Thursday 4 April 2019

PENEROKA FELDA KIAN TERPINGGIR, AZMIN 'MIMPI' GANTI SIAPA?

Azmin Gagal Bantu Peneroka Felda, Manifesto Hanyalah JANJI Bukan Kitab




Tempoh setahun selepas pengambil-alihan pentadbiran Putrajaya dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan masih gagal membela nasib peneroka Felda. Bermula dengan kejatuhan harga sawit diikuti dengan penamatan pembelian sawit Malaysia segalanya adalah kegagalan total PH. Kini Menteri Ekonomi (Azmin Ali) yang sepatutnya bertanggungjawab hal ehwal Felda seakan tidak melaksanakan amanah yang diberikan sebaliknya hanya menyalahkan pentadbiran kerajaan dahulu. Mana Hala Tuju Azmin untuk menjadi seorang Menteri yang efisien dalam menguruskan Felda?

Dalam manifesto mereka kata setuju dengan perjanjian sedia ada antara Felda dan peneroka maknanya mereka setuju kadar bayaran pinjaman sekarang malah berjanji akan tambah kadarnya. Tetapi kini lain yang terjadi apabila pengurusan tertinggi ambil keputusan untuk kurangkan.

”Kita tidak mahu dengan pekeliling ini sudahlah pendapatan peneroka semakin berkurang, dengan bantuan sara hidup bulanan bayarannya sering tertunggak, beban peneroka semakin berat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini
. - Mazlan Aliman

Memburukkan keadaan, janji dalam manifesto PH untuk menghapuskan hutang peneroka tidak tercapai malah kini peneroka terus ditindas oleh pihak bertanggungjawab. Elaun Sara Hidup sebanyak RM1,500 telah dikurangkan ke RM1,000 tanpa mengambil kira kos semasa pasti akan menyukarkan kehidupan peneroka Felda. Tentu peneroka masih ingat Mazlan Aliman yang bersungguh berkempen mahu menumbangkan kerajaan ketika itu menjanjikan hutang peneroka akan dihapuskan sebaik Pakatan Harapan menang Pru14. Bagaimanapun bukan hutang dihapuskan tetapi peneroka kini berdepan dengan bebanan hutang yang bertambah dengan kedangkalan Menteri yang dilantik. Apa tindakan Azmin dan Timbalan Menteri Ekonomi bagi memulihkan kewangan sekaligus menstabilkan harga sawit dipasaran dunia? Dengan penamatan pembelian oleh China, sekali lagi jualan sawit Malaysia diambang kajian semula apabila Mahathir melawat Pakistan baru baru ini. India yang merupakan antara pengimport besar minyak sawit Malaysia berseteru dengan Pakistan dan krisis antara dua negara ini boleh mengakibatkan import eksport Malaysia India tergugat terutama sawit.

Baca rungutan Mazlan Aliman - Sara Hidup Peneroka

Azmin selaku Menteri Ekonomi seperti tiada strategi dan kemampuan menguruskan hal ehwal Felda jika keputusan berkaitan Felda tidak berada ditangan sebaliknya ditangan MoF, jadi apa istimewa Menteri Ekonomi? 'Bermimpi' untuk menjadi Perdana Menteri atau mahu memberi khidmat untuk Rakyat terutama peneroka Felda? Manakah kebajikan peneroka Felda yang dijanjikan? Mengapa hutang masih tidak dihapuskan oleh Pakatan Harapan? Usah tuding jari merata alam jika tidak pandai menguruskan kewangan Felda. Sudah lupakah formula formula yang sering dibentangkan sebelum jadi kerajaan? Gegak gempita mengatakan Pakatan Harapan punyai formula mengatasi segalanya dan minta diberikan peluang serta kepercayaan. Sudah diberikan tidak pula selesai masalah malah menambah 'Kesakitan' Peneroka Felda!

Kalau di Jepun, Menteri yang GAGAL akan mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada rakyat. Azmin selaku Menteri Ekonomi dan Radzi selaku Timbalan Menteri Ekonomi tidak mahu berbuat demikian?

No comments:

Post a Comment