Showing posts with label Wan Rosdy. Show all posts
Showing posts with label Wan Rosdy. Show all posts

Sunday, 22 December 2019

GOBALAKRISHNAN PERLU BUKTI TUDUHAN TERHADAP MB PAHANG, JANGAN CARI POPULARITI POLITIK

Gobalakrishnan Perlu Hormati Kuasa Kerajaan Negeri Pahang



Tindakan seorang bekas Ahli Parlimen, Gobalakrishnan yang cuba menjadi 'Hero' pekebun kecil di Kuala Terla amat keterlaluan apabila mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri berkaitan hal tanah yang diterokai oleh pekebun India. Dalam satu video di Youtube, Gobalakrishnan secara jelas membuat dakwaan berniat buruk terhadap Menteri Besar Pahang apabila menyatakan tanah kebun Kuala Terla mahu diambil dan diserahkan kepada pihak lain. Bagaimana beliau boleh membuat dakwaan demikian dan adakah Gobalakrishnan boleh berikan bukti kukuh dakwaan tersebut?

Petikan Kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang

Suka diingatkan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkaitan isu pencemaran sumber air di Cameron Highlands menjadi keutamaan kerajaan negeri dan Persekutuan. Adakah Gobalakrishnan mahu menentang Titah Tuanku dengan mempersoalkan tidakan kerajaan negeri?

Petikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang


Tindakan Gobalakrishnan yang membuat dakwaan melulu terhadap Menteri Besar Pahang amat tidak bertanggungjawab dan beliau sepatutnya memikirkan risiko ketika membuat sebelum membuat sebarang kenyataan. Adakah kenyataan beliau berkait rapat dengan kenyataan Pemuda MIC yang berura-ura mahu menuntut kembali kerusi Cameron Highlands selepas melihat kejayaan Muafakat Nasional diterjemahkan dalam Prk CH? Jika ada niat sebegitu sebaiknya Gobalakrishnan yang juga bekas Ahli Parlimen PKR satu ketika dahulu melihat demografi pengundi Cameron sebelum mahu menjadi 'Juara' isu tanah CH. Jangan disebabkan mahu memenangi hati Presiden MIC, beliau mengeruhkan keadaan di Kuala Terla. Seperkara lagi yang Gobalakrishnan perlu ingat, Cameron Highlands bukan kawasan bagi beliau cuba mencari pengaruh politik.
VIDEO GOBALAKRISNAN BIADAP

Nasihat pengundi kepada Gobalakrishnan usah cuba mengambil kesempatan bagi mempopularkan diri. Buktikan dakwaan seperti didakwanya dan kalau tiada bukti maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada MB Pahang. Belajar hormati Kerajaan Negeri Pahang serta pengundi Cameron Highlands.

Tuesday, 11 June 2019

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PERLU TUNAI JANJI KONVENSYEN ORANG ASLI, JANGAN HANYA 'LIP SERVICES' SAHAJA - AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Ramli Gesa Kerajaan Pusat Bantu Orang Asli Selaras Janji Konvensyen


Negara dikejutkan dengan musibah yang menimpa 29 Orang Asli dari Suku Batek di Gua Musang Kelantan. Dari laporan awal Hospital Gua Musang mengesahkan 'Pneumonia' sebagai punca kematian 2 orang di Hospital berkenaan. 


Pecahan pesakit seperti berikut -

- 3 bayi
- 10 kanak kanak
- 16 dewasa

12 kes dirawat sebagai pesakit luar dan 17 kes dirujuk ke Hospital Gua Musang. Daripada 17 kes, 3 kes dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Mereka telah disahkan mengalami jangkitan paru-paru selepas 'Post Mortem' dilakukan terhadap 2 mangsa yang meninggal dunia. Berita ini amat menyedihkan Ramli selaku Ahli Parlimen Orang Asli kerana ada persepsi yang bermain di media sosial mengatakan punca penyakit berlaku kerana pencemaran air sedangkan tiada pengesahan dikeluarkan oleh pihak berwajib.


Ramli yang juga merupakan Orang Asli Suku Semai berpendapat Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan perlu bertindak segera menyelesaikan bagi menangani masalah ini kerana melibatkan nyawa dan Kementerian Kesihatan perlu memandang serius agar langkah pencegahan dapat dilakukan segera sebelum melibatkan lebih ramai mangsa. 


Ahli Parlimen Cameron Highlands juga telah merangka beberapa soalan bagi di bawa ke sidang Parlimen pada Julai ini dan mahu Menteri Kesihatan dab Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli menjawap mengenai musibah penyakit yang menimpa Masyarakat Orang Asli Batek di Kelantan. Ramli juga mahu kerajaan melaksanakan JANJI 'Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional' yang disebut dalam Konvensyen Orang Asli di Putrajaya baru baru ini. Beliau tidak mahu kerajaan hanya memberi 'Lip Services' atau Janji Mulut sebaliknya Pakatan Harapan perlu membuktikan dengan pencapaian 'KPI'.


Ramli berkata demikian semasa ditemui dalam Program Jamuan Aidilfitri 'Mai Hik Sengoi' Dun Jelai di Pos Betau. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut bersama masyarakat Orang Asli Pos Betau bagi meraikan mereka sempena Aidilfitri tahun ini. Beliau turut mengingatkan masyarakat Orang Asli Pahang agar sentiasa memantau kesihatan keluarga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan mengelakkan musibah Kuala Koh dari berlaku di Pahang.

Friday, 29 March 2019

SELESAIKAN ISU TEROWONG DULU, JANGAN SIBUK URUSAN PAHANG - DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP TIMB.KETUA MENTERI P.PINANG

"Jangan Campur Urusan Pahang, Kami Sokong Tindakan MB Pahang" - Rakyat Cameron Highlands



Satu demonstrasi bantahan oleh penduduk Cameron Highlands berkaitan campur tangan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang berlangsung dihadapan Balai Polis Brinchang sekitar jam 2.45 petang. Pelbagai kain rentang dan placad turut dipamerkan mengecam tindakan BIADAP Dr Ramasamy yang mendesak agar Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan kerana bertindak tegas terhadap peneroka haram yang mengusahakan kebun sayur di sepanjang Sg Ichat dan Sg Terla.

Tindakan keras kerajaan negeri dilakukan kerana laporan pencemaran akibat penerokaan tanah dan penggunaan racun berjadual telah mencemari sungai yang menjadi sumber air untuk Cameron Highlands disamping kesalahan lain lain yang didapati melanggar undang undang.

Bagaimanapun Ramasamy yang konon mahu menjadi Juara Pekebun ini bertindak secara tidak profesional dan bersifat mahu 'membalas dendam' kerana kekalahan calon DAP pada Prk lepas.


Menurut Saudara Azizi Ahmad yang ditemubual menyatakan demonstrasi ini adalah untuk memberitahu Ramasamy supaya tidak mencampuri urusan Kerajaan Pahang dan lebih baik bagi Ramasamy menjaga kebajikan rakyat P.Pinang terlebih dahulu.




Thursday, 28 March 2019

RAMASAMY PATUT CERMIN ISU TEROWONG DI P.PINANG DAN BUKAN JADI 'ATUK BAWANG'

Jangan Jadi 'Atuk Bawang' - Selesaikan Isu Terowong Dulu Sebelum Sibuk Hal Negeri Lain


Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak munasabah. Hanya kerana Kerajaan Negeri bertindak terhadap pengusaha kebun sayur (Haram) Dr Ramasamy berpendapat Dato Sri Wan Rosdy telah gagal mentadbir Pahang. 

Baca penjelasan isu CH - ISU TANAH CAMERON HIGHLANDS

TKM P.P ini perlu diingatkan supaya tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri lain apabila P.Pinang sendiri tidak lekang dengan kontroversi pentadbiran sejak zaman Lim Guan Eng hingga hari ini. Terbaru krisis penduduk PPR telah membuka pekung pentadbiran negeri P.Pinang apabila penyewa bertindak berlindung di Kompleks Tun Razak apabila mereka diusir dari kediaman atas pelbagai alasan. Paling menyayat hati ada seorang penyewa yang berkerusi roda turut menjadi mangsa pentadbiran P.Pinang. Bagaimana Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri menjaga rakyat P.Pinang? Inikah imej seorang Yang Berhormat untuk mendesak Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan?

Juga baca - ISU CAMERON HIGHLANDS

Memerhati tindakan Ramasamy ini seperti ada alasan beliau bagi mengalih perhatian dalam beberapa isu panas membabitkan Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Bagi meredakan suhu maka beliau terpaksa menyerang negeri lain agar isu sebenar P.Pinang tidak diperkatakan rakyat sekaligus menutup kebobrokan kerajaan P.P di bawah DAP.

Tonton juga laporan - TONTON VIDEO

Ramasamy seharusnya sedar beliau tidak layak mencampuri pentadbiran Pahang apatah lagi negeri ini ditadbirurus Barisan Nasional. Hanya dengan satu lawatan, Ramasamy secara dangkal merumuskan kerajaan negeri Pahang bertindak salah terhadap isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands sedangkan beliau tidak faham kisah sebenar yang berlaku. Bagi rakyat Pahang, kenyataan Ramasamy dianggap sebagai BIADAP dan mereka mengecam TKM P.P itu dengan pelbagai cara menggunakan platform maya.

Apakata Ramasamy jelaskan isu sebenar yang semakin diperkatakan mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dimana kos kajian sahaja dikatakan mencecah RM300 juta. Bukankah ini pembaziran WANG RAKYAT? Adalah lebih baik wang sebanyak itu digunakan bagi membaikpulih infrastruktur negeri menghadapi musibah seperti banjiir yang pernah berlaku. Setidaknya dengan harga sedemikian banyak kerajaan negeri mampu menyediakan kediaman MAMPU MILIK untuk rakyat P.Pinang yang berada di kelas pertengahan dan bawah. Mengapa hanya dibazirkan kepada projek yang terlalu besar skala perbelanjaan?

Baca - SKANDAL TEROWONG P.PINANG

Apa penjelasan Ramasamy mengenai hal terowong? Sibuk sangat mahu mencatur kedudukan Menteri Besar Pahang tetapi LUPA akan kisah dalam kain di P.Pinang. Terlalu banyak kisah kepincangan DAP selaku kerajaan negeri selepas mereka memerintah dan Ramasamy pula berdiri sebagai boneka? Mengapa serang Pahang?

Baca lagi - KANTOI KISAH TEROWONG DASAR LAUT

Sebagaimana diketahui umum, Pahang antara 2 buah negeri yang masih ditadbir Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri dan ini sudah tentu menyakitkan hati mereka (DAP) kerana GAGAL menawan Cameron Highlands pada Prk baru-baru ini. Sebagai 'Menebus Malu' apakah Ramasamy sengaja dihantar oleh DAP untuk memberi imej buruk terhadap MB Pahang selepas Adun Tanah Rata yang juga wakil DAP tidak berani mengangkat muka kerana Manogaran (Calon DAP) kalah teruk di tangan Ramli Mohd Nor?

Ramasamy mungkin perlu CERMIN BESAR didalam pejabat TKM P.P untuk melihat KEGAGALAN DAP sendiri mentadbir P.Pinang sebelum bertukar menjadi 'Atuk Bawang' dan cuba menjuarai isu Cameron Highlands.


Friday, 8 March 2019

BARISAN NASIONAL TETAP JAGA KEPENTINGAN ORANG ASLI, MB UMUM TANAH BERKELOMPOK UNTUK ORANG ASLI SELURUH PAHANG

Video - Barisan Nasional Terbukti Tepati Janji Jaga Kepentingan Orang Asli Pahang


Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan tanah berkelompok untuk Orang Asli seluruh Pahang akan diwujudkan. Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1,000 Orang Asli di Pos Telanuk dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang ke Cameron Highlands pada 8 Mac 2019. 

Turut hadir bersama bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak. Kehadiran Najib sememangnya ditunggu masyarakat Orang Asli di tambah fenomena 'Bossku' yang melanda negara. Najib sempat memberitahu bahawa Rakyat adalah Boss kepada kepimpinan BN kerana merekalah yang menaikkan pemimpin. 

MB Pahang turut memberi penghargaan kepada masyarakat Orang Asli kerana mempercayai BN selama ini. Sebelum Pos Telanuk, Wan Rosdy dan Najib menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sg Koyan 1 dan diikuti kenduri rakyat.

Wednesday, 27 February 2019

PRK SEMENYIH - KERAJAAN PAKATAN HARAPAN CUBA TUTUP JAKOA?

Mana Hak Orang Asli Kalau JAKOA Dibubarkan?


Bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung (POASM), Ramli Mohd Nor mendedahkan ada cubaan dalam sekutu Pakatan Harapan mendesak agar JAKOA di tutup. Perkara tersebut didedahkan beliau ketika berucap dalam majlis bersama masyarakat Orang Asli Kg Lalang Semenyih.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah kepada masyarakat Pribumi di mana Hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pendedahan mengejutkan ini berikutan satu memorandum dari POASM kepada Tun M dan Kerajaan meminta agar Ketua Pengarah JAKOA tidak ditukarkan ke Kementerian lain hanya sebab mereka (PH) kalah di Prk CH. Beliau turut mempersoalkan mengapa Orang Asli seperti dipinggirkan oleh Pakatan Harapan sedangkan selama BN memerintah semua keperluan serta kebajikan Orang Asli dijaga dengan baik tanpa sebarang diskriminasi.


Turut berucap dalam program tersebut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy dan bekas Menteri Besar Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob. 

Ramli dalam ucapan turut berkongsi kisah penubuhan JAKOA dan mendedahkan beliau merupakan anak Orang Asli pertama yang dilahirkan di Hospital Orang Asli bawah seliaan JAKOA. Ahli Parlimen CH juga mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak memandang rendah kemampuan akademik masyarakat OA dan berharap agar suara Orang Asli juga dihormati.

Friday, 4 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 'TIADA JANJI TAPI LIHAT BUKTI', BN SENTIASA PEKA DENGAN MASALAH RAKYAT

Jambatan 'Viral' Kini Berwajah Baru Hasil Usaha BN Di Bawah Wan Rosdy

Masih ingat kisah sebuah jambatan gantung yang menjadi viral seluruh negara hingga ke luar negara? Kisah tersebut tular apabila dinaikmuat dalam media sosial hingga mendapat kecaman hebat netizen dan Barisan Nasional dipersalahkan kononnya tidak prihatin dengan keperluan rakyat.

Bagaimanapun dengan usahaAdun Jelai (BN) Dato Sri Wan Rosdy mengambil tindakan proaktif menyelesaikan masalah tersebut. Beliau menjelaskan perkara sebenar mengenai perkara tersebut dan menyatakan pembinaan jambatan baru memang ada dalam perancangan DUN.

Video penjelasan ADUN Jelai -youtu.be/ojNLtkecVE

Turut menggemparkan negara apabila seorang warga emas mengakui beliau berlakon melintasi jambatan tersebut dan di bayar oleh seorang individu.

Video Warga Emas - youtu.be/xyQmL3qj88o

Terkini usaha BN di bawah Adun Jelai yang kini merupakan Menteri Besar Pahang telah membawa nafas baru kepada penduduk kampung. Jambatan yang dijanjikan telah siap sepenuhnya dan sudah digunakan penduduk kampung dengan selesa. Menariknya kini jambatan tersebut bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki malah motorsikal juga boleh melintasi sungai menggunakan jambatan tersebut. Satu klip video dari Pahangku Media menunjukkan keberkesanan gerak kerja Barisan Nasional yang digerakkan bagi memastikan rakyat sentiasa terbela.

Klip video dari Pahangku Media - youtu.be/boq_Lq3hhFc -

Terbukti Barisan Nasional merupakan pembela Rakyat dan slogan yang digunakan Menteri Besar Pahang merupakan menifestasi yang sangat bermakna bagi menangkis pandangan sinis pihak lawan yang sentiasa mahu merendahkan maruah BN. Terimakasih Dato Sri Wan Rosdy dan Barisan Nasional.

Thursday, 3 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BEKAS CALON DAP 'KANTOI BODOH', JALAN PERSENDIRIAN CH PUN TIDAK BOLEH BEZAKAN

Konon Mahu Tunjuk 'Hero', Sekali Kantoi 'BODOH' Dek Penduduk Cameron Sendiri

Bekas calon DAP masa PRU14, Manogaran yang menaikmuat sekeping foto menggambarkan keadaan jalanraya di Cameron Highlands telah di kecam netizen terdiri daripada penduduk Cameron sendiri.

Status di laman media sosial rasmi beliau menunjukkan jalanraya dalam sebuah ladang Teh yang terkenal merupakan jalanraya PERSENDIRIAN dan bukan di bawah tanggungjawab kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Beliau yang mahu memburukkan serta menyalahkan Barisan Nasional perlu memahami geografi Cameron itu sendiri. Secara tidak langsung dengan menaikmuat status dapatlah pengundi P078 sendiri menilai sejauh mana 'Bijak' Manogaran yang dicanangkan akan menjadi calon pada PRK CH.

Hanya datang kembali ke Cameron Highlands sebaik Mahkamah memutuskan untuk mengadakan pilihanraya semula, Manogaran bukanlah dikenali ramai sebaliknya jika di sebut nama Appalasamy lebih ramai penduduk CH mengenali berbanding Manogaran sendiri walaupun kedua duanya dari DAP.

Sampai bila Pakatan Harapan mahu menuding jari kepada BN? Apabila tiba Pilihanraya Kecil DAP mula menuding segalanya keatas Barisan Nasional dan kepimpinan tetapi selama DAP mewakili Dun Tanah Rata apa yang wakil rakyat DAP buat? Jalanraya persendirian yang dinaikmuat oleh Manogaran adalah di bawah DUN Tanah Rata. Apakah selama ini DAP hanya jadi wakil rakyat 'Patung', ambil elaun sebagai wakil rakyat dan tidak peduli hal ehwal Dun Tanah Rata sendiri?

Secara terperinci Pakatan Harapan yang mahu PRK CH menjadi tanda aras penerimaan rakyat kepada CH perlu menjelaskan MENGAPA MANIFESTO PAKATAN HARAPAN TIDAK DIPENUHI MALAH MENTERI 'RINGGEK' YANG MENGELUARKAN KENYATAAN HARGA MINYAK (PETROL DAN DIESEL) AKAN TURUN PADA 1/1/2019 TELAH MEMBUAT PUSINGAN U DAN MENETAPKAN HARGA MINYAK TERUS KEKAL SEPERTI SEBELUM PRU14.

Banyak perkara yang Pakatan Harapan perlu laksanakan sebelum menuding dan menyalahkan pihak lain. Kerajaan Negeri Pahang di bawah pentadbiran Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail (BN) mengambil langkah proaktif dan menyelesaikan masalah secara berhemah tanpa menuding kepada pihak lain. Rakyat Cameron Highlands tahu siapa yang selama ini BANYAK MEMBANTU MEREKA DAN PAKATAN HARAPAN LANGSUNG TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU DAN HANYA MENJENGUK KETIKA PRK AKAN DIJALANKAN.

Pautan ke laman rasmi Manogaran -

https://www.facebook.com/144169022410728/posts/1118902604937360/

Monday, 31 December 2018

PRK CAMERON HIGHLANDS - PENGARAH PRK BN YAKIN PENGUNDI MENILAI POLITIK CAKNA DI BAWAH BARISAN NASIONAL

Pengarah Piliharaya Kecil P078 Yakin Pengundi Menilai Aspek Cakna Rakyat Yang Diamalkan Barisan Nasional

Berbaki 12 hari menghampiri tarikh penamaan calon pada PRK Cameron Highlands, kempen awal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan tidak menjejaskan keyakinan Pengundi terhadap BN. Berdasarkan kepada pengamatan sambutan yang diberikan kepada pimpinan DAP, ternyata pengundi sudah mula nampak retorik Manifesto PH pada PRU14 lepas.

Bagi Barisan Nasional Pahang, pendekatan lebih praktikal dilakukan oleh kepimpinan BN tampak lebih menyakinkan pengundi. Mendekati rakyat tanpa sempadan politik yang diterapkan di bawah pimpinan Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail di terima baik segenap lapisan rakyat Pahang terutama di Cameron Highlands. Menjadi keutamaan Menteri Besar Pahang untuk mendengar sendiri keluhan rakyat malah barisan Exco Kerajaan Negeri turut tidak ketinggalan berbuat demikian.

Sempat bergurau menggambarkan pendekatan Cakna Rakyat semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani & Biologi Pahang di Ladang Rock Melon Kuala Medang  -  "Kalau tuan tuan dapat baca whatsapp kami (exco) umpama 'Ninja Turtle' dalam menjalankan amanah kepada rakyat Pahang demi kesejahteraan semua" Wan Rosdy.

Diajukan soalan berkaitan PRK yang bakal dihadapi, beliau menjelaskan nama calon BN masih belum diputuskan dan akan dilakukan setelah mengambil kira semua aspek termasuk kategori 'Winable Candidate' bagi menghadapi Pakatan Harapan.

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 - ADAKAH KECEWA JADI ALASAN DR RASHID MENENTANG BN ATAU ADA TAWARAN LUMAYAN MENANTI?

BILA HATI BICARA BERTENTANGAN DENGAN JIWA -  KERANA TERASA DI CABAR MAKA BERALIH ARAH?

Sebagai seorang Ketua Umno Cawangan sudah tentu kisah perjuangan parti bermain di bibir setiapkali bertutur di hadapan ahli Umno. Bagaimanapun berbeza dengan mereka yang kononnya berjuang tetapi mempunyai cita cita melampaui kemampuan.

Itulah yang terjadi kepada seorang calon dari Pakatan Harapan yang dinamakan sebagai lawan di N02 Jelai menentang bekas Boss sendiri. Dato Sri Wan Rosdy Ismail akan di tentang oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kuala Medang.

Menentang Ketua Umno Bahagian Cameron Highalnds yang mempunyai rekod baik sepanjang 3 penggal perkhidmatan merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan kerana tiada jiwa pejuang dan perjuangan. Dr Rashid sepatutnya sedar BN mengemukakan calon yang berwibawa bagi membawa inspirasi BN untuk rakyat yang selama 6 dekad mendapat pembelaan sewajarnya di samping perancangan terbaik yang ditawarkan oleh Dato Sri Najib Razak kepada rakyat menerusi Manifesto PRU14.

Adakah Dr Rashid dipengaruhi unsur lain atau beliau ada ditawarkan sesuatu oleh Pakatan Harapan sebagai imbuhan? Beliau harus tampil menjelaskan tawaran Pakatan Harapan kepada beliau jika benar benar telus. Perbuatan beliau yang membelakangkan parti serta cawangan Kuala Medang amat mengecewakan hingga Ketua Pemuda Cawangan turut terheret seolah menyokong apa yang beliau lakukan. Bagaimanapun Ketua Pemuda Cawangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut semalam.

Menyusuri kejayaan BN di Jelai, sejak 2004 Wan Rosdy telah berjaya merubah lanskap Jelai mengikut peredaran masa dan peruntukan. Walau menerima kritikan pembangunan yang sering lewat dari tempat lain Wan Rosdy tetap membawa bukti pembelaan Barisan Nasional kepada rakyat. 3 penggal berkhidmat bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan dengan mudah oleh pihak lawan dan kawan. Membawa Manifsto yang dibentangakan PM, Wan Rosdy merupakan calon terbaik yang ditampilkan buat pengundi N02 Jelai.

Jangkaan penulis pada 9 Mei 2018, Wan Rosdy akan kekal sebagai pemenang di N02 sekaligus membuktikan BN tidak silap menilai calon.

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 - KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG

KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO KUALA MEDANG N02 JELAI

Ahmad Daniar bin Ismail
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kuala Medang

Penamaan calon Pru14 P078 Cameron Highlands dan N01 Tanah Rata serta N02 Jelai hari ini penuh kejutan yang tidak dijangkakan. Ketua Umno Cawangan Kuala Medang hari ini telah beralih arah dan menjadi calon Pakatan Harapan bagi kerusi N02 Jelai kerana kecewa dan ini bertentangan dengan semangat Umno sendiri.

Maka saya selaku Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Medang -

Menetapkan perdirian utk terus kekal bersama BN walaupun Ketua UMNO Cawangan Kuala Medang telah menyertai Parti Bersatu sekali gus menjadi Calon PH bagi Dun Jelai N02.

Itu merupakan pilihan peribadi beliau kerana tidak berbincang dgn kepimpinan UMNO Cawangan.

Saya dengan ini  berikrar utk memastikan PDM Kuala Medang akan terus memberi majoriti tertinggi kepada calon BN Dato Sri Wan Rosdy Ismail sekaligus memberi mandat kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kerusi N02 Jelai.

Wednesday, 23 March 2016

Pemuda Umno Cameron Highlands Bakal Dapat KP Baru?




Ketua Pemuda Bahagian Cameron Highlands juga mengalami situasi sama seperti Pemuda Selangor yang mengeluh 'ketiadaan peruntukan' bagi menjalankan aktiviti Pemuda di Bahagian Cameron. Namun demikian satu kemusykilan perlu di jawap oleh Ketua Pemuda Cameron apabila beliau 'ghaib' dari menjalankan tugas dan hanya muncul di Persidangan Agung Umno.

Di pilih untuk menggepalai Pemuda, legasi yang ditinggalkan Allahyarham Dato Wan Mustapha, KP Cameron masih tidak dapat menandingi kecemerlangan bapanya yang telah berkhidmat kepada Umno sekian lama.

Berbekalkan 'nama' Ketua Pemuda Cameron mengambil alih tampuk dari Azizi Ahmad yang melepasi had umur selaku Ketua Pemuda Umno. Namun demikian, beliau tidak mampu menandingi kecemerlangan mantan KP Umno terdahulu akibat tiada faktor yang membolehkan beliau di angkat sebagai Ketu Pemuda.

Pernah menyatakan kesanggupan di'lempar' kerusi jika tidak menepati janji untuk melakukan perubahan dalam pentadbirannya, KP masih tidak berubah sikap mengabaikan Pemuda Cameron dan tiada aktiviti yang sepatutnya lama dijalankan.

Pemuda Cameron yang kian lesu kerana tidak mendapat kerjasama dari KP mula memberi reaksi negatif apabila di tanya mengenai intergriti KP Cameron. Menggunakan alasan 'tiada peruntukan' menjadi ayat lazim beliau setiap kali di tanya mengenai program yang di rancang bagi memperkukuhkan Umno Cameron Highlands.

Jika di tanya kepada ahli Pemuda adakah mereka mengenali KP Cameron, anda pasti terkejut dengan pendedahan mereka. Jawapan dengan isyarat geleng kepala sudah tentu menyebabkan persoalan mengenai imej KP yang agak buruk di mata ahli Pemuda.

Benarkah dakwaan KP Cameron mengenai rungutannya Pemuda tidak mendapat peruntukan bagi menjalankan aktiviti Sayap Umno?

Sebaiknya KP Cameron sudah boleh memikirkan perletakan jawatannya sebelum 'kerusi' hinggap kepadanya sebagaimana janji beliau yang telah dinyatakan dalam mesyuarat Pemuda selepas merayu sokongan ahli Pemuda Cameron dan memberi peluang kepada beliau membuktikan kredibilitinya namun hingga kini tiada apa yang mampu beliau buktikan sebagai komitmen menjawat jawatan Ketua Pemuda Cameron Highlands.

Sebelum imej buruk beliau mempengaruhi undian rakyat kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang, adalah lebih afdal beliau menumpukan perhatiannya kepada perniagaannya dari melibatkan diri dalam politik tetapi tidak mempunyai jiwa politik.

Jiwa beliau tidak mengarah kepada jiwa Pemuda yang membela masyarakat. Cameron Highlands perlukan seorang Keyua Pemuda yang berkaliber dan berintergriti serta mesra pengundi bukan hanya muncul untuk merayu sokongan dan kemudian ghaib entah kemana.