Wednesday 23 October 2019

DAP AKAN SINGKIR PPBM DARI PAKATAN HARAPAN, ARMADA IBARAT 'ANJING SALAK BUKIT'?

'Drama' Tarik Rambut PH Hanya Umpan  PRK Tg Piai?



Kecoh semalam apabila beberapa kenyataan dikeluarkan oleh barisan ahli politik Pakatan Harapan mengenai kedudukan Tun M sebagai Perdana Menteri. Kontroversi dikatakan berpunca dari Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh beberapa buah Universiti tempatan dan ditunjangi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kehadiran Tun M ke Kongres tersebut menyebabkan rasa tidak puashati mula bangkit dikalangan ahli DAP yang selama ini berpegang pada prinsip 'Malaysian Malaysia' sebagaimana ketetapan dalam Deklarasi Setapak. 

Baca - AZMIN CABAR PERJANJIAN ALIH KUASA



Bagaimanapun Anwar Ibrahim tidak hadir ke Kongres tersebut sekaligus menimbulkan persoalan kalangan PH sedangkan Azmin hadir dan kelihatan 'terlalu mesra' dengan Mahathir. Memburukkan keadaan selepas program tersebut negara digemparkan dengan penangkapan beberapa ahli politik DAP di bawah Akta Sosma berkaitan LTTE. Walau desakan dibuat terhadap Mahathir, beliau menyerahkan proses perundangan kepada pihak berkuasa dan ini ibarat menyimbah 'memerah limau ke luka' terhadap DAP yang bermatian mengatakan mereka (ahli politik DAP) tidak bersalah. Klimaks percakaran dalaman PH kelihatan jelas apabila beberapa laporan media menyatakan ada gerak kerja dari dalam Pakatan sendiri untuk menyingkirkan DAP dan Amanah dari PH bagi membolehkan 'Kerajaan Baru' dibentuk. Memecah suasana maka adegan tuding menuding mula berlaku dan seperti biasa Umno dijadikan mangsa sebagai dalang dalam pembentukan 'Kerajaan Baru'. Hishamuddin Hussein (Sembrong) dipilih oleh mereka (PH) sebagai watak utama namun dinafikan H20 dan menyifatkan PH sebenarnya takut bayang bayang sendiri.

Baca - ANWAR KEKAL PM TEPI?



Kenyataan Ronnie Liu yang terkesan dengan kisah 'Kerajaan Baru' mewarnai arena kontroversi Pakatan Harapan. Selain kenyataan Azmin yang mencabar individu tertentu membuktikan kewujudan Perjanjian Peralihan Kuasa Mahathir - Anwar, Ronnie menyatakan tanpa PPBM dalam PH, mereka masih mampu menjadi kerajaan dan bersedia untuk menyingkirkan Mahathir (PPBM) dari kerjasama politik. Berang dengan kenyataan Adun Sg Pelek, Armada Bersatu Malaysia memberi amaran kepada Ronnie dan Setiausaha Politik Mahathir turut mengecam kenyataan (Ronnie) tersebut. Bagaimanapun kalangan netizen memberi reaksi yang ternyata berbeza apabila membaca 'Amaran' yang dikeluarkan PPBM kepada DAP. Rata-rata menyifatkan 'Amaran' itu ibarat 'Anjing Menyalak Bukit' kerana tahu kedudukan PPBM dalam PH tidaklah sekuat mana. Dengan hanya 13 kerusi (selepas PRU14) dan ditambah dengan 'mengutip' bekas ahi parlimen yang menang atas tiket BN, mereka Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding DAP dan PKR. Walau ada desas desus Azmin akan turut memberi sokongan dan membawa bersama sokongan AP PKR namun mutakhir ini dikatakan sokongan telah berubah arah dan Azmin bukan lagi memegang 'status quo' dalam PKR.



Bagaimanapun disebalik segala kontroversi PH, ada pendapat mengatakan ini semua adalah drama yang sedang disediakan untuk menghadapi PRK Tg Piai. Senario semasa yang tidak memihak kepada PH memerlukan skrip meraih sokongan kaum Melayu bagi memastikan kemenangan PH dan sesuatu perlu dilakukan bagi memberi gambaran PPBM adalah juara Melayu memandangkan kebarangkalian calon PRK datang dari PPBM. Jika Mahathir berjaya menundukkan DAP dalam melodrama ini maka kemenangan akan menjadi milik PH dan bagi menjayakan semua lakonan mereka memerlukan pembikinan shot shot terbaik untuk meyakinkan pengundi Melayu di Tg Piai. 



No comments:

Post a Comment