan 'Sinis'.

KEKAL BERKUASA JIKA ESOK PRU15



TIDAK TAWAR DIRI UNTUK JAWATAN KABINET

Membaca kenyataan Datuk Dr Rais yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, beliau lebih realistik dalam memberi pandangan politik dan berpijak di bumi. Apatah lagi dengan 'Cara dan Gaya' PH yang penuh kontroversi, beliau meramalkan PH akan kalah jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat. Dengan isu moral dan disiplin yang melanda PKR serta KEGAGALAN DAP sebagai Menteri Kewangan, semua itu digarap rakyat yang memerhati tingkah laku mereka  (PH) sepanjang setahun 3 bulan ini. 

Kerjasama BN-PAS pula semakin mendapat sokongan rakyat juga memberi tekanan kepada PH dan ini yang telah diterjemahkan dalam 3 Prk yang dimenangi BN dengan sokongan PAS. Melihat kemaraan ini, ada pihak yang 'Panas Buntut' dan cuba memberi gambaran buruk kerjasama BN-PAS namun rakyat lebih bijak menilai segalanya. Faktor perkembangan ekonomi yang lembab juga mempengaruhi pemikiran rakyat manakala Anak Muda pula merasakan TERTIPU dengan JANJI MANIS Manifesto PH.

Baca - INGATAN NAJIB BUAT RAKYAT

Jika Mahathir benar-benar yakin dengan kenyataan beliau, sewajarnya Parlimen dibubarkan agar mandat baru diberikan. Adakah kenyataan semalam antara isyarat 'Perjanjian' peralihan kuasa hanya akan berlaku mengikut 'KEHENDAK Tun M'? Teliti kembali kenyataan beliau dalam satu sidang media yang secara tidak langsung memberitahu individu bahawa beliau dan partinya hanyalah elemen loncatan untuk kembali berkuasa.



Dua penggal bermakna 10 tahun mengikut kiraan 5 tahun sepenggal. Mampukah individu tersebut bersabar sedangkan desakan dari ahli semakin kedengaran untuk beliau mengambilalih jawatan PM? Sedikit rasa simpati apabila Timbalan Perdana Menteri seakan bersetuju dengan Tun M mengenai kekosongan jawatan dalam Kabinet sekaligus memberi gambaran sekiranya beliau (individu) mahu menjadi PM, maka perlulah menunjukkan kemampuan sebagai 'Kepala Perang'. Apa yang menyedihkan kemampuan individu tersebut dinafikan dalam Prk Rantau walau turun padang bersungguh hingga sanggup membawa cemeti dan berdansa mengikut rentak yang didendangkan.

Memahami bahasa politik Mahathir dalam kenyataan semalam merupakan gambaran bahawa individu tersebut 'Tidak Layak' lagi mengambilalih kerusi dari beliau. Perkiraan matematik mudah untuk melumpuhkan kemaraan adalah angka dan dikatakan kini Mahathir mempunyai 'Angka' yang cukup bagi menepis tuntutan alih-kuasa. Dengan pelbagai masalah dalaman yang melanda, sudah pasti individu tersebut dilihat lemah dalam mengawal KESETIAAN ahlinya sendiri. Sokongan dari parti dominan PH pula akan dituntut supaya mereka kekal berkuasa dan menguasai pentadbiran. 

Segala persoalan hanya akan terjawap sekiranya Mahathir masih lagi mengamalkan 'Walk The Talk' dan bukan hanya bergantung kepada propaganda politik dan 'Drama AirMata' yang pernah beliau lakukan sebelum ini.  Beranikah Mahathir? 









Friday, 30 August 2019

'TALKIN UNTUK PKR' MENJELANG BAJET 2020?

PKR Bakal Berpecah Sebelum Bajet 2020?



Pergeseran dalaman PKR semakin menarik perhatian pemerhati politik Pakatan Harapan apabila Naib Presiden, Zuraida Kamarudin mendedahkan mengenai sikap Anwar yang tidak melayan 3 'Surat Damai'. Beliau mendedahkan demikian dalam satu kenyataan.

Baca - SURAT DAMAI KENA 'IKAT MATI'

Untuk memahami mengapa Anwar enggan melayan 'Team Kartel' ia bermula dari Prk Rantau. Calon yang dikehendaki oleh akar umbi PKR tidak terpilih dan Anwar meletakkan calon luar sekaligus menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak turun padang berkempen. Keadaan semakin buruk apabila seorang 'mirip' pemimpin tertinggi PKR dikaitkan dalam video intim songsang. Mengeruhkan lagi apabila beberapa orang kalangan pemimpin PKR yang dikatakan berada dalam 'Team Kartel' tidak hadir ke Program Retreat PKR di Port Dickson dan ada antara mereka mengeluarkan kenyataan 'mengkritik' Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Mereka juga sudah beberapa kali tidak hadir ke mesyuarat parti dengan pelbagai alasan.

JANGAN CARI ALASAN TIDAK HADIR MESYUARAT



Bagaimanapun ada yang lebih menggemparkan apabila Perdana Menteri semalam mengeluarkan kenyataan 'TIADA RUANG KABINET' untuk Anwar Ibrahim. Adakah ini isyarat PKR tidak boleh diselamatkan lagi? Ada desas desus menyatakan seorang pemimpin tertinggi PKR bersedia meninggalkan parti berkenaan dengan membawa bersama hampir 20 orang Ahli Parlimen PKR bagi menyelamatkan kedudukan dan memastikan kemaraan Anwar disekat sebelum tempoh 2 tahun yang dijanjikan bagi peralihan kuasa. Sejauh mana kebenaran khabar itu tidak dapat disahkan namun melihat gerak geri dan penolakan 'Surat Damai' ianya seakan memberi isyarat PKR bakal berdepan krisis kepercayaan terhadap Presiden.

TAFSIR SENDIRI KENYATAAN MAHATHIR



ANWAR JAWAP MAHATHIR

Adakah kini Pakatan Harapan berhadapan krisis? Menurut cerita 'Kedai Kopi Parlimen', Tun M enggan Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Bajet 2020 dan dikatakan seorang Ahli Parlimen PKR bakal diamanahkan bagi pembentangan Bajet 2020 namun identiti pemimpin tersebut masih kabur. Adakah itu benar?  Jika benar maka sahlah Presiden PKR akan diketepikan dari apa juga keputusan Kabinet sekaligus menutup ruang peralihan kuasa sepertimana dijanjikan sebelum Pakatan Harapan bergabung bawah satu bendera. Jika bukan dari PKR, siapa paling layak membentangkan Bajet 2020 selain Lim Guan Eng?

Inikah pengakhiran Pakatan Harapan? PKR sudah tentu parti yang menjadi 'Lebai Malang' apabila Presiden Parti tidak berjawatan dalam Kabinet manakala bekas Presiden masih dikerusi Timbalan Perdana Menteri. Sebagai ahli politik, Anwar semestinya ada perancangan tersendiri memandangkan beliau sudah sekian lama menyandang jawatan 'Bakal Perdana Menteri' paling lama dalam sejarah Malaysia. Reformasi yang diilhamkan Anwar selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 akan tinggal kenangan dalam lipatan sejarah dan akan menjadi KEGAGALAN PKR sepanjang zaman.

Rest In Peace Parti Keadilan Rakyat.

Wednesday, 28 August 2019

SEJARAH 'POKOK KETAPANG' BAKAL BERULANG DI PERAK GARA-GARA EXCO TRONOH?

Dun Perak Bergegar Garra-Gara Exco Rogol Amah?




Dewan Undangan Negeri Perak dikatakan 'bergegar' kerana seorang Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan merogol orang gajinya sendiri. Oleh demikian Menteri Besar Perak menyarankan agar Exco berkenaan bercuti sehingga kes selesai. Bagaimanapun Exco berkenaan berdegil namun akhirnya akur dan mengambil cuti tanpa diketahui tempoh cuti tersebut.

Bagaimanapun desas desus bertiup Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat pertemuan dengan individu tertentu berkaitan kes Paul Yong namun sejauh mana kebenaran tersebut tidak dapat dipastikan. Menurut khabar pertemuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan kedudukan Menteri Besar Perak dari PPBM yang hanya mempunyai 2 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak.








Melihat kepada kedudukan dalam DUN Perak amat tidak mustahil sesuatu boleh berlaku sekiranya DAP menarik balik sokongan kepada MB Perak Yab Ahmad Faizal Azumu. DAP sendiri telah mempunyai calon yang menepati klausa Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan syarat seorang yang dilantik sebagai Menteri Besar mestilah Beragama Islam dan Adun Tebing Tinggi menepati syarat tersebut sejak awal lagi. Apa pandangan pembaca sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan? Adakah Amanah (PAN) akan kekal menyokong PPBM sebagai MB atau menyokong DAP jika ada undi tidak percaya terjadi? Bagaimana pula dengan Adun PKR? 

Apakah sejarah Pokok Ketapang bakal berulang di Perak? Sebagaimana diketahui bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telah kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini. Isyarat jelas telah ditunjukkan perwakilan kepada Nizar bahawa beliau sudah 'tidak laku' untuk diangkat sebagai pemimpin dalam negeri Perak. Jadi apa percaturan DAP di Perak?

Wednesday, 14 August 2019

TENTERA GANTI BURUH FELDA - YEW YIN PERLU BACA PERKARA 41 PERLEMBAGAAN NEGARA

"Tentera Hanya Tahu Makan Tidur" - Dermawan Pro PH Hina Kuasa Eksekutif Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?



Kenyataan seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin terhadap anggota keselamatan negara (ATM) menerima pelbagai reaksi warganet. Kecaman demi kecaman terhadap kenyataan Koon Yew berterusan di media sosial kerana beliau seperti 'kebal' daripada sebarang undang undang dan mengeluarkan kenyataan tanpa melihat 'kiri kanan'.

Kenyataan Yew Yin

Sedarkah Yew Yin bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi ATM dan ini termaktub dalam Perlembagaan Negara dibawah Perkara 41.

Perlembagaan Negara Perkara 41


Perkara 41 Kuasa Eksekutif YDPA

Adakah kerana Koon Yew merupakan penyumbang dana kepada 4 parti politik maka beliau bebas membuat kenyataan sesuka hati? Beliau sendiri mengakui menyumbangkan RM100,000.00 kepada beberapa parti politik Pakatan Harapan dan beliau merasakan 'Berhak' mengkritik dasar kerajaan Pakatan Harapan. 

Adakah nyawa setiap anggota ATM hanya bernilai seperti dermanya kepada parti politik? Sedarkah Yew semasa zaman konfrantasi siapa yang menjaga keseluruhan Malaysia dari diganggu gugat anasir luar? Inikah nilai pengorbanan pada mata mereka yang menabur wang pada parti politik PH?



Koon Yew Yin sepatutnya dikenakan tindakan tegas kerana kenyataan beliau telah mewujudkan rasa marah rakyat khususnya Anggota ATM kerana cadangan beliau mahu anggota ATM dihantar ke Felda menggantikan buruh yang selama ini berkerja dalam sektor perladangan Felda. Menteri Pertahanan sendiri masih berdiam diri manakala Timbalan Menteri Pertahanan cuba meredakan amarah rakyat dengan kenyataan rasmi beliau.

Masalahnya sehingga bila penghinaan demi penghinaan oleh bukan sahaja penyokong malah pemimpin parti Pakatan Harapan terhadap mereka yang tidak menyokong PH akan berakhir? Jangan biarkan 'Api Dalam Sekam' terus membara kelak terbakar susah jadinya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak segera kerana penghinaan sebegini tidak sihat untuk negara.

Thursday, 8 August 2019

DAP SELANGOR BERKERAS TOLAK PINDAAN, MANA MARUAH PKR SELANGOR?

Dap Selangor Akan Akur Dengan Pindaan Enakmen Negeri Selangor?





Kenyataan Bersama Pakatan Harapan.

Krisis Pakatan Harapan Selangor nampaknya sudah tenang dengan satu kenyataan bersama semua sekutu dalam PH yang memberi sokongan sekaligus mengekalkan kedudukan Amirudin selaku Menteri Besar Selangor. Dalam kenyataan tersebut, mereka (PH) turut menyangkal dakwaan cubaan menukar Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan menyifatkannya sebagai usaha memecahbelahkan kesepakatan Pakatan Harapan Selangor.

Bagaimanapun dalam kenyataan bersama tidak pula disebut mengenai PINDAAN ENAKMEN NEGERI yang menerima tentangan daripada DAP Selangor. Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo menyatakan DAP Selangor menolak sebarang pindaan enakmen yang akan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibahaskan.

DAP SELANGOR TOLAK PINDAAN

Tidakkah ini akan menimbulkan konflik antara mereka kelak? Masih selamatkah kerjasama politik PH jika DAP berkeras tidak tunduk kepada usul yang mahu dibawakan Amirudin kelak? Menyatakan sokongan kepada MB Selangor merupakan perkara berbeza dengan pindaan enakmen, sudah pasti dibelakang hari timbul kontroversi jika Speaker membuat tindakan memendekkan sidang Dun seperti sebelum ini.

Apakah penyelesaian konkrit PKR dalam memujuk DAP menerima pindaan tersebut? Menjuarai isu memang 'forte' DAP bagi memenangi hati penyokong mereka. Mampukah PKR memenangi 'pertembungan' antara kehendak mereka (PKR) dan kemahuan DAP?  Sekiranya DAP mempertimbangkan perkara tersebut apa pula jaminan PKR kepada DAP?

Sudah pasti PKR kini tersepit antara kepentingan kerjasama dan usul pindaan enakmen negeri. Apa akan berlaku selepas ini? 



MENTERI BESAR SELANGOR BAKAL JADI BAHAN 'TABUNG UJI' LANGKAH KAJANG 2.0?

Adun Selangor Dititahkan Menghadap Sultan



Nampaknya semakin panas konflik Pakatan Haarapan di Selangor berikutan sessi sidang DUN Selangor yang dipendekkan oleh Speaker Dewan dari DAP. Kedudukan Menteri Besar Selangor kian nampak terancam jika berlaku undi tidak percaya terhadapnya dan ada pula sumber yang menyatakan mereka sudah mempunyai bilangan yang cukup bagi memastikan Amirudin diaingkirkan dari jawatan yang dijawatnya.

BUBAR DUN SELANGOR?

Antara Adun yang dititahkan menghadap Sultan ialah Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR). Tidak dapat dipastikan mengapa mereka dititahkan Tuanku Sultan ke Istana Kayangan tetapi dipercayai ada hubungkait dengan penangguhan Sidang Dun oleh Speaker.



Siapa yang akan menyokong kedudukan Amirudin seandainya DAP sepakat menolak Amirudin? Kini politik Selangor semakin menampakkan kerapuhan ikatan dalam Pakatan Harapan.

Adakah kemelut ini akan menyaksikan Dun Selangor dibubarkan bagi memberi laluan Pilihanraya Negeri diadakan untuk mencapai kesepakatan PH?

PILIHANRAYA NEGERI SELANGOR BAGI SELAMATKAN KUASA PKR SELANGOR?

Kemelut Selangor - Pertukaran MB Bakal Berlaku Jika DAP Kekal Tentang Pindaan Enakmen Negeri?



Suhu politik Pakatan Harapan Selangor kini melonjak hingga dikatakan telah merenggangkan hubungan parti yang bernaung dalam Pakatan Harapan. Sudah pasti lensa akan tertumpu kepada Menteri Besar Selangor yang menerima surat tunjuk sebab dari PKR kerana kenyataan beliau dalam isu video intim melibatkan seorang pemimpin kanan PKR.

Pilihanraya Negeri Selangor Bakal Berlaku?


Ada juga khabar menyatakan Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru berikutan kenyataan seolah menentang Presiden PKR namun sejauh mana khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun jika melihat situasi pergolakan antara Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar sekarang, tidak mustahil apa sahaja boleh berlaku. Tindakan Speaker yang memendekkan sessi sidang Dun bagi menghalang usul yang cuba dibawa oleh MB Selangor. Gara gara sessi dipendekkan Amirudin dikatakan bertindak keluar daripada 'Grup WhatsApp' Selangor dan ini antara punca kekeruhan Selangor.



Jika melihat kedudukan kerusi dalam Dun Selangor tidak mustahil seandainya Amirudin gagal mencapai diplomasi dalam hal meminda enakmen negeri, besar kemungkinan berlaku perebutan kuasa antara mereka (PH).



Matematik mudah seandainya Speaker Dun Selangor bertegas enggan menerima pindaan enakmen negeri maka kedudukan PKR sebagai teraju Kerajaan Negeri mampu diubah oleh DAP dengan sokongan parti lain.

PKR - 21
DAP - 16
AMANAH - 8
PPBM - 5

Jika DAP mendapat sokongan Amanah dan sebahagian PKR (yang menentang pindaan enakmen) maka kedudukan DAP+Amanah = 24, PKR =??, PPBM = 5, tiada sebab MB Selangor dari PKR akan kekal di kerusi tersebut dengan berharap sokongan daripada Adun PPBM. Ada khabar menyatakan PPBM turut berminat mengambil alih kerusi MB dari PKR sekaligus menafikan lagi kekuatan PKR di Selangor. Tidak mustahil sebagai langkah terbaik PKR menyelamat dan mempertahankan kedudukan, pembubaran DUN boleh berlaku. 

Punca Perbalahan Selangor

Difahamkan Amirudin akan membuat pertemuan dan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan apa sahaja boleh berlaku dalam mesyuarat tersebut. Memandangkan situasi agak 'PANAS' seandainya berlaku pertukaran MB, PKR sudah pasti ada pengganti yang lebih berkelayakan namun dapatkah DAP menerima calon tersebut? Dikatakan Adun Ijok antara nama yang disebut sebagai calon MB Selangor sekiranya Dun Selangor tidak mencapai kata putus dalam pindaan enakmen negeri. Adakah PPBM tidak berkelayakan walau hanya 5 kerusi? Lihat di Perak, dengan hanya 1 kerusi PPBM menerajui kerajaan negeri. Mengapa tidak di Selangor memandangkan isu melibatkan PKR menjadi beban kepada Pakatan Harapan? PKR sendiri telah menyatakan bahawa mereka sememangnya bergelut dengan masalah disiplin kepimpinan tertinggi PKR jadi sesuailah kiranya calon lain diangkat pula sebagai MB Selangor.

Langkah Kajang 2.0?

Adakah kemelut Selangor akan berakhir sekiranya MB ditukarkan atau PRN dilakukan demi menyelamatkan maruah Pakatan Harapan? Dengan ketiadaan Presiden PKR dalam negara masalah ini bakal berlanjutan lagi. 


Wednesday, 7 August 2019

BRRKOKOK EKOR GELUMANG NAJIS, ARMADA IBARAT 'AYAM DARAI'?

Pakatan Harapan 'Retak Menanti Belah' Akibat Kifarah Sembu**t?



Kemelut dalaman Pakatan Harapan semakin jelas meruncing apabila parti yang bersekutu menghadapi masalah sesama sendiri. Ada yang 'Gila' mahu jadi PM, ada yang sawan dengan video 'Main Belakang', ada yang menentang Presiden parti tidak kurang yang dikatakan jual lembu bagi membeli komputer kini yang terbaru isu rasis sudah timbul.


Baca - Ramasamy DAP Rasis

Desakan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang telah dibuat oleh Armada P.Pinang sendiri apabila Ramasamy mengeluarkan kenyataan berikutan polemik tulisan khat jawi. Apa yang boleh Armada PPBM buat terhadap Ramasamy? Sekadar desak dan mendapat liputan media untuk kepentingan populariti PPBM seolah mereka jagoan Melayu? Perlu diingatkan kepada Armada P.Pinang, kedudukan DAP jauh mengatasi PPBM dari bilangan majoriti kerusi di Parlimen dan desakan mereka boleh diibaratkan seperti 'nyamuk' di telinga. Bila ditampar maka matilah nyamuk itu. Armada perlu sedar diri mereka bukanlah memegang 'Status Quo' bagi mendesak mana mana kepimpinan DAP dalam apa juga isu.

Baca - DAP BERSUARA - PPBM MAMPU BUAT APA?

Mari kita lihat senario politik dalam Pakatan Harapan sendiri selama lebih setahun memerintah.

- isu lantikan politik
- isu janji tidak ditunaikan
- isu harga komoditi merudum
- isu perebutan jawatan
- isu bantuan kepada rakyat (BR1M - BaSaH)
- isu tol
- isu sembur*t
- isu bantuan kepada pekebun yang dihentikan
- isu anak menteri ditangkap kerana ganja
- isu amah dicabul
- isu salahguna kuasa
- isu desakan peralihan kuasa
- isu kenyataan menteri yang kerap buat pusingan U-Turn
- isu kes mahkamah yang dinyahkan

Jika disenaraikan tidak cukup seharian untuk diceritakan malah semua isu merupakan KEGAGALAN Pakatan Harapan manakala kebajikan rakyat tidak dipedulikan. Ketara sekali barisan kabinet dibawah Tun M merupakan kabinet 'Paling Teruk' sehingga dikatakan dijadikan bahan lelucon di sebuah negara.

Baca - Timbalan Menteri Jadi 'Mutan'?

Jadi apakah desakan Armada kepada Ramasamy akan dipandang oleh DAP? Jika sekadar desak, budak tadika pun lebih pandai desak ibu bapa belikan aiskrim. Armada perlu buktikan desakan mereka cukup kuat bagi mendatangkan gerun sekutu lain dalam Pakatan Harapan sekaligus mengangkat maruah PPBM yang memegang tampuk kepimpinan Putrajaya. Masalahnya sekarang cukupkah kekuatan PPBM? Belajar matematik bilangan kerusi dalam Parlimen pun Armada GAGAL apatah lagi mahu mendesak pimpinan DAP meletak jawatan.

Cabaran buat Armada PPBM P.Pinang - Desak Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk PRU15 bagi menguji kekuatan PPBM.

Monday, 5 August 2019

'PEJUANG LYNAS' PERLU SALAHKAN MAHATHIR KERANA BON SAMURAI SEBABKAN LYNAS KENA TERUS OPERASI

Timbalan Menteri Salahkan Bon Samurai Sebabkan Lynas Diteruskan?



Timbalan Menteri JPM merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh menyatakan operasi kilang nadir bumi Lynas diteruskan kerana Malaysia berhutang dengan negara Jepun. Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai operasi Lynas yang diteruskan Pakatan Harapan selepas mereka memerintah walau sebelum ini bantahan demi bantahan dilakukan mereka (ketika masih pembangkang) dilakukan. Malah Fuziah sendiri menghasilkan sebuah klip video menunjukkan kesan radiasi akibat operasi Lynas.



Baca - Tersepit Hutang Jepun

Bagaimanapun carian dalam sesawang mengenai Bon Samurai menemui kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan Hutang melalui Bon Samurai TIADA SYARAT MEWAJIBKAN LYNAS BEROPERASI. Jadi bagaimana Fuziah boleh menyatakan sebaliknya?

Baca - BON SAMURAI TIADA SYARAT

Mungkin Ahli Parlimen Kuantan itu terlepas pandang kenyataan Perdana Menteri dan beliau tertekan kerana diasak oleh netizen dan rakyat mengapa isu Lynas kini mendapat 'restu' beliau yang dikenali antara 'Pejuang Anti-Lynas' sebelum ini. Adakah kenyataan Fuziah sekadar mahu menyelamatkan diri dari terus ditekan persoalan mengapa 'Cakap Tak Serupa Bikin'?



Rakyat masih ingat ketika demonstrasi menentang Operasi Lynas dan penglibatan mereka (kini pemerintah) yang sedaya upaya mahu Lynas dihentikan. Elok diimbas semula apa kata Democratic Action Party (DAP) pada 2013 mengenai Lynas.

Baca - Kenyataan DAP Mengenai Lynas

Juga satu klip video seorang ahli DAP (kini Ahli Parlimen Bentong) yang menentang Lynas perlu dihayati. Betapa mereka dahulunya membenci Lynas namun hari ini mereka jugalah yang mendokong operasi Nadir Bumi.