Showing posts with label Khairul Anua. Show all posts
Showing posts with label Khairul Anua. Show all posts

Monday, 1 October 2018

Kembara #PAU2018 - Berkelana Demi Umno

Meredah Perjalanan Dengan Motorsikal Demi Semangat #PAU2018

Siapa sangka di sebalik wajah serius yang disulami senyuman, seorang aktivis media sosial bernama Khairul Bin Anua atau dikenali sebagai Bambob meredah perjalanan dengan menunggang motorsikal dari Kota Bahru Kelantan ke Kuala Lumpur bersendirian.

Dengan berbekalkan semangat kecintaan kepada Umno, Bambob memulakan perjalanan solo beliau seawal jam 6 pagi 28 September 2018. Beliau sempat merakamkan perjalanan dan memuat naik foto setiap kali berhenti dalam perjalanan ke PWTC. Semangat tinggi yang ditunjukkan Bambob bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana perjalanan menaiki motor memang menjadi sebahagian daripada cara beliau menunjukkan semangat kesetiaannya kepada Umno walau kini bukan lagi menjadi tunjang pemerintahan negara.

Perjalanan yang agak mengujakan dikongsi beliau dalam laman media sosial facebook dan menjadi perhatian perwakilan yang peka dengan semangat yang ditunjukkan. Bukan mudah bagi beliau melalui perjalanan mengharungi panas dan hujan dalam perjalanan namun demi Umno, Bambob menempuh segala rintangan dan ada rintangan yang tidak beliau kongsikan kecuali bersama rakan rakan rapat terutama kewangan bagi melancarkan perjalanan beliau. Walau hanya sekadar pemerhati bebas, Bambob secara tidak langsung mengajar Umno bahawa masih ada ahli akar umbi yang sayangkan Umno tanpa syarat demi mempertahankan perjuangan pejuang pejuang Melayu terdahulu.

Monday, 11 December 2017

DEMI PERJUANGAN UMNO AKTIVIS MEDIA SOSIAL REDAH PERJALANAN DENGAN MOTORSIKAL

JARAK BUKAN PEMISAH BILA HATI TETAP UMNO

Demi rasa cintakan Umno dan perjuangan seorang aktivis media sosial sanggup bermotorsikal dari Kota Bahru hingga ke Kuala Lumpur demi mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU2017).

Seorang netizen yang juga aktivis media sosial, Nazri Abdul Kadir mengabdikan penghormatan atas pengorbanan 'BamBob' yang disifatkan sebagai 'Pejuang Ikhlas' dalam tulisan beliau di facebook. Ikuti rakaman tulisan Nazri.

EX5 JE 450KM DARI KOTA BHARU DEMI ABATA

Yang sy hormati Bambob (Seri Sampugita)..
Sungguh sy terharu dengan pengorbanan juga kesanggupannya bermotosikal (Honda EX5) dari Kota Bharu - KL - Kota Bharu demi #PAU2017.

Bukan calang-calang untuk menempuh perjalanan sejauh itu tanpa semangat, kesungguhan & Jati Diri yang kuat & teguh demi ABATA (UMNO).

#KamiGengNajibRazak sangat berbangga dengan apa yang Bambob lakukan ini. Semoga semangat Bambob terus utuh & semakin hebat hari demi hari. RespectBambob & salute tak terhingga, tabik spring!

Apa yang dapat dirumuskan dari tulisan Nazri, individu yang menggunakan nama Seri Sampugita atau nama sebenar beliau Khairul Anua mempunyai jiwa yang tebal dengan perjuangan Umno dan tidak ramai perwakilan sanggup melakukan apa yang telah dibuat oleh Bambob ini. Kebanyakan mereka mahu segalanya tersedia dan mesti dalam kelas terbaik kerana berasakan diri mereka punyai jiwa pejuang namun dengan kisah seorang pengutip kotak ini diharapkan agar mereka di luar sana berfikir mengenai segala rungutan selama ini.

Tetapkan pendirian dan bantulah Umno dan Barisan Nasional kembali menguasai 2/3 majoriti selaras dengan semangat yang di bakar Presiden Umno dalam sessi terakhir sebelum Pilihanraya akan datang.