Wednesday 8 April 2020

PENGERUSI FELDA SEDIAKAN BANTUAN APA UNTUK PENEROKA FELDA SEPANJANG PKP?

Peneroka Felda Hanyalah Rakyat Kelas 2 ?


Malaysia merupakan antara pengeluar hasil sawit terbesar dunia dan sebahagian dari keluaran tersebut datang dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali sebagai FELDA. Mengalami pasaran dunia yang tidak menentu menyaksikan harga sawit pernah jatuh ke paras rendah hingga menjejaskan pendapatan peneroka Felda yang bergantung harap pada hasil ladang. Tempoh sepanjang hampir 20 bulan sejak Mei 2018 hingga akhir 2019 adalah masa yang amat memeritkan buat para peneroka Felda sekaligus menjejaskan ekonomi mereka walau Menteri Ekonomi ketika itu (Azmin Ali) melantik Pengerusi Felda yang baru.

Menjelang 2020 semacam ada sinar baru huat peneroka Felda namun Covid-19 pula menyerang bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi dunia terjejas teruk dan banyak pasaran komoditi terkesan. Malaysia juga mengalami perkara tersebut dan antara yang kena tempias adalah peneroka Felda. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan segala pergerakan samada pengeluaran hasil atau apa sahaja berkaitan ladang dan pastinya pendapatan peneroka turut merudum bila pengeluaran hasil buah sawit tidak dapat diuruskan dengan baik. Felda pula menerusi satu kenyataan telah menutup operasi di Ibu Pejabat dan memhuat pengumuman penangguhan bayaran kepada peneroka namun tindakan kerajaan telah membuat ramai peneroka menarik nafas lega apabila arahan dikeluarkan kepada Felda agar meneruskan pembayaran pendahuluan dan hasil kepada peneroka Felda.


Apa yang dikesalkan sejak bermula PKP pada 18 Mac 2020, pihak pengurusan Felda langsung tidak memberi bantuan kepada peneroka Felda. Peneroka Felda hanya bergantung kepada bantuan yang diumumkan kerajaan sebagai 'penyambung hidup' kala hasil ladang semakin berkurangan. Ketika tinjauan dibuat melalui media sosial, ramai anak peneroka mengeluh Ibu Bapa mereka di rancangan masing-masing seolah tidak dipedulikan pihak pengurusan tertinggi Felda. Bukan peneroka sahaja terkesan malah staf turut terkesan bila langsung tiada bantuan khusus dari Felda diterima mereka. Apa fungsi Pengerusi Felda sebagai kepercayaan untuk menjaga Felda? Adakah hanya memeras hasil Felda untuk keuntungan? Mana khidmat 'CSR' Felda untuk peneroka ketika Pengerusi Felda dan mereka yang berjawatan tinggi menikmati GAJI yang lumayan hasil dari Felda? Apakah langsung Pengerusi Felda tiada alternatif yang boleh difikirkan bagi membantu kebajikan Peneroka Felda ketika masih dalam tempoh PKP? Felda sendiri mempunyai banyak rantaian perniagaan dan sudah pasti ada Anak Syarikat atau subsidiari Felda mampu menyumbang bantuan buat peneroka Felda sendiri. Apakah Peneroka Felda hanya Rakyat Kelas 2 di mata Pengerusi Felda? 




Semalam sekeping foto seorang artis menerima bantuan sebagai wakil penduduk setempat menerima pelbagai komen. Tertera pada kotak tersebut logo FGV. Persoalan yang timbul mengapa bantuan tersebut tidak diberikan kepada Peneroka Felda sebaliknya orang berkepentingan politik lebih diutamakan bagi mengagihkan bantuan tersebut. Apakah ada sesuatu dalam kelambu  Felda hingga menyebabkan tiada bantuan khusus buat warga Felda sendiri? 


Apakah ada krisis dan Warga Felda menjadi mangsa sikap ego mereka yang berjawatan dalam Felda? Bayangkan jika PKP ditambah tempoh dan bantuan dari Felda masih tidak disalurkan kepada Peneroka Felda. Sebagai Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh perlu mengambil langkah pro aktif membantu Peneroka Felda dan bukan melepaskan tangan dan tanggungjawab kepada kerajaan sahaja. Siapa pula akan dipersalahkan kerana berlaku kebobrokan hingga mengundang rasa tidak puashati kalangan warga Felda terhadap pengurusan tertinggi Felda? Adakah Pengerusi Felda atau Pengarah Besar Felda? Moga ada sinar buat Warga Felda sepanjang PKP berlangsung.

16 comments:

  1. Memang celaka pengerusi felda dan.pengarah besar felda kerana langsung tak ambik tahu kesulitan yg dialami oleh peneroka felda.

    ReplyDelete
  2. KAMI ANAK PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA MOHON DARI KERAJAAN PIMPINANAN TSMY TUKAR PENGERUSI FELDA SKG TAN SRI MOHD BAKKE SALLEH NI KEPADA MANA MANA ANAK PENEROKA YANG BERKELAYAKAN KAMI GENERASI KEDUA RAMAI BERPINDIDIKAN TINGGI DAN BERKERJAYA PROFESIONAL SERTA LAYAK UNTUK LANTIK MENERAJU FELDA SBB KAMI TAHU PAHIT MAUNG AYAHANDA KAMI BERJUANG DARI MULA KEUJUDAN FELDA SEHINGGA SEKARANG. POHON PERHATIAN DARI TSMY SENDIRI

    ReplyDelete
  3. malang nasib peneroka felda dpt penguruai telda yg tak reti masaalah peneroka felda.harap ganti yg lain.yg betul2 bertanggong jawab

    ReplyDelete
  4. BANTUN PKP # COVIT 19.
    KENAPA ARTIS DIUTAMAKAN?

    Dimanakah keprihatinan felda terhadap peneroka LKTP seluruh malaysia...Malang Nasib peneroka diketepikan bantuan ada pihak sanggup buat apa saja kerana utk mengejar nama organisai...Felda & FGV perlu memberi keutamaan bantuan kepada golongan nasib peneroka felda yang terjejas Covit 19 PKP.
    Saya berharap perkara perlu viral kepada media..

    Sekian harap maklum.

    ReplyDelete
  5. As salam pada pandangan tidak tukar tidak mengapa tetapi haruslah ada tindakan poraktif daripapa pihak pengurusan tertinggi FELDA. Kita faham bukan semua pemeroka dan anak peneroka yang mempunyai tahap ekonomi yg memuuaskan jadi satu pasukan khas haruslah ditubuhkan utk menangani perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Fgv mana dividen kami...dah berapa tahun tak dapat...

    ReplyDelete
  7. FGV cerita ja lebeh...tapi Hal sendiri pun Tak nampak...Bak kata orang kuman di seberang laut nampak...hajah di depan mata buat Tak nampak..buta agaknya.

    ReplyDelete
  8. Kerja nak menghentam je, sekarang ni bukan masa nak menunding jari, ckp kosong boleh la. Bukan aku nak backup Felda punya side, yg aku tahu Felda ada bagi bantuan melalui Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) bukan dia buat tak tahu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri terlibat menjadi sukarelawan untuk inisiatif PMKR tuan. Bukan nya Felda tk tolong lansung.

      Delete
  9. Saya tak setuju tuan dgn penulisan ni, seolah-olah Felda tidak berbuat apa, saya sukarelawan membantu Jawatankuasa Perunding Peneroka (“JKPP”) sendiri turun padang mengagihkan bantuan melalui insiatif PMKR. Terasa saya dan rakan-rakan yg lain turun bersama jalankan inisitatif ni.

    ReplyDelete
  10. Isu nya mesej nya tak sampai ke org luar sana, mcm tuan sendiri pun tak tahu sebenarnya ada je bantuan diberikan, saya dari Wilayah JB, orang2 sini ada dpt bantuan, PMKR tuan.

    ReplyDelete
  11. Harap felda dan fgv benar benar di uruskan oleh oleh manusia yang berjiwa telus,bukan nya untuk kepentingan sebaliknya.saya berharap pm kaji semula pengurusan yang ada sekarang.

    ReplyDelete

  12. saya telah menghantar cadangan untuk memberi impak kebajikan kepada semua peserta FELDA kepada pihak-pihak yang berikut tetapi masih belum mendapat sebarang maklumbalas:

    1. YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui email peribadinya bertarikh 1May 2020
    2. Pengerusi Felda, YB Dato’ Seri Idris Jusoh melalui email peribadinya bertarkh 12 May 2020
    3. Koperasi Permodalan FELDA 2 Malaysia Berhad melalui email bertarikh 16 Mac 2020 dan 4 May 2020
    4. En Fakrul, pegawai di KPF 2, melalui email bertarikh 21 Feb 2019, dengan susulan pertanyaan melalui panggilan telefon beberapa kali

    ahmad zaki
    0182478669

    ReplyDelete
  13. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  14. Kalau semua peneroka ambik balik dan uruskan sendiri apa akan jadi dgn nasib felda yg uruskan skrg ni.dulu suruh semua peneroka serah pada felda..tp sekarang mana tanggungjawab yg sepatutnya..hasil makin teruk.dgr khabar harga mahal.buah banyak..tp bila tengok penyata kos operasi lebih mahal..kos rm 1400..biasanya berape BTS tan sepatutnya potong...lain lain masaalh siape yg sepatutnya..bkn tolak atau potong sewenang sesenang nak bubuh..mana Malaysia prihatin..covid-19..selama 2 tahun bermalam awal 2019..sampai hari ini..hasil bulanan amat mendukacitakan..kita sekarang 2020..bkn zaman ini kayu..dlm penyata hasil pun nampak kira kira sentiasa ada kesilapan..jadi jika berterusan dan biarkan apa akan jadi dan Spain bila..kalau apa yg peneroka miliki hari ini habis kena tarik kerana x cukup dan hutang makin bertambah...tp tidak pada org lain..Sy sorg je...apa2 terima kasih..yg menjaga amanah..1980-2020..

    ReplyDelete