Monday 28 May 2018

SIAPA KADIR JASIN MAHU MENILAI TINDAKAN RAJA RAJA MELAYU?

Kadir Jasin Perlu Bijak Keluar Kenyataan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin perlu menilai semula tindak balas raja-raja Melayu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadu “hampa” dengan tindak balas Majlis Raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, kata bekas pengarang terkenal Datuk Kadir Jasin.

Baca - http://suara.tv/28/05/2018/kaji-semula-institusi-raja-melayu-kadir-jasin/

Kenyataan Kadir Jasin ini boleh dikatakan sebagai cubaan beliau mengheret Institusi DiRaja ke kancah politik walau beliau maklum Raja Raja Melayu TIDAK BOLEH terlibat dalam politik berdasarkan Perlembagaan Negara. Apa yang berada dalam pemikiran Kadir Jasin apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan hanya berpandukan kenyataan Ketua Pengarah SPRM?

Kadir Jasin perlu ingat, selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan adalah menjadi kewajipan mereka menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto mereka tetapi apa yang terjadi kini tidak seperti diimpikan mereka. Bergelut dengan ketiadaan senarai penuh kabinet serta rungutan kenaikan harga barang dalam pasaran tempatan cuba dialihkan oleh kepada isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan individu seperti Kadir Jasin.

Sebagai bekas pengarang akhbar tempatan satu ketika dahulu, Kadir Jasin (DKJ) perlu tahu mengimbangi kenyataan agar tidak menyentuh sensitiviti Orang Melayu yang terkenal dengan sifat TAAT SETIA kepada Raja Raja Melayu selama ini. Apabila DKJ cuba memberi gambaran Raja Raja Melayu sebagai penyelamat kes 1MDB dari di siasat SPRM, beliau secara jelas seperti mengiyakan wujud 'Tangan Ghaib' yang mahu meruntuhkan Institusi DiRaja yang menjadi Payung Orang Orang Melayu sejak kemerdekaan pada 1957. Samada sedar atau tidak DKJ telah membuka ruang kepada rakyat mengkritik Institusi DiRaja sebagaimana mereka mahu kerana beliau menggambarkan Majlis Raja Raja Melayu mahu menutup kesalahan (tiada bukti kesalahan menurut laporan PAC) dalam isu 1MDB. Perlu diingatkan walau Pakatan Harapan memenangi PRU14 sekaligus membentuk kerajaan, ia bukanlah tiket kebebasan bagi mana mana individu mengkritik Instistusi DiRaja samada secara lisan mahupun penulisan.

DKJ sepatutnya memikirkan bagaimana Kerajaan Pakatan boleh memenuhi semua Janji yang terkandung dalam Manifesto PH. Adakah ada agenda lain yang cuba dimainkan Kadir Jasin sebagai cubaan mengalih perhatian desakan rakyat terhadap kerajaan PH dalam mencapai 100 hari pemerintahan? Dengan merudumnya indeks Bursa Saham Kuala Lumpur yang mampu membuatkan pelabur luar 'Tawar Hati' serta tiada pendirian jelas kerajaan, adalah lebih baik Kadir Jasin memikirkan bagaimana mahu mengembalikan keyakinan Pelabur dan Rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment