Sekat 'Bakal PM Ke-8, Jalan 'Semburit' Jadi Pilihan?
|
Azmin Kelihatan 'Suci' |
Semakin menarik episod krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini memasuki episod baru apabila
KETUA ANGKATAN MUDA (AMK) diserang dengan cara sama seperti modus Along minta hutang. Cat merah dan ayam bersama kertas diikat ke kaki ayam tersebut seolah memberi gambaran klimaks perpecahan PKR 'bakal memancut' lahar dalam tempoh terdekat.
Kejadian disyaki berlaku ada kaitan dengan keengganan AMK membenarkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali merasmikan Kongres Sayap PKR walau dibantah oleh sekumpulan lagi AMK diketuai individu dikenali sebagai Hillman. 'Drama' ini dipercayai kerana lanjutan keengganan Azmin menghadiri mesyuarat parti selepas menduduki kerusi Timbalan Presiden. Sebelum itu Azmin yang telah menjemput beberapa orang Ahli Parlimen BN untuk makan malam di kediamannya dilaporkan telah memberitahu Presiden Pakatan Harapan MP BN sudah hilang kepercayaan terhadap parti mereka. Bagaimanapun MP BN telah membidas kenyataan Azmin dan Tun M serta menyifatkannya sebagai 'BIADAP' kerana tidak menghormati tetamu yang beliau sendiri jemput ke rumahnya.
Lanjutan krisis dalaman PKR yang kelihatan tidak mampu diselamatkan lagi, Azmin dikatakan akan meninggalkan PKR bersama penyokongnya namun parti mana yang beliau akan pergi belum diketahui. Ada desas desus mengatakan beliau akan menyertai Tun M dan PPBM sekiranya Anwar bertindak diluar jangkaan selepas Mac 2020 atau selewatnya Mei 2020 selaras dengan 'Perjanjian Peralihan Kuasa' yang dipersetujui sebaik merampas Putrajaya pada Mei 2018. Apakah akan berlaku satu lagi Reformasi sekiranya peralihan kuasa tidak berlaku seperti jangkaan? Dikhabarkan gerakan Reformasi 2.0 telah dihidupkan semula apabila satu klip video mengenainya tersebar. Dalam perkiraan seandainya berlaku maka Azmin dan 'Konconya' akan dinyahkan dari PKR atas alasan TIDAK SETIA kepada Presiden dan jika berlaku itu sudah terlambat bagi Azmin menyelamatkan karier politiknya. Sebagai plan tuntas maka Azmin perlu berfikir pantas dan membuat keputusan drastik bagi menjamin keuntungan politik beliau sendiri.
Berbalik kisah AMK yang diserang timbul persoalan mengapa modus operandi Cat dan Ayam dipilih? Adakah serangan ada kaitan dengan 'arahan ghaib' atau semenangnya dirancang untuk memberi amaran kepada pihak tertentu yang ada kaitan dengan Kongres PKR? Kongres PKR kali ini penuh kontroversi sehingga di Sarawak menyaksikan
PENGERUSI PKR SARAWAK sendiri (Baru Bian) tidak hadir ke program tersebut. Memburukkan lagi Naib Presiden PKR,
ZURAIDA KAMARUDDIN juga tidak kelihatan dan status beliau sebagai Naib Presiden PKR masih 'Laku' atau tidak. Pelbagai persoalan pasti tidak mampu merungkai perihal serangan ini namun ia akan membuka lembaran baru 'Perang Sabil' dalam PKR sendiri.
Sehingga Anwar di'tabal'kan sebagai PM Ke-8 baru konflik ini akan berakhir agaknya. Anwar secara jelas telah menolak sebarang 'Rundingan Pintu Belakang' bagi mencapai impiannya sekaligus menutup sebarang peluang yang diusahakan individu tertentu dalam PKR bagi mengekalkan kedudukan Mahathir sehingga habis penggal.
Siapa akan rugi kerana perebutan kuasa antara Kem Anwar vs Kem Azmin vs Kem Mahathir vs Kem Pintu Belakang? Rakyat akan dimangsakan kerana ketamakan mereka dan sewajarnya Rakyat menghukum Pakatan Harapan pada PRU 15 kelak.