'RATU NAGA' ANCAM CARI PM JIKA ANWAR MATI?
Satu entri dalam facebook menggunakan nama 'Ratu Naga' telah mengecam tindakan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan di HKL petang tadi.
Dalam tulisan entri tersebut beliau menulis -
"Jibby dan kak mah cincin buat acah acah good pulak melawat ketua kami..ke ada agenda tersembunyi ha!"
"Kalau tiba tiba DSAI mati, aku tau dah siapa aku nak cari"
Adakah 'Ratu Naga' menuduh Najib akan membuat tindakan yang akan mengambil nyawa Anwar? Sebagaimana diketahui, Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bukan pada zaman Najib tetapi bermula dari pemerintahan Mahathir yang telah menemubual dan mengumpul bukti sebelum memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sekali lagi apabila Mahakamah memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 2008. Beliau kini dalam rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.
Entri 'Ratu Naga' juga menimbulkan pertanyaan adakah beliau dalam perancangan kartel kartel tertentu yang sedang 'membunuh karektor' Anwar selaku Ketua Umum PKR dan bersedia menerima seorang Ketua Umum baru selepas ketiadaan Anwar? Desas desus mencari pengganti Anwar bukan baru didengari malah ketidaksefahaman antara beberapa pemimpin dalam PKR sendiri seolah mengiyakan 'komplot' menaikkan seseorang bagi menggantikan Anwar Ibrahim.
Persoalan yang sangat menjadi perhatian mengapa 'Ratu Naga' menggunakan ayat "kalau Dsai mati, aku tahu dah siapa aku nak cari"? Tindakan beliau menulis seperti itu seperti mahu menuduh PM Najib menjadi individu bertanggungjawab sekiranya apa apa berlaku kepada Anwar. Lupakah beliau bagaimana Anwar pernah menyatakan beliau diracuni Arsenik? Siapa yang bertanggunjawab dalam hal tersebut? Sehingga kini, Mahathir sendiri masih tidak berani menyatakan tuduhan beliau terhadap Anwar dahulu salah.
Setelah melakukan carian di facebook 'Ratu Naga', didapati entri tersebut telah dipadamkan. Mungkin setelah menyedari 'KEBODOHAN' sendiri maka kelam kabut dipadamkan namun agak terlewat kerana entri tersebut telah di salin terlebih dahulu. Bagaimanapun 'Ratu Naga' mendakwa entri tersebut sebagai palsu.