Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Tuesday, 10 March 2020

MCA SERU RAKYAT TOLAK POLITIK KEBENCIAN DAP - NICOLE WONG KETUA PEMUDA MCA

Dap Terus Menyerang Umno Guna Politik Kebencian


Democratic Action Party (DAP) seperti lazimnya terus menyerang Umno selepas mereka kehilangan kuasa apabila KerajaanPakatan Harapan tumbang awal Mac 2020. Menggunakan grafik dan angka, Tengku Adnan Tengku Mansor adalah 'Mangsa' terbaru DAP berikutan pendedahan aset yang dimiliki didedahkan di Mahkamah. Cara serangan begini sering digunapakai oleh DAP bagi menimbulkan kebencian masyarakat Tiong Hua terhadap Umno sekaligus mengekalkan doktrin bahawa Umno merupakan parti rasis terhadap lain-lain kaum di Malaysia.



Bagaimanapun pendedahan oleh Ketua Pemuda MCA amat mengejutkan. Nicole Wong mendedahkan betapa DAP memanipulasi pelbagai isu demi kepentingan parti itu dan menggunakan peluang yang ada untuk menampakkan mereka (DAP) sebagai pejuang sejati kaum Tiong Hua dalam politik Malaysia. DAP mungkin telah LUPA apa yang mereka pernah keji Tun M ketika beliau menjadi PM Ke-4 dan sepanjang 22 tahun pemerintahan. Sebaliknya kini DAP bersifat 'Talam Dua Muka' apabila sanggup mengorbankan prinsip parti demi kuasa ketika memenangi PRU14 bersama Tun M.


Kini DAP tidak lagi berada dalam koridor kuasa Putrajaya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai PM Ke-8 setelah kemelut perebutan kuasa berlaku dalam Pakatan Harapan. Apa yang mengejutkan apabila Bekas Menteri DAP mempersoalkan isu berkaitan Agama dan Bangsa dalam satu ciapan twitter. Adakah ini sebenarnya mentaliti seorang Bekas Menteri? Sekali lagi Nicole Wong mempersoalkan kredibiliti Hannah Yeoh yang dilihat melampaui batas. Sebagai seorang ahli politik, Nicole nampak isu yang dimainkan Hannah sangat tidak baik untuk Malaysia yang harmoni dan beliau juga menolak politik kebencian seperti yang cuba ditimbulkan DAP.


Terbukti MCA lebih matang dalam politik berbanding DAP. Apatah lagi selepas kemenangan besar BN di Prk Tanjung Piai di mana MCA mewakili BN telah menewaskan PH dengan lebih 15,000 undi. Mungkinkah kini masyarakat Tiong Hua akan kembali 'membuka mata' dan kembali kepada MCA selepas belajar dari sejarah 22 bulan DAP mentadbir bersama Pakatan Harapan? Kita berharap undi Kaum Tiong Hua akan kembali kepada MCA bersama Muafakat Nasional. Kerja keras perlu dilakukan Nicole dan MCA bagi menjelaskan dalam Muafakat Nasional masyarakat Tiong Hua dan kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan malah mereka dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keharmonian Malaysia dan kembali gemilang bersama-sama.

Monday, 13 February 2017

DAP PARTI KUKU BESI DAN DINASTI DAP HANYA MILIK LIM ANAK BERANAK - LIOW TIONG LAI





DAP KUKU BESI DAN HANYA PARTI KIT SIANG & SON's - LIOW TIONG LAI

Tamparan hebat yang menimpa kepimpinan DAP berikutan tindakan keluar parti oleh 4 ahli parti tersebut di Melaka dikatakan berkait dengan rasa tidak puashati ahli terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang yang selama ini mendominasi pucuk kepimpinan parti sosialis sekular itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden MCA, Dato Liow Tiong Lai ketika ditemui di Dataran Bentong sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2017. Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet turut hadir dalam acara tersebut diiringi Menteri Besar Pahang Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob bersama kepimpinan negeri. Turut kelihatan hadir memeriahkan suasana kali ini ialah Duta Besar China yang begitu terpegun dengan suasana harmoni antara kaum di Malaysia.

Kejutan yang tidak di sangka ini terjadi sehari selepas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendakwa ada ahli parlimen dari Umno membuat pertemuan sulit bersamanya menyatakan hasrat meninggalkan Umno dalam masa terdekat. Bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh PM dan TPM yang mengeluarkan kenyataan membidas Azmin dari PKR. Malah Setiausaha Agung Umno, Dato tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan memerli Azmin yang kononnya kini sebagai tempat rujukan untuk ahli Umno yang mahu keluar parti.


Ahli Parlimen DAP Raub, Ariff Sabri pernah mengakui kewujudan masalah dalaman yang melanda DAP Pusat tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut apabila di tanya. Mungkin inilah masalah yang melanda kepimpinan DAP setelah mereka bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyaksikan Mahathir selaku Penasihat PPBM duduk sepentas dengan kepimpinan tertinggi DAP semasa konvensyen DAP baru baru ini. Kerjasama ini dikatakan mengundang rasa tidak puashati di kalangan ahli yang selama ini terasa di hina oleh mantan PM selama 22 tahun memerintah sebagai parti RASIS.

Kerjasama antara DAP dan PPBM juga di lihat amat sukar direalisasikan kerana Mahathir sudah tentu mahu kelebihan diberikan kepada partinya bagi menjamin kedudukan parti itu dalam parlimen jika mereka menang PRU14 dan sudah tentu ramai kalangan akar umbi DAP tidak bersetuju dengan keputusan Kit Siang yang memberi ruang kepada Mahathir mempengaruhi rakyat seterusnya mengenepikan peranan DAP dalam Pakatan Harapan.

Mungkinkah ini akan menjadi 'Taboo' bagi mana mana parti yang menjalinkan kerjasama politik dengan Mahathir? Adakah sudah wujud tanda tanda kehancuran Pakatan Harapan? Mungkin selepas ini PKR akan menerima nasib yang sama seperti DAP jika Mahathir berjaya memujuk Anwar Ibrahim ketika melawat beliau di penjara Sg Buloh tempoh hari untuk bekerjasama dengan PPBM selepas PAS menyatakan keengganan sebarang kerjasama dengan mana mana parti politik yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN?

Kenyataan Liow Tiong Lai apabila di tanya mengenai pandangan  MCA berikutan tindakan ahli DAP keluar parti.

"tadi saya ada sebut tentang pandangan saya bahawa 4 ahli terdiri daripada Adun dan Ahli Parlimen DAP membuat keputusan yang betul meninggalkan parti Lim Kit Siang dan anak beranak. Oleh itu tindakan itu jelas telah kehilangan hala tuju dan telah pun menjadi parti yang tiada prinsip"- Tiong Lai

"Ya memang saya berusaha gigih untuk mendapat kembali kepercayaan kaum cina di negara ini kerana hanya MCA mampu menjaga kepentingan kaum Cina, kita ada agenda untuk bersama kerajaan dan bukan agenda peribadi" - Tiong Lai

Video KLIK : SINI

Thursday, 24 November 2016

PRESIDEN MCA UGUT LETAK JAWATAN JIKA RUU355 LULUS - GAGAL FAHAMI PERLEMBAGAAN NEGARA?

Presiden MCA yang bertegas akan meletakkan jawatan dari kabinet sepatutnya merenung kembali 'ambang' kekalahan beliau semasa PRU13 di Parlimen Bentong sebelum mengambil keputusan sedemikian.

Pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau bukan datang dari satu kaum malah kawasan Felda Mempaga merupakan antara penyokong kuat beliau dan majoriti pengundi di situ beragama Islam. Perspektif lebih luas perlu digikirkan oleh Tiong Lai berkaitan isu RUU355 yang sama sekali tidak menyentuh kepentingan penganut agama lain selain Islam.

Memetik kenyataan beliau dalam Utusan Online, Tiong Lai jelas sekali tidak memahami konsep berkongsi kuasa dan Agama Rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. MCA merupakan komponen BN hampir 6 dekad dan sepatutnya mereka memahami konsep perkongsian kuasa tanpa melibatkan anutan agama lain lain kaum.

Sambil menegaskan sebarang rang undang-undang persendirian tidak harus diberikan sokongan, beliau berkata, usul rang undang-undang itu juga tidak seharusnya dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tetap dengan pendirian seperti sebelum ini sekiranya rang undang-undang itu diluluskan maka saya akan letak jawatan. Apa yang lebih penting adalah saya akan tetap mendesak rang undang-undang itu tidak harus dibentangkan oleh Abdul Hadi.

Adakah Tiong Lai cuba mengenakan ugutan terhadap Perdana Menteri demi kepentingan politik beliau yang semakin kelam? Khabar angin bertiup kencang di Bentong reputasi Tiong Lai merudum dan beliau tidak disenangi golongan muda di Parlimennya sendiri. Adakah benar perkara ini yang membuatkan Tiong Lai cuba mencari populariti kembali dengan pembentangan RUU355 bagi mengembalikan keyakinan kaum Cina terhadapnya?

MCA seharusnya berasa malu kerana parti itu boleh dikatakan gagal dalam PRU13 apabila banyak kerusi yang ditandingi lepas ke pihak lain akibat intergriti parti yang semakin tidak diyakini kaum Cina sendiri. Mereka bergantung harap kepada pengundi dari kaum lain bagi mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam jemaah menteri kabinet dan mahu menjadi suara kaum Cina tetapi tindak tanduk MCA tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperjuangkan dalam satu kerajaan yang memberi ruang kepada kaum lain untuk sama sama mentadbir Malaysia.

Perbezaan pendapat dalam kabinet merupakan satu perkara yang sangat baik untuk kemajuan rakyat tetapi menyentuh kepentingan Agama adalah kesilapan jika dilakukan oleh mereka yang berada dalam kabinet dan Tiong Lai perlu berfikiran lebih terbuka dalam isu RUU355 bagi mengelakkan sebarang keretakan hubungan politik BN.

Adakah MCA terpengaruh dengan hasutan DAP yang menyarankan agar parti itu keluar dari BN jika Akta tersebut diluluskan di Parlimen? MCA perlu tegaskan pendirian parti dalam isu ini.