Sunday, 21 May 2017

MAHATHIR TURUN TARAF LAGI - DARI NEGARAWAN JADI JURUFOTO KENDURI?

MAHATHIR KINI JADI JURUFOTO SAMBILAN?

Penasihat PPBM, Mahathir Mohammad tidak pernah puas dengan apa yang pernah beliau lakukan terhadap 'musuh politiknya' Anwar Ibrahim. Walau pernah berjabat tangan dalam Mahkamah serta melakukan kunjungan hormat ke sel Anwar, jelas sekali perancangan Mahathir bukanlah mengangkat Penasihat PKR itu sebagai Perdana Menteri Ke-7.

Dalam satu rakaman foto di mesyuarat PKR, pemimpin Pakatan Harapan jelas mengangkat plakad menamakan Anwar sebagai PM tetapi mantan PM Ke-4 pula seperti tidak bersetuju dan mula 'berlakon' seperti mengambil foto hadirin yang berdiri bersama sambil mengangkat plakad tersebut. Timbalan Presiden PPBM pula mengeluarkan kenyataan bahawa ketika itu bapanya sedang sibuk mengambil foto sedangkan hakikat sebenar hanya Mahathir sahaja yang tahu apa alasannya untuk tidak turut serta.

Apa yang jelas, Mahathir mempunyai rancangan yang bertentangan dengan kemahuan Pakatan Harapan berikuta PPBM kini sedang berantakan. Sudah pasti Mukhriz akan turut tersenarai sebagai 'calon Mahathir' untuk jawatan PM dan semua ahli PPBM akan di minta menyokong 'pencalonan' itu. Krisis dalaman PPBM turut mengancam kedudukan Mukhriz dan ini sudah tentu tidak disenangi Mahathir dalam memastikan segala perancangannya berjalan lancar.

Adakah tindakan Mahathir tidak sealiran dengan Pakatan disedari atau mereka memang mempunyai perancangan lain memandangkan Azmin kini turut di landa kontroversi dengan perletakan jawatan Ketua Wanita PKR yang dikatakan ada kaitan dengan kes Adam Rosly. Sudah pasti Azmin mahu mencari pengaruh dalam PH bagi mempertahankan kedudukannya sebagai MB Selangor hingga PRU14 diumumkan. Siapa lagi yang Azmin boleh berpaut melainkan Mahathir dan PPBM seandainya beliau tersungkur dalam krisis PKR.

Tikam menikam kini sudah semakin jelas dalam PH dan 'kontrak sosial' mereka pastinya semakin rapuh berikutan PAS membatalkan Tahaluf Siyasi mereka bersama PH serta PKR. Memburukkan keadaan PAS turut menolak PPBM yang bekerjasama dengan DAP selaras dengan pendirian mereka menolak mana mana pihak yang ada kaitan dengan DAP.

Kita bakal melihat drama yang lebih hebat dan lebih sensasi apabila puak penentang Mahathir dan Azmin akan berganding bahu membongkar segalanya sebelum PRU14. Siapakah pemberontak itu? Kita tunggu dan lihat.

Nota kepala lutut...Anwar sepatutnya jadi PM Ke-5 jika Mahathir tidak pecat Anwar.**