Friday, 31 July 2015

Kebenaran DiBalik Pengguguran

Dibalik pengguguran dalam rombakan kabinet oleh Dato Sri Najib Razak baru baru ini dilihat sebagai lonjakan semangat dalam menyusunatur strategi memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.
Ternyata beliau memerlukan pasukan yang mantap serta jitu dalam menangani isu semasa dan nasional.

Adalah menjadi tanggungjawap selaku Perdana Menteri memastikan pentadbiran beliau licin dan segala maklumat disalurkan kepada rakyat dengan cara yang betul.Pemahaman anggota kabinet dalam setiap isu berbangkit amat dituntut agar setiap penerangan oleh Menteri selari dengan apa yang Dato Sri Najib mahu berikan kepada rakyat.

Besar harapan kiranya anggota kabinet yang baru menjadi lebih efisien dalam senada dengan kebenaran yang Perdana Menteri mahukan.

Moga gandingan Dato Sri Najib Razak dan Dato Seri Zahid Hamidi akan lebih mengukuhkan keyakinan ahli Umno dalam menuju pilihanraya ke 14 nanti.

No comments:

Post a Comment