Saturday, 25 February 2017

BERANIKAH DAP DEDAH SUMBER DANA POLITIK MEREKA?





'DANA ISRAEL RM1.2 BILLION' - DAP TIDAK BERANI DEDAH DAKWAAN RAZALI?


Keghairahan DAP mempersoalkan mengenai program yang di buat oleh Pemuda Umno sejak kebelakangan ini menimbulkan persoalan, mengapa DAP bersikap 'Doble Standard' apabila memperkatakan mengenai ketelusan pihak lawan sedangkan parti itu sendiri hingga kini tidak menjawap persoalan tentang 'DANA ISRAEL' berjumlah RM1.2 biliion yang di dakwa oleh bekas ahli mereka sendiri.

Sejak dibongkarkan oleh Mohamad Razali hingga kini Lim Kit Siang masih berdiam diri dan enggan mengulas sepatah pun berkaitan hal tersebut. Seperti mana yang rakyat tahu, DAP sering menganjurkan 'Jamuan' bagi mengutip dana dengan jualan meja yang mencecah ribuan ringgit bagi setiap satu tetapi pernah atau tidak mereka mengistihar berapa kos menganjurkan program tersebut dan berapa pula hasil kutipan 'DERMA' yang mereka dapati? Seperti memaksa setiap ahli DAP menyumbang bagi menikmati 'makanan gerai tepi jalan', pernahkah DAP membentang audit kewangan mereka setiap kali membuat jamuan sepertinya?

Itu belum masuk kisah sambutan 'Harijadi Dewa DAP' yang berlangsung di hotel mewah dengan pelbagai peragaan serba mewah dari menantu dan keluarga Lim Kit Siang. Dari mana pula datangnya peruntukan DAP bagi menganjurkan 'PESTA' yang di percayai menelan belanja yang agak mahal. Pakaian menantu sahaja berkilauan sarat dengan hiasan batu permata yang sudah semestinya bukan berharga 'bundle'? Adakah setiap wakil rakyat DAP menyumbang setahun gaji mereka bagi meraikan harijadi Kit Siang? Begitu mewah perbelanjaan ketika itu namun tiada siapa dari kalangan DAP mempertikaikan dari mana mereka 'memetik daun duit' tersebut. Adakah semua ini dari sumber yang di dakwa Razali? 


Sepertimana yang sedia maklum, sumbangan dana kepada DAP bagi pergerakan parti tersebut tidak pernah didedahkan mereka sepanjang parti itu wujud. Mengapa begitu takut mendedahkan sumber kewangan? Adakah mereka 'BERLAKON' mencari makan dengan hasil perniagaan kontrak kerajaan di mana kemudiannya disalurkan bagi membiayai semua kempen menjatuhkan BN di seluruh negara? Belum lagi rakyat bertanya dari mana datangnya duit DAP membuat siri jelajah berupa 'hasutan' ke setiap pelusuk negara bukan? Adakah DAP mendapat 'DERMA KHAS' bagi mengisi tangki minyak kenderaan yang digunakan untuk setiap jelajah mereka? 

Bagi setiap kempen DAP, pasti mereka menjemput tetamu bagi meyakinkan hadirin mempercayai apa sahaja yang mahu disampaikan dan semua itu termasuk kos perjalanan tetamu serta penginapan yang perlu disediakan. Siapa yang mengeluarkan belanja untuk perkara seperti itu dan dari mana pula sumber mereka? Bagi setiap pekerja yang menjayakan kempen pasti ada imbuhan yang diberikan dan itu semua perlu dijelaskan kepada rakyat jika DAP benar benar TELUS. Sedangkan Setiausaha Agung DAP pun dikatakan membuat urusan pembelian hartanah di bawah harga sebenar hingga di heret ke Mahkamah inikan pula setakat sumber sumber kewangan 'TEPI' dari lain lain urusan. 

Percayalah jika DAP di desak untuk mengemukakan semua laporan hasil pendapatan dan perbelanjaan mereka pastinya segala alasan dan penafian akan digunakan atas alasan itu HAK Parti. Beranikah DAP berbuat demikian jika mereka berani mendesak pihak lain berbuat demikian? 

Tuesday, 21 February 2017

LIM KIT SIANG SEDIA TIKAM MAHATHIR

Kesediaan Lim Kit Siang yang mahu menyertai jelajah penerangan Umno mengenai kerugian skandal Forex tidak mengejutkan langsung. Kit Siang yang kian terdesak mencari pengaruh pasti akan berbuat apa sahaja demi kelangsungan parti yang pernah Mahathir gelar sebagai RASIS. Terserlah sikap sebenar Kit Siang yang sanggup menikam sesiapa sahaja yang menghalang apa juga cita cita DAP untuk menguasai pemerintahan walau dengan kerjasama beberapa pihak lain dari kem pembangkang.

Jika Mahathir yang melutut di kaki DAP pun sanggup di tikam demi politik apatah lagi pemimpin lain seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah, Mat Sabu yang lebih mudah diperbodohkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen itu. Rakyat boleh menilai di manakah maruah Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM ) berada di mata DAP. Apakah ahli PPBM masih percaya dengan ketelusan DAP dalam bekerjasama menjatuhkan BN?  Murah benar nilai seorang yang di angkat menjadi 'Dewa' dalam PPBM hingga tiada siapa boleh mengkritik apa juga tindakan Mahathir melainkan hanya bersetuju dan memendam rasa.

Sejauh mana kerjasama antara Kit Siang dan Mahathir akan pergi masih menjadi tanda tanya dengan krisis dalaman DAP yang tidak berpenghujung kerana pimpinan mereka tidak mempedulikan suara akar umbi parti sosialis tersebut yang enggan bekerjasama dengan Mahathir atas faktor sikap "kuku besi" serta pandangan negatif yang pernah dilemparkan kepada parti itu ketika beliau berkuasa. Suara suara sumbang yang cuba diselindungi DAP ternyata tidak berjaya dan kedengaran dengan jelas ketidakpuasan hati dengan keluarnya 4 wakil DAP di Melaka kerana tidak tahan dengan sikap diktator pemimpin DAP sendiri.

Berikut adalah petikan dari Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengenai hasrat Lim Kit Siang yang mahu menyertai jelajah Umno.

 

"Beliau diketahui sebagai seorang yang kuat mengamalkan dasar sosialisme, kronisme dan nepotisme sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli serta pimpinan DAP sendiri, serta merupakan 'de facto leader' dalam DAP dan 'DAP-led opposition', maka platform Umno adalah sangat tidak sesuai untuk ahli politik sedemikian," katanya dalam satu kenyataan Annuar Musa.

 

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Kit Siang, menerusi blognya telah menawarkan diri secara sukarela untuk berucap mengenai kerugian pertukaran asing (Forex) Bank Negara Malaysia dalam siri jelajah Penerangan Umno.

 

"Bagaimanapun kita bersetuju dengan gesaannya sejak dulu agar apa yang beliau istilahkan sebagai skandal Forex ini disiasat demi kepentingan negara.

Rakyat tentunya sudah faham dan nampak permainan apa yang sedang dimainkan oleh pembangkang demi mencapai cita cita mereka. Penipuan dalam kerjasama politik menjadi serba ' Halal' dan rakyat adalah korban yang akan dijadikan bahan ujikaji untuk semua ini.

Saturday, 18 February 2017

'MINAH BUNGA' BERANI TUDUH HOSPITAL SEBABKAN KEMATIAN TKSU KERANA ADA 'KABEL BESAR'?


PPBM JADI TEMPAT 'BUANGAN' DAN 'PENGUMPULAN' MINAH DAN MAT BUNGA  CERDIK 'BODOH'

Akibat hasutan 'kakak putu bambu' yang menyatakan ubat bekalan dari hospital kerajaan merupakan ubat tiruan, seorang lagi 'minah bunga' semakin sawan mempertahankan kenyataannya mengenai bekalan ubat ubatan hospital kerajaan. Mempertahankan kenyataan awal tuduhan terhadap hospital yang menyebabkan kematian seorang TKSU kerana keluarga lambat membeli ubat di farmasi akibat hospital tidak mempunyai bekalan ubat membuatkan rakyat berprasangka hospital kerajaan tidak memberikan khidmat terbaik untuk menyelamatkan pesakit kritikal merupakan tuduhan yang menjatuhkan kredibiliti Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Zuraini Kamal menuduh semua itu demi membela kenyataan awal Hamizura Osman yang turut menuduh ubat hospital adalah tiruan. Walau telah diterangkan oleh mereka yang mempunyai kelayakan doktor, demi menegakkan 'benang basah' Zuraini membuat pula kenyataan yang jelas boleh mengelirukan rakyat.

Tidak menghairankan apabila mengenali latar belakang sebenar Zuraini Kamal dari Kedah ini. Pernah menjadi sebahagian dari keluarga Umno namun kerana kalah bertanding jaatan segalanya berubah. Mungkin kecewa tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan di Kedah, Zuraini mengambil keputusan menjadi sebahagian dari PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan mula menghentam dasar dasar kerajaan yang pernah beliau nikmati hingga sekarang. Malang sungguh nasib PPBM yang menjadi tempat pengumpulan manusia manusia ' tolol' serta 'taksub' kepada Mahathir yang di sangka sebagai 'Penyelamat' Malaysia apabila bekerjasama dengan parti yang pernah menjadi musuh Mahathir sendiri satu masa dahulu. Jelas sekali PPBM mengumpul manusia manusia kecewa yang hanya mahu mengejar jawatan dan bukannya ikhlas berjuan untuk rakyat.

Ternyata Zuraini yang masih 'hidung tinggi' cuba memperlekehkan kredibiliti KKM apabila seorang lagi yang berkelayakan doktor cuba menrangkan kepada beliau mengenai 'Bajet KKM' berkaitan bekalan ubat kepada pesakit Hospital Kerajaan. Aznil Hisham seorang doktor pakar menerangkan kepada Zuraini namun seperti ahli PPBM yang lain, sikap menolak kebenaran memang wujud dalam jiwa PPBM. Malah lebih teruk, Zuraini cuba membuat 'ugutan saman' terhadap Aznil apabila cuba mengaitkan dirinya mempunyai kenalan dalam heraki tertinggi pemerintahan negara malah dalam KKM sendiri. Inikah mentaliti ahli PPBM yang masih hidup dalam 'denial sindrome' serta budaya ugutan?

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memandang serius dakwaan Zuraini yang secara terang terangan menjatuhkan imej KKM serta mengelaurkan kenyataan yang mampu mengelirukan rakyat dengan kenyataan kenyataan yang kurang cerdik. Hanya kerana berlaianan ideologi politik maka beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk memalukan kerajaan.

Wednesday, 15 February 2017

LAMBAT BELI UBAT DI FARMASI - KAKAK 'BUNGA' TUDUH HOSPITAL TIADA BEKALAN UBAT





SELEPAS HAMIZURA, SEORANG LAGI KAKAK BUNGA BUAT TUDUHAN JAHAT TERHADAP KKM


Selepas Hamizura yang mendakwa Hospital Kerajaan membekalkan ubat tiruan kepada pesakit, seorang lagi individu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengeluarkan kenyataan yang hampir sama tetapi kali ini dengan dakwaan yang lebih berat.

Baca kisah Hamizura Klik SINI

Zuraini Kamal mendakwa seorang sahabatnya Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) meninggal dunia sewaktu dalam unit rawatan kecemasan tanpa sebarang rawatan kerana keluarga sedang membeli ubat di farmasi. Dakwaan berat serta tuduhan berat ini tidak masuk akal sama sekali kerana dalam ER (unit kecemasan) Doktor akan menggunakan segala kepakaran mereka untuk menyelamatkan pesakit dan belum pernah lagi keluarga di paksa membeli ubat dari farmasi sedangkan pesakit di rawat dalam hospital. Tidak dapat dipastikan hospital mana yang berbuat demikian kerana Zuraini Kamal engan memberitahu lokasi kejadian seperti di dakwanya.

Dalam satu lagi kenyataan, Zuraini Kamal membuat satu lagi fitnah jahat terhadap hospital kerajaan apabila mendakwa banyak pembedahah terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bekalan ubat. Tuduhan serius yang dilakukan Zuraini Kamal ini mengundang rasa tidak senang di kalangan netizen kerana mereka sering mendapat bekalan ubat yang berkualiti dari hospital kerajaan. Malah seorang Doktor Pakar turut menyelar kenyataan Zuraini berkenaan dakwaannya.

Doktor Abdul Rahman Kadir mengkritik dakwaan Zuraini kerana menuduh hospital kerajaan dengan tuduhan serius yang boleh mempengaruhi rakyat yang membaca tanpa pertimbangan waras fikiran. Zuraini yang juga merupakan penyokong kuat PPBM dipercayai membuat tuduhan tersebut bagi membela Hamizura Osman yang menerima kecaman netizen kerana dakwaan hospital kerajaan sudah tidak mempunyai bajet dan membekalkan ubat tiruan. Bagaimanapun kenyataan Hamizura di sangkal oleh seorang lagi doktor iaitu Doktor Aznil Hisham melalui penerangannya di media sosial.


Sewajarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja menjatuhkan maruah kerajaan apabila membuat tuduhan tuduhan berniat jahat seperti ini. Rakyat perlu disedarkan mengenai usaha kerajaan memberi perkhidmatan berkualiti untuk kesihatan rakyat Malaysia dan mereka yang berkepentingan poltik cuba memutar belit segala usaha dan menyampaikan dakyah memburukkan KKM seolah kerajaan tidak bertangungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika dibiarkan komen komen serta kenyataan negatif seperti ini berlaku kemungkinan besar rakyat akan hilang kepercayaan terhadap KKM.

ADIK BEKAS EXCO PERAK ADA FERRARI HASIL JUAL PUTU BAMBU?




FRANCAISOR PUTU BAMBOO ADA FERARI HASIL TIPU DUIT TEKUN?




Ramai kalangan pelayar media sosial tertanya tanya mengenai pembongkaran kisah penipuan seorang adik bekas Exco Perak terhadap peserta yang menyertai skim 'Francais' Putu McBamboo milik penuh sebuah syarikat. Kisah penipuan adik exco tersebut tersebar apabila beliau membuat komen mengenai ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital kerajaan kepada pesakit.

Hamizura Osman merupakan pemilik syarikat Putu McBamboo dikatakan menipu peserta yang menyertai skim pinjaman TEKUN di bawah kendaliannya. Menurut sumber, Hamizura atau Zura telah menipu peserta yang meminjam dana dari TEKUN apabila tidak menyerahkan jumlah sebenar pinjaman yang dikemukakan kepada pihak TEKUN. Menurut sumber ketika penipuan dilakukan, bekas Exco Perak Hamidah Osman merupakan Pengerusi Tekun dan berkuasa meluluskan pinjaman kepada mereka yang layak.

Dalam kes yang di bongkar oleh Kassim Masdor, terdapat keraguan ketika kelulusan pinjaman diberikan kerana peminjam tidak menerima nilai pinjaman tetapi hanya mendapat separu dari jumlah sebenar kerana di kawal oleh Zura. Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh Pengerusi Tekun ketika itu mungkin terjadi apabila ianya melibatkan pengaruh adik beradik dalam menentukan siapa yang lulus pinjaman dan sekatan terhadap penyerahan nilai sebenar pinjaman peserta TEKUN. Malah apa yang dikhuatiri ialah penyalahgunaan pengaruh untuk meluluskan pinjaman TEKUN kepada pemilik Syarikat Putu McBamboo terjadi seperti di dakwa sumber.

Agak pelik kisah Putu McBamboo seakan tenggelam apabila boleh dikatakan usahawan yang bernaung di bawah kendalian syarikat tersebut kini tidak kelihatan lagi. Kemana kesemua peserta yang menyertai skim Francais Putu Mc Bamboo ini? Adakah mereka kecewa dengan apa yang terjadi dengan pinjaman atau mereka enggan lagi meneruskan perniagaan di bawah jenama Putu McBamboo? Tentu ada sebab mengapa mereka sudah tidak meneruskan perniagaan tersebut selepas menerima pinjaman TEKUN.

Persoalan ini menarik perhatian netizen kerana mereka juga tertanya kemana semua usahawan Putu McBamboo, adakahpeserta sudah hilang atau mereka sudah bertukar jenama dan tidak lagi bernaung di bawah syarikat tersebut? Hamizura hingga sekarang tidak berani tampil untuk membuat kenyataan berkenaan dakwaan penipuan pinjaman TEKUN. Mengapa beliau yang kononnya lantang bersuara mengenai kerajaan tetapi kini 'menikus' apabila kisah penipuan terbongkar? 

Adakah pembongkaran ini tidak mampu menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kebenaran dakwaan berkaitan kehilangan wang pinjaman serta rasa kecewa dengan cara 'Diktator' pengendali peminjam TEKUN? Benarkah kekecewaan peserta dikatakan ada kaitan dengan gaya hidup adik exco tersebut yang dikhabarkan mempunyai sebuah kereta Ferari hasil dari perniagaan 'jual kepala' peminjam dana TEKUN?

Adakah beliau takut di siasat SPRM yang berkemungkinan akan membongkar lebih banyak lagi kejadian seperti di dakwa Kassim Masdor? Rakyat memerhati dan menilai hasil kerja SPRM yang telus dalam sebarang siasatan terhadap apa juga dakwaan yang mereka terima.

PENIPUAN PINJAMAN TEKUN WAJAR DI SIASAT SPRM - ADIK BEKAS EXCO PERAK TERBABIT?





DAKWAAN PENIPUAN HAMIZURA BERKAITAN TEKUN PATUT DI SIASAT SPRM, KKM JUGA PATUT SAMAN KERANA FITNAH JAHAT MENGENAI UBAT TIRUAN YANG DIBEKALKAN KKM KEPADA PESAKIT


Semalam heboh dalam media sosial seorang adik bekas Exco Perak dikatakan memeras peniaga yang meminjam dana dari TEKUN. Satu komen dari seorang yang menggunakan nama Kassim Masdor menggambarkan penipuan serta kaedah 'kuku besi' wujud terhadap peserta yang membuat pinjaman melalui individu bernama Hamizura Osman yang merupakan adik kepada Dato Hamidah Osman (Ahli Majlis Tertinggi PPBM).

Kassim mendakwa penipuan oleh Hamizura Osman berlaku kepada ramai peserta TEKUN yang mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan putu bambu milik syarikat Putu McBamboo kepunyaan Hamizura. Dalam dakwaan tersebut secara jelas Kassim menamakan Hamizura adalah individu yang memotong pinjaman sebanyak RM3,000.00 dari nilai penuh pinjaman RM6,000.00 yang di pohon peserta.

Penipuan tersebut berlaku kerana waktu itu Hamidah Osman merupakan Pengerusi TEKUN yang bertanggungjawab dan kesempatan ini di ambil oleh Hamizura untuk kepentingan peribadinya. Bukan beliau sahaja yang di dakwa Kassim malah suami Hamizura turut dikaitkan sebagai menipu peserta yang memperolehi pinjaman TEKUN. Adakah benar dakwaan Kassim Masdor ini? Adakah Hamizura secara terang terang menggunakan kedudukan kakaknya yang mempunyai pengaruh untuk membuat keuntungan peribadi? Mungkin jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat kebenaran dakwaan Kassim Masdor akan membuka lembaran baru mengenai 'penggelapan wang dana' TEKUN yang berlaku ketika Hamidah Osman memegang kuasa sebagai Pengerusi.

Hamizura Osman seharusnya tampil untuk menjelaskan dakwaan Kassim Masdor beserta bukti penafian dakwaan bagi membersihkan nama dan intergriti kakaknya. Tetapi adakah Hamizura cukup berani berbuat demikian selepas Dato Hamidah menerima padah apabila kalah dalam kes saman di Mahkamah? Benarkah wujud 'komplot' terancang Hamizura untuk mengenakan peserta TEKUN yang memohon pinjaman melalui beliau? Jika di lihat dari komen Kassim Masdor, beliau turut menyatakan sikap 'kuku besi' Hamizura yang mengarahkan peserta TEKUN di bawah kendaliannya mendapat bekalan bahan mentah dari beliau sahaja dan tidak boleh membelinya dari orang lain. 

Hamizura sebelum itu secara sengaja mencipta kontroversi dalam komennya mengenai bekalan ubat dari Hospital Kerajaan yang didakwanya sebagai ubat tiruan. Kenyataan Hamizura di kecam netizen yang rata rata marah dengan kenyataan berbaur hasutan serta menjatuhkan intergriti Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) demi kepentingan politik PPBM. Mungkin bagi Hamizura, semua yang dilakukannya 'benar' tetapi harus di ingat bahawa dia tidak mempunyai kelulusan perubatan bagi membolehkannya mengulas mengenai ubatan KKM yang dibekalkan kepada rakyat yang memerlukan rawatan dari hospital kerajaan.




Berikut adalah tulisan dari DoktorAbdul Rahman Kadir mengenai dakwaan Hamizura Osman.

#KKM_GUNA_UBAT_TIRUAN_KERANA......



Habis la...

Ada minah kata Malaysia takde duit dan pakai ubat tiruan. Dah nak bangkrap katanya. 

Ubat generic kononnya ubat tiruan. 

Ubat original bagus sebab mahal, ubat generic tak bagus sebab murah kononnya. 

Ubat generic ni bukan barang tiruan macam jam tangan Petaling Street hoccay. Juga bukan macam gelang Zhulian atau bag tangan LV atau Gucci tiruan yang hanpa eksyen pakai pi kenduri kawin tu. 😂

Ia adalah ubat yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan ubat asal dan telah terbukti mempunyai kesan bioequivalent yang sama, selamat dan berkesan. Barulah ia boleh memasuki pasaran. 

Jadi kenapa ubat original mahal dan ubat generic murah? Mesti ada yg special kan? 

Salah! Ubat original atau inovator product ini adalah ubat yang mula2 dihasilkan oleh syarikat farmasi gergasi. 

Mencipta satu ubat baru bukan kerja mudah dan murah. Mereka perlu melakukan R&D berbelas tahun lamanya (biasanya hingga 15 tahun), melakukan pelbagai ujikaji kecil hingga bertaraf raksasa hingga akhirnya terbukti ia selamat utk dipasarkan dan digunakan oleh manusia. 

Mencipta ubat baru seperti ini boleh menelan kos hingga berbillion2 dollar sebelum ia boleh mula dijual di pasaran utk kegunaan manusia. 

Jadi, usaha syarikat farmasi ini dihargai dengan mereka diberika hak patent selama beberapa tahun. Mereka saja boleh menjual ubat tersebut tanpa persaingan lain bagi membolehkan mereka balik modal dan mendapat keuntungan. 

Hak ini dipelihara dan dijaga oleh World Trade Organization bagi memastikan syarikat2 farmasi gergasi ini terus melakukan R&D bagi mencipta ubat2 baru. 

Bayangkan berbelanja hingga berbillion dollar dan akhirnya tidak untung dan tidak balik modal. Saintis gila mana yang akan mencipta ubat2an baru? Modal tarak. 

Jadi semua akan menunggu hingga hak patent ini habis. Dalam tempoh ini syarikat2 penghasil ubat generik akan mengkaji habis2an komposisi ubat asal ini dan akan replicate ubat ini. 

Habis saja patent, mereka dibenarkan jual ubat generik ini yang harganya jauh lebih murah namun ia sama dari segi efektif dan tahap keselamatan. 

Kenapa boleh jual murah? Sebab mereka tak terlibat dalam membuat R&D besar2an MENCIPTA UBAT seperti proses yg perlu dilalui ubat asal. 

Jadi amat kelakar apabila ada yang kata negara nak bangkrap dan oleh itu, kita pakai ubat generik. 

US yang merupakan negara pencipta ubat2 original dengan syarikat2 farmasi gergasi bersemadi di sana juga mempunyai hampir 89% ubat generik di dalam pasaran mereka. 

US nak melingkup juga la tu. 🤣

Penggunaan ubat generik di Malaysia bukanlah baru. Ia telah berlaku sejak zaman Tun memerintah lagi. Ia adalah amalan biasa dan sah di seluruh dunia. 

Kalau tak percaya, cuba check ubat2 yang Atok ambil dari IJN. Banyak ubat yang generik dah tu...

Atok masih sihat dan umur panjang. 

IJN ni bukan hospital kucing kurap. 

IJN ni adalah salah sebuah JCI accredited hospital di negara kita. Kira taraf dunia la.



By the way...akreditasi JCI ini diperolehi pada zaman DS Najib. Kena sebut sebab takut ada orang lain claim kredit.

Tuesday, 14 February 2017

ADIK BEKAS EXCO PERAK MENIPU GUNA TEKUN?




"DIA PAKSA KAMI PENIAGA BELI BARANG DAN TEPUNG DENGAN DIA SAHAJA" - HAMIZURA DIKAITKAN DENGAN PENIPUAN PINJAMAN TEKUN


Tular dalam media sosial mengenai kisah penipuan adik bekas Exco Perak mengeksploitasi kedudukan kakaknya selaku Exco Kerajan Negeri menggunakan dana TEKUN bagi perniagaan putu bambu. Hamizura Osman dikatakan sebagai individu yang menipu peserta di bawah seliaannya bagi mendapat dana sebanyak RM6,000.00 tetapi peserta hanya menerima barangan perniagaan bernilai RM3,000.00 dan bukan wang tunai.

Menjadikan kisah ini lebih menarik perhatian netizen, individu yang menggunakan identiti Kassim Masdor mendakwa Hamizura mengarahkan peserta untuk membuat pinjaman TEKUN sebanyak RM6,000.00 dan segala bahan mentah untuk pembuatan putu bambu perlu di beli daripada beliau sahaja. Kassim turut mendakwa ramai peserta berasa tertipu dengan Hamizura yang memaksa mereka mendapatkan bekalan mentah darinya serta tidak memberi nilai penuh pinjaman TEKUN.

" Zura ni dengan suami dia memang penipu besar, kami dulu dia tipu hidup hidup...Suruh kami buat pinjaman TEKUN RM6000, dia tak bagi duit, dia bagi barang niaga sahaja yang beharga RM3000, mana pergi lesap lagi RM3000? Syarat meniaga pula tu dia paksa kami peniaga beli barang barang dan tepung semua pada dia sahaja"

Peniaga yang pernah mengalami perkara sama seharusnya membongkarkan kisah penipuan yang mereka alami jika pernah berurusan dengan Hamizura Osman. Cara seperti yang di dakwa Kassim pula jelas menunjukkan wujud penipuan oleh Hamizura serta menjadi penganiayaan kepada ushawan kecil TEKUN yang baru mahu mula berniaga.

Hamizura perlu tampil menjelaskan kebenaran dan jika beliau berasakan tidak terbabit maka tindakan dari pihak beliau perlu dilakukan ke atas penama Kassim Masdor tetapi jika beliau terlibat dengan dakwaan ini maka peniaga yang TEKUN yang pernah berurusan dengan Hamizura Osman perlu tampil membuat laporan polis mengenai salahguna Dana yang dilakukan Hamizura serta kaitan pihak yang meluluskan pinjaman tersebut waktu itu. Difahamkan ketika waktu itu kakak Hamizura merupakan Pengerusi TEKUN dan bertanggungjawab meluluskan pinjaman pemohon di bawah skim TEKUN. 


 Objektif TEKUN :



TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

AMT PPBM DAKWA KKM BEKAL UBAT PALSU - FITNAH JAHAT TERHADAP KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin terdesak mencari sokongan rakyat menjelang PRU14 apabila masalah dalaman sekutu politik mereka semakin meruncing. Selepas seorang bekas wartawan mendoakan agar Umno ' Mampus' terbaru ahli majlis tertinggi  PPBM, Hamizura Osman membuat kontroversi terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hamizura telah mengeluarkan kenyataan bekalan ubatan yang disediakan kepada rakyat di hospital kerajaan sebagai ubat tiruan. Kenyataan mengelirukan ini di buat oleh Hamizura dalam komen beliau di facebook. Beliau turut mendakwa rakyat terpaksa menerima ubatan tiruan kerana tiada pilihan lain apabila menerima rawatan di hospital kerajaan dengan caj pesakit luar sebanyak RM 1.

Cara fitnah serta tohmahan palsu dari PPBM ini sebenarnya hanyalah untuk menimbulkan kebencian serta panik di kalangan pesakit. Tuduhan Hamizura mengenai ubatan tiruan ini amat serius kerana ramai boleh terkeliru apabila apa sahaja yang keluar dari mulut ahli PPBM akan di anggap sebagai ' Fatwa'.

Inilah mentaliti PPBM yang sanggup memfitnah apa sahaja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengambil tindakan menyaman Hamizura kerana kenyataannya berniat jahat serta menjatuhkan kredibiliti kualiti ubat yang dibekalkan KKM kepada rakyat Malaysia.

KLIP VIDEO SANUSI KATA MELAYU BANGSAT - SANUSI JADI 'ANJING' SALAK BUKIT?





"MELAYU SEKARANG ADALAH BANGSA BANGSAT JADI KENA MENGAKU MELAYU YANG SOKONG DEKLARASI BARU TIDAK JADI BANGSAT" - SANUSI JUNID


Bekas Menteri Besar Kedah semasa zaman Mahathir memerintah, Sanusi Junid mendakwa Bangsa Melayu yang ada sekarang merupakan satu Bangsa Bangsat kerana masih menyokong kerajaan yang di pimpin oleh Barisan Nasional. Dakwaan mantan 'Menteri Gila Tanam Padi Atas Bumbung' itu mengeluarkan kenyataan menghina sesiapa sahaja dari kaum Melayu yang masih memberikan sokongan kepada Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika di tanya oleh wartawan dalam satu rakaman klip video.

Tonton Video tersebut di SINI

Sebagai seorang yang pernah berada dalam Umno hampir berpuluh tahun, Sanusi di kecam netizen kerana kenyataan beliau telah membuka satu lembaran baru dalam politik Malaysia.Politik kebencian yang diwujudkan oleh kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini sinonim dengan cara sebuah lagi parti yang menjadi sekutu kuat mereka buat masa sekarang iaitu DAP. Ternyata hasil kerjasama dua parti yang membenci Umno ini semakin serasi mengelirukan rakyat demi kepentingan parti masing masing. 

Sanusi yang juga pernah menjadi ADUN Kuah ketika berkhidmat dalam Barisan Nasional berkata semua ini terjadi kerana Melayu tidak menyokong deklarasi rakyat yang diilhamkan Mahathir bersama Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib menggunakan budi bicara Yang DiPertuan Agung. Deklarasi rakyat yang cuba mengumpulkan sejuta tandatangan sebagai petisyen bantahan serta mendesak YDPA melucutkan jawatan Najib bagaimanapun di landa kontroversi hingga membawa kepada kegagalan deklarasi itu sendiri.


Penipuan mengenai pengumpulan tandatangan tersebut terbongkar apabila seorang pemuda tampil mendakwa beliau dijanjikan upah oleh seorang pemain siber bernama 'Ratu Naga' yang diketahui sebagai penyokong kuat Mahathir, bagaimanapun PKR menjadi pilihan 'Ratu Naga' setelah dikatakan kecewa dengan Mahathir yang tidak memberikan apa yang telah 'dijanjikan' sebagai ganjaran mengumpul tandatangan.

Bekas Menteri Pertanian itu yang pernah membuat cadangan 'bodoh' ketika menjadi menteri kabinet Mahathir apabila meminta petani menanam padi di atas bumbung atas alasan yang tidak logik akal cuba menjadi 'hero' kepada kaum Melayu yang merupakan kuasa terbesar dalam pola undian apabila tibanya pilihanraya umum. Politik apakah yang cuba disampaikan Sanusi dengan kenyataan begitu? Adakah beliau mahu memberi gambaran PPBM adalah parti serba 'MAKSUM' kerana diterajui Mahathir yang kini terpalit dengan pembongkaran skandal Forex dan skandal BMF? Malah sekutu kuat beliau ketika ini, Lim Kit Siang sendiri pernah menulis dua buah buku menceritakan pembabitan Mahathir dalam kedua dua skandal yang hampir merobohkan ekonomi Malaysia waktu itu.

Adakah Sanusi sudah merelakan dirinya menjadi 'ANJING' suruhan yang akan menyalak apabila tuan anjing memerintahkan berbuat demikian bagi menarik perhatian rakyat? Sanusi wajar memikirkan kembali kenyataannya terhadap tuduhan beliau kepada kaum Melayu yang digelarnya sebagai 'BANGSAT".

"di dunia sekarang ini bangsa Melayu inilah bangsa paling bangsat kerana kita mendukung kerajaan rasuah" -Sanusi Junid

"kalau you cakap Melayu saja air muka you jatuh, la ni bangsa kita dah jadi bangsa Bangsat" - Sabusi Junid

Adakh ini cara PPBM menarik perhatian pengundi agar menyokong mereka? Jika inilah caranya maka tidak hairanlah PPBM akan di tolek pengundi Melayu sekaligus meletakkan maruah PPBM hanyalah sebagai 'KELDAI SURUHAN' dalam pakatan Harapan kelak.

Monday, 13 February 2017

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN SPR PERLEKEH TN50 - RELA JADI JENTERA PARASIT ROSAK IMEJ KERAJAAN




"SEKARANG TENGOK MUKA NAJIB PUN RASA BERDOSA" -PENJAWAT AWAM KECAM TN50

Media sosial merupakan medium yang paling berkuasa dalam menyampaikan maklumat samada benar mahu pun salah di waktu ini. Penerimaan berita mahupun perdebatan dalam komentar dalam media sosial adakala menampakkan kecenderongan politik mereka yang menyebarkan maklumat.

Bagaimanapun sebagai penjawat awam yang mempunyai akujanji mentaati kerajaan sering diketepikan oleh segelintir dari mereka kerana berfikir komen atau kritikan terhadap dasar kerajaan yang mereka lakukan dalam media sosial hanyalah di permukaan dan tidak merosakkan pandangan rakyat yang mengikuti lontaran pemikiran mereka. Perlu diingatkan kepada penjawat awam, mereka mewakili kerajaan dan dasar dasar yang di rangka untuk membawa kemajuan kepada rakyat agar pemahaman tidak terpesong dan hanya menuding jari kepada kerajaan semata mata.

Berhadapan dengan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang tidak menepati akujanji sebelum diserapkan ke jawatan kini tidak memberi kesan kerana pembangkang membayangkan suara mereka merupakan hak kebebasan yang perlu diberikan dan akhirnya penjawat awam yang agak ' BODOH' akan termakan hasutan dan menjadi sebahagian dari jentera parasit yang merosakkan imej kerajaan itu sendiri atau bahasa muda mereka wajar meletak jawatan jika tidak mampu mendukung dasar dasar kerajaan dan hanya mahu menjadi agen kepada pembangkang dalam merosakkan pemikiran rakyat.

Shah Abang Halil dikatakan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Penerangan SPR merupakan seorang penjawat awam di bawah kerajaan Malaysia dan seharunya beliau mendukung dasar dasar kerajaan namun perkara sebaliknya terjadi. Dalam laman media sosial Shah Abang Halil, beliau telah berkongsi satu pautan dari thevocket.com memaparkan tajuk 10 Rahsia Tun M 'Power' Menulis dengan memuatkan kapsyen "Najib Reti?" yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Malah dalan ruangan komen Shah turut membuat komen yang menggambarkan kebenciannya terhadap perancangan Najib dalam TN50.

Menyifatkan TN50 sebagai angan angan berbanding dengan apa yang Mahathir mahukan dalam 'Wawasan 2020', Shah turut menyatakan rasa berdosanya apabila melihat wajah Najib di telivisyen yang menyiarkan secara langsung diskusi mengenai TN50.

"Tn50 is stuff of dreams..memang ajal dan rezqi Allah aturkan, tapi manusia yang berakal takkan terlalu ambitious. Tun M may live way past 2020..even if he woulnd't, he didn't sugarcoat what he wanted when he came up with W2020"

"I didn't know they had it televised. sekarang tengok muka dia (Najib) pun rasa berdosa"

Adakah wajar sebagai seorang penjawat awam seperti Shah mempertikaikan perancangan jangka panjang yang direncanakan Najib untuk generasi akan datang? Malah semasa W2020 diilhamkan Mahathir, tiada siapa dapat menjangka kemajuan yang bakal berlaku pada tahun 2020 namun kini kurang daripada 3 tahun wawasan tersebut akan mencapai tempoh matang dan apa yang Mahathir bayangkan waktu itu mengenai Malaysia masih belum tercapai seperti yang dirancangkan. Adakah Shah Abang Halil sudah hilang akal apabila mengatakan Tn50 sebagai 'gula gula' Najib kepada generasi 2050 seperti yang beliau dakwa dalam komennya?

Jika inilah mentaliti seorang penjawat awam yang diamanahkan menerangkan mengenai dasar kerajaan maka tidak hairanlah rakyat semakin terpesong dari landasan sebenar yang mahu di bentuk kerajaan. Shah Abang Halil boleh dianggap sebagai agen parasit dari pembangkang yang berjaya menyelusup masuk ke sektor awam hanya untuk merosakkan kerajaan dari dalam. Sewajarnya Ketua Ketua Jabatan serta Organisasi di bawah kerajaan memeantau perkembangan yang tidak sihat ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana mana kakitangan awam yang menentang dasar kerajaan tetapi dalam masa sama menikmati segala kemudahan serta faedah yang disediakan kerajaan untuk kakitangan awam.

Sedikit kongsian mengenai TN50 yang sepatutnya menjadi pemacu kepada sebuah kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang demi generasi muda sekarang.

TN50, atau Transformasi Nasional 2050, merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Adakah rakyat digula gulakan oleh kerajaan seperti dakwaan Shah Abang Halil bila di baca semula apa itu TN50? Jelas sekali Shah tidak memahami dasar kerajaan tetapi mahu menunjuk pandai dengan menaikmuat komen yang sangat tidak bertepatan dengan apa yang digariskan dalam TN50. Beranikah SPR memanggil Shah Abang Halil untuk menjelaskan mengapa beliau begitu membenci kerajaan sedangkan beliau berkhidmat dalam sektor awam. Tindakan tegas perlu dikenakan jika terbukti Shah Abang Halil merupakan agen pembangkang yang berselindung dalam kerajaan dan cuba merosakkan pemikiran rakyat dengan komen komen memperkecilkan usaha yang dilaksanakan kerajaan.


DAP PARTI KUKU BESI DAN DINASTI DAP HANYA MILIK LIM ANAK BERANAK - LIOW TIONG LAI





DAP KUKU BESI DAN HANYA PARTI KIT SIANG & SON's - LIOW TIONG LAI

Tamparan hebat yang menimpa kepimpinan DAP berikutan tindakan keluar parti oleh 4 ahli parti tersebut di Melaka dikatakan berkait dengan rasa tidak puashati ahli terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang yang selama ini mendominasi pucuk kepimpinan parti sosialis sekular itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MCA, Dato Liow Tiong Lai ketika ditemui di Dataran Bentong sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2017. Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet turut hadir dalam acara tersebut diiringi Menteri Besar Pahang Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob bersama kepimpinan negeri. Turut kelihatan hadir memeriahkan suasana kali ini ialah Duta Besar China yang begitu terpegun dengan suasana harmoni antara kaum di Malaysia.

Kejutan yang tidak di sangka ini terjadi sehari selepas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendakwa ada ahli parlimen dari Umno membuat pertemuan sulit bersamanya menyatakan hasrat meninggalkan Umno dalam masa terdekat. Bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh PM dan TPM yang mengeluarkan kenyataan membidas Azmin dari PKR. Malah Setiausaha Agung Umno, Dato tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan memerli Azmin yang kononnya kini sebagai tempat rujukan untuk ahli Umno yang mahu keluar parti.


Ahli Parlimen DAP Raub, Ariff Sabri pernah mengakui kewujudan masalah dalaman yang melanda DAP Pusat tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut apabila di tanya. Mungkin inilah masalah yang melanda kepimpinan DAP setelah mereka bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyaksikan Mahathir selaku Penasihat PPBM duduk sepentas dengan kepimpinan tertinggi DAP semasa konvensyen DAP baru baru ini. Kerjasama ini dikatakan mengundang rasa tidak puashati di kalangan ahli yang selama ini terasa di hina oleh mantan PM selama 22 tahun memerintah sebagai parti RASIS.

Kerjasama antara DAP dan PPBM juga di lihat amat sukar direalisasikan kerana Mahathir sudah tentu mahu kelebihan diberikan kepada partinya bagi menjamin kedudukan parti itu dalam parlimen jika mereka menang PRU14 dan sudah tentu ramai kalangan akar umbi DAP tidak bersetuju dengan keputusan Kit Siang yang memberi ruang kepada Mahathir mempengaruhi rakyat seterusnya mengenepikan peranan DAP dalam Pakatan Harapan.

Mungkinkah ini akan menjadi 'Taboo' bagi mana mana parti yang menjalinkan kerjasama politik dengan Mahathir? Adakah sudah wujud tanda tanda kehancuran Pakatan Harapan? Mungkin selepas ini PKR akan menerima nasib yang sama seperti DAP jika Mahathir berjaya memujuk Anwar Ibrahim ketika melawat beliau di penjara Sg Buloh tempoh hari untuk bekerjasama dengan PPBM selepas PAS menyatakan keengganan sebarang kerjasama dengan mana mana parti politik yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN?

Kenyataan Liow Tiong Lai apabila di tanya mengenai pandangan  MCA berikutan tindakan ahli DAP keluar parti.

"tadi saya ada sebut tentang pandangan saya bahawa 4 ahli terdiri daripada Adun dan Ahli Parlimen DAP membuat keputusan yang betul meninggalkan parti Lim Kit Siang dan anak beranak. Oleh itu tindakan itu jelas telah kehilangan hala tuju dan telah pun menjadi parti yang tiada prinsip"- Tiong Lai

"Ya memang saya berusaha gigih untuk mendapat kembali kepercayaan kaum cina di negara ini kerana hanya MCA mampu menjaga kepentingan kaum Cina, kita ada agenda untuk bersama kerajaan dan bukan agenda peribadi" - Tiong Lai

Video KLIK : SINI

Saturday, 11 February 2017

MAHATHIR TIDAK BERANI SAMAN KIT SIANG DAN ANWAR YANG PERNAH TUDUH KORUPSI ZAMAN 'MAHAFIRAUN' - TURUN TARAF SEPENTAS MODEL 'AKSI CIUM' DAP


MAHATHIR HANYA LAYAK BERSAMA 'MODEL BIRU' DAP - ZIKIR PEMBOHONGAN TERUS DIALUNKAN DI PENTAS PEMBANGKANG



Siri jelajah pembangkang memburukkan kerajaan Barisan Nasional semakin agresif dilakukan oleh Penasihat PPBM, Mahathir Mohammad bersama sekutunya membawa persoalan di mana maruah mereka sebagi pihak yang menuduh tanpa mampu memberi sebarang bukti kukuh atas setiap dakwaan. Kisah 1MDB yang sering menajdi modal Mahathir untuk menjatuhkan pimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia kian tidak mendapat tempat di hati rakyat kerana hingga semalam Mahathir masih belum mampu membuktikan semua dakwaan yang beliau lemparkan dan ini mengesahkan semua yang keluar dari mulut 'Dewa Bunga' ini hanyalah cakap dengar dan penyampaian pihak lain.


Dalam satu siri 'pembohongan' semalam di Kedah, Mahathir mendakwa kerajaan negeri menghabiskan sebanyak RM 3.5 juta untuk program BAKTI sedangkan peruntukan tersebut diluluskan untuk membaikpulih stadium di Kedah. Sepentas dengan 'ikon porno' DAP, Dyana Sofya yang pernah menggemparkan negara dengan foto intim beliau bersama Zairil Khir, Mahathir hanya mengulang ulang perkara sama tanpa bukti mengenai Najib. Laungan Najib penipu, Rosmah boros, Cash is King, Br1M,hutang negara, jual tanah, jual negara,china jadi warganegara menjadi 'zikir' harian Mahathir untuk membohong kepada rakyat.



Logik fikiran yang boleh dilontarkan kepada mantan PM ini mengapa beliau tidak mampu membawa perkara yang di dakwanya ke mahkamah? Adakah beliau takut kisah sebenar akan terbongkar dan segala 'dendangan'penipuan beliau kepada rakyat akan tersebar? Gerak kerja menjatuhkan BN sudah dimulakan sejak 2-3 tahun lalu dan Mahathir berjaya mempengaruhi beberapa individu dalam kabinet untuk menyertai beliau dan kemudiannya bersama sepentas dengan pihak yang beliau gelarkan sebagai 'RASIS' ketika masih berkuasa.


Mengenai dakwaan Mahathir berkaitan isu pendatang China yang diberikan kerakyatan melalui pelaburan di Forest City, Tuanku Sultan Johor sendiri telah memberi amaran kepada penasihat PPBM itu agar tidak mempolitikkan pelaburan di Johor dengan memberi gambaran Johor akan di penuhi pendatang China berikutan pembangunan yang di rangka di negeri Baginda. Namun demikian, Mahathir yang sememangnya tidak menghormati Institusi DiRaja tanpa segan terus menerus mendakwa kebanjiran serta pembangunan di Forest City akan membuka peluang kepada BN menambah pengundi yang memihak kepada BN.

Bersama sepentas dengan Mahathir, Dyana Sofya calon kalah dari DAP di Teluk Intan cuba membayangkan parti itu amat menjunjung perlembagaan negara. Beliau yang kelihatan sangat berbeza fizikal berbanding ketika berada di London cuba meyakinkan rakyat Kedah, DAP tidak akan berjaya menjadi pemerintah kerana bilangan kerusi yang akan di tandinigi di Parlimen belum melayakkan parti itu menjadi dominan di Parlimen.

Pembohongan Dyana amat dangkal kerana beliau tidak mempunyai kemahiran berpolitik kerana hanya menjadi 'model' dalam DAP untuk mempengaruhi minda anak muda Melayu yang cetek pemikirannya.

Sebagai contoh mudah pembahagian kerusi pembangkang untuk PRU14

  • kerusi keseluruhan parlimen (2013) - 222
  • 222 bahagi 4 = 55.5 kerusi bagi setiap parti dalam pakatan harapan
  • dap yakin menang 50 kerusi parlimen manakala yang lain belum menyatakan keyakinan
  • jika dap menguasai 50 kerusi bukankah mereka akan menguasai kedudukan sebagai dominan dalam gabungan manakala parti lain hanya bertindak sebagai campuran bagi mencari majoriti mudah merampas Putrajaya?

Inilah cara pembangkang bermain persepsi bagi meyakinkan rakyat DAP tidak akan memerintah tetapi bagaimana dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mempersoalkan tidakkah DAP layak untuk menguasai kerusi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU14? Kita nilai sendiri betapa kenyataan DAP sebenarnya tidak seiringan dengan kenyataan Mahathir dan di percayai kenyataan kenyataan begitu hanyalah untuk meracuni pemikiran rakyat dan menutup segala kelemahan pembangkang serta perancangan licik mereka.


Cuba membandingkan nilai RM50 dahulu dengan sekarang untuk barangan dapur, jelas sekali Dyana bermain persepsi selain menampakkan ketidakmahirannya sebagai wanita di dapur. Mungkin kerana sudah biasa makanan disediakan tukang masak, Dyana tidak tahu jenis beras yang disediakan untuknya dan tidak mustahil harga taugeh pun beliau tidak tahu.

"apabila pergi ke pasar beli barang dapur, kita pertama sekali sedar kos sara hidup meningkat..bila pegang duit 50ringgit hanya boleh beli beras,boleh beli minyak masak" - Dyana Sofya

Mungkin Dyana tidak tahu harga minyak masak sekilo hanyalah RM 2.50 dan beras SST5% hanyalah RM25 berbanding dengan dakwaannya mengenai nilai RM50 sekarang. Cuba meyakinkan wanita yang menghadiri ceramah untuk mencontohi Wan Azizah, Dyana sekali lagi menampakkan 'kebodohan' beliau yang tidak sedar kedudukan Presiden PKR tersebut hanyalah pada nama kerana semua keputusan parti itu perlu mendapat restu dari Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Rakyat bukan lagi berada di zaman 'Dasar Pandang Ke Timur' seperti zaman Mahathir yang menyekat kemasukan dunia tanpa sempadan ketika memerintah. Beliau tahu jika era beliau memerintah, kemasukan internet hanya akan membawa impak buruk kepadanya dan rakyat boleh mendapat maklumat di hujung jari tidak seperti yang beliau lakukan dengan sekatan sekatan tertentu kepada pihak media massa. Andai 
kata pada ketika itu sudah wujud media sosial seperti sekarang pastinya beliau akan tersungkur lebih awal dan tidak mampu kekal selama 22 tahun memerintah. Baru kini kisah 'HITAM' Mahathir terbongkar dengan kisah sebenar kehilangan berbillion wang ketika memerintah.

Mengapa Mahathir tidak berani mengheret pihak yang membongkar kisah tersebut ke mahkamah? Kemana sifat Mahathir yang kononya berani di bawa ke mahkamah jika ada penyelewengan kuasa yang pernah dilakukannya? Adakah dua buah buku yang di tulis Lim Kit Siang mengenai skandal Forex dan BMF merupakan kisah benar sikap korupsi Mahathir dan dakwaan Anwar terhadap amalan kronisme Mahathir dan anak anaknya adalah benar? Beranikah Mahathir menafikan tuduhan Anwar serta mengheret Kit Siang yang masih tegas pendirian dalam kisah skandal Mahathir? Beranikah Mahathir meminta Kit SIang jelaskan mengenai dakwaan Razali berkaitan Dana Israel bernilai RM1.2 billion yang DAP terima sepertimana beliau mahu Najib jelaskan dana RM2.6 biliion yang di terima Najib? Beranikah Mahathir menyatakan perilaku Anwar meliwat adalah benar semasa beliau memerintah?

Benarlah kata bidalan Melayu -Ibarat ketam cuba mengajar anaknya berjalan lurus - Mahathir cuba mengajar rakyat menerima segala perbuatannya dahulu dan mahu rakyat menghukum Najib atas tinggalan kesalahan yang beliau lakukan selama 22 tahun. Seharusnya Mahathir berasa malu kerana kesilapan beliau selama ini perlu di tanggung oleh pemerintah yang sedang berusaha membetulkan kembali keadaan.



Thursday, 9 February 2017

MAHATHIR TIDAK BAWA MANFAAT SEBAGAI PEMIMPIN, BUKAN KAWAN SELAMANYA - CHEN MAN HIN





MAHATHIR TIDAK BAWA MANFAAT SEBAGAI PEMIMPIN - CHEN MAN HIN (DAP)

Pengasas Democratic Action Party (DAP) Chen Man Hin menyifatkan Mahathir hanya sebagai 'kawan' tetapi tidak boleh menjadi kawan selamanya. Pengakuan ini sekaligus menunjukkan sikap prejudis DAP dalam perkauman masih tebal dan diamalkan hingga hari ini di sebalik kerjasama antara PPBM dan DAP yang kini sedang 'hangat bercinta' hingga Lim Kit Siang sanggup bersama Mahathir mendepani isu skandal Forex dan BMF yang terbongkar kebelakangan ini.

“Tetapi Mahathir juga kawan,” katanya sekali lagi selepas berfikir seketika. Beliau menekankan keperluan untuk menghulurkan tangan kepada Mahathir dan bekerjasama dengan beliau untuk menjatuhkan regim yang zalim, meski Dr Chen sendiri telah pernah merasai kesan angkara Mahathir ketika Ops Lalang yang menangkap lebih 100 pemimpin politik dan aktivis sosial tanpa bicara di bawah ISA pada 1987.

Dr Chen tidak mengharapkan permohonan maaf untuk segala kesilapan lalu apatah lagi menganggapnya sebagai musuh. Beliau malah berkata Mahathir adalah rakan yang boleh dibawa bersembang. “Kita berkawan, tetapi kawan yang berjaga-jaga. Kita mungkin bukan kawan untuk selama-lamanya. Ia boleh berubah mengikut masa,” jelas beliau. Baginya Mahathir adalah sosok yang sentiasa mahu jadi ketua, bukan sekadar orang biasa. Menurutnya lagi, Mahathir tidak akan membawa manfaat sebagai pemimpin, namun baik untuk diajak duduk sekali sebagai rakan kerjasama.


Mengejutkan sekali pengakuan Chen apabila wartawa Roketkini bertanya kepadanya tentang pandangan beliau terhadap Mahathir yang kini sedang berusaha menggapai sesiapa sahaja untuk berpaut dalam strategi menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Walau Chen cuna menafikan perjuangan DAP hanya untuk kaum Cina dan mengibaratkan perjuangan parti itu mewakili seluruh kaum di Malaysia, umum mengetahui betapa diskriminasi yang diwujudkan dalam DAP tidak memihak kepada kaum lain sebagaimana yang Chen gambarkan. Beliau yang turut mengaitkan Umno sebagai sebuah parti Istana mungkin terlupa kewujudan Umno sebenarnya adalah untuk melindungi Hak Melayu dan Raja Raja Melayu daripada Malayan Union yang cuba di bawa oleh pihak British bagi mengawal semua pemerintahan di Tanah Melayu (ketika itu).

Sekali lagi pengasas DAP itu dangkal dengan pengetahuan apabila terlupa Umno merupakan parti yang berjuang dalam membebaskan Tanah Melayu ( Malaya) dari cengkaman British dan perjuangan ini bermula dari golongan bawahan dan bukannya bermula di Istana sebagaimana yang beliau dakwa. Penafian sejarah oleh Chen memang digunapakai oleh DAP untuk memberi gambaran kepada generasi muda seolah DAP adalah parti Naif yang mendahulukan rakyat dalam segala aspek walhal cara pemerintahan 'kuku besi' dalam DAP telah 'bercerita' mengenai parti tersebut.

Bagi Man Hin, PAS pula sekadar parti agama yang tidak sesuai dengan konsep DAP yang lebih mahu keterbukaan dalam hubungan politik. Memandang PAS sebagai parti yang boleh menyusahkan perjuangan Pakatan Harapan, PAS wajar disingkirkan awal dari kerjasama pembangkang dan memilih parti yang lebih terbuka menerima perjuangan DAP.


“PAS itu parti agama, mereka bukan parti sosialis. Kita cuba untuk membentuk pakatan dengan mereka, tetapi tidak mudah. Namun PAS tetap kawan kita. Mereka rakan seperjuangan,” jelasnya tersenyum.

DAP dan PAS telah pernah menjalin kerjasama dalam Barisan Alternatif pada 1999, dan kemudiannya Pakatan Rakyat pad 2008. Kedua-duanya berakhir di persimpangan dilema agenda negara Islam dan undang-undang hudud, yang jelas tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana pemikiran anak muda amat mudah dipesongkan oleh DAP dengan propaganda mudah dan di terima? Mereka memerhati keadaan sekeliling dan belajar bagaimana mahu menggunakan kesempatan dengan menarik perhatian anak muda yang agresif dan lantang bersuara lalu membuka ruang bagi mereka ini menyuarakan apa sahaja berbekalkan slogan 'kebebasan bersuara' yang selama ini memang di adaptasi dalam perjuangan DAP.

Dengan 'umpan' begini, anak muda yang masih mentah dan tidak tahu membezakan 'tunggangan politik' dan 'keldai politik' gemar sesuatu yang begitu menarik bagi di cuba. Risiko berdepan dengan tindakan undang undang telah dimaklumkan tetapi mungkin ada solusi dari DAP telah meyakinkan anak muda untuk terus bersama mereka dalam wadah DAP. Ini sekaligus memberi keyakinan tinggi kepada golongan sasaran bagi menerapkan semua propaganda DAP dengan mudah terhadap anak muda. Lewat kini, Felda merupakan sasaran terbaru DAP untuk di tembusi dan mereka dikatakan sedang mengintai bakat muda yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menerangkan dasar dasar DAP kepada golongan generasi muda Felda untuk ditugaskan menembusi kawasan sensitif itu.

Mungkinkah DAP akan berjaya menembusi semua kawasan Melayu yang tidak pernah mereka tembusi selama ini menggunakan anak muda yang terlatih nanti?

BERSAMBUNG.......