Sunday, 29 January 2017

"MAHU BAGI DUIT DIA TAK MAU" - KOMEN JELIK PESALAH LALULINTAS TERHADAP PENJAWAT AWAM




MENGAKU MAHU MEMBERI RASUAH KERANA KESALAHAN LALULINTAS - KOMEN BIADAP TERHADAP PEGAWAI JPJ MENYENTUH SENSITIVITI PERKAUMAN

Sambutan Tahun Baru Cina seakan tidak memberi keseronokan kepada seorang pengguna jalanraya yang menyalahkan pegawai JPJ (Jabatan Pengankutan Jalanraya) yang mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan untuk pulang 'Makan Besar'.

Komen yang agak biadap dinaikmuat oleh pesalah berkenaan dan beliau secara terus terang mengakui cuba memberi rasuah kepada pegawai bertugas bagi melepaskannya dari tindakan undang undang. Turut menyumpah dengan kata kata kesat, pemandu tersebut tanpa rasa bersalah menyalahkan pegawai JPJ berkenaan atas saman terhadapnya. Seperti lazim apabila tiba hari perayaan, Ops Sikap akan dilaksanakan di seluruh negara dan penggunaan lorong kecemasan merupakan kesalahan mandatori dan sebagai pengguna jalanraya, pemandu tersebut tidak cakna terhadap kesalahan yang dilakukan serta menganggap tindakan yang dikenakan tidak adil baginya.

"kami guna jalan kat lorong kecemasan ma, rush nak balik makan cny..bagi duit dia(pegawai JPJ) tak mau, takan nak isap but* kurap dia sana"

Komen tersebut tular dalam laman media sosial dan netizen yang membacanya turut menyatakan kemarahan kerana sikap biadap pemandu tersebut dalam komen beliau. Apakah sikap ini menjadi 'Trend' pemandu sekarang yang mahu kebebasan bersuara? Tidakkah pemandu tersebut sedar beliau sebenarnya yang melakukan kesalahan dan boleh menyukarkan keadaan jalanraya sekiranya berlaku kecemasan?

Mungkin pihak berkuasa boleh memberi perhatian terhadap apa yang telah dinaikmuat oleh pemandu tersebut yang secara jelas mempunyai niat untuk merasuah penjawat awam kerajaan. Bayangkan jika pegawai tersebut menerima pemberian rasuah dari pemandu itu lantas ditularkan oleh pemandu dan menyalahkan kerajaan kerana penjawat awam menerima rasuah maka akan bertempiklah segala genap suara pembangkang mengambil kesempatan untuk mempengaruhi rakyat bahawa penjawat awam 'kaki rasuah'. 

Inikah nilai mrni rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Komen sensitif yang berbau perkauman ini pasti mengundang perasaan kurang senang antara masyarakat majmuk Malaysia apatah lagi dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Seharusnya pemandu tersebut bersemuka dengan pegawai berkenaan dan meminta maaf atas kebiadapan beliau yang menyentuh isu perkauman dalam komennya dan meminta maaf kepada seluruh kaum yang telah beliau cemuh,

Friday, 27 January 2017

SKANDAL FOREX HANTUI MAHATHIR - SIAPA AKAN BERI 'TONGKAT SAKTI'?




CUBAAN MAHATHIR GAGAL - SIAPA AKAN BANTU PPBM BILA MAHATHIR DI LANDA KONTROVERSI SKANDAL?

Percubaan demi percubaan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib semakin mendatar apabila sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan sudah nampak apa sebenarnya perancangan sebenar bekas PM itu. Walau awalnya mereka ghairah untuk bekerjasama hingga mengumpul tandatangan dalam bentuk petisyen dan diserahkan kepada YDPA, akhirnya mereka menerima tamparan hebat apabila ianya di tolak oleh YDPA. Malahan ketulenan penandatangan petisyen turut diragui kesahihannya berikutan pendedahan oleh seorang individu yang menyatakan ada penipuan dalam pembelian data melibatkan individu yang telah mati sebagai penyokong petisyen tersebut.

Gerakan ini tidak terhenti begitu sahaja apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan oleh Muhyiddin Yassin dan mendakwa parti tersebut untuk mengimbangi pengaruh Umno terhadap rakyat dan mahu membongkar segala kesalahan yang dilakukan Najib dalam isu 1MDB serta beberapa isu lain. Malangnya Penasihat PPBM (Mahathir) hingga hari ini masih gagal membuktikan sebarang bukti mengenai tuduhannya terhadap salahlaku kerajaan namun mereka terus menjaja isu tersebut tanpa berani membuat laporan polis kerana kekurangan bukti.


Menyambut laporan DoJ serta WSJ yang menyatakan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB sekali lagi pembangkang terpempan apabila DoJ sendiri menggugurkan dakwaan tersebut kerana kekurangan bukti pendakwaan. Berpandukan kepada laporan SR, sekali lagi mereka cuba untuk mempengaruhi rakyat Malaysia bahawa keadaan ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan tenat walau mereka tahu itu adalah fenomena dunia tetapi terus berkeras menuduh kerajaan melakukan kesalahan urustadbir ekonomi. Sekali lagi usaha ini gagal memberi bukti kukuh apabila pembentangan Bajet2017 berbeza dengan dakwaan pembangkang.

Dalam keghairahan mereka menjatuhkan kerajaan BN, usaha yang dilakukan Mahathir bersama Pakatan Harapan menemui jalan buntu apabila kes lampau yang melibatkan salahguna kuasa oleh Mahathir terbongkar. Mereka yang terpempan dengan pembongkaran gempar ini sekali lagi menerima kejutan 'istimewa' apabila skandal Forex (matawang) melibatkan hampir USD10 billion (bersamaan RM40 billion) dibongkarkan. Walau cuba menangkis pembongkaran ini sebenarnya 'jalan keluar' telah ditunjukkan lebih awal kepada PPBM dalam arus politik nasional. Tiada persetujuan dalam Pakatan Harapan mengenai sebarang keistimewaan yang akan diberikan kepada mereka dalam pembahagian kerusi untuk PRU14, malah Lim Kit Siang sendiri yang terkejut dengan laporan laporan mengenai Mahathir sudah mula menampakkan 'belang' apabila meminta siasatan dilakukan.


 Mahathir yang pada awal kenyataannya menyatakan DAP  meminta jawatan TPM jika Pakatan memenangi PRU14 mengejutkan seluruh rakyat Malaysia namun Mahathir cuba membetulkan kesilapannya apabila netizen mempersoalkan 'niat' DAP dengan mengeluarkan kenyataan bahawa MCA yang sebenarnya meminta kerusi tersebut walhal Lim Kit Siang sendiri dalam nada angkuh mempersoalkan mengapa beliau tidak boleh meminta jawatan tersebut jika PH menang dan menggunakan Perlembagaan Negara sebagai rujukan.

Ketika perasmian PPBM, Mahathir turut menyatakan pemberian BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah dan ini bertentangan dengan kenyataan awal beliau yang menyamakan pemberian BR1M sebagai rasuah dari kerajaan Najib kepada rakyat. Netizen yang agak terganggu dengan kenyataan Mahathir mula mempersoalkan sikap 'U Turn' Mahathir yang berbolak balik apabila mengeluarkan kenyataan seakan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan yang akan bertukar setiap hari mengikut kesesuaian politik PPBM bersama PH.


Apakah kesudahan episod 'U Turn' Mahathir dalam politik Malaysia? Mungkin beliau mahukan jaminan buat Mukhriz dalam arus politik nasional dan kerana itu beliau sanggup bersama dengan sebuah parti serta individu yang pernah beliau gelarkan sebagai rasis. (DAP, Lim Kit Siang) Mengikut pemerhatian segelintir netizen yang mengikuti perkembangan politik tanahair sudah boleh membaca apa sebenarnya perancangan Mahathir dalam mencatur kepentingan politik kroni serta melindungi kepentingan rakan perniagaan yang selama ini menyokong beliau dan mendapat faedah dari pemberian kontrak kontrak semasa zamannya memerintah. Walau cuba dinafikan oleh sekutu lain dalam pembangkang mereka tetap berhati hati dengan segala tindak tanduk Mahathir yang di lihat mahu menguasai seluruh gabungan PH dan DAP telah menghidu perkara ini lebih awal dan mengambil sikap kontra dengan penglibatan Mahathir dalam arus pembangkang.

Masa akan menentukan kemana sebenarnya hala tuju PPBM yang tidak konsisten dalam permainan politik pembangkang dan masih memerlukan 'tongkat sakti' dari sekutu lain bagi menguatkan kedudukan mereka dalam gabungan tersebut. Kemungkinan rakyat akan menghukum kesalahan 'MahaFiraun' (gelaran pembangkang) yang dahulunya tidak mementingkan kebajikan rakyat tetapi melebihkan amalan 'kronisme' semasa era memerintah.

'DOCTOR IN THE HOUSE' TANGKIS FITNAH 'MAHACAI' - PERBEZAAN 1MDB DAN SKANDAL BMF





'DOCTOR IN THE HOUSE' JAWAP PUTAR BELIT 'MAHACAI' MENGENAI  PERBEZAAN 1MDB DAN SKANDAL BMF YANG MENGAITKAN MAHATHIR

'Doctor In The House' atau namanya Aznil Hisham telah menulis jawapan berkenaan isu skandal BMF yang mengaitkan Mahathir dalam laporan yang dikeluarkan CIA. Dalam tulisan beliau, Aznil menyenaraikan beberapa fakta yang jelas membandingkan antara 2 subjek yang menjadi pertikaian pengikut Mahathir yang bermati matian membela 'DEWA' mereka dengan mengaitkan laporan CIA denagn 1MDB.

Apa yang di tulis oleh Aznil sangat mudah di fahami dan secara logiknya jawapan yang cuba di putar belit pengikut tegar Mahathir tidak mencapai tahap yang memungkinkan mereka mempengaruhi pemikiran rakyat.

Dari 14 jawapan 'putar belit' pengikut Mahathir, Aznil menjawap 17 jawapan dengan 'bonus' 3 jawapan untuk mereka fikirkan.

PERBEZAAN SKANDAL BMF vs “SKANDAL” 1 MDB - 17 Points


1. Perdana Menteri : 
BMF - Dr Mahathir 
1MDB - Dato’ Seri Najib 

2. Peranan :
BMF - adalah anak syarikat Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) yang beroperasi di Hong Kong
1MDB - merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. 1MDB telah ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan perlaburan langsung asing (FDI). 

3. Perlaburan :
BMF - Melabur dalam pasaran hartanah secara besar-besaran walaupun menyedari perlaburan itu memberi impak risiko berprofile tinggi – Tiada rekod perancangan perlaburan di temui. 
1MDB - Melabur dalam perlaburan hartanah, tenaga, pelancongan dan argo-niaga – mempunyai rekod yang lengkap dan diperakui oleh badan audit bebas. Antara projek berprofile tinggi adalah seperti TRX, Bandar Malaysia dan janakuasa bebas

4. Masalah : 
BMF - mengalami kerugian besar pada tahun 1982, namun tidak mengambil ikhtibar dan tidak ambil peduli dari kesilapan yang dilakukan. BMF terus menambah jumlah perlaburan sekalipun sejumlah besar pelabur ketika itu menarik diri. 
1MDB - diserang akibat propaganda jahat pembangkang Malaysia. Pernah beberapa kali mencuba untuk penyenaraian IPO, namun akibat spekulasi jahat pembangkang, 1MD gagal menyenaraikannya. Namun mereka mengambil ikhtibar dan melakukan pelan rasionalisasi 1MDB. Sekalipun Edra Energy dijual kepada syarikat asing namun rakyat memperolehi tarif yg lebih rendah selama 20 tahun yang bernilai RM 12 billion. Edra Energy hanya mengeluarkan 14% bekalan elektrik negara dan masih tertakluk di bawah Suruhanjaya tenaga. 
Pengajaran PENTING kepada rakyat Malaysia akibat terlalu rakus menyerang kepentingan-kepentingan negara, akhirnya kita kehilangan aset yg boleh akhirnya memberi manfaat kepada mereka juga. 

5. Tanggungjawab :
BMF - Skandal BMF menyaksikan bahawa tiada siapa yang sanggup tampil memikul tanggungjawab. Perdana Menteri ketika itu hanya tahu mendiamkan diri walaupun BBMB adalah milik kerajaan dan PNB merupakan pemegang saham terbesar BBMB. 
1MDB - Walaupun 1MDB “musnah” akibat tangan-tangan jahat pembangkang, namun Arul Kanda dan seluruh ahli lembaga pengarah 1MDB meletakkan jawatan. DS Najib juga membuka siasatan secara terbuka terhadap 1MDB secara telus yg kononnya mengaitkan diri beliau mengambil wang 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi. 

6. Dokumentasi : 
BMF - Proses dokumentasi dan prosedur BMF sangat carca-merba dan kurang kesungguhan pihak Bank Bumiputera dalam mengaudit. 
1MDB - Dokumentasi dan prosedur amat teratur. Dan syarikat 1MDB di audit oleh badan bebas yg terkenal dunia seperti Deloitte, KPMG dan EY.

7. Modal :
BMF - Menurut sumber, bank negara telah menolak beberapa cadangan pemberian pinjaman BMF yang berisiko tinggi, namun tidak pasti mengapa pinjaman itu diluluskan oleh bank negara walaupun menyedari risiko besar yang dihadapi. 
1MDB - Modal 1MDB bukan dari bank negara atau mana-mana bank dalam Malaysia. Sebaliknya adalah dari usahasama dari rakan strategik di luar negara. Kerajaan Malaysia hanya memberi pinjaman RM 1 juta. Segala transaksi kewangan diketahui oleh Bank Negara dan diakui telus. 

8. Penyelesaian Masalah :
BMF - Di selesaikan masalah dengan bailout guna wang rakyat
1MDB - Di selesaikan dengan pelan rasionalisasi 1MDB yg amat teratur dan tertib. Tiada bailout wang rakyat. 

9. Siasatan :
BMF - Penyiasatan kerajaan hanya dihadkan pada skop yang tertentu. Jawatankuasa siasatan hanya terdiri dari 3 orang anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara (TS Ahmed Noordin) dan 2 lagi anggota professional. TIADA KEBERANIAN melakukan siasatan secara menyeluruh. 
1MDB - Siasatan sangat menyeluruh oleh pihak kerajaan yang melibatkan Pihak Polis, SPRM, Bank Negara, Ketua Audit Negara dan juga PAC (yang mana aggotanya terdiri dari pemimpin pembangkang). 

10. Pengumum Tutup Kes : 
BMF - Tun Daim selaku Menteri Kewangan yang baru dilantik pada ketika itu mengumumkan kes BMF ditutup – tiada autoriti.
1MDB - Kes 1MDB ditutup oleh Peguam Negara yang mempunyai autoriti dalam kes ini setelah melihat keputusan keseluruhan siasatan dari semua pihak termasuk PAC. 

11. Kesalahan Jenayah : 
BMF - Peguam negara ketika itu berpendapat bahawa Laporan Jawatankuasa Siasatan tidak memberi asas kepada pendakwaan jenayah dalam Malaysia. 
1MDB - Peguam Negara telah meneliti laporan keseluruhan siasatan dan di dapati tiada kesalahan jenayah dilakukan. 

12. Laporan siasatan : 
BMF - Laporan Jawatankuasa Siasatan MENCADANGKAN diwujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat lebih menyeluruh. Namun tiada keberanian dari pihak kerajaan dan perdana menteri ketika itu. 
1MDB - Laporan siasatan mencadangkan agar sisatan lanjut terhadap beberapa pegawai yang dikatakan salah-urus tadbir. Tiada jenayah. 

13. DAP : 
BMF - Seorang pemimpin DAP mengakui menghadapi kesukaran menelaah 6000 muka surat laporan siasatan. DAP juga menyarankan agar diwujudkan Suruhanjaya Diraja.
1MDB - Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw (anggota PAC) dengan jelas mengatakan bahawa tiada wang yang dicuri dan DS Najib tidak terlibat. 

14. CIA vs FBI :
BMF - Menurut laporan CIA yang di dedahkan, pihak CIA mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari kerajaan Malaysia ketika itu. 
1MDB - FBI memuji SPRM kerana sanggup memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan terhadap 1MDB. Ini disahkan sendiri oleh Abu Kassim pada 24 Julai 2016 yang lalu. 

15. Kes Pembunuhan : 
BMF - Dikaitkan dengan kes pembunuhan (Jalil Ibrahim) yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kes siasatan BMF
1MDB - Dikaitkan dengan pembunuhan Kevin Morais yang langsung tiada kena mengena dengan siasatan 1MDB.

16. Bekas Perdana Menteri
BMF - Bekas Perdana Menteri ketika itu – Tun Hussein – mendesak agar dilakukan siasatan lanjutan. Namun tidak diendahkan. 
1MDB - Bekas Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir – yang kaya dengan skandal kewanagan negara tidak mendesak utk lakukan siasatan sebalik hanya bermain persepsi, tuduhan tanpa asas dan kerap kali U-turn. Namun begitu, DS Najib dengan suka rela dan amat terbuka utk di siasat walupun tidak diminta oleh bekas perdana menteri itu. 

17. Gabenor Bank Negara : 
BMF - Tun Ismail Mohd Ali adalah adalah abg ipar kepada Dr Mahathir yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara dan juga Pengerusi PNB ketika itu (1983).
1MDB - TS Zeti dlah gabenor Bank Negara ketika itu dan bukan ipar DS Najib.

Saturday, 21 January 2017

DAP TUBUH PARLIMEN FELDA HANYA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI - SEKUTU PAKATAN TIDAK BOLEH DI HARAPKAN?





DAP CUBA KELIRUKAN PENEROKA FELDA DENGAN PENUBUHAN BIRO PARLIMEN FELDA - LANTIK 'ORANG BUNIAN' JADI PENGERUSI

Menakjubkan apabila sebuah parti yang selama ini tidak pernah mengambil berat akan peneroka Felda malah tidak pernah menjenguk muka di kawasan Felda sudah menubuhkan satu biro khas untuk menjaga Felda. DAP yang menubuhkan biro tersebut sekali lagi membuat 'Lawak Mega' bila menamakan Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri sebagai pengerusi Biro Parlimen Felda. Bagi mereka yang tidak mengenali Ariff, beliau merupakan ahli parlimen DAP yang paling gagal membela mana mana nasib pengundi di Raub, malah beliau tidak pernah menjengukkan muka dalam beberapa kawasan tanah rancangan Felda di kawasannya sendiri.


Ariff yang mewakili DAP di Raub sebenarnya tidak mempunyai kerdibiliti langsung bagi masyarakat Felda kerana kawasannya sendiri tidak terjaga dan beliau tidak pernah memberi komitmen kepada pengundinya di Raub hingga penduduk setempat sudah hilang keyakinan kepadanya. Nama sahaja Ahli Parlimen, mahu melihat beliau di Raub merupakan keajaiban kerana tidak pernah berada dalam kawasan apabila diperlukan pengundi dan pusat khidmat DAP di Raub tidak memberi khidmat yang memuaskan hati pengundi. Rata rata pengundi Raub sendiri sudah lupa bahawa Ariff adalah wakil mereka kerana masyarakat setempat lebih mengenali Umno sebagai tempat mengadu jika mereka di timpa masalah. Inikah individu yang kononnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal peneroka Felda? Sungguh memalukan bagi DAP mempunyai seorang wakil rakyat yang hanya akan menampilkan diri apabila hampir pilihanraya dan hanya akan melawat tempat tempat 'tertentu' bagi meraih sokongan.

Turut tersenarai dalam jawatankuasa tersebut ialah Tengku Zulpuri Raja Puji, seorang ahli politik yang mahu menyaman Mufti Pahang satu ketika. Beliau yang juga merupakan Adun Mentakab tewas dalam pemilihan Pengerusi DAP Pahang sebenarnya tidak layak mewakili mana mana peneroka Felda kerana tidak mempunyai kredibilti berbuat demikian. Beberapa nama lain yang tersenarai juga bukan mereka yang benar benar arif dalam isu Felda tetapi langkah DAP ini dipercayai bertujuan menabur tohmahan kerana tidak yakin dengan kemampuan sekutu dalam Pakatan Harapan yang sehingga kini gagal mempengaruhi pengundi Felda yang terus mengundi BN selama ini.

Lim Kit Siang memberi alasan kontroversi yang melanda Felda merupakan sebab utama mengapa biro ini ditubuhkan. Beliau tidak langsung menyatakan apa yang boleh parti tersebut beri kepada peneroka sebagai 'janji' untuk menaikkan taraf ekonomi peneroka. Lebih berminat untuk memburukkan pengurusan Felda, DAP sebenarnya sudah ketandusan isu bagi diketengahkan kepada peneroka untuk memancing undi dalam PRU14 akan datang berikutan pengaruh kuat Umno di penempatan yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak. Lebih mengejutkan DAP turut menyenaraikan Dyana Sofya sebagai Setiausaha biro tersebut dan pelantikan Dyana boleh diumpamakan sebagai 'umpan' bagi menarik golongan anak muda dalam Felda mendekati parti sekular sosialis tersebut. Dyana memang dikenali sebagai bahan tarikan DAP sendiri tidak mempunyai rekod yang baik dari segi moral kerana dibabitkan dengan kontroversi sebaran foto intim bersama Zairil Khir Johari.

Selama ini apa sahaja berkaitan peneroka menjadi tanggungjawab kerajaan menyelesaikan dari semua sudut samada harga komoditi hinggalah bantuan kepada peneroka bagi menaik taraf kehidupan mereka. Tidak pernah DAP membantu masyarakat Felda dalam apa apa isu yang berkaitan dengan kepentingan Felda malah DAP sendiri agak cemburu dengan keakraban peneroka dan kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat terutama Felda yang merupakan sebahagian dari penyumbang ekonomi negara dengan hasil tuaian terbaik ladang mereka. Semua itu merupakan hasil usaha kerajaan dan masyarakat Felda yang saling berganding bahu dan DAP tidak boleh berbangga kononnya mereka turut 'berjasa' kepada Felda.

Bak kata peneroka Felda jika tidak pernah merasai pengalaman menyabit tandan sawit, tidak pernah tahu bisanya duri sawit, tidak pernah membaja sawit, tidak pernah memikul baja, tidak tahu mana ladang Felda mana ladang peneroka usah bicara mahu jaga Felda. Biarlah kerajaan yang selama ini mengambil berat tentang Felda menguruskan Felda serta pelaburan yang di buat demi kepentingan dan pulangan kepada Felda sendiri.

Sebenarnya tujuan DAP menubuhkan biro tersebut hanyalah sebagai 'gula gula' sedangkan Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad yang baru di lantik menggantikan Tan Sri Isa Samad sedang menstruktur semula Felda dan ini sudah tentu mengambil beberapa ketika bagi dilaksanakan. DAP yang terlalu berminat dalam isu Felda tidak pernah membantu mana mana peneroka dan generasi ke-2 Felda kerana mereka berpendapat Felda adalah kawasan 'Melayu' tetapi kini dengan penyingkiran PAS dari gabungan dan penambahan PAN serta PPBM dalam Pakatan Harapan sebenarnya mengecilkan lagi pengaruh DAP di kalangan peneroka Felda. Sebagai langkah awal keyakinan merampas Putrajaya maka DAP perlu menunjukkan bahawa merekalah 'jaguh' sebenar masyarakat Felda dan bukannya sekutu yang lain serta berharap gabungan Pakatan akan memberi laluan bagi parti tersebut memngembangkan pengaruh mereka di kawasan 'Melayu'.

Sunday, 15 January 2017

FOTO PELANGGAN BIADAP BAWA ANJING DALAM TROLI TESCO TEBRAU - MASIH TIDAK MEMAHAMI PERINGATAN ATAU CARI PUBLISITI?





FOTO PELANGGAN TESCO BAWA ANJING DALAM TROLI - TIDAK SENSITIF ATAU SENGAJA CARI PUBLISITI?

Sikap pelanggan di sebuah pasaraya di Johor Bahru mendatangkan kemarahan netizen yang rata rata tidak senang dengan kebiadapan seorang pelanggan yang membawa anjing peliharaannya di dalam troli.

Foto yang dinaikmuat oleh MdFaizal Azs jelas menunjukkan seorang pelanggan berbangsa Cina membawa seekor anjing ke dalam pasaraya tersebut dan meletakkannya di dalam troli yang digunapakai oleh ramai. Menurut status yang dimuatnaik oleh beliau kejadian berlaku di Tesco Tebrau Johor Baharu.

Apakah pelanggan ini masih tidak memahami sensitiviti atau sengaja mencari publisiti murahan untuk membuat orang ramai marah? Lazimnya di semua premis pasaraya ada diletakkan amaran mengenai larangan membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam premis serta larangan meletakkan haiwan berkenaan di dalam troli.

Apakah tindakan dari pengurusan Tesco Tebrau? Adakah mereka hanya memandang perkara tersebut dan memejam mata dengan kerenah pelanggan itu? Bagaimana pula dengan kawalan keselamatan yang sudah pasti boleh memberi nasihat kepada remaja tersebut dan mencegah perkara ini dari berulang.

Netizen pastinya akan mencemuh perbuatan biadap pelanggan tersebut dan Tesco Tebrau pula perlu memastikan semua troli di samak terlebih dahulu bagi memastikan tiada lagi keraguan kepada pelanggan beragama Islam yang turut membeli di pasaraya tersebut.

Pautan ke kisah dan entri klik : SINI

Friday, 13 January 2017

CUBA AMBIL KESEMPATAN ISU TAJAAN BOLASEPAK - LAYAKKAH 'KAKI DISKO,KAKI PENIPU,KAKI PONTENG' PPBM MASUK CAMPUR?








'KAKI DISKO, KAKI PENIPU, KAKI PONTENG' AMBIL KESEMPATAN ISU BOLASEPAK KELANTAN - LAYAKKAH BELIAU BERCAKAP TENTANG INTERGRITI?



Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Syed Saddiq Syed Rahman dikatakan cuba membuat provokasi murahan apabila menggelar pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors sebagai 'pasukan sampah'. Poster yang berlegar di media sosial menjadi tular dan siapa pihak yang mengeluarkannya tidak dapat di pastikan. Benarkah beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk merendahkan pasukan bolasepak Kelantan?

Beliau yang mengaitkan pasukan bolasepak Kelantan dengan laporan polis terhadap penglibatan MARA (Majlis Amanah Rakyat) dalam penajaan pasukan bolasepak Kelantan dipercayai mahu mencari publisiti segera berikutan kemerosostan pengaruh PPBM terhadap rakyat berikutan kontroversi yang melibatkan kepimpinan PPBM.

Namun demikian Syed Saddiq atau dikenali sebagai Syed 'Disko' terlupa banyak fakta yang sepatutnya beliau kemukakan untuk mengaitkan Tan Sri Anuar Musa dengan salah guna kuasa malah TSAM telah menjawap isu berkenaan di portal Malaysiakini. Syed yang sebenarnya sedang mencari pengaruh di kalangan anak muda cuba membuktikan beliau sebagai seorang yang bijak namun hakikat sebenar beliau masih mentah dalam ber'politik' dan sepatutnya belajar selok belok politik 'kotor' dari Mahathir sendiri.

Dalam satu entri media sosial, Syed mengaku beliau seorang 'kaki ponteng' dan sanggup menghabiskan masa hingga 10 jam di kafe siber bagi bermain permainan dalam talian internet. Bukan sahaja 'kaki ponteng' malah beliau turut mengaku sebagai ' kaki penipu' apabila berbohong kepada ibunya sendiri semata mata untuk bermain permainan komputer.

Jika di ambil kira pengakuan beliau maka terserlah mengapa beliau memilih PPBM untuk berpolitik dan sikap ini sentiasa ada dalam PPBM. Segala kontroversi berkaitan pemimpin PPBM bermula dari penipuan dan tidak hairanlah jika Syed juga terlibat dalam penipuan politik PPBM. Lihat sahaja isu Presiden mereka hingga Penasihat yang suka menipu rakyat apabila timbul sesuatu isu. Malah mantan Ketua Srikandi tidak terlepas dari terpalit dengan kontroversi dan Syed sendiri pernah mengaku sebagai 'kaki clubbing' dengan aksi nakal bersama wanita.

PPBM yang kini sedang bergelut untuk membersihkan nama mereka memerlukan Syed bagi mencipta kontroversi bagi mengalih perhatian netizen dari terus mengecam PPBM yang tidak 'sebersih' yang di sangka. Lihat sahaja kenyataan Mahathir yang meng'hukum' ibadah Haji tajaan Yayasan 1MDB dan pemberian BR1M yang dikatakan sebagai rasuah sedangkan ramai kalangan ahli PPBM sendiri menerima BR1M. Jadi kemanakah sebenarnya hala tuju PPBM yang tidak konsisten itu? Maka tugas Syed untuk mengalih pandangan serong diperlukan dan beliau yang kering idea hanya mengaut keuntungan politik dari perbalahan tajaan bolasepak.

Pengakuan Syed Klik : SINI


"Ingat lagi dulu saya selalu pergi ke cyber cafe pada hujung minggu. Pergi pula tu bukannya sejam dua, tp saya akan pergi dari pkl 10pm-8am sebab ada offer RM10 sahaja utk 10 jam."

"Masa tu, saya akan beritahu mak saya yg saya nak bermalam di rumah jiran dan dia pula akan beritahu yg dia akan bermalam di rumah saya. Kami akan berjumpa separuh jalan dan sanggup jalan kaki 4km ke cyber cafe. Masa tu, rasa diri ni cool sangat mcm spy. He was my perfect partner in crime dan kami tak pernah kena tangkap."

"Pada masa tu saya bercinta dengan Counter strike, Ragnarok, RYL, command and conquer, call of duty dan kekasih yang mengambil tempat no1 dalam hati ialah, DOTA!

Sampai kan saya sangat ketagih bermain, saya sanggup ponteng sekolah agama untuk pergi CC nak dating dengan cyber games." - Syed Saddiq Syed Rahmaan

Thursday, 12 January 2017

BENARKAH BERSATU, PKR SETUJU BAWA PAS KEMBALI DALAM PAKATAN HARAPAN? MANA LETAK MUKA PAN DAN DAP?




'KONSPIRASI' BAKAL BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN? BENARKAH PAS AKAN KEMBALI KE PANGKUAN PEMBANGKANG?

Ternyata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai langsung. PAS mewakilkan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian PPBM yang menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan dan mampu sebaris dengan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang pernah mengusir PAS dari gabungan pembangkang. Mana maruah PAS di mata Pakatan Harapan?

Pakatan Harapan (gabungan PKR, DAP, PAN) yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas menyingkirkan PAS kini mendapat sekutu yang baru walau masih belum di terima secara sah untuk bersama mereka dalam sebarang kempen pilihanraya akan datang. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bergelut dengan kontroversi dengan penyingkiran Anina Saadudin serta kemelut yang melanda kepimpinan tertinggi PPBM malah melibatkan kenyataan kontroversi penasihat mereka sendiri.


Agak menjengkelkan apabila Mahathir yang satu ketika dahulu lantang mengkritik DAP sudah bersedia sebaris malah memecah rekod apabila hadir dalam konvensyen parti sekular sosialis itu buat pertama kali dalam sejarah politiknya. Apabila di putar semula rakaman video ucapan Mahathir mengecam DAP terutama Lim Kit Siang yang beliau gelar sebagai 'RASIS' ternyata Mahathir hanya memanipulasi politik sumbang untuk mencapai apa yang beliau hajati iaitu menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional dari memegang tampuk kerajaan.


Namun demikian percaturan politik Pakatan Harapan di lihat tidak akan menyebelahi Mahathir dan barisan kepimpinan parti beliau kerana pasti akan terjadi perselisihan apabila melibatkan penguasaan kerusi dalam pembahagian kawasan yang ditandingi kelak. Pakatan Harapan yang melihat kepincangan mereka semenjak menyingkirkan PAS sudah nampak kekuatan sebenar yang selama ini di bantu PAS dalam kemenangan PRU13. Mengharapkan PAN merupakan kesilapan yang telah terbukti semasa mereka diberikan peluang berbuat demikian di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Ternyata pengaruh PAN masih belum mampu menandingi kemampuan PAS dan ini sebenarnya menarik perhatian Pakatan Harapan mengenai kerjasama 'pintu belakang' bersama PAS tanpa membabitkan PAN.



Andaian mengenai kerjasama ini semakin menjadi hangat apabila ada khabar angin tersebar PPBM sendiri mahu bekerjasama dengan PAS kerana masih belum menaruh kepercayan sepenuhnya terhadap DAP yang menguasai PH. Benarkah perkara ini berada dalam radar percaturan mereka kerana kerjasama antara PAS diperlukan tetapi dalam masa sama peranan DAP dan PAN tetap akan digunakan bagi meraih undi dari pihak tertentu untuk membolehkan PH mencapai kemenangan besar kelak. Formula apa yang perlu mereka fikirkan untuk menarik kembali PAS dalam gabungan tanpa sebarang pertelingkahan dalaman melibatkan PAN yang secara terang telah menyatakan akan bertanding di setiap kerusi PAS di Kelantan?


Apakah PAN hanya layak bertanding di Kelantan sedangkan mereka menyatakan parti itu bersifat Nasional dan telah menjelajah serata negeri bagi menarik sokongan dari kebanyakan ahli PAS? Bagaimana pula dengan PPBM yang tentunya mahu kerusi yang seimbang bagi membolehkan perancangan Mahathir untuk menaikkan seorang wakil dari parti tersebut sebagai Perdana Menteri? Apakah PPBM lupa PKR tidak pernah melupakan Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai Perdana Menteri setiap kali kabinet bayangan pembangkang dibentangkan kepada rakyat? Mahukah DAP sebagai kuasa dominan akur dengan Mahathir atau mereka akan lebih ikut kehendak PKR dalam penentuan pembahagian kerusi serta calon Perdana Menteri dari pembangkang?


Menurut seorang pemain siber yang dikenali sebagai Maniam Manikam, beliau menulis kebarangkalian ada persefahaman sulit akan berlaku dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan PAS turut serta dalam percaturan PH tanpa merosakkan hubungan dalaman PH sendiri. Mungkinkah 'konspirasi' ini boleh berlaku tanpa di hidu oleh sekutu lain dalam PH? Bagaimanapun apa yang beliau tulis hanyalah andaian dan tidak bermaksud khabar itu sahih namun peratus kemungkinan perkara tersebut berlaku amatlah tinggi tetapi apa pula kata PH sendiri?

"Dengar berita, Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya Pas,telah menemui Azmin Ali untuk merealisasikan satu gabungan baru antara Pas, PKR dan Bersatu. Moideen dan Azmin dikatakan bersetuju dgn cadangan ini yang tidak melibatkan Amanah dan DAP. Adakah rundingan sulit ini diketahui dan dipersetujui oleh Datuk Hadi Awang, Wan Azizah dan Lim Kit Siang? KONSPIRASI antara pemimpin parti Pakatan telah bermula!" - Maniam Manikam.

Klik :SINI


Netizen sudah tentu berminat memerhati permainan politik pembangkang yang selama ini hanyalah beretorik 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun tanpa memberi solusi terbaik kepada rakyat untuk dinilaikan. Kerajaan negeri yang Pakatan Harapan terajui selama 2 penggal juga mengalami pelbagai masalah hingga terpaksa meminta bantuan dana dari kerajaan Persekutuan dan ini jelas menunjukkan pembangkang belum mampu mentadbir negara secara efisien sebagaimana Barisan Nasional lakukan sepanjang hampir 7 Dekad sejak 1957.

Wednesday, 11 January 2017

PENYOKONG DAP 'RAIKAN' BERITA SEDIH RAKYAT SARAWAK - INIKAH PERILAKU PENYOKONG PEMBANGKANG?

Beberapa komen yang diberikan saudara Ramesh Rao menunjukkan betapa penyokong DAP 'meraikan' pemergian Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Komen biadap penyokong DAP ternyata menunjukkan sikap sebenar parti yang sememangnya mahu menjatuhkan BN Sarawak selepas kejayaan gemilang Allahyarham Adenan memimpin BN Sarawak dalam PRN Sarawak tahun lepas.

Mereka seolah berdendam dengan Ketua Menteri kerana berjaya membenam pengaruh DAP di Sarawak dan apabila berita kematian Adenan disahkan maka mereka menyambutnya dengan gembira.

Adakah ini semua kerana pengaruh yang DAP terapkan selama ini? Tidak mustahil kerana ada wakil rakyat DAP pernah menghina kematian Dato Harun Din dan hingga kini masih enggan meminta maaf atas kebiadapannya. DAP memang telah lama mengajar penyokong mereka sifat liberal serta bersikap rasis kepada kaum lain selagi tidak bersama dalam perjuangan mereka dan hasilnya komen komen biadap penyokong DAP dapat di lihat dalam facebook.

Apa komen dari pemimpin DAP terhadap penyokong mereka yang biadap ini?

'BADAK' KURANG AJAR - PKR LUPA AJAR PEMAIN SIBER MEREKA ADAB PEKERTI

BIADAP!!! Itu perkataan yang sesuai buat 'Ratu Naga' kerana mengguris perasaan seluruh rakyat Sarawak di saat mereka bersedih atas pemergian Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem tengahari tadi.

Melalui satu entri di facebooknya, Syarul Ema atau di label pembencinya sebagai ' Badak' menaikmuat komen yang menjelikkan mengenai kematian seorang yang di hormati di Sarawak bukan sahaja kawan tetapi pihak lawan.

Inikah mentaliti seorang pemain siber belaan PKR yang di sanjung ramai penyokong pembangkang? Adakah kenyataan 'Badak' mewakili PKR untuk menghina Allahyarham Adenan?

Seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sarawak kerana tidak sensitif dengan keceluparannya menaikmuat status ini. Siapa 'Badak' untuk memperolehi 'lesen' berkata demikian?

Secara jelas pemikirannya tidak stabil dan apabila PKR mengambilnya untuk menjadi 'Macai' maka segala kebebasan menjadi 'Halal' baginya untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak sealiran? Adalah PKR tidak mengajar pemain siber mereka erti kemanusiaan?

'RASUAH' SEIKAT NOT RM100 ATAS MEJA PENDAFTARAN KEAHLIAN PPBM - APA PENJELASAN HAMIDAH OSMAN MENGENAI FOTO DAN WANG TERSEBUT?




APA PENJELASAN HAMIDAH OSMAN MENGENAI SEIKAT WANG RM100 ATAS MEJA?

Apa sebenarnya pandangan netizen terhadap foto dan kapsyen yang dinaikmuat dalam entri Instagram dan kemudiannya di kongsi dalam laman facebook oleh penyokong tegar PPBM ini? Wang dalam nilai RM100 yang di ikat dan diletakkan atas meja beserta pujian terhadap kegigihan dua anak muda yang mendaftar keahlian baru PPBM. Foto ini menarik perhatian hingga Hamidah Osman membuat satu status dalam entri facebooknya bagi mengalih perhatian netizen mengenai wang tersebut.

Dato Hamidah Osman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berkongsi artikel berkaitan seikat wang dalam nilai RM100 yang diletakkan atas sebuah meja oleh dua individu dan dinaikmuat dalam entri facebook oleh seorang penyokong tegar PPBM bernama Effa Amran.

Artikel berkaitan klik : SINI

Dalam satu status Hamidah, beliau cuba mengalihkan perhatian netizen mengenai persoalan apa keperluan wang tersebut dan cuba menekankan pertanyaan penulis mengenai kapsyen Effa. Jelas sekali Hamidah tidak memahami konteks 'Rasuah' yang akan timbul dengan foto tersebut dan PPBM sendiri tidak mengeluarkan kenyataan perihal status Effa Amran.

Artikel asal klik : SINI

Adakah Hamidah cuba mencari populariti dengan menyatakan foto berkenaan adalah foto yang diubahsuai? Mengapa beliau tidak berani menyoal Effa yang merupakan individu yang menaikmuat status mengenai kegigihan dua anak muda mendaftarkan keahlian PPBM dengan seikat wang yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit? Adakah mereka yang mendaftar sebagai ahli PPBM membayar yuran dengan menggunakan wang RM100? Logikkah jika Hamidah mahu menggunakan alasan wang tersebut merupakan yuran yang telah di bayar oleh ahli baru PPBM?

Jelas sekali PPBM hanya menghantar Hamidah untuk menjawap persoalan yang ditimbulkan oleh penyokong mereka sendiri. Inikah nilai intergriti PPBM yang kini sedang di landa pelbagai kontroversi dari Ketua Srikandi hingga ke Presiden mereka sendiri?

Rakyat boleh menilai yang mana elok dan yang mana hanya melaungkan ketelusan sedangkan parti sendiri penuh dengan 'kejijikan' akibat perebutan kuasa. Usah dilupakan nama Hamidah osman dan Hamizura meruapan nama yang dikaitkan dalam menjatuhkan Anina Saadudin walau mereka menafikan perkara tersebut penyokong tegar Anina tetap menuding kepada dua individu ini atas terbongkarnya skandal salah laku seks Anina yang dikatakan Mahathir sebagai tidak mencapai apa yang telah parti itu tetapkan.

Monday, 9 January 2017

FOTO PKR GUNA REMAJA PONTENG SEKOLAH UNTUK SOKONG 'TOKONG' LIM - SIAPA BIAYA MEREKA?





PKR GUNA REMAJA BERSEKOLAH UNTUK SOKONG 'TOKONG' DI MAHKAMAH - KEMENTERIAN PELAJARAN WAJAR PANDANG SERIUS GALAKAN PONTENG SEKOLAH OLEH PKR



Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat remaja yang dipercayai masih bersekolah untuk hadir ke Mahkamah di Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berhadapan dengan kes di Mahkamah.

Beberapa foto kiriman seorang pemain siber dikenali sebagai Boodak Sri Kinta menunjukkan secara jelas wajah remaja yang digunakan PKR. Adakah remaja ini sanggup ponteng sekolah demi Lim Guan Eng atau ada habuan dari PKR untuk mereka hadir?


PKR ternyata memperbodohkan rakyat dan remaja terbabit dengan kuasa wang demi mempertahankan Setiausaha Agung DAP dan demi hubungan politik mereka dalam Pakatan Harapan. Persoalannya dari mana datangnya dana untuk membiayai remaja terbabit dan siapa pula harus dipertanggungjawabkan jika remaja ini terbabit dalam kemalangan semasa berada di tempat tersebut sedangkan waktu ini mereka sepatutnya berada di sekolah?


Adakah ini menunjukkan PKR akan menggunakan apa sahaja untuk membuat rakyat percaya kepada mereka? 

'HANG TUAH' GEMPARKAN PENUMPANG MRT DAN PENGUNJUNG ONE UTAMA - SOLIDARITI FAIZ SUBRI DARI ARMADA MALAIU MALAYSIA




"SEPERTI BARU KELUAR DARI MESIN MASA APABILA NAIK MRT DAN DI PANDANG ORANG RAMAI DENGAN BERBAJU MELAYU DAN BERTANJAK"

Dengan berbusana lengkap lagak Pahlawan Melayu zaman Kesultanan Melayu Purba, sekumpulan anak muda dari Armada Malaiu Malaysia (AMM) menggemparkan suasana di pusat beli belah One Utama di Damansara petang semalam. Mengejutkan penumpang MRT dari Stesen Semantan ke Stesen Bandar Utama, mereka berkumpul di pusat beli belah tersebut bagi menyatakan sokongan kepada Mohd Faiz Subri yang mewakili Malaysia untuk anugerah Puskas.

Salah seorang individu dari kumpulan tersebut dikenali sebagai Adel Shinoro telah menaikmuat entri foto dalam garismasa facebook beliau ketika berada dalam koc MRT dan ini menarik perhatian netizen yang turut berada dalam koc yang sama. 

Berbaju Melayu merah lengkap bertanjak, Adel ternyata berbuat demikian demi kecintaannya kepada busana Melayu yang semakin dilupakan dalam arus fesyen moden. Menurut beliau lagi matlamat utama AMM berbuat demikian adalah untuk memartabatkan busana Melayu di mata rakyat yang berbilang kaum di Malaysia serta mehu membuka mata anak muda fesyen baju Melayu merupakan tinggalan yang tidak lapuk dek hujan.

Adel turut berbangga apabila aksi spontan mereka di One Utama mendapat reaksi positif dari kaum bukan Melayu yang ternyata tertarik dengan kehalusan seni baju Melayu itu sendiri.

Seorang individu berbangsa Cina yang tertarik dengan busana tersebut turut melemparkan pertanyaan kepada beliau. Bertanyakan mengapa mereka berbuat demikian, Adel menerangkan objektif utama AMM sebagai tanda sokongan terhadap Faiz Subri dan ternyata individu Cina tersebut mengenali Faiz serta berharap kemenangan berpihak kepada pemain dari Malaysia.

Keunikan busana Melayu yang diketengahkan AMM ini sepatutnya membuka mata lebih ramai yang mengakui berbangga dengan baju Melayu tetapi 'malu' untuk memperagakan kepada umum persalinan lengkap serta mengikut tertib persalinan Melayu yang sebenar.

Mungkin dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) di masa depan akan diperlihatkan ketinggian martabat busana Melayu di sarung oleh pemimpin tertinggi Malaysia bagi menyokong apa yang dilakukan AMM serta matlamat Umno sendiri yang mahu menaikkan imej Melayu di mata rakyat.

Sunday, 8 January 2017

PPBM TERUS ALAMI KONTROVERSI - 'BUTANG KUNCI' SUDAH DI TEKAN ANINA?

.




ANINA SAH TIDAK LAGI BERGELAR KETUA SRIKANDI PPBM - MUNGKINKAH 'BUTANG KUNCI' AKAN DI TEKAN?


Pergeseran dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan semakin melarat hingga memaksa Penasihat PPBM, Mahathir  Mohamad mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan bekas Ketua Srikandi mereka Anina Saadudin yang terpalit dengan skandal salah laku seks seperti yang tersebar dalam media sosial.

Mahathir terpaksa meminta Anina 'menutup mulut' mengenai pergelutan parti itu yang di lihat semakin menggusarkan ahli mereka sendiri kerana menghadapi pelbagai masalah sejak awal penubuhan hingga hari ini. Beliau yang mahu Anina melupakan perselisihan dalaman berkaitan kedudukannya selaku bekas ketua sayap pari itu sebaliknya mahu mencotohi dirinya sendiri yang pernah di pecat dari Umno ketika zaman Tunku Abdul Rahman tetapi jelas Mahathir tidak berani mengakui sebab mengapa beliau di usir dari Umno ketika itu.


Walau Mahathir mahu Anina mencontohi dirinya yang tetap menjadi Presiden Umno dari 1981 hingga 2003 walau pernah di pecat tetapi kes Anina sangat berbeza dengan dirinya. Sejarah apabila Dato Harun Idris membawa Mahathir bertemu semula Tun Abdul Razak serta memujuk supaya Mahathir di terima semula menyertai Umno kemas tersimpan dalam lipatan sejarah Umno sendiri. Selepas di pecat dari Umno, Mahathir menyerang kepimpinan Tunku dan beliau sebenarnya khuatir Anina akan melakukan perkara yang sama serta membongkar rahsia 'besar' dalam PPBM kepada umum hingga merosakkan reputasinya sebagai penasihat parti hingga menjejaskan perancangannya selama ini.

Anina yang turut menyatakan tidak takut kepada sesiapa dalam PPBM serta memberi amaran sanggup menyerang Mukhriz jika beliau cuba menghalang kemahuannya. Audio kenyataan Anina turut tersebar dalam media sosial dan ini sebenarnya 'kunci' kepada beberapa perkara rahsia yang tidak diketahui umum mengenai perancangan sebenar PPBM.


Cuba menutup kisah salah laku seks Anina, Mahathir sebaliknya menyatakan Anina di 'pecat' kerana tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan sejak penubuhan parti tersebut. Adakah PPBM cuba mengalih perhatian kisah Anina dengan mengatakan beliau tidak mencapai kemahuan Mahathir atau sebenarnya telah merasakan kerugian pelaburan yang diberikan kepada Srikandi selama berada di bawah penguasaan Anina? Anina yang pernah menyatakan akan menekan 'Butang Kunci' jika terus di asak kepimpinan PPBM bagaimanapun masih belum berbuat demikian walau ada kekecohan mengenai penyebaran foto mirip Ketua Armada Syed Saddiq yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah pusat hiburan. Secara kebetulan penyebaran foto mirip Syed Saddiq berlaku sehari selepas Anina memberi 'amaran' kepada pimpinan PPBM. Adakah ini bermakna Mahathir selaku penasihat PPBM telah tunduk kepada kehendak Anina dan Muhyiddin pula selaku Presiden PPBM hanya menurut apa sahaja kata kata Mahathir?

Muhyiddin yang baru pulang dari percutian bagaimanapun menafikan wujud konflik serius dalam parti tersebut tetapi perlakuan sebenar yang rakyat nampak sangat bertentangan dengan apa yang cuba diselindungkan PPBM. Ahli Parlimen Pagoh itu menyatakan semua kisah Anina merupakan salah faham yang telah di anggap selesai kerana Anina masih lagi Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan mahu Anina memutuskan samada mahu terus berjuang bersama mereka atau meninggalkan parti demi kebaikan bersama.


“When we started the party, we asked her to lead and put Srikandi into motion. But there was no official decision when it comes to the post of Srikandi chief.

“What happened was, maybe for some reason, Anina didn’t achieve the target. So the party decided not to appoint her to that post.


Benarkah khabar yang mengatakan Mahathir memberi sejumlah amaun kepada Anina bagi tidak terus menekan 'kunci' demi menyelamatkan kedudukan Mukhriz setelah dikhabarkan ada ura ura akan berlaku penentangan terhadap Mukhriz dari penyokong tegar Anina? 


Mengapa Muhyiddin kelihatan menunggu Mahthir bersuara terlebih dahulu sebelum beliau selaku Presiden PPBM menyelasaikan isu ini? Adakah Muhyiddin hanya sebagai 'batu loncatan' kepada perancangan Mahathir yang mahu meletakkan Mukhriz pada kedudukan yang selesa dan bersedia menjadi 'Perdana Menteri' jika gabungan PPBM dan Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya? Harus di ingat PPBM masih baru dalam arus politik perdana dan Pakatan masih belum memberi bayangan pengagihan kerusi yang membolehkan Mukhriz layak menjadi 'Perdana Menteri' dan ini pastinya menggusarkan Mahathir serta seluruh parti jika Anina tidak segera dimatikan karier serta pengaruhnya dalam PPBM.


Adakah Anina akan terus menjadi ancaman kepada PPBM seandainya beliau meneruskan hajatnya menekan 'butang kunci' yang berada di tangannya jika memilih untuk menentang arus? Konflik dalaman PPBM ini semakin menarik apabila tersebar pula foto anak lelaki Mahathir yang berkelakuan 'luar tabie' apabila mempunyai 'teman wanita' berfizikal lelaki. Adakah ini salah satu 'kunci' yang dimaksudkan oleh mantan Ketua Srikandi dari Langkawi itu?

PPBM BERI 'RASUAH' KEPADA ORANG RAMAI SEBAGAI TARIKAN MENDAFTAR JADI AHLI?







PIMPINAN TERTINGGI PPBM RESTUI PEMBERIAN RASUAH UNTUK AHLI BARU DAFTAR?

Sekeping foto mampu berbicara seribu pengertian dan membawa banyak persoalan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering melaungkan mahu menjatuhkan kerajaan yang korup (kononnya) di bawah pentadbiran Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pasti akan terpukul dengan 'kebodohan' ahli mereka sendiri yang menaikmuat satu foto usaha mereka ketika mendaftarkan ahli baru yang berminat menyertai parti tersebut.

Dalam foto tersebut terpampang seikat wang yang dipercayai bernilai RM100 di atas meja di anggarkan mencecah hampir RM50,000. Untuk apa wang tersebut dalam sessi pendaftaran keahlian baru PPBM? Adakah wang tersebut diberikan kepada ahli baru sebagai habuan untuk menyokong PPBM? Jelas sekali PPBM mengamalkan RASUAH semata mata mencari sokongan serta menambah keahlian baru.

Beranikah pimpinan tertinggi PPBM membuat penafian atau penjelasan mengenai wang tersebut? Dari mana datangnya wang sebanyak itu jika program hanyalah untuk menambah keahlian parti? Siapa yang memberi dana sebanyak itu kepada PPBM bagi merasuah ahli baru setiap kali pendaftaran sebagai ahli baru dilakukan? 

Jelas sekali Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz adalah mereka yang merestui perbuatan RASUAH ini jika kapsyen yang dinaikmuat itu benar. Beranikah mereka menamakan siapa pemberi dana untuk pergerakan PPBM mencari ahli baru?