Monday 26 November 2018

ISU KUIL - MENTERI TUDING JARI KEPADA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA?

Menteri Salahkan KDN Lambat Bertindak Mengawal Situasi - Tuding Muhyiddin Yassin?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak 'luarbiasa' apabila menyalahkan pihak Polis DiRaja Malaysia kerana gagal mengawal situasi tegang yang berlaku di sebuah rumah ibadat kaum India.

Pautan - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/502294/menteri-ahli-parlimen-ph-dakwa-polis-lambat-kawal-rusuhan

Turut bersama menuding jari ialah Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam kenyataan yang di rujuk dari sebuah portal online.

Adakah menyalahkan PDRM yang di bawah Menteri KDN merupakan satu cara sinis memberi isyarat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan komponen Pakatan Harapan yang paling lemah? Mungkin Menteri berkaitan lupa bahawa kini Pakatan Harapan menerajui tampuk Putrajaya dan mentadbir negara dengan melantik Penasihat PPBM sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak berniat menyalahkan Muhyiddin Yassin semasa mengeluarkan kenyataan mengapa Wahtya terus menyalahkan PDRM tanpa merujuk kepada pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat sebenar? Mungkinkah ada pihak yang merupakan 'Tangan Ghaib' memberi 'Lampu Hijau' kepada Menteri untuk membidas PDRM sekaligus mengingatkan Presiden PPBM mengenai kegagalan beliau menangani isu ini?

Persoalan ini makin menarik kerana sudah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeruhkan keadaan. Dengan penularan video secara langsung dari tempat kejadian, pekikan berupa kebencian jelas terdengar sekaligus menimbulakan satu lagi persoalan. Siapakah pihak sebenar yang terbabit menimbulkan kekkecohan?

Walau apapun rakyat Malaysia perlu bertenang dalam menangani isu ini dan ramai dari kaum India menjelaskan kekecohan yang terjadi bukanlah membabitkan perkauman manakala pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan mereka. Sebagai Rakyat Malaysia, semua pihak perlu bertenang dan serahkan perkara ini untuk diselesaikan oleh PDRM.

No comments:

Post a Comment